Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPATUTNYA SEGALA TUDUHAN KENA TARIK BALIK




23 Jul 2017

Bekas Peliwat, Pengamal Seks Bebas dan Agen Asing Boleh Layak PM?


Itu lah dakwaan2 yg dibuat oleh Tun M terhadap DS Anwar sekitar tahun 1998 dahulu.

Dengan sokongan Tun M terhadap DS Anwar sekarang dan dakwaan bahawa tindakan pemecatan beliau beliau terhadap DS Anwar hampir 20 tahun dahulu adalah tepat, persoalannya adakah DS Anwar benar2 telah bertaubat sehingga layak untuk diberikan peluang kedua?



Satu lagi persoalannya adakah kita ketandusan pemimpin sehingga kesilapan besar yg beliau lakukan dahulu boleh dilupakan begitu sahaja?



Pada pandangan penulis kita X ada masalah utk memaafkan beliau jika DS Anwar benar2  telah bertaubat. Tetapi hukuman utk penghianat masih tetap perlu dijatuhkan hukuman dan sewajarnya jawatan penting utk menerajui negara X boleh diserahkan kepada beliau.

Sumber klik; http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/21/tun-m-pertahan/

TUNGGU ! MEREKA AKAN DITEMBAK PETIR

Friday, July 21, 2017

BERGADUH BEREBUT BANGUNAN, PAN MUSNAHKAN PAPAN TANDA PAS KAWASAN BATU UNTUK GEMBIRAKAN HATI TIAN CHUA!!!



Asal PAN memang dari PAS.

Bezanya, wala' dan tsiqah PAN adalah untuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta DAP. Jadi, mana-mana pemimpin PAS yang terlalu menyayangi DAP dan Lim Anak Beranak, maka itulah ikutan dan akidah mereka.

Manakala PAS pula, di sebalik ketaasuban dan teguhnya kepercayaan mereka bahawa PAS itu adalah satu bentuk perjuangan dan dakwah Islamiah membabitkan syiar dan siyasah, wala' dan tsiqah mereka adalah kepada kepimpinana utama merangkumi Presiden, Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama. Kebanyakan ahli PAS tulen sentiasa menganggap mereka adalah jahil dan berasakan lebih mudah bertakliq kepada pemimpin... sama konsep macam solat jemaah iaitu Imam menanggung jemaah.

PAN bercerai dari PAS kerana Lim Kit Siang-Lim Guan Eng dan DAP tidak redha pimpinan utama PAS enggan mengikut telunjuk mereka. Bermula dari tarikh itulah, DAP menggunakan PAN, bukan sahaja untuk merampas ahli-ahli PAS, malah merampas juga aset-aset PAS Kawasan dengan pelbagai alasan, termasuklah penyertaan ke dalam PAN.

Antara PAS Kawasan yang paling bermasalah adalah PAS Batu. Bermula dari tahun 2013 lagi, iaitu ketika kemuncak sokongan DAP dan PKR ke atas kumpulan bukan berakademik agama tetapi cuba menampilkan imej agama, mahu merampas tampuk kepimpinan utama, PAS Kawasan Batu sudah pun bermasalah besar. Sokongan berlebihan kepada Mat Sabu dan kumpulan 'progresif' selain kekaguman luar biasa terhadap Tian Chua, Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu, merupakan faktor utama mengapa sebahagian besar kepimpinan PAS Kawasan Batu melihat Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura PAS sebagai 'musuh' utama mereka.

Hari ini, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Ustaz Ustaz Azhar bin Yahya memaklumkan bagaimana ahli-ahli PAN yang didalangi oleh bekas AJK PAS yang telah menyertai PAN bertindak melampaui batasan dan berlagak samseng.

Isunya adalah membabitkan perebutan markas PAS Kawasan Batu yang sebenarnya masih dalam perbicaraan mahkamah.

Beberapa orang ahli PAN dikatakan telah memusnahkan papan tanda PAS Kawasan Batu di markas tersebut walhal markas dan papan tanda itu dibina daripada wang infaq ahli.


Di atas kertas, Markas PAS Kawasan Batu adalah milik Tuan Haji Mansur Ali yang merupakan bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu. Mansur Ali kemudiannya berhadapan dengan masalah kewangan. Pada ketika itulah, dia telah diberikan maklumat salah atau lebih tepat lagi diperdaya, sehingga sanggup mengeluarkan dan menyerahkan Surat Wakil Kuasa kepada 4 orang bekas pimpinan PAS Kawasan yang sekarang ini telah menyertai PAN sebagai balasan kepada pembayaran RM60 ribu bagi mengatasi masalah kewangan Mansur Ali dengan pihak bank.

Dalam kenyataan medianya, Azhar Yahya memaklumkan bahawa keempat-empat 'pemegang amanah' itu telah menyewakan bangunan markas berkenaan kepada pihak lain dan menggunakan duit sewa tersebut untuk menanggung bebanan kewangan serta pelepasan gadaian markas daripada pihak bank. Sepatutnya mereka menyerahkan semula bangunan berkenaan kepada PAS disebabkan pemilikan masih kekal di bawah PAS Kawasan Batu. Bagaimanapun, keempat-empatnya tidak berbuat seperti itu sebaliknya terus mengutip duit sewa bulanan biarpun telah melebihi jumlah yang mereka bayar sebelum itu.

PAS Kawasan Batu bertegas bahawa pemilikan markas berkenaan masih lagi milik mereka. Hal ini juga menurut Azhar Yahya, diperakui oleh penama asal bangunan tersebut, Mansur Ali. Justeru, PAS Kawasan Batu telah membuat keputusan untuk mengambil jalan yang lebih tegas dalam isu ini apabila mendapati rundingan demi rundingan tidak disambut baik oleh mereka yang terbabit.

Peguam yang mewakili PAS Kawasan Batu telah pun menghantar Notis Tuntutan namun tidak diendahkan. Satu saman dan penyata tuntutan juga telah difailkan bagi menuntut hak pemilikan terhadap markas berkenaan. PAS Kawasan Batu menganggap jalan penyelesaian terbaik bagi kemelut ini adalah menerusi jalan undang-undang.

Menurut Azhar Yahya, isu asas bukannya 'nilaian' papan tanda markas yang telah dimusnahkan tetapi lebih kepada syiar PAS yang telah lama bertapak di situ. Mereka yang terlibat tidak ada hak untuk memusnahkan papan tanda tersebut kerana ia adalah hak milik PAS dan mereka yang menginfaqkan kewangan terhadap PAS Kawasan.

Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh PAN apabila mereka cuba mencari redha kaum kafir!

KITA SERAHKAN KEPADA TUHAN, BIAR DIA TENTUKAN


Asal PAN memang dari PAS. Itu fakta yang tidak dapat dinafikan. Bezanya, wala' dan tsiqah PAN adalah untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Jadi, mana - mana pemimpin PAS yang terlalu menyayangi DAPigs dan generasi Lim Anak Beranak, maka itulah ikutan dan akidah mereka walaupun ianya cuba dinafikan oleh mereka.

PAN bercerai dari PAS kerana generasi keluarga Lim dan DAPigs tidak redha pimpinan utama PAS yang tetap enggan mengikut kehendak dan menuruti telunjuk mereka dalam Pakatan.

Bermula dari tarikh itulah, DAPigs mempergunakan PAN, bukan sahaja untuk merampas ahli-ahli, malah merampas segala aset-aset PAS Kawasan dengan memberikan pelbagai alasan.

Antara PAS Kawasan yang paling sering kali berlaku perbalahan dan menghadapi masalah adalah PAS Kawasan Parlimen Batu, tempat dimana Si Tian Chuak tu bermaharajalela.

Ketika kemuncak sokongan DAPigs dan PKR ke atas kumpulan bukan berakademik agama tetapi cuba menampilkan imej agama, mahu merampas tampuk kepimpinan, PAS Kawasan Batu sudah pun bermasalah besar.

Sokongan berlebihan kepada Mat Sabu serta kekaguman luar biasa terhadap Tian Chuak merupakan faktor utama mengapa kepimpinan PAS Kawasan Batu melihat PAS sebagai 'musuh' utama mereka.

Hari ini, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu memaklumkan bagaimana ahli - ahli PAN yang didalangi oleh bekas AJK PAS yang telah menyertai PAN bertindak melampaui batasan dan berlagak samseng.

Isunya adalah membabitkan perebutan markas PAS Kawasan Batu yang sebenarnya masih dalam perbicaraan mahkamah dimana beberapa orang ahli PAN dikatakan telah memusnahkan papan tanda PAS Kawasan tersebut. (Baca seterusnya)

Secara kesimpulannya, ketaksuban PAN terhadap pemimpin Pakatan Haprak yang diketuai DAPigs sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan Politik Peribadi 'Abang Besar' mereka. Kalau disuruh bakar markas PAS pun diorang sanggup!!!

DAP ADA KUASABESAR DALAM P.H

DAP mempunyai kata putus dalam Pakatan Harapan
0
Pelantikan pemimpin Pakatan Harapan hanya sandiwara
Mohamad Fatmi (dua, kiri) menyampaikan duit raya untuk kanak-kanak, hari ini.
 
KOTA BHARU - Pelantikan kepimpinan tertinggi dalam kalangan Pakatan Harapan dilihat lebih kepada sandiwara berikutan kerusi yang ada dalam pakatan pembangkang itu didominasi oleh DAP.

Bendahari Umno Negeri Kelantan, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata,  umum mengetahui Penasihat DAP, Lim Kit Siang  merupakan pemimpin veteran yang membuat keputusan dalam pakatan itu.

"Parti Peribumi paling kecil, cuma ada satu sahaja kerusi dalam Parlimen berbanding DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi, manakala PKR kedua tertinggi dalam pakatan pembangkang itu.

"Ini bukan main-main, bukan drama, ini bukan badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya ini parti politik yang akan menentukan pemerintahan negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Dun Bunut Payong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin dan isterinya, Datin Norezan Abdullah.

Pada majlis berkenaan hampir 20,000 masyrakat pelbagai lapisan menghadiri majlis hari raya berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Hasnan berkata, jentera Umno peringkat Dun Bunut Payong sudah bersedia menghadapi PRU-14 bila-bila masa sahaja.

"Suasana dan keadaan pengundi di Parlimen Kota Bharu kini berpihak kepada kita, jadi kita perlu teruskan buat 'engagement' dengan masyarakat, tidak mustahil Kota Bharu akan jadi milik BN.

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru dengan kehadiran Amanah, ia memang akan menguntungkan kita, tetapi BN dan Umno tetap yakin membuat perubahan walaupun bertanding satu lawan satu," katanya.

ANUAR SEJAK ZAMAN SILAM TINGGAL DALAM PENJARA SEHINGGA KINI. AAAAH ! TAK PERLU DI INGATI !

TQ, MERDEKAAAAAAA !
 
-Pak Karamu-
 
 
Pecat Anwar kisah silam tak perlu diingati: Tun M
0
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
GEORGETOWN –  Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 20 tahun lalu sebagai kisah silam yang tidak perlu diingati.

Mempertahankan tindakannya, Pengerusi Bersatu itu berkata, keputusannya memecat Anwar adalah  adalah ‘mengikut situasi ketika itu’.

“Sekarang berbeza, jika kita terus membawa kisah silam, kita tidak boleh bekerja dengan semua orang.

“Kamu akan terus berlawan dengan musuh kamu selama-lamanya dan ini adalah buruk. Saya tidak mahu terheret dengan kisah lampau,” katanya yang dipetik dalam sesi Facebook Live ketika menjawab soalan daripada Pengerusi Kumpulan Multimedia Thailand, Suthichai Yoon, kelmarin.

Dalam sesi itu, Suthichai menyoal sama ada bekas Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu menyesal di atas perlakukannya terhadap Anwar sebelum ini.

Sebelum ini, Mahathir pernah membuat tuduhan terhadap Anwar dalam sidang medianya pada 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Dalam perkembangan sama, Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Mahathir membuat penjelasan, sama ada beliau masih berpegang kepada pendiriannya terhadap Anwar atau sebaliknya.

Beliau bagaimanapun dilaporkan enggan menyahut cabaran Najib dengan berkata, mahu melupakan perkara silam.

Mahathir juga menyatakan Pakatan Harapan dengan sekutu baharunya perlu bekerjasama untuk menjatuhkan BN dan Umno.

100% TIDAK SETUJU

KEM TENTERA DIBANGUNKAN SEMULA MENGIKUT PEREDARAN MASA  = SETUJUUUU ! 

KEM TENTERA DITEMPATKAN SEMULA DITEMPAT LAIN = TIDAK SETUJU

KEM TENTERA YANG ASAL DILARANG DI JUAL
DENGAN PEHAK LAIN = FULL STOP !

JIKA KEPERLUAN KERANA TIDAK MENCUKUPI
BOLEH DITAMBAH DITEMPAT BARU !

KEM YANG LAMA TETAP HAK  TENTERA DILARANG SAMA SEKALI DIJUAL DAN KEKALKAN SEBAGAI HAK TENTERA. KEM TENTERA ADALAH MARUAH KAMI.

JANGAN PANDAI-PANDAI NAK CARI PELUANG DARI HAK TENTERA. SUDAHLAH NASIB TENTERA TERBIAR.

JANGAN ADAKAN ALASAN BODOH. KAMI BEKAS TENTERA  TIDAK REDHA SAMA SEKALI KEM
LAMA DIJUAL. CARILAH SUMBER DUIT YANG LAIN.


-Pak Karamu-
Sudah sampai masa kem tentera 'berubah'
Mohd Johari Baharum
Mohd Johari Baharum

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem-kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum.

Beliau berkata sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi.

“Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu surat terbuka yang ditulis oleh bekas pegawai ATM yang tular di media sosial mendakwa kerajaan berhasrat menjual empat lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru.

Johari berkata kementerian masih berusaha mencari lokasi baharu bagi pembangunan semula beberapa kem tentera di kawasan yang sesuai bagi memberikan manfaat kepada anggota tentera termasuk membina kuarters yang lebih selesa dan moden.

Majlis Aidilfitri di Wisma Perwira, ATM di sini itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 anggota dan pegawai tentera serta keluarga selain delegasi tentera luar negara.

Turut hadir ialah Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Bernama

JANGAN JUMPA, TIADA KEPERLUAN, RAKYAT DAH TAHU PERANGAI PUAK-PUAK NI


RoS enggan jumpa pemimpin DAP
RoS enggan jumpa pemimpin DAP
 
JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil DAP mengenai isu pemilihan semula parti berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah menegaskan, pihaknya mendapati tidak ada keperluan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin DAP kerana sekiranya ingin memberikan penjelasan mahupun pertanyaan, DAP boleh mengutus surat secara rasmi kepadanya.

"DAP mesti mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 14 hari, jika tidak ROS tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut," katanya seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

DAP semalam, akhirnya akur dengan arahan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC.

TAU TAKUT, INGATKAN MANYAK BELANI !

DAP sedia adakan pemilihan semula CEC
0
Teresa Kok

PUTRAJAYA -  DAP kini akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, parti itu juga akur dengan arahan RoS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan yang digunakan pada pemilihan 15 Dis 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.

Teresa  berkata, pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Beliau bagaimana berkata, pemilihan semula itu dibuat 'di bawah protes' dan  tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap RoS sekiranya perlu.

Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di ibu pejabat RoS di sini hari ini bersama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke bagi menyerahkan surat jawapan kepada surat yang mengarahkan pemilihan semua CEC diadakan seperti dikeluarkan jabatan itu kepada parti berkenaan Isnin lepas.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah semalam dilaporkan berkata, pertubuhan itu kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC baharu yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh RoS adalah berdasarkan berita palsu.

Dalam pada itu, Anthony berkata pemilihan semula itu hanya boleh dilaksanakan selepas RoS mengesahkan senarai 2,576 perwakilan 2012 yang dihantar mereka hari ini seperti disyaratkan jabatan itu.

"Kami harap ia tidak akan mengambil masa lama untuk disahkan bagi memudahkan kami melakukan tindakan lanjut," kata Anthony.- Bernama

ANUAR TAK LAYAK BERCAKAP, TINGGAL DALAM PENJARA TU DIAM-DIAM


Ada sebab Anwar jaga Tun Mahathir
Tun M supports Anwar to become PM
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak apabila sekali lagi mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, jelas sekali tindakan Anwar kini membuat ‘u-turn’ mempunyai motif mahupun kepentingan untuk diri sendiri.

Anwar katanya semakin melupakan dosa-dosa yang dilakukan bekas perdana menteri itu.

“Ada sebab kenapa Anwar jadi begini. Dia fikir untuk diri dia. Sebab dia tahu betapa pengaruhnya Tun Mahathir biarpun bukan lagi perdana menteri. Jangan fikir Tun tidak ada pengaruh,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang memberi peringatan supaya kesediaannya untuk memberi fakta telus dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kerugian besar Bank Negara sekitar tahun 1990-an tidak menjadi momokan politik termasuk menyerang Tun Mahathir.

Dalam perkembangan lain, mengulas pandangan PKR yang menganggap Pas angkuh apabila melancarkan jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh, Che Abdullah berkata, PKR tidak boleh menuding jari.

Adun Wakaf Baharu itu berkata, PKR perlu mengetahui sejarah sebelum mereka boleh bertapak di sana, yang mana dahulunya ia adalah kerusi tradisi Pas.

Lagipun katanya, sebagaimana kesediaan Pas untuk bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU 14 nanti, sewajarnya jentera parti digerakkan di semua kawasan.

“Nak bertanding atau tidak ia perkara lain. Bila nak pilihan raya kita kena lancar jentera parti. Kita tidak pernah mencabar sesiapa, (tapi) bila banyak cabaran kita ambil sikit-sikit,” katanya.

Kelmarin, Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta Pas menghentikan segala tindakan yang boleh mencabar kesabaran parti itu termasuk dalam soal melancarkan jentera di Parlimen Permatang Pauh.

APAPUN NEGARA SUDAH RUGI DAN SIAPA BERKUASA MESTI BERTANGGUNGJAWAB

PAS TAK PERLU PERTIKAI.
SELAGI ADA RUANG UNDANG-UNDANG
YANG TIDAK MENYALAHI PERATURAN.

MAKA TINDAKAN  PENUBUHAN RCI TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN

TIADA SEBAB RCI DIPERTIKAI,
MEREKA PERLU BERTANGGUNGJAWAB,
SEHINGGA KERUGIAN BESAR YANG
AKHIRNYA RAKYAT PERLU MENANGGUNG !

SOAL MENGAPA BARU SEKARANG KERAJAAN BERTINDAK ?

ITU SEMUA TIADA ALASAN YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN
SELAGI TINDAKAN ITU  TIDAK DIHALANG OLEH UNDANG-UNDANG.

SEBAB ITU APABILA BUAT KENYATAAN
BIAR CERDIK !!!

-Pak Karamu-


Pas pertikai penubuhan RCI
Idris Ahmad
Idris Ahmad
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mempersoalkan tindakan kerajaan  menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar 1980-an dan 1990-an.

Beliau berkata, isu Forex sudah terlalu lama berlaku ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad namun pada waktu itu tiada tindakan undang-undang dibuat ke atas beliau.

“Kenapa sekarang baru hendak timbul balik? Kalau Mahathir tidak menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah RCI ini akan ditubuhkan?

“Kenapa apabila Mahathir tidak berkuasa maka baru hendak ditubuh?" katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut mempersoalkan apakah undang-undang di Malaysia apabila tidak ada kuasa baru boleh ambil tindakan dan adakah pemimpin negara kebal dari undang-undang ketika mempunyai kuasa.

“Ini tata kelola tidak baik bagi sebuah negara. Rakyat menjadi pertaruhan dan menderita. Pemimpin sibuk berpolitik sehingga kos sara hidup rakyat tidak dipedulikan.

“Pemimpin boleh bersuka-ria kumpul kekayaan hasil penindasan dan ketirisan sewaktu ada kuasa. Kerana mereka tahu, mereka kebal daripada tindakan,” katanya.

Katanya, yang menjadi mangsa rakyat dan generasi kanak-kanak yang masih kecil tidak tahu hala tuju mereka.

Soal Idris, adakah RCI 1MDB juga ditubuhkan ketika Najib tidak lagi berkuasa, itu pun jika Najib melawan kepimpinan ketika itu. Apakah corak kepimpinan seperti ini kita hendak bentuk di negara ini?Amat malang untuk rakyat dan negara," katanya.

Awe-awe dah cop nak kontrol kedah ! PKR ambik Perak pulak ! PAN ambil johor, DAP PENANG


RAKYAT MENYAKSIKAN PAKATAN HARAPAN
DAH MULA NAK REBUT NEGERI.
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Gesa beri laluan Bersatu ketuai Kedah
Gesa beri laluan Bersatu ketuai Kedah
Muhyiddin (tengah) bersama Mukhriz (kanan) sedang memotong kek sempena gimik perasmian Rumah Terbuka Bersatu Negeri Kedah di Kampung Ayer Merah, hari ini.
 
KULIM - Bersatu mahukan Pakatan Harapan memberi laluan kepada parti itu untuk mengepalai pembentukan kerajaan di Kedah sekiranya berjaya merampasnya pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasrat itu telah disuarakan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang lain berikutan sokongan diberikan rakyat.

Menurutnya, Pakatan Harapan juga diminta memberi peluang kepada calon-calon Bersatu untuk menguasai kerusi-kerusi yang ada di negeri itu pada PRU ini.

"Saya sudah bisik kepada rakan-rakan Pakatan Harapan bagilah Kedah kepada Bersatu untuk mengepalainya kerana kita lihat sokongan yang ditunjukkan rakyat kepada parti di sini amat menggalakkan.

"Malah saya juga minta kerusi-kerusi yang ada di negeri ini diberikan juga sebahagian besar kepada Bersatu yang mana apabila kita berjaya, kita boleh bentuk kerajaan,"katanya dalam ucapan di Rumah Terbuka Bersatu Negeri Kedah, hari ini.

Beliau berkata, semangat rakyat negeri ini yang mahukan perubahan sudah lama ditunjukkan dan ia adalah peluang untuk Pakatan Harapan memenangi hati mereka dan menarik sokongan untuk parti.

"Rakyat di negeri ini sudah lama bukan hanya untuk pasukan bola sepak tetapi semangat untuk membawa perubahan-perubahan untuk negeri termasuk pembangunan dan kerajaan.

"Kedah juga adalah kubu bagi Beratu, kita boleh lihat di setiap majlis atau program yang diadakan, begitu ramai yang hadir bukan masyarakat nak lihat pemimpin yang ada sahaja atau Tun Mahathir tetapi mahu nyatakan pendirian mereka untuk tukar kerajaan sedia ada,"katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut berkeyakinan rakyat akan terus memberi sokongan kepadanya ekoran trek rekodnya sebagai  Menteri Besar sebelum ini adalah baik.

"Saya pun tak banyak pengalaman sangat tapi saya lihat zaman saya dulu pun tak ada masalah besar pun saya buat, saya tak pernah lena ketika buat kerja.

"Tapi disebabkan kononnya saya kehilangan kepercayaan rakyat saya terpaksa mengundur diri menjadi Menteri Besar namun saya lihat sehingga ke hari ini masih ada orang menyokong saya,"katanya.

PKR TAK PATUT NGELABAH, BUKANKAH PKR KUAT ? DIAM-DIAM SAHAJA SUDAAAAHH !


Pas diminta henti uji kesabaran PKR
Tian Chua
Tian Chua
SHAH ALAM - PKR minta Pas menghentikan segala tindakan yang boleh mencabar kesabaran parti tersebut.

Perkara itu disuarakan Naib Presidennya, Tian Chua selepas Pas mengambil pendekatan melancarkan jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh.

Beliau mendakwa, ia satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu pembangkang menewaskan BN.

“Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999 lagi.

“Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak enam kali pada PRU dan PRK. Sudah tentu kami sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pendirian Pas mahu menawan Permatang Pauh hanya menunjukkan pembangkang sedang bertelagah sesama sendiri.

“Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap ia masih sebahagian daripada pembangkang yang ingin mengalahkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof  ketika dihubungi membidas kenyataan Tian Chua itu.

Mohd Fauzi berkata, Pas tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan, apatah lagi tahaluf siyasi dengan PKR di negeri ini.

“Atas dasar apa yang dia (Tian Chua) nak pertikai apa yang hendak Pas lakukan?

“Kita dah tak ada apa-apa ikatan dengan mereka dan Pas kini berada di dalam Gagasan Sejahtera. 

Jadi kami berhak melakukan apa sahaja gerak kerja yang dirasakan perlu,” katanya, semalam.

Mohd Fauzi berkata, PKR tidak mempunyai hak untuk mengarah dan menghalang sebarang tindakan dilakukan Pas.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh hanyalah gerak kerja awal untuk menggerakkan jentera parti.

“Sama ada Pas akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan empat Dun, hanya bergantung kepada keputusan kepimpinan Pas Pusat,” katanya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.