Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KIH, KIH, KIH HANTU RAYA .....


KIH, KIH, KIH MUSANG KING


TAHNIAH MAHADHIR MUHAMMAD

ADALAH LEBIH BEBAS LAGI HARUM JIKA RCI MEMALI DAN FOREX DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, TU BARU SEBENAR BEBAS !
 
Harap yang terlibat dapat diadili dengan secukup rasa.
 
-Pak Karamu-

'Kerajaan hari ini bebas rasuah'

AddThis Sharing Buttons
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan pada hari ini bersih daripada gejala rasuah.

Menurutnya, tiada laporan rasuah terhadap kerajaan PH berbanding kes yang begitu banyak dilaporkan ketika zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Satu perkara yang anda boleh lihat sendiri ialah tiada laporan ataupun tuduhan kepada kerajaan ambil rasuah diperkatakan terutama dalam media.

"Jika sebelum ini (kerajaan terdahulu) , hari-hari orang cakap pasal rasuah. Ada saja laporan yang diterima yang dedahkan kerajaan dahulu terlibat rasuah," katanya dalam ucaptama Persidangan Anti Rasuah 2018 dan tadbir urus yang baik bagi Pertumbuhan Ekonomi Mampan, hari ini.

Kata Dr Mahathir, beliau juga percaya kerajaan mampu untuk memastikan gejala rasuah dalam negara ini dikurangkan.

"Namun, harus diakui ia cukup sukar kerana kerajaan terdahulu menggalakkan rasuah.

"Kerajaan kini tidak mencuri duit untuk beri kepada orang lain seperti yang diamalkan kerajaan BN," katanya.

Beliau turut menjangkakan indeks rasuah negara juga semakin berada di tahap terbaik dengan usaha kerajaan mengatasi gejala itu dalam negara.

Sementara itu, beliau menyatakan kerajaan terpaksa menolak sumbangan RM100 juta yang mahu diberikan oleh sebuah syarikat untuk Tabung Harapan Malaysia.

Kata Dr Mahathir, ia kerana dikhuatiri mempunyai niat lain dan cuba merasuah kerajaan.

"Kerajaan memang memerlukan wang. Tetapi, ada cubaan menggunakan sumbangan bagi mempengaruhi pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan terpaksa menolak wang tersebut kerana ia akan menjadi sumber rasuah," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak mendedahkan nama syarikat tersebut.

SEBENARNYA GUAN ENG TIDAK TAHU ADAB RESAM MELAYU/ISLAM

MEMPELAJARI ADAB-ADAB MELAYU ADALAH PENTING BAGI MENTERI PUSAT.

JANGAN BERCAKAP IKUT SUKA NAFSU KAMU DENGAN BERMUSLIHAT POLITIK

SEPATUTNYA KAMU PERLU FAHAM ADAT DAN BUDAYA ORANG MELAYU.

SEBENARNYA RAMAI ORANG MELAYU MENILAI BAHASA KAMU SEPERTI KURANG AJAR

KAMU KENA BELAJAR ADAT RESAM ORANG MELAYU

YANG MEMPUNYAI PANTANG DAN LARANG.

-Pak Karamu-

Apa lagi Kelantan mahu?

AddThis Sharing Buttons
 
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Foto: Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui tidak faham dengan kemahuan Pas walaupun beliau menunjukkan bukti Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awamnya seperti diminta parti itu sebelum ini.

Menurutnya, beliau menjadi serba salah semasa membantu Kelantan dengan Pas terus menyalahkan setiap tindakan yang dilakukannya.

"Anda cabar saya tunjuk bukti, saya tunjuk buktilah.

"Kalau saya tak tunjuk bukti salah, tapi selepas saya tunjuk bukti, itu pun salah. Buat pun salah, tak buat pun salah.

"Dah tunjuk bukti yang mereka cakap sendiri mereka perlukan bantuan untuk membayar gaji, dan saya luluskan juga. Kerajaan juga luluskan. Luluskan pun kena marah," katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, Guan Eng mendedahkan surat daripada kerajaan Kelantan yang memohon pendahuluan daripada Kementerian Kewangan untuk membayar gaji penjawat awamnya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun membidas tindakan Guan Eng itu dan menyifatkan tindakan mendedahkan surat rasmi kerajaan Kelantan itu tidak elok dan melanggar nilai moral

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan beri pinjaman RM22.5 juta kepada Kelantan]

Kata Guan Eng, beliau juga berasa hairan apabila dituduh tidak memiliki moral yang baik oleh Abdul Hadi kerana menunjukkan surat ditulis oleh Kerajaan Kelantan kepada kementerian.

"Macam saya lakukan dosa (kerana) bercakap benar," katanya.

Namun, beliau akan tetap meluluskan pinjaman kepada Kelantan sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai menteri.

"Kalau ada keperluan, kita akan tetap akan luluskan, walaupun apabila diluluskan saya kena maki hamun.

"Saya buat begitu kerana kita tak mahu lihat mereka (kakitangan awam Kelantan) tak ada gaji.
"Ini bukan sikap Kerajaan Persekutuan," katanya.

JIKA BERITA INI BENAR MAKA MAHADHIR BERJAYA BESAR

JIKA BENARLAH BERITA INI MAKA UMNO PERLU DISEMADIKAN DI JOHOR JUGA.

SEKARANG MELAYU UMNO BAWALAH DIRI ATAU RELALAH BERSAMA DAP DAN BERSATU, PAN DAN PKR.

BERSAMA PAKATAN HARAPAN MEMBENA KEDUNIAAN YANG KAMU HAJATI.

-Pak Karamu-

40 MP tinggalkan Umno cubaan hapus legasi Zahid, Najib

40 MP tinggalkan Umno cubaan hapus legasi Zahid, Najib
Keratan laporan Sinar Harian hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR -  Ura-ura 40 ahli Parlimen Umno akan meninggalkan parti dan menyertai Bersatu dianggap sebagai separuh benar," kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Menurutnya, gerakan meninggalkan Umno ini antara lain bertujuan menghapuskan legasi kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pendahulunya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkenaan penghijrahan 40 ahli Parlimen Umno ini boleh dikatakan sebagai separuh benar.

"Saya amat bersedih dengan perkembangan yang berlaku ini. Mereka sanggup keluar untukk selamatkan diri daripada tindakan undang-undang dengan mengorbankan Zahid dan Najib yang banyak berjasa kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Dengan kesal, Lokman menyifatkan tindakan ahli -ahli Parlimen ini sangat mementingkan diri  tanpa memikirkan jerih payah akar umbi yang berusaha  mengukuhkan semula Umno.

"Kelompok yang terdesak ini sekali lagi mewujudkan perpecahan dalaman parti yang dahsyat.

"Memang ada pertemuan sulit  dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun wakilnya tetapi mereka ada perjanjian yang meletakkan syarat untuk keluar beramai-ramai bukan sedikit demi sedikit agar agenda kerjasama antara Dr Mahathir dan ahli Parlimen Umno dapat diwujudkan," dedahnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pula hanya berkata, tokoh wartawan veteran itu bebas berkata apa sahaja.

Hari ini, dilaporkan kira-kira 40 ahli Parlimen daripada Umno dikatakan akan keluar parti dan menyertai Bersatu.

 A Kadir berkata, mereka sudah pun beberapa kali berjumpa Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi parti secara berkumpulan atau perseorangan membincangkan perkara itu.

KENYATAAN TERBARU ASYRAF MENUNJUKKAN UMNO TEBELAH DUA

MUNGKINKAH CITA-CITA MAHADHIR AKAN BERJAYA ? KITA TUNGGU WAKTU TERDEKAT.

MUNGKIN USIA  UMNO SAMPAI KEMUNCAK ?

KITA TUNGGU PULA APA SUARA DARI WANITA DAN PUTRI UMNO

-Pak Karamu-

Pemuda Umno bukan lagi 'yes man'

AddThis Sharing Buttons
Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tindakan Pemuda Umno yang berani mencadangkan supaya Presiden Umno Datuk, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berehat membuktikan sayap parti itu bukan lagi pengampu atau 'yes man'.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, tindakan Pemuda Umno juga tidak seharusnya dikritik memandangkan ia langkah perlu dalam usaha mentransformasikan parti Melayu itu.

"Gesaan yang dibuat Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bagi saya satu tindakan wajar. Saya lihat ia sebagai pendekatan Umno baharu yang sebelum ini tidak berlaku kerana budaya 'yes man' masih kuat dalam parti.

"Seharusnya, sayap dan ahli lain dalam parti juga perlu sama-sama lantang bersuara seperti yang dilakukan Pemuda Umno dan tindakan mereka tidak seharusnya dikritik. Jika tidak, saya yakin Umno belum sedia untuk berubah ," katanya.  

Semalam, pemuda Umno mencadangkan Ahmad Zahid untuk bercuti seketika
daripada menjalankan tugas sebagai Presiden Umno sehingga kes
pertuduhan mahkamah yang dihadapinya selesai.

Ahmad Zahid menghadapi 45 tuduhan di mahkamah membabitkan
rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan ubah wang haram membabitkan
nilai RM114 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno cadang Zahid bercuti]
[ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan Pemuda Umno pecah belahkan parti]

Mengulas lanjut, kata Ahmad Marthada, beliau bersetuju dengan gesaan meminta Ahmad Zahid bercuti dan gesaan yang dibuat Pemuda Umno juga dalam nada penuh berhemah tanpa niat memalukan presiden.

"Ahmad Zahid perlu mengambil tanggungjawab untuk bercuti demi Umno itu sendiri dan dalam masa sama mengelakkan imej parti tercalar.

"Kita juga tidak mahu lihat Umno berpecah dengan ada yang mahukan Ahmad Zahid bercuti dan ada yang mahukan sebaliknya. Jika Ahmad Zahid ambil keputusan bercuti, maka segalanya boleh selesai," katanya.

KETEGASAN ZAHID HAMIDI SELAMATKAN UMNO

HARI INI TOK PA MASUK BERSATU, MAKA BERTAMBAHLAH PARLIMEN BERSATU, HMMMM, CARI DAN KUTIP LAGI !

ZAHID HAMIDI RUPANYA BERSEMANGAT WAJA, DIA TAK PONDAN, YANG LAIN GERTAK SIKIT DAH LEMBIK.

UMNO MESTI ADA SIFAT PERJUANGAN, SIFAT INI ADALAH SIFAT UMNO BARU, TIDAK KALAH KERANA GERTAKAN.

SETIAP PERJUANGAN PASTI ADA RESIKO, JIKA PERJUANGAN TIADA RESIKO, MAKA ITU BUKAN PERJUANGAN, KERANA ITU TIADA NABI DAN RASUL YANG TIDAK DIUJI OLEH ALLAH, SEMUANYA TERUJI. 

MANA-MAN YANG JADI EJEN MUSUH BAGI AMARAN KERAS ATAU PECAT !

TAKBIIIIR !!!

-Pak Karamu-

Saya tak akan berundur: Ahmad Zahid



AddThis Sharing Buttons
Saya tak akan berundur: Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika sidang media selepas menghadiri pertemuan khas bersama kepimpinan Umno Terengganu, di sini, hari ini.

(Ubah saiz teks) 

KUALA TERENGGANU - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak sesekali berundur dan akan terus berjuang untuk Umno.

Perkara itu dijelaskan dalam sidang media selepas menghadiri pertemuan khas bersama kepimpinan Umno Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, cadangan supaya beliau 'berehat' bukan satu pilihan baginya.

"Bila ada cadangan untuk saya mengambil cuti, dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggap ianya adalah satu option (pilihan).

"Mengalah bukan pilihan dan saya ambil keputusan untuk terus bertugas sebagai Presiden Umno bersama-sama barisan kepimpinan yang ada," katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno desak Zahid letak jawatan? ]

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, segala keputusan berkaitan status jawatannya diserahkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Umno.

"Mandat yang saya pegang ini biarlah saya laksanakan sehingga tamat penggal kerana pemilihan jawatan-jawatan dalam parti ditentukan oleh Perhimpunan Agong Umno.

"Biar mereka tentukan, bukan seseorang yang memegang jawatan dalam parti atau cadangan dan pandangan yang tidak mengikut perlembagaan dan peraturan parti," katanya.

LU PUNYA MULUT SERUPA LONGKANG

Guan Eng mulakan, bukan Pas

AddThis Sharing Buttons
Idris Ahmad
Idris Ahmad
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menasihatkan parti itu tidak memfitnah kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, Pas tidak pernah memulakan setiap perkara negatif dan dalam isu melibatkan Kelantan, Idris mendakwa Guan Eng yang memulakannya.

“Yang mulakan dia (Guan Eng). Dia selalu cakap, selalu sangat cakap pasal Kelantan.
“Kita menjawab balik tuduhan dia. Orang tak kata kepada kita, buat apa kita nak kata kepada orang lain.

“Dia yang cipta, mulakan dulu jadi kita jawablah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Guan Eng nasihat Pas jangan buat fitnah]

Tambah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, beliau menasihatkan Guan Eng bertukar daripada seorang pembangkang kepada pemimpin kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu mengatakan kepimpinan Pas harus mengubah sikap dari memainkan fitnah jahat kepada pendekatan yang lebih profesional dan berdisiplin

“Dia tu mestilah bercakap sebagai seorang negarawan, kerajaan, bukan sebagai pembangkang,” ujarnya.

Semalam, Guan Eng mendakwa Pas tidak seharusnya menimbulkan prasangka jahat dan memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan Persekutuan berhubung bantuan kewangan yang disalurkan kepada Kerajaan Kelantan.

“Angka dan fakta serta pengurusan profesional, bukannya sentimen dan fitnah jahat secara melulu, yang berupaya menyelamatkan sebuah negeri gagal yang tidak mampu membayar gaji atau emolumen kakitangan kerajaan negeri.

“Sekiranya bantuan kewangan yang diberikan dibalas dengan makian, nescaya para pelabur pun keberatan hendak datang ke negeri Kelantan,” katanya melalui kenyataan media.

LAAAAAA ! MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI P.H MAKAN GAJI BUTA ?

AWAT NYAAAAA ! MAKAN GAJI BUTA KAAAA !

-Pak Karamu-

Menteri, timbalan perlu hadir sesi soal jawab Dewan Rakyat

Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Menteri atau timbalan menteri perlu hadir bagi menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

waaa guan eng lu banyak besar kepala, lu bagi melayu Kelantan sakit ?

HARAP NANTI TUHAN BALAS DI PULAU PINANG BANJIR BESAR DAN SEMUA BUKIT RUTUH,

AMIN !

-Pak Karamu-

'Kelantan bayar cukai, bukan minta sedekah'

AddThis Sharing Buttons

'Kelantan bayar cukai, bukan minta sedekah'
Abdul Hadi Awang ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakan kerajaan Kelantan meminta suntikan pinjaman daripada kerajaan Persekutuan bagi membayar gaji kakitangan awam.

Abdul Hadi menyatakan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk untuk menyalurkan pinjaman kepada Kelantan atas konsep federalisme kerana rakyat negeri itu juga membayar pelbagai jenis cukai yang dikenakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Itu kewajipan kerajaan pusat, dalam konsep federalisme kita mesti sedar Kelantan juga sebahagian daripada itu. Kelantan juga bayar cukai, cukai kenderaan, pakaian, makanan semua cukai ini diambil oleh Kastam.

"Kelantan ada hasil bumi yang kerajaan pusat ambil, itulah kewajipan pusat  kena bayar balik kepada negeri. Itu tanggungjawab, kita (Kelantan) bukan minta sedekah," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya mendakwa tindakan Kelantan membuat pinjaman daripada kerajaan Persekutuan baru-baru ini kerana timbul kekangan pada pentadbiran sebelum ini.

"Namun berlaku kekangan pada masa dulu, sengaja melambatkan yang patut dibayar dahulu, contohnya sepatutnya bayar bulan Mac dan Ogos, sengaja dibayar bulan Disember supaya sengaja Kelantan tak dpt bayar gaji, sengaja.

"Bagaimanapun isu ini sudah pulih, BN tunai dengan baik ia dah dibaiki balik. Harap kerajaan baharu akan baiki dengan cara baik terhadap tanggungjawab mereka kepada Kelantan khususnya dalam aspek royalti gas dan petroleum," ujarnya.

Menurut Abdul Hadi,  Kelantan juga ada sumber diambil oleh Petronas, hal demikian Kelantan berhak dapat royalti bukan hanya kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja.

"Jangan bayar kepada Sabah dan Sarawak sahaja, negeri pantai timur tidak diberi.

"Saya difahamkan berlaku birokrasi di Kementerian Kewangan," tambahnya.


Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan Lim Guan Eng meminta penjelasan Kelantan kerana banyak berhutang dengan kerajaan Persekutuan.

"Semua negeri ada hutang bukan kita (Kelantan) saja. Tapi kerajaan negeri mampu bayar hutang secara berperingkat dalam tadbir urus dah masuk 28 tahun kita boleh bertahan dalam kepungan.

"Saya percaya Pulau Pinang  tak boleh buat macam tu, tak mampu buat macam Kelantan kalau tak ada hasil macam Kelantan," sindirnya.

TUN MAHADHIR SUDAH BERTERUS TERANG !

KIH, KIH, KIH DAH AGAK DAH ! INILAH POLITIK !

SEBAB ITU ANUAR IBRAHIM JANGAN GEMBIRA SANGAT NAK JADI PIEM !

DESAS DAN DESUS MENGATAKAN PIEM BIARLAH ORANG YANG BERAKHLAK !

ENTAHLAH YOB OIIII ! INILAH POLITIK, APA-APAPUN BOLEH BERLAKU !

-Pak Karamu-

 Tun M akan lepaskan jawatan, jika...

AddThis Sharing Buttons

Tun M akan lepaskan jawatan, jika...
Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan pendirian akan menunaikan janji untuk melepaskan jawatannya apabila sudah tiba masanya.

"Saya tetap akan pergi dan pasti akan ada pengganti," katanya.

 Bagaimanapun, beliau tidak boleh memberi jaminan samada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikannya.

"Jika rakyat mahukan Anwar ketika itu, mereka berhak berbuat demikian," katanya.

Katanya, ketika menjawat jawatan itu sebelum ini, beliau menamakan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

"Sayangnya ianya tidak seperti yang dirancangkan.

Begitu juga dengan pemilihan Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu anak kepada Perdana Menteri kedua yang korup," katanya.

BANGSAT SANGATKAH BANGSA MELAYU KELANTAN ?

PENGHINAAN DARIPADA GUAN ENG MEMBUATKAN MELAYU KELANTAN TERHINA. 

KITA  MEMANG DAPAT MERASAKAN KEHINAAN INI SEOLAH-OLAH MELAYU KELANTAN ADALAH BANGSA PENGEMIS.

RASANYA GUAN ENG DARI DAP INI PERLU DIAJAR SECUKUPNYA !!!

SEMENTARA ITU:

Pembangkang desak Guan Eng minta maaf


Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang mendesak Menteri Kewangan,  Lim Guan Eng menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak ada duit untuk membayar gaji kakitangan awam.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan Guan Eng kononnya Kelantan tidak mempunyai duit untuk membayar gaji kakitangan  ialah satu penghinaan kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas itu.

"Kami ahli parlimen pembangkang, dengan 'standing order' minta Menteri Kewangan tarik balik perkataan ini kerana sebut kerajaan negeri (Kelantan) tak ada duit bayar gaji kakitangan awam, ini satu penghinaan, tak pernah berlaku dalam Malaysia ini.

-Pak Karamu-

Kenyataan Guan Eng terhadap Kerajaan Kelantan tidak benar



AddThis Sharing Buttons


Annuar Musa
Annuar Musa

(Ubah saiz teks) 

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam merupakan satu kenyataan bersangka jahat di Parlimen.

Annuar yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, kenyataan berkenaan dengan jelas menuduh kerajaan Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam dan terpaksa dibantu kerajaan pusat.

Menurutnya, kenyataan berkenaan adalah amat salah dan mampu mengelirukan Dewan Rakyat.

“Kenyataan ini amat salah, tidak benar dan mengelirukan dewan (Dewan Rakyat)… beliau patut dihadapkan ke jawatankuasa hak Parlimen,” kongsinya menerusi catatan Twitter peribadinya, hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Faktanya Kelantan memang tak mampu: Guan Eng ]

Pagi tadi di Parlimen, Guan Eng menegaskan fakta itu berdasarkan kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengungkit bahawa kerajaan negeri tidak akan mampu membayar gaji penjawat awamnya jika tidak kerana suntikan dana dari Putrajaya.

Bagaimanapun, jawapan tersebut masih tidak memuaskan hati ahli Parlimen pembangkang yang terus membuat kecoh.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff kemudiannya memberitahu Guan Eng telah memberi penjelasan dan mengarahkan sebarang isu berbangkit diselesaikan di luar dewan.

Susulan itu di luar dewan, ahli Parlimen pembangkang mendesak Guan Eng menarik balik kenyataan yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak ada duit untuk membayar gaji kakitangan.

PENAHANAN TIDAK BERMOTIF POLITIK, MACAM BEBASNYA GUAN ENG DAN RAKAN-RAKAN

UNDANG-UNDANG NEGARA TAK KENAL SIAPA, YANG KENAL HANYA UNDANGAN UNDANGAN

SUATU PANDANGAN YANG TIDAK MEREPEK TEGAR

 Pak Karamu-

Undang-undang tak kenal siapa



AddThis Sharing Buttons


Undang-undang tak kenal siapa
Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 

LANGKAWI - Penahanan beberapa bekas pemimpin yang kini menghadapi beberapa pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah tidak bermotifkan politik sebaliknya ia tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, undang-undang akan menentukan mereka yang menghadapi pertuduhan itu sama ada bersalah atau sebaliknya.


"Undang-undang tidak mengira sesiapa dan di Malaysia, raja pun tertakluk kepada undang-undang. Pemimpin atau bukan pemimpin tertakluk kepada undang-undang ini.


"Kita ada cara, bukan tangkap dan (terus) tahan dalam penjara. Ini bukan cara kita, sebaliknya mereka ada pendakwaan, mereka boleh sediakan peguam dan macam-macam cara boleh dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pertemuan Warga Peladang di Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi di sini, hari ini.


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa pemimpin Umno yang ditahan dan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dengan yang terbaru membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sebelum kerajaan PH mengambil alih kerajaan, terdapat beberapa salah laku pemimpin terdahulu termasuk menekan pihak tertentu untuk membayar cukai yang tinggi.


"Ini cara luar daripada undang-undang. Undang-undang negara  tidak boleh menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kenakan cukai lebih tinggi," katanya.


Katanya berbeza dengan kerajaan kini yang tidak menekan sesiapa sebaliknya membenarkan undang-undang berjalan mengikut proses yang dibenarkan. - Bernama

DAP AKAN NAFI SOSIALIS

DAH LAMA FAHAM SIAPA BERFAHAMAN SOSIALIS DI NEGARA INI NAMUN RAKYAT BUKANNYA AMBIL BERAT BAHAYANYA SOSIALIS ITU.


SEJAK PARTI ITU SERANG AGAMA ISLAM DAN BERMUKA-MUKA DENGAN ISLAM DIANTARA RAKYAT SUDAH FAHAM, NAMUN RAMAI YANG BUAT PEKAK.


DAP BANYAK SEOLAH-OLAH TIDAK SESUAI DENGAN SOSIALIS RAKYAT CINA TAPI ITULAH LAKUNAN YANG BAIK BAGINYA UNTUK SELAMAT


NAMUN RAKYAT DI NEGARA INI TERUS MENJADI BANGANG MENILAI KELAKUAN DAP DAN PIMPINANNYA.

RAKYAT PERLU AWAS JUGA TERHADAP PENULIS YANG MINTA CONTOHI PERJUANGAN DAP, KERANA MEREKA ADALAH TALI BARUT.

UNTUK KESELAMATAN, KITA PERLU MENINJAU PARTI-PARTI YANG BERSAMA DENGAN DAP JIKA ADA YANG TELAH TERLIBAT DENGAN FAHAMAN SOSIALIS.

-Pak Karamu-

Tolak pingat kebesaran: DAP parti sosialis!

AddThis Sharing Buttons

 Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
(Ubah saiz teks) 

KOTA BHARU – DAP dilihat sebagai parti yang bersifat sosialis apabila bertindak menolak pengurniaan pingat dan darjah kebesaran dari istana.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan pendapat berbeza mengenai perkara tersebut membuktikan DAP sebenarnya tidak konsisten dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Itulah sikap sosialis, sebab itu kita bagi tahu awal-awal lagi DAP ini parti sosialis, jadi memang tidak boleh masuk dengan sistem monarki dan semua ini. Dia ada pemikiran dia sendiri. DAP tidak konsisten antara mereka (pemimpin),” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, pengurniaan bintang dan pingat adalah hak istimewa Sultan dan Yang Dipertuan Besar Negeri dan kita tidak sepatutnya mempertikaikan, sama ada terima atau tidak, itu adalah perkara yang berlainan.

Katanya, pengurniaan tersebut perlu dihormati kerana ia dianugerahkan daripada Sultan kepada seseorang hasil sumbangan individu tersebut.

“Kita tidak mahu terima tidak mengapa, (tapi) hormatlah Sultan. Itu caranya. Adat kena jaga dengan sultan,”katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan sebelum ini didakwa memberitahu penolakan tersebut bukan kerana tidak menghargai penghargaan yang diberikan.

Namun baginya, penghargaan yang paling penting bagi seseorang individu yang bergelar wakil rakyat adalah bila pemimpin itu mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyatnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran Datuk bukan keutamaan DAP]

KESELAMATAN NEGARA TERANCAM

Menteri tidak beretika apabila kelemahan negara disebar luas kepada umum. Rahsia negara akan membuatkan maklumat sesebuah negara di intif oleh musuh

-Pak Karamu-

Perangai menteri PH makin menjadi-jadi

AddThis Sharing Buttons

Perangai menteri PH makin menjadi-jadi
Catatan Facebook Mohd Puad
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa perangai menteri PH kian menjadi-jadi susulan beberapa kenyataan yang mencetuskan kontroversi.

Terbaru katanya kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa hutang negara lebih besar daripada RM1 trilion dalam satu program di Universiti Malaya (UM), 12 Oktober lalu.

Katanya dalam catatan Facebooknya semalam, ia jelas bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini.

“Semakin menjadi jadi perangai menteri-menteri kerajaan PH ini. Menurut Mat Sabu ia (jumlah sebenar) dirahsiakan takut Malaysia jadi muflis. Apabila dia sendiri mendedahkannya dalam satu majlis dialog di UM, tidakkah itu membocorkan rahsia namanya (walaupun tidak dinyatakan jumlahnya yang sebenar)?

“Setahu kita Mat Sabu suka membocorkan rahsia seperti mendedahkan rahsia kemampuan senjata sistem pertahanan Malaysia. Begitu sekali rendahnya mentaliti Mat Sabu. Menuduh ikut sedap mulut. Apakah hutang negara boleh dirahsiakan?,” katanya.

Dalam catatan itu lagi, Mohd Puad berkata, sebenarnya Mohamad tersentak dengan desakan soalan-soalan daripada seorang mahasiswa mengenai janji 100 hari yang gagal ditunaikan sehingga menyebabkan beliau memberi gambaran hutang negara lebih besar daripada RM1 trilion.

“Itu punca dia berbohong untuk meredakan kecaman mahasiswa berkenaan. Bila masa pula menteri menteri PH ini menjadi suci bersih dengan tidak menceritakan rahsia sebenarnya apatah lagi jika boleh memburukkan imej kerajaan sebelumnya?

“Kalau laporan ekonomi negara pun mahu dijadikan bahan mainan, maka apa sahaja laporan ekonomi dan kewangan selepas ini sukar dipercayai. Jelaslah menteri menteri PH ini haprak dan tidak layak diberi gelaran Datuk Seri dan Datuk terlalu awal,” katanya.

MAT SABU SEPATUTNYA TIMBALAN PERDANA MENTERI BUKAN MUKHRIZ

RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU MUKHRIZ, KERANA KEDAHPUN TOLAK MUKHRIZ, APA YANG MENYEBABKAN ANAK MAHADHIR NAK DUDUK SEBAGAI TIM PERDANA MENTERI ? ANUARPUN BELUM TENTU LAGI !

TAPI KALAU MUKHRIZ TERUS DUDUK SEBAGAI GANTI AYAHNYA OK LAAAA !
 
-Pak Karamu-

Mukhriz layak ganti Wan Azizah

AddThis Sharing Buttons

Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU – Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah pemimpin yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, Mukhriz dilihat mampu menggalas tanggungjawab tersebut bersama Anwar kerana kedua-dua pemimpin tersebut dilihat boleh mengendalikan hal ehwal negara dengan baik.

“Adunan pemimpin lama dan baru sangat-sangat ditagihkan oleh rakyat Malaysia bagi menjaga hak mereka masing-masing. Perkara ini mungkin akan berlaku sekiranya Dr Mahathir mengambil keputusan untuk berundur awal dan menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Anwar.

“Bagaimanapun, pada pandangan saya, lebih relevan jika Dr Mahathir masih terus menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Anwar menjadi timbalannya. Gandingan ini sangat menarik untuk dilihat kembali setelah mereka berdua bergandingan selama hampir lima tahun dari 1993-1998.

“Namun jika Dr Mahathir  mahu berundur, Anwar jadi Perdana Menteri, maka selayaknya adalah Mukhriz menjadi Timbalan kerana beliau yang paling senior dan berpengalaman selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

MAHADHIR DIMINTA UNDUR SEGERA GANTI ANUAR

ANUAR SUDAH BERCAKAP SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, DAN MAHADHIR DIMINTA SEGERA BERUNDUR.

SEPATUTNYA MAHADHIR SUDAH BERCAKAP SEBAGAIMANA ANUAR BERCAKAP. 

SEKARANG KEHIDUPAN RAKYAT SEMAKIN TERHIMPIT OLEH PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN.

DIZAMAN NAJIB WALAUPUN SUSAH TAPI RAKYAT MASIH BOLEH BERNAFAS, TAPI ZAMAN MAHADHIR RAKYAT BERTAMBAH GELISAH.

SUDAHLAH EKONOMI TERUK, GEJALA SOSIAL BERTAMBAH SIAL, YANG HARAM AKAN MENJADI HALAL, MARUAH AGAMA SUDAH LUNTUR SELUNTUR-LUNTURNYA.

APA MAHU MERASA SEBAGAIMANA PALU ?

-Pak Karamu-

Pemimpin politik bahas isu rakyat, bukan retorik: Anwar

Pemimpin politik bahas isu rakyat, bukan retorik: Anwar
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan politik supaya tidak membahaskan isu yang tidak mempunyai kepentingan kepada rakyat dan bersifat retorik di Parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya membahaskan isu rakyat berkaitan polisi ekonomi, bajet dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.

"Saya selalu percaya bahawa pemimpin politik atau golongan elit perlu menyuarakan pandangan golongan majoriti rakyat.

"Kadang-kadang saya berasa sinikal dengan perbincangan atau perbahasan yang retorik daripada golongan elit yang tidak ada kena-mengena dengan masalah sebenar yang dihadapi rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Menurut beliau lagi, ini sudah menjadi tugasnya untuk mengingatkan golongan elit politik.

"Dan saya rasa itu sebahagian daripada tugas saya untuk mengingatkan golongan elit politik bahawa kejayaan sesebuah kerajaan itu, bajet dan polisi ekonomi perlu dikongsi dengan rakyat  biasa maksudnya, kita perlu selesaikan masalah kemiskinan," katanya.

AKIBAT FULL PARDON DAN FREE PARDON MAKA ANUAR TERSINGKIR ?

 

SO ANUAR ELOK LA HANG BEREHAT DULU, BUKAN KITA ORANG TAK SUKA HANG, TAPI KEDUDUKAN HANG MEMANG TAK LAYAK DARI SISI UNDANG-UNDANG.

MASALAHNYA PENGAMPUNAN HANG TU  MUNGKIN DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERMUSLIHAT, NAK BUAT LAGU MANA,

LEBIH BAIK LA TAK PAYAH LAGU-LAGU HANG REHAT JEW, NANTI DEMAM PULAK !

DULU PAK KARAMU DAH BAGITHU TAPI ORANG-ORANG HANG DEGIL, HANGPUN DEGEL SAMA,

NYAMPAH TAUUU ! 

JANGAN TUDING JARI,

JIKA LEMAH MEMAHAMI UNDANG-UNDANG ELOKLAH LETAK JAWATAN.TAK PERLU SALAHKAN ORANG LAIN, LIHATLAH PADA DIRI YANG MEMANG BANGANG !

Pas nafi persoal keputusan Agong

Pas nafi persoal keputusan Agong
Takiyuddin (tengah) yang ditemui pada sidang media di Telok Kemang, di sini, pagi tadi.
(Ubah saiz teks) 
 
PORT DICKSON - Pas menafikan mereka mempersoalkan keputusan Yang Dipertuan Agong berhubung isu pengampunan bebas kepada calon Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, soal kelayakan Anwar bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bukanlah isu politik atau derhaka kepada Raja tetapi ia adalah isu perundangan.

Jadi, beliau menegaskan pandangan Pas dalam perkara tersebut bukanlah ‘sembah derhaka’ kepada Yang Dipertuan Agong.

“Yang Dipertuan Agong ikut undang-undang di bawah Perkara 42 dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihak istana sendiri katakan berdasarkan Perkara 42, Yang Dipertuan Agong beri pengampunan penuh kepada Anwar.

“Isu yang dibangkitkan sekarang adakah Anwar mendapat pengampunan bebas di bawah Perkara 48? Ini bukan soal pertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong.

“Malah, Pas juga tidak pernah pertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan yang nasihatkan Yang Dipertuan Agong,” katanya pada sidang media di Telok Kemang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut merasakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak melaksanakan perkara sepatutnya dalam menyelesaikan isu dibangkitkan.

Menurutnya, jika SPR tidak mampu membuat tafsiran jelas, mereka sepatutnya merujuk kepada mahkamah dan tafsiran perlu dibuat sebelum pilihan raya berjalan.

“Sekiranya SPR tak dapat satu tafsiran jelas, mereka perlu tangguhkan pilihan raya ini. Dapatkan satu deklarasi dan interpretasi daripada mahkamah.

“Pihak paling layak membuat tafsiran adalah Mahkamah Tinggi,” ujarnya.

CERITA LIWAT LAGI ? ALAH NAFIKAN JE

ALAH, JANGAN PEDULIKAN PASAL LIWAT TU WAHAI ANUAR BIN IBRAHIM, HANG MELIWAT KE ATAU TIDAK KE, POKOKNYA NAFIKAN JE !

HANG KATA HANG TAK TAHU LA ! HABIS LA CERITA !
BUKAN ADA BUKTIPUN !

MELAINKAN ADA YANG NAMPAK BENDA HANG TU MASUK DALAM DEPA PUNYA DAH LAAAA, NAK TAKUT APA !!!

-CERITA LIWAT LAGI ? ALAH NAFIKAN JE


ANUWAR IBRAHIM BERSIH SEBERSIH-BERSIHNYA 
 Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, menetapkan  8 November ini, sebagai tarikh mendengar kes berkaitan kelayakan Anwar bertanding dalam pilihan raya itu.

Anwar masih layak bertanding
Anwar masih layak bertanding
Ahmad Fahmi pada sidang media tadi.
(Ubah saiz teks)

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pihaknya berpegang teguh kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang memberi pengampunan penuh kepada Anwar sekali gus melayakkan Presiden PKR itu bertanding dalam PRK ini. 
Katanya, rakaman video yang memaparkan Anwar menerima pengampunan penuh yang dimuat naik dalam media sosial sebelum ini, membuktikan bahawa calon PH itu kini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Pada 28 September lalu, Noraziah Mohd. Shariff, 38, memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara pengampunan Anwar adalah tidak menepati perlembagaan.

Pak Karamu-

Anwar akan beri keterangan sebelum hari mengundi

AddThis Sharing Buttons

Anwar
Anwar
(Ubah saiz teks) 

PORT DICKSON - Calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan sebelum hari mengundi Sabtu ini, bagi untuk membantu siasatan berhubung dakwaan Presiden PKR itu disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan jadual pergerakan berkempen Presiden PKR itu sangat padat, namun tetap akan memberi kerjasama dengan pihak polis untuk membantu siasatan.


“Saya dimaklumkan oleh wakil Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan datang ke IPD Port Dickson untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan terhadapnya sebelum ini.


“Saya difahamkan beliau akan hadir memberi keterangan pada masa terdekat, sebelum Sabtu ini,” katanya.


Mohd Faisal berkata, setakat ini mereka telah merekodkan keterangan daripada empat individu termasuk pengadu iaitu Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang membuat laporan polis berhubung berita palsu berkenaan, Isnin lalu.


Beliau berkata, tiga lagi individu lain ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam; wakil media dari Singapura serta wakil media Utusan Malaysia.


Mohd Faisal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199 dan sebaik siasatan lengkap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk penelitian dan arahan selanjutnya.


Terdahulu, Lokman menerusi satu kiriman dalam akaun Facebook miliknya memetik sumber berita kononnya dari BERITAmediacorp iaitu sebuah portal berita Berita Malaysia di bawah konglomerat Mediacorp mendakwa kononnya Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.


Bagaimanapun, portal berita tersebut yang berpangkalan di republik itu menafikan telah mengeluarkan berita tersebut dan semakan juga mendapati Lokman telah memadamkan kiriman berkenaan di laman sosialnya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.