Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAMAN MALAYSIA ROSAK

ZAMAN TENGKU, ZAMAN TUN RAZAK, ZAMAN MAHADHIR, ZAMAN PAK LAH ADALAH ZAMAN MALAYSIA BERSIH SEBERSIH BERSIHNYA, ZAMAN NAJIB ? MASYA ALLAH ADALAH ZAMAN KEROSAKAN.

RAKYAT MENJADI PAPA KENDARA, EKONOMI MERUDUM, BARANG HARIAN MELAMBONG-LAMBUNG NAIKNYA, RAKYAT MENJADI BANGSAT SEBANGSAT-BANGSATNYA.

FUH !!! ZAMAN LA NI ADALAH ZAMAN MAHADHIR MUHAMMAD SEKALI LAGI JADI PIEM, IAITU ZAMAN PEMULIHAN PENDERITAAN RAKYAT, ALHAMDULILLAH ! RAKYAT SEMAKIN SENYUM MENGUNTUM ! BARANGKEPERLUAN MERUDUM RENDAH !

DULU PENYANGAK DAN PENYAMUN LANGSUNG TAK DAK, ADAPUN ANAK-ANAK MEREKA YANG BERKUASA DULU MEREKA BUKAN ADA DALAM KERAJAAN, TU KIRA CUKUP BAGHOIH LA TU ! WALAUPUN MEREKA LA NI KAYA RAYA !

AND THAN,

ITU PENYAMUN SUDAH KENA DAKWA 1

Najib kini berdepan 24 pertuduhan atas dakwaan pengubahan wang haram, sembilan pertuduhan pecah amanah, dan lima penyalahgunaan kuasa. Beliau juga berdepan pertuduhan berhubung dakwaan menukar laporan asal audit 1MDB.

Sementara Ahmad Zahid berdepan 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

-Pak Karamu-

 

KERAJAAN PEDULI APA ?

BANTAHLAH APA CARA SEKALIPUN, KERAJAAN PEDULI APA ?

DULU PADA PRU 14 YANG UNDIPUN HANGPALAH JUGA, ORANG UMNO JUGA SAMA, KONON MARAH KAT NAJIB DAN ROSMAH.

LEPAS TU PAKATAN HARAPAN JANJI MACAM-MACAM, KEMUDIAN HANGPA TERTARIK.

AKHIRNYA MAHADHIR KATA JANJI PILIHANRAYA BERDASARKAN PAKATAN HARAPAN KALAH.

TETIBA P.H MENANG, MAKA KENA KENCINGLAH HANGPA SEMUA ! 

ORANG MELAYU MEMANG MUDAH LUPA, TERGILA-GILA DENGAN JANJI BAPA PENIPU, AKHIRNYA MAHADHIR KATA MELAYU PEMALAS !!! HI HI HI

Pak Karamu 

 

Di ambang tahun baru, ahli PAS turun ke jalan bantah PH

Faisal Asyraf  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Protes pembangkang di ambang tahun baru adalah perkara biasa sejak beberapa tahun lalu.
Antara protes terbesar sebelum ini adalah Himpunan Turun pada 31 Disember 2013 - juga berkenaan kos sara hidup - yang menarik ribuan hadirin.

Pada ambang tahun baru yang lalu pula, kira-kira 500 berarak dari Pusat Membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka bagi meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan BN.

Malam ini, di tengah-tengah hujan lebat, Pemuda PAS diketuai Muhammad Khalil Abdul Hadi meneruskan tradisi itu dan kali ini ia ditujukan kepada rakan lama mereka yang kini menjadi kerajaan persekutuan.

"Malam ini kita bersolidariti untuk rakyat yang terdiri daripada petani, peneroka, penjawat awam dan pekerja swasta.

"Setelah mengambil alih (kerajaan), kita menyaksikan satu demi satu pembohongan dan pengkhianatan terhadap rakyat. Adakah harga minyak sudah turun? Tidak. PTPTN tak dimansuhkan. GST dimansuh tapi ditukar dengan SST.

"PH telah membohongi rakyat...Pada 2019, tak tahu apa lagi yang akan PH bohong kepada rakyat," katanya ketika berucap di depan Sogo.
Bersama-samanya sekumpulan tujuh lelaki dengan gimik tangan diikat - menggambarkan rakyat yang ditekan.

Sebelum ucapan Khalil, beberapa wakil daripada PAS dilihat berucapa di hadapan kelompok kecil, sebahagian besarnya terdiri daripada anggota Unit Amal dan sayap wanita parti itu.

Kebanyakannya berteduh di bawah bumbung sepanjang pintu masuk pusat membeli-belah tersebut.

Mereka bersurai pada kira-kira pukul 10 malam selepas Khalil selesai menyampaikan ucapannya.

YANG PENTING P.H WAJIB DITUMBANGKAN

HAMPIR PRU 14, P.H HENDAK MEMBANTU RAKYAT, TERNYATA TIPU, SELEPAS PILIHANRAYA, RAKYAT SEMAKIN SUSAH,BANGSA  DAN AGAMA TERUSIK.

KELAPA TURUN

SAWIT TURUN,

MATA WANG TURUN,

MANA JANJI PRU 14 ?

-Pak Karamu-

'PAS jangan bimbang, Umno tetap kuat'

Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyeru PAS tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini yang menyaksikan sekumpulan anggota dan wakil rakyatnya meninggalkan parti.

Jelas Shamsul, keadaan itu lebih kurang sama ketika anggota dan wakil rakyat PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Biarpun Amanah wujud namun PAS tetap kuat, maka biarpun beberapa wakil rakyat Umno meninggalkan Umno kita tetap yakin Umno tetap sebagaimana biasa. 

"Umno akan terus berperanan sebagaimana ideologi yang dipegangnya malah akan terus menjadi juara membela kepentingan rakyat, dan pastinya akan merampas kembali kerusi yang hilang," katanya dalam kenyatan media hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PAS sukar untuk bergabung dengan Umno kerana parti itu ibarat bahtera yang telah bocor.

"Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama.

"Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah," kata Abdul Hadi.
Sejak pilihan raya umum, Umno kehilangan satu demi satu wakil rakyatnya yang seterusnya menyebabkan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Mohamad Hasan.

Sejak memenangi 54 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Umno sudah kehilangan 18 wakil rakyat dan kini hanya memegang 36 kerusi parlimen. Beberapa wakil rakyat Umno yang keluar parti juga menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersatu tak boleh ganti Umno
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Shamsul menegaskan bahawa meskipun Bersatu mendakwa ia parti Melayu, Umno masih pilihan utama orang Melayu.

Tegas Shamsul, Bersatu tidak akan boleh menggantikan Umno.

"Hakikatnya Umno jauh lebih baik berbanding Bersatu. Umno punyai sistem pentadbiran yang bersistematik. 

"Umno mempunyai pimpinan yang tersusun daripada peringkat Umno Cawangan, bahagian, negeri hinggalah ke pusat. 

"Jauh berbeza dimana, tidak kedengaran pun mesyuarat cawangan atau bahagian Bersatu diadakan hanya diadakan di peringkat pusat sahaja. Ini bukti Umno mempunyai kekuatan lebih baik berbanding Bersatu," katanya.

Tambah anggota parlimen Lenggong itu, kehilangan wakil rakyat berkenaan tidak menyebabkan Umno di kawasan mereka terbubar. Sebaliknya, katanya, mereka "dengan mudah" diganti oleh pemimpin muda yang lebih baik, bertenaga dan bersemangat. 

"Kita perlu ingat, mereka yang keluar Umno tentulah antaranya kerana mereka sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada Umno. 

"Jadi, biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan Umno. Jika mereka terus berada dalam parti ia akan menjadi barah yang akhirnya memusnahkan parti dari dalam," katanya menyeru agar anggota Umno yang masih kekal tidak bimbang dengan perubahan dan pendekatan baru parti mereka.

"Umno mahu menang dan kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan. Oleh itu semua pihak perlu fokus, bersama menyokong kepimpinan parti dan bersama memainkan peranan," katanya.

TEKAN TENGKOK RAKYAT


LAAAA, APA PASAL KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TIPU RAKYAT, SUDAHLAH BARANG KEPERLUAN MELAMBUNG TANPA KAWAL.

KELAPA TURUN

SAWIT TURUN,

MATA WANG TURUN,

MACAM MANA JANJI PRU 14 ?

DAH LA MANIFESTO TIPU, GST TIPU, TABUNG HAJI TIPU, LAGI ?

DICADANGKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA UNDILAH PAKATAN HARAPAN.

WALAUPUN RAKYAT DAH MULA BISING TAPI DICADANGKAN JUGA HARGA BARANG KASI NAIK 3% UNTUK BANTU KERAKAAN PAKATAN HARAPAN KAUT UNTUNG MACAM HARGA MINYAK ! BIAR RAKYAT BERKORBAN DAN TERKORBAN.

MERDEKAAAAA !

HIDUP PAKATAN HARAPAN !

-Pak Karamu- 

 

'RON95 sepatutnya RM1.86 seliter'

Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Berdasarkan sistem mekanisme harga automatik (APM) yang diguna pakai kerajaan lama, harga RON95 sekarang sepatutnya RM1.86 seliter, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata data terbaru hari ini menunjukkan harga purata Means of Platts Singapore (Mops) untuk petrol RON95 jatuh kepada AUD$0.519 seliter pada akhir minggu lepas berbanding AUD$0.538 untuk minggu sebelum itu.

“Ini juga bermakna rakyat sedang memberi subsidi minyak sebanyak 34sen untuk setiap liter kepada kerajaan PH sempena cuti sekolah dan musim perayaan kini.

“Tetapi menteri kewangan kita masih malu untuk mengaku agar senang untuk senyap-senyap tibai,” kata Najib.

Justeru Najib menyindir bukan kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat tetapi rakyat sebenarnya sedang memberikan subsidi kepada kerajaan.

Kerajaan Pakatan Harapan menetapkan harga minyak RON95 pada harga RM2.20 seliter.

Menulis di Facebook hari ini, Najib juga berkata diskaun tol antara 10 hingga 20 peratus untuk pengguna Lebuh Raya Plus untuk hari natal juga telah dimansuhkan tahun ini.

“Lagi nak janji untuk mansuhkan tol? Happy holidays!” sindirnya.

WAH, TAK SABAR NAK GULING KERAJAAN ?


pandai berlakon boleh cari makan  ke ?

SIAPA AGAKNYA YANG NAK GULING KERAJAAN ? 

TAK SABAR NAK TUNGGU GILIRAN KE ? ATAU DAH ADA SUARA TAK MAHU GANTI DENGAN ORANG YANG ADA KES BURUK JADI PIEM ? 

KALAU DAH ADA KES BURUK, TENTULAH RAKYAT TAK SUKA, SO JANGANLAH CUBA NAK GULINGKAN KERAJAAN DENGAN BUAT PAKATAN DIANTARA PARTI-PARTI DALAM KERAJAAN DAN PEMBANGKANG,

KALAU TAK DE ANGIN HEMBUS, MASAKAN POKOK ADA GOYANG-GOYANG !!!!

INGAT SENANG KE NAK JADI PIEM DAN SETERUSNYA TUKAR KERAJAAN SEDANGKAN PERANGAI KOTOR, NANTI RAKYAT TURUN JALAN RAYA,

Pak Karamu-

 

'Boleh guling PM tetapi melalui pilihan raya'

Namun dalam negara demokrasi, katanya lagi, ia perkara biasa jika membabitkan persaingan kuasa antara parti politik yang ada.

"Perdana menteri boleh digulingkan (tetapi) melalui pilihan raya. Ada parti pembangkang (jadi) ia perkara biasa.

"Tetapi dari dalam PH sendiri? Saya belum terima maklumat tentang perkara itu," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan mendakwa ada komplot untuk menggulingkan Mahathir oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.

"Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang berusaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

"Namun, puak-puak 'tahi kucing' ini terlalu kerdil bagi saya...Mereka ini 'pot tin' kosong yang pandai bercakap tapi tak boleh bekerja," katanya yang kini menganggotai Amanah.

Diminta mengulas tentang pemimpin PH yang saling mengkritik secara terbuka, Mohamad yang juga presiden Amanah berkata PH tiada masalah dalam berdepan kritikan.

"Kita mengamalkan politik terbuka, boleh mengkritik dan bebas untuk dikritik. Ini normal dalam demokrasi."

Beliau juga menyifatkan kritikan yang diterima kerajaan sekarang "tidak terlalu merunsingkan" dan perkara biasa dalam pihak yang mentadbir negara.

Kritikan itu susulan pertikaman lidah antara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berhubung desakan peletakan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa pemimpin PH menghentikan perbalahan terbuka dan kembali memberi tumpuan kepada hal berkaitan rakyat dan negara.

"Kita punyai ruang dan peluang yang sedikit sahaja untuk membuktikan PH benar-benar mampu merubah nasib rakyat dan negara," katanya," katanya.

INI MENTERI LUAR ADA SIKIT BANGANG

DIA PUNYA PARTI BILA DIADAKAN PEMILIHAN LAGILAH HURUHARA, SELEPAS PEMILIHANPUN LAGI KUAT HURUHARA MACAM KELING KARAM, MENTERI NI TAH TAHU KE ?
 
DIA NAMPAK APA YANG BERLAKU DI RUMAH ORANG, KAT RUMAH DIA ?
KUSUT MASI, APA NAK BAGI ALIH PANDANGAN KE ?
 
RAKYAT MALAYSIA DAH PANDAI NILAI POLITIK, JANGAN JADI BANGANG.
 
-Pak Karamu-
 

Zahid punca ramai keluar parti
AddThis Sharing Buttons
Saifuddin Abdullah
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
KUANTAN – Tindakan ramai bekas pemimpin Umno keluar parti dan menyertai PH terutama Parti Bersatu berpunca daripada faktor hilang keyakinan terhadap pimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia tiada kaitan dengan dakwaan kononnya berlaku politik wang kerana parti PH tidak mempunyai dana untuk berbuat demikian selain tidak mengamalkan cara berkenaan untuk menarik anggota.

“Umno berhadapan dengan perpecahan sesama pemimpinnya… ada yang keluar dan ada satu kumpulan lagi masih kekal dan ingin terus bersama dalam Umno, namun yang kekal pun berpecah kepada dua.

“Ada yang mahu Ahmad Zahid kekal terus jadi presiden, ada yang mahu beliau letak jawatan… jadi saya fikir ini disebabkan faktor mereka tidak percayakan Zahid selain mereka mungkin anggap Umno dalam keadan sekarang tidak mampu lagi mencapai matlamat perjuangannya yang asal,” katanya.

MAIN-MAIN POLITIK

SHHHHH !!?

HANGPA KALO NAK SERTAI BERSATU, HANGPA KELUAR DULU ! LEPAS TU JANGAN PI MANA-MANA, DOK BEBAS DULU, KURANG LEBIH SATU BULAN ATAU LEBIH BARU LA MASUK BERSATU.

CAM TU TAK LA NAMPAK SANGAT ! SEBAB YANG TELAH MASUK BERSATU SEMUANYA LAGU TU, TULAH METHOD,

OK, FAHAM TAK ?

OK BOS, HI HI HI 

SEMENTARA ITU:


  • 'Terima ahli lompat parti hina pilihan raya'
  • Nik Nazmi

    SHAH ALAM - Tindakan menerima secara terbuka mereka yang melompat parti merupakan satu penghinaan kepada proses pilihan raya.
    DAP tak akan terima Umno, muktamad
    Gobind Singh Deo
    Gobind Singh Deo

    (Ubah saiz teks)

    KUALA LUMPUR - DAP tidak akan bekerjasama dengan Umno dan keputusan itu adalah muktamad.

    Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, tiada ruang untuk bekerjasama kerana Umno telah menentang DAP habis-habisan pada PRU14.

    Menurutnya, DAP juga meminta rakyat menolak mereka dan rakyat telah berbuat demikian dengan hasrat membina Malaysia Baru.

    “Kami tidak seharusnya sekarang kerjasama dengan mereka. Soal bekas wakil rakyat BN menyertai PH harus diperhalusi dengan teliti.

    “Mandat rakyat perlu dihormati. Agenda reformasi dan pemulihan negara perlu diberikan keutamaan.

    “PH perlu menjaga kepentingan rakyat yang telahpun meletakkan kepercayaan kepada PH untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Tambah Ahli Parlimen Puchong itu, perkara tersebut (PH terima bekas pemimpin BN) akan diangkat dan dibincangkan di mesyuarat PH dalam masa terdekat.

    Keputusan Bersatu menerima bekas pemimpin Umno menyertai mereka kurang digemari beberapa pemimpin PH terutamanya dari DAP.

    -Pak Karamu- 

    Bersatu tiada niat kukuhkan parti dengan terima MP Umno
    AddThis Sharing Buttons
    Mukhriz Tun Dr Mahathir
    Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. - Foto Bernama
    (Ubah saiz teks) 
    JERLUN - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan Ahli Parlimen daripada Umno.

    Beliau berkata sebaliknya tindakan itu adalah selaras dengan amalan demokrasi yang membolehkan mereka bebas menyertai mana-mana parti politik dan terserah kepada parti berkenaan sama ada mahu menerima atau menolak bekas ahli Umno terbabit.

    “Ini yang saya jelaskan kepada rakan-rakan komponen bahawa dalam amalan demokrasi kita tak perlu menolak mana-mana pihak nak sertai PH sebab belum tentu dia nak masuk Bersatu kan kerana ada yang dah sertai Parti Warisan Sabah, mungkin juga PKR, Amanah atau DAP.

    “Jadi kita patut terbuka, saya faham kegusaran rakan komponen dan kita terangkan kepada mereka bahawa ini tidak ada langsung datang niat kononnya nak mengukuhkan kedudukan Bersatu dari segi bilangan anggota Parlimen yang meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Pakaian Sekolah Kembali ke Sekolah, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan pemimpin Umno termasuk wakil rakyatnya keluar parti secara beramai-ramai dengan sebahagian menyatakan niat menyertai Bersatu sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemimpin parti komponen PH yang lain.

    Mukhriz juga menegaskan Bersatu akan tetap berpegang pada perjanjian kerjasama yang ditandatangani sebelum ini dan tidak akan mengambil sebarang keputusan yang boleh menjejaskan PH.

    Tegasnya Bersatu juga bukan sebuah parti untuk bekas pemimpin Umno “berlindung”  daripada disiasat oleh polis atau pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya telah melakukan kesalahan.

    “Tapisan kita ambil serius, mana-mana pihak dan selepas menjadi ahli pun, tokoh itu tak akan dilindungi dan akan disiasat oleh polis atau SPRM. Kalau ada ahli Umno keluar Umno, masuk Bersatu kemudian disiasat dan bersalah, kita benarkan undang-undang itu berlaku,” katanya.

    Berhubung enam Ahli Parlimen Umno yang keluar parti semalam, beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada mereka untuk menyertai Bersatu.

    Pada program tersebut, kira-kira 1,000 murid sekolah rendah yang tidak berkemampuan di sekitar Dun Ayer Hitam dan Dun Kota Siputeh menerima set pakaian sekolah, stoking dan kasut sekolah. – Bernama

    GRRRR, TUTUP PERIUK NASI SATU RAHMATAN LIL 'ALAMIN !

    SEJAK PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, RAKYAT BERTAMBAH SUSAH, DIMANA RAHMATAN LIL 'ALAMINNYA ?

    ADA TIGA SYARAT YANG MENTERI MUJAHIT BAGI, ATE ? KOLO KO ORANG IKUTNYA MAKA DIBOLEHKAN KOLO KO ORANG TAK IKUT NANTI MASUK NERAKA JAHANNAM, TAK CAYA TANYALAH MUJAHIT AL YUSUF AR RAWA !

    ATE ? KALAU NAK DAKWAH TU JANGAN LA BAWA PEGHOYOK, TU SEBAB MUJAHIT MURKA DAN LARA ! 

    TIGA TERAS KITA PERJUANGKAN, TAK CAYA BUKALAH QURAN ! TU BARU ISLAM ORIGINALISTIK !

    -Pak Karamu-

    Isu tutup periuk nasi penceramah, ini kata Mujahid...


    AddThis Sharing Buttons
     Dr Mujahid
    Dr Mujahid - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

    (Ubah saiz teks) 

    IPOH - Dalam menyampaikan ilmu tidak timbul isu menggangu periuk nasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berhubung dakwaan beberapa penceramah bebas bahawa kerajaan cuba menutup periuk nasi mereka dengan menghalang memberi ceramah di televisyen dan radio.

    Menurut Mujahid, dakwaan itu menunjukkan mereka 'menjaja agama' dalam mencari rezeki dan ia bertentangan dengan perjuangan sebenar seorang pendakwah agama.  

    "Bila ada ustaz cakap menutup periuk nasi mereka itu bermaksud mereka 'menjaja agama' untuk cari makan dan itu tidak betul kerana dalam penyampaian ilmu, tidak timbul isu ganggu periuk nasi orang.

    "Agama bukan periuk nasi, tapi agama kena sampai ilmu," katanya yang turut mengulas lanjut isu tular satu senarai penceramah yang tidak dibenarkan muncul di televisyen atau radio bermula Januari 2019.

    Beliau yang ditemui  di Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini, hari ini, berkata pejabatnya tidak pernah mengeluarkan arahan atau menyekat mana-mana penceramah untuk berdakwah sebaliknya memberi nasihat kepada golongan berkenaan agar mengikut tiga teras utama yang diperjuangkan.

    "Selama ini kita nasihatkan agar penceramah, pengkuliah yang nak muncul di televisyen atau dalam program kita mestilah fahami tiga teras kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Modul Malaysia.

    "Maknanya dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita alu-alukan, kita bukan nak sekat orang hanya kerana kita tak suka dia, tapi lebih kepada melihat content," katanya.

    Terdahulu tular senarai nama 10 penceramah yang tidak digalakkan untuk ke udara di televisyen atau radio bermula Januari 2019 antaranya Datuk Mohd Kazim Elias, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat dan beberapa orang pencetus ummah.

    TABUNG HAJI BUKAN TEMPAT MAIN WAYANG !

    BERSIHKAN SEGERA TABUNG HAJI ATAU PENCARUM AKAN MENUNTUT RCI.

    TABUNG HAJI BUKAN TEMPAT MAIN WAYANG, 

    SEJAUH MANA PAS MEMANDANG SERIUS PERKARA TABUNG HAJI INI DAN APA TINDAKAN SIKAP SERIUS PAS TERSEBUT ?

    BUKTIKAN SIKAP SERIUS ITU SUPAYA PENCARUM KEMBALI YAKIN DAN PERHAYA KEPADA TABUNG HAJI

    MENTERI AGAMA PERLU BERI JAMINAN KEPADA RAKYAT DAN TERANGKAN APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DAN TERANGKAN APA TINDAKAN SUSULAN DARI KENYATAAN MENTERI TERSEBUT.

    -Pak Karamu-

    Pas pandang serius tuduhan ke atas TH


    AddThis Sharing Buttons
     Abdul Hadi Awang
    Abdul Hadi Awang

    (Ubah saiz teks) 

    SHAH ALAM - Pas memandang serius tuduhan yang berlaku di dalam Tabung Haji (TH) dan berpandangan adalah tidak wajar sekiranya tuduhan ini dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang 'masih mentah'.

    Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertuduhan menteri melalui media boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan.

    Menurutnya, Pas menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan di bawah seliaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ataupun Parlimen.

    “Ini bagi meneliti dan mempertimbangkan setiap syor yang dikemukakan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik, sebelum dilaksanakan oleh kerajaan yang masih baharu dan kerap membatalkan keputusan yang dibuat mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion, langgar akta TH 1995]
    [ARTIKEL BERKAITAN: Isu TH: Kenyataan Mujahid tak tepat, kata Azeez Rahim]

    Abdul Hadi berkata, Pas juga menasihatkan agar kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej TH, dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin PH yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini.

    “Pas meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme di pihak lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan para pendeposit.

    “Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya lagi.

    Kelmarin, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

    Namun perkara itu disanggah oleh bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyifatkan perkara itu sebagai tidak tepat.

    Menurutnya, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah mengaudit seluruh bentuk pelaburan malah, memperakukannya melalui sijil bersih.

    RCI,RCI,RCI TABUNG HAJI ........

    NAK SANGAT TENGOK SIAPA YANG KENA DAN YANG BANGANG !

    -Pak Karamu-

    Umno sokong siasatan terhadap TH

    AddThis Sharing Buttons
    Khaled Nordin
    Khaled Nordin

    (Ubah saiz teks) 

    KUALA LUMPUR - Umno menyokong penuh sebarang siasatan dan usaha untuk membongkar kebenaran membabitkan isu kewangan Lembaga Tabung Haji (TH).

    Naib Presidennya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, bukan sahaja Umno malah beliau percaya seluruh umat Islam di Malaysia berkongsi pandangan sama.

    Justeru, beliau menyambut baik saranan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dengan segera.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji bayar dividen guna simpanan pendeposit]
    [ARTIKEL BERKAITAN: Skandal Tabung Haji satu tragedi?]

    “Ia bagi menyiasat, mengesah dan menerangkan secara telus dan terperinci tentang kedudukan serta amalan kewangan TH.

    “Tabung Haji merupakan satu institusi awam yang sangat kritikal kepada orang Melayu dan Islam. Jadi, tidak harus ada sebarang kompromi dan dolak-dalik dalam memberi pencerahan dan keadilan berhubung isu ini.

    “Semua pendeposit dan pihak yang berkepentingan mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion, langgar akta TH 1995]

    Tambah beliau, sekiranya didapati ada salah laku dalam tadbir urus atau penyelewengan, maka pihak yang terlibat mestilah disiasat dan dibawa ke muka keadilan.

    “Jika tidak ada salah laku atau penyelewengan sebaliknya hanyalah satu perbezaan standard atau amalan dalam proses perakaunan dan audit, penjelasan serta penerangan yang penuh dan benar juga mesti dilakukan.

    “Melalui RCI, sudah pastinya siasatan yang telus serta tidak berpihak akan dapat dilakukan.
    “Saya yakin RCI juga adalah forum terbaik untuk kita menentu sah kebenaran dan kedudukan sebenar perkara ini,” katanya.

    DAH MULA NAK MAIN SILAP MATA ATAU BANGANG ?
    Kami bukan juruaudit TH, kata EY
    EY
    EY
    (Ubah saiz teks)
    KUALA LUMPUR - Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa ia bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang "laporan audit" berhubung penyata kewangan TH.

    Skandal TH: Segera bawa ke muka pengadilan

    Muhammad Khalil Abdul Hadi
    Muhammad Khalil. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

    (Ubah saiz teks)

    SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan kes pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 yang didedahkan menteri kelmarin perlu segera diambil tindakan perundangan.
    ADA APA-APA KE HUJAH NAJIB NI ?

    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Kerajaan PH yang mempolitikkan Tabung Haji (TH).

    RCI UNTUK TABUNG HAJI

    JANGAN JADI ISU GST, PUNG-PANG-PUNG PANG AKHIRNYA NAJIB/BN FREE !

    TIADA KOMPROMI SOAL TABUNG HAJI, ITU RAKYAT MARHAIN PUNYA !

    MENTERI JANGAN BANYAK BUAT KENYATAAN AKHBAR, PUNG-PANG-PUNG-PANG BERTINDAK SEGERA, JANGAN JADI MACAM GST, SEBAB TAK TAHU BUAT KERJA AKHIRNYA KERAJAAN NAJIB BENAR DAN GUAN ENG SALAH.

    RCI SEKARANG !
    -Pak Karamu-

    Skandal TH: Umno cadang tubuh RCI

    AddThis Sharing Buttons
    Skandal TH: Umno cadang tubuh RCI
    Datuk Seri Mohamad Hasan
    (Ubah saiz teks) 
    SHAH ALAM - Umno mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran susulan pendedahan audit terhadap Tabung Haji, hari ini.

    Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendedahan laporan tersebut mengundang kerisauan semua pihak.

    “Saya mencadangkan agar ditubuhkan RCI yang bukan sahaja akan membolehkan kita semua mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci tentang isu ini.

    “Tetapi turut membuka ruang untuk kita sama-sama mengemukakan jalan ke hadapan yang baik dan perlu bagi mengukuhkan kembali institusi penting ini. Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Menurutnya, laporan tersebut mesti dipandang serius dan umat Islam di Malaysia pastinya mahukan kebenaran daripada pendedahan berkenaan.

    Menurutnya, ia bukan soal pembayaran hibah (dividen) yang tidak mengikut prosedur sahaja sebaliknya ia menggambarkan kewujudan krisis tadbir urus korporat dan pengurusan yang tidak mengikut amalan terbaik.

    “Umno sangat serius dalam apa jua usaha memelihara kewibawaan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam. Sebarang usaha untuk memperkuat institusi ini dan menghapuskan ketirisan, pecah amanah serta salah tadbir urusnya mesti disokong oleh semua pihak.

    “TH adalah institusi milik orang Melayu dan orang Islam, mereka berhak mengetahui kedudukan sebenar institusi terpenting ini. Kebenaran hanya akan terbit daripada siasatan yang telus, tidak berpihak dan menyeluruh,” katanya.

    Menurutnya, cara terbaik membela kepentingan Melayu dan Islam adalah dengan memastikan TH diuruskan dengan sebaiknya.

    “Jangan sama sekali dibiarkan susut nilai tau dipergunakan tanpa pertanggungjawaban dan rasa bersalah oleh pihak bertanggungjawab dalam apa cara sekali pun.

    “TH mempunyai nama besar dan reputasi yang baik bukan sahaja di dalam negara kita malah di persada global maka wibawanya harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun,” katanya.

    CER MUJAHID ULAS INI ?

    BN kejam beri dividen kepada pencarum TH, sindir Najib
    Datuk Seri Najib Tun Razak
    Datuk Seri Najib Tun Razak
    (Ubah saiz teks)
    KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mengatakan kerajaan BN bertindak kejam kerana terlebih membayar dividen kepada pencarum Tabung Haji (TH) untuk empat tahun berturut-turut.

    Menurutnya, PH mendakwa disebabkan membayar dividen berjumlah RM12.652 bilion bermula 2014 hingga 2017, ia menyebabkan TH kekurangan RM4.1 bilion pada akhir tahun lepas.

    “Tiada dakwaan bahawa wang TH sudah dirompak ataupun diselewengkan tetapi TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu untuk terlebih bayar dividen kepada pencarum-pencarum TH untuk empat tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

    “Saya amat hairan mengapa audit luar dan audit kerajaan tidak pernah menimbulkan isu ini untuk empat tahun berturut-turut,” katanya dalam laman Facebooknya, hari ini.

    Tambah beliau, masalah utama TH adalah penurunan teruk nilai pelaburan mereka untuk tahun ini akibat kejatuhan Bursa Malaysia selepas PRU14.

    “Oleh itu, dividen TH untuk tahun in akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas dan cara yang paling sesuai untuk kerajaan PH ialah untuk menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

    “Mereka yang fasih tentang audit dan penilaian aset sudah tentu memahami bahawa ini bukanlah satu langkah yang baik. Adalah amat mudah untuk sesuatu aset dinilai rendah apatah lagi pada ketika pengurusan baru TH bersetuju dengannya.

    “Bukan sukar untuk menilai sesuatu aset lima peratus lebih rendah ketika proses audit. Aset TH hari ini ialah RM73 bilion maka jika dinilai lima peratus lebih rendah sudah RM4 bilion,” ujarnya.

    Abd Azeez jawab dakwaan Mujahid 11 pagi nanti
    Abd Azeez jawab dakwaan Mujahid 11 pagi nanti
    (Ubah saiz teks)
    SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim akan mengadakan sidang media jam 11 pagi ini di lobi Parlimen.

    Sidang media tersebut berkaitan isu hibah TH yang dibangkitkan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

    Semalam, Mujahid mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

    Menurutnya, pendedahan itu diperoleh hasil siasatan dan audit oleh syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC).

    APA MOTIF TERSEMBUNYI DAP DISEBALIK PBT ?

    PBT HANYA HENDAK MEMBEZAKAN GOLONGAN YANG MAJU DAN MUNDUR DAN PERBANDINGAN EKONOMI KAUM DI NEGARA INI,


    IA MENGUNDANG DASAR PERBEZAAN KAUM YANG MAJU DAN YANG MUNDUR. KONSEP PBT INI SANGAT DISUKAI OLEH DAP DAN PKR.


    JIKA KONSEP PBT INI DILAKSANAKAN MAKA MUNGKIN MALA PETAKA DI NEGARA INI AKAN BERLAKU

    -Pak Karamu-

    Jangan usul yang boleh cetus ketegangan

    AddThis Sharing Buttons
    Hadi Awang



    Hadi

    (Ubah saiz teks) 


    KUALA LUMPUR - Pas menegaskan mana-mana pihak tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan seperti pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


    Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak perlu sedar bandar bandar dan luar bandar mesti dibangunkan seiring.


    "Saya tekankan bahawa kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh mencetuskan ketidakstabilan, melebarkan jurang bandar dan desa.


    "Paling menakutkan ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi api dalam sekam untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.


    "Kestabilan ekonomi dan politik di bandar perlu dijaga bagi mengelak timbulnya jurang perbezaan dan ketegangan kaum dalam negara. Inilah asas pembangunan seimbang di antara bandar dan luar bandar yang diperjuangkan oleh Pas sejak kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


    Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengesahkan pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.


    Menurut Abdul Hadi beliau telah mengemukakan pendapat senada pada Januari 2015 yang menjadi asas menguji setiakawan DAP dan PKR ketika itu masih bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.


    Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, penguasaan ekonomi perlu diambil kira bagi semua peringkat.


    "Jangan dilihat penguasaan ekonomi peniaga dan penduduk bandar daripada kaum tertentu sahaja tetapi perlu juga diambil kira golongan pekerja, pemandu teksi dan peniaga jalanan serta pembekal dan petani di luar bandar yang turut mempunyai peranan membangunkan bandar.

    "Semua pihak wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan keadaan termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di pedalaman serta kaum peribumi di Sabah dan Sarawak juga mempunyai peranan untuk memakmurkan bandar," katanya.


    BERITA YANG BERKAITAN:


    Pilihan raya PBT akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagiKatanya, pilihan raya PBT perlu untuk sebuah negara yang mengamalkan demokrasi di mana rakyat juga berkuasa memilih pentadbiran tempatan masing-masing. - Gambar fail


    keputusan Pilihan Raya PBT perlu konsensus PH
     
    keputusan PIlihan Raya PBT perlu konsensus PH
    Lim Guan 
    Keputusan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendapat persetujuan bersama empat parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

    Beliau berkata walaupun DAP terus mendesak dan memperjuangkan isu berkenaan namun parti itu tidak boleh mengetepikan gabungan itu terutama apabila melibatkan standard dan dasar kerajaan.

     PULAAAK, ADA APA-APA KE ?

    Kajian Pilihan Raya KPKT diteruskan

    AddThis Sharing Buttons
    Kajian Pilihan Raya KPKT diteruskan
    Zuraida Kamaruddin.
    (Ubah saiz teks)
    PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneruskan kajian mengenai pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan, kata Menterinya Zuraida Kamaruddin.

    SUHAKAN PATUT PANGGIL KU LI DAN KIT SIANG JOIN SEKALI

    PATUT-PATUT PANGGILLAH MENTERI PAKATAN HARAPAN SEKALI, SURUH DEPA BAWA SYOR DALAM PARLIMEN. DR MAZAPUN UNDANG SEKALI, TU BARU ANAK JANTAN

    Pak Karamu-

     ICERD: Suhakam kecewa tapi belum menyerah kalah

    AddThis Sharing Buttons
     Tan Sri Razali Ismail
    Tan Sri Razali Ismail
    (Ubah saiz teks) 
     
    PETALING JAYA -  [KEMASKINI] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan pihaknya akan terus menasihat kerajaan untuk meratifikasi baki enam konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

    Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail, berkata ia termasuklah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

    “Walaupun kami kecewa, namun kami belum menyerah kalah.

    "Ramai individu dalam kerajaan mahu kami terus bekerja keras dalam isu ini. Kami akan terus menasihati kerajaan (meratifikasi ICERD dan baki instrumen hak asasi manusia lain),” katanya pada sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, hari ini.

    Sehingga kini tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi manusia telah diratifikasi Malaysia iaitu Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

    Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifikasi baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.


    Namun begitu pada 23 November lalu, kerajaan menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

    Mengulas mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada program tersebut, Razali berkata, ia memberi kelebihan pada acara yang djalankan pihaknya.

    “Perdana Menteri membantu kita apabila beliau tidak hadir. Bila beliau tidak datang, orang semakin tertarik untuk hadir.

    “Ramai orang datang bertanyakan pelbagai soalan dan menunjukkan minat dalam pelbagai isu membabitkan hak asasi manusia dan dewan juga penuh," katanya.

    WARNIG GRRRRRR !

    ICERD: Tiga amaran Pas!

    AddThis Sharing Buttons
    Tuan Ibrahim Tuan Man
    Tuan Ibrahim Tuan Man
    (Ubah saiz teks) 
     
    KUALA LUMPUR - Pas memberi tiga amaran kepada semua pihak termasuk golongan pelampau di negara ini.

    Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Himpunan ICERD yang diadakan hari ini bukan kerana membenci agama mahupun bangsa lain.

    "Amaran pertama, negara luar tak perlu campur tangan dengan urusan negara kita. Kita tahu tadbir negara sendiri.

    "Kita berhimpun bukan kerana kita benci dengan agama Hindu, Buddha, Kristian tapi kerana agama rasmi kita, Islam.

    "Bagi menyatakan kekuatan Melayu di atasnya agama Islam yang dijunjung," katanya kepada peserta himpunan di Dataran Merdeka.

    MUNAFIK TAK PAYAH NYOROK LAA !!! JOIN JE !

     APE HEY NYE YOB, GENG HARAPAN MENYOROK CELAH TIANG ?

    ALAHAI ! JOIN JE, UMNO&PAS NO HAL PUNYA !

    Pak Karamu 

     

    LANGSUNG: Peserta Himpunan ICERD mulai masuk Dataran Merdeka

    AddThis Sharing Buttons
    LANGSUNG: Peserta Himpunan ICERD mulai masuk Dataran Merdeka
    (Ubah saiz teks)
    KUALA LUMPUR - Himpunan aman susulan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijangka mengambil tempat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk Dataran Merdeka dan pekarangan kompleks beli-belah Sogo.
    Perhimpunan ini dijangka bermula jam 2 petang nanti.
    Tinjauan Sinar Harian di sebelah pagi mendapati kawasan utama iaitu di Dataran Merdeka sudah kelihatan peserta yang mula memasuki kawasan berkenaan.
    Keadaan ketika ini tenang dan kelihatan Unit Amal Pas bersiap siaga mengawal keadaan.
    Namun, bermula pada jam 2 petang peserta kini mula berhimpun di beberapa lokasi. Ikuti perkembangan terkini perhimpunan ini.
    11.49 pagi: Para peserta Himpunan ICERD mulai membanjiri Dataran Merdeka. Mereka lengkap berpakaian serba putih.
    12.05 tengah hari: Unit Amal Pas telah bersiap siaga bagi memastikan kelancaran Himpunan ICERD.
    12.06 tengah hari: Para peniaga turut memeriahkan suasana Himpunan ICERD.
    12.11 tengah hari: Mungkin sebagai tanda ingatan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lagu 1 Malaysia dinyanyikan beramai-ramai.
    12.30 tengah hari: Kesesakan di pintu keluar LRT Masjid Jamek
    12.32 tengah hari: Sekumpulan peserta Himpunan ICERD bergerak sambil melaungkan slogan "Bangkit Ummah" di perkarangan Masjid Negara.
    12.33 tengah hari: Suasana meriah di Masjid Jamek yang dibanjiri peserta himpunan.
    12.35 tengah hari: Peserta menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.
    /
    12.43 tengah hari:  Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Masjid Negara.
    12.50 tengah hari: Ruang-ruang di Dataran Merdeka sudah mulai sesak dengan kebanjiran  para peserta Himpunan ICERD .
    12.50 Tengah hari:Kain Rentang Pemuda Umno Segambut dengan tiga mesej berbeza di Masjid Jamek.
    12.54 petang: Kelihatan bendera Umno dipakai peserta di Masjid Jamek
    12:58 petang: Para peserta Himpunan ICERD mengambil wuduk sebagai persediaan untuk solat secara jemaah di Dataran Merdeka.
    1.00 petang: Wakil Pertubuhan Penggiat Alam Melayu (Pernilam), Kluang lengkap berbusana sedondon turut hadir ke Himpunam ICERD di Masjid Jamek
    1.05 petang: Penganjur mengingatkan peserta Himpunan ICERD di Masjid Jamek agar tidak lupa menunaikan solat Zohor.
    1.10 petang: Para peserta sama ada muslimin dan muslimat bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Dataran Merdeka.
    1.16 petang: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengimamkan solat Zohor bersama peserta Himpunan ICERD.
    1.17petang: Uncle Selva dari Nilai bersama beberapa rakannya membantu mengutip sampah di sekitar kawasan Himpunan ICERD di Masjid Jamek.
    1.17pm: Kelihatan peserta Himpunan ICERD turut mengutip derma untuk tahfiz.
    1.24 petang: Kelihatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Masjid Jamek.
    1.25 petang: Kelihatan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan tiba di lokasi Himpunan ICERD, Masjid Jamek.
    1.29 petang: Exco Pemuda Umno, Papagomo kelihatan melayan permintaan bergambar.
    1.34 petang: Kelihatan peserta dan Petugas Unit Amal Himpunan ICERD menunaikan solat Zohor di kaki lima sekitar Masjid Jamek.
    1.38 petang: Suasana di persimpangan Dataran Merdeka. Sebahagian peserta dari Masjid Jamek sudah mula bergerak.
    1.39 petang : Peserta Himpunan ICERD di pekarangan Kompleks Sogo melaungkan 'Hidup Hidup! Hidup Islam! Hidup Hidup! Hidup Rakyat! Bantah Bantah! ICERD! Tolak Tolak! Tolak ICERD!
    1.40 petang: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tiba di Dataran Merdeka.
    1.40 petang: Exco Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menyambut peserta Himpunan ICERD.
    1.44 petang: Sebahagian lagi peserta Himpunan ICERD bergerak ke Dataran Merdeka.

    1.47 petang: Peserta yang memenuhi Dataran Merdeka bersama-sama berselawat.
    1.49 petang: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) mencuri tumpuan peserta himpunan sebai tiba di Dataran Merdeka.
    1.50 petang: Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof tiba di Dataran Merdeka
    1.55 petang: Peserta Himpunan ICERD di pekarangan Kompleks Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka

    2.00 petang: Tepukan gemuruh peserta di Dataran Merdeka untuk DBKL dan polis atas kerjasama diberikan kepada Himpunan ICERD.

    2.05 petang: Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tiba di Dataran Merdeka.
    2.12 petang: Pimpinan bagi setiap parti sudah tiba di pentas utama
    2.15 petang: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Masjid Jamek

    2.46 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Dataran Merdeka
    3.00 petang: Peserta  himpunan dihadapan pentas utama
    3.12 petang - Penganjur mengingatkan peserta Himpunan ICERD agar menjaga harta benda awam dan landskap sekitar Dataran Merdeka.
     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.