Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK LAMA LAGI HANIPA TUMBANG

TEBALNYA ASABIYAH HADI KATA HANIPO
 
 
 
News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin meminta Abdul Hadi Awang agar bersara daripada politik kerana presiden PAS itu kini dilihat semakin tidak ketahuan.

Dalam satu hantaran di Facebook, Hanipa berkongsi berita daripada sebuah portal mengenai tulisan Abdul Hadi baru-baru ini.

Berita berkenaan bertajuk 'Kesabaran kami ada had, henti tuduh orang Melayu rasis, kata Hadi'.

"Maaflah jika saya kata. Pleaselah bersara. Dah makin tak ketahuan YB. Resign so long your sanity is still ok," kata Hanipa dalam hantarannya.
Iklan
Hanipa yang juga anggota parlimen Sepang berkata, Abdul Hadi sendiri suatu ketika dahulu mengajar ahli-ahli PAS supaya tidak bersikap asabiyah atau perkauman.

"Dulu YB yang ajar kami semua tak boleh asabiyah. Kok sekarang tebalnya asabiyah YB!" tulis bekas peguam PAS itu yang kini bersama Amanah.

Abdul Hadi dalam tulisannya baru-baru ini memberi amaran kepada kaum lain supaya tidak melabelkan orang Melayu sebagai “rasis” kerana kesabaran mereka ada batasnya.

Anggota Parlimen marang itu berkata, terdapat dwistandard untuk label “rasis” dan orang Melayu sering diberikan label itu walaupun hanya menuntut hak sendiri.

“Melayu menerima nasib ini kerana ke-Islamannya. Kalau Melayu tidak menganut Islam seperti kaum lain, maka tidak dilabel rasis.

“Adakah keadaan ini disebabkan oleh penyakit Islamofobia yang sedang merebak sekarang?” soalnya.

Hantaran ditulis Hanipa itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk daripada kalangan penyokong PAS.

"YB Sepang nak jadi gila dah. Tolong baca talkin dekat telinga YB Sepang," kata seorang pengguna Facebook.

"Dia (Abdul Hadi) dah tumbang dua kali. Tapi terasa muda lagi. Kali ke-3 nanti bersara teruslah dia. Nak tunggu final call juga," komen seorang lagi.

"Apa yang salahnya TGHH (Tuan Guru Hadi Awang) cakap macam tu? Bila orang Melayu nak cerita pasal Melayu dikata rasis, bila Cina atau India cerita pasal bangsanya dikatakan menuntut hak mereka. Kepala bangsat punya menterilah. Dasar khadam DAP, demi jawatan sanggup khianat Melayu," kata seorang lagi pengguna Facebook.

DR MAHADHIR PERLU BUKTIKAN MAMPU PULIHKAN NEGARA

INGAT, ? MASA AMBIL KUASA RAKYAT  DAN NEGARA DALAN KESUSAHAN, MASA TINGGALKAN NEGARA  RAKYAT DALAM KEADAAN MENDERITA !

SEBAGAI PERDANA MENTERI DIA PERLU BERTANGGUNGJAWAB.

IMGAT !!!

JANGAN BIARKAN NEGARA MENUJU KEARAH KOMINISMA.

JANGAN SEKALI-KALI IKUT TELUNJUK PENGGESA-PENGGESA YANG MABUK KUASA, KELAK TUHAN AKAN SEDIA MENYEKSA KAMU.

RAKYAT SOKONG DR MAHADIR JADI PERDANA MENTERI HINGGA AKHIR PENGGAL.

-Pak Karamu-

 DR MAHADHIR P.M HINGGA TAMAT PENGGAL

 
Pandangan Azmin Ali mahukan Dr Mahadhir Muhammad sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal, bukan pandangannya  pertama kali, akan tetapi sudah banyak kali disuarakan, dan pandangannya selaras dengan kehendak PAS dan UMNO.

Sebenarnya rakyat juga mahukan Dr Mahadhir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal, namun berlaku jolokan-jolokan daripada agen-agen upahan bersuara mahukan Dr Mahadir menyerahkan jawatan itu kepada Anuar Ibrahim, hasilnya mungkin gagal.

Bersepah-sepah tangan-tangan ghaib yang disuruh menjolok untuk jawatan Perdana Menteri dilepaskan  kepada Anuar Ibrahim, namun suara-suara sumbang tersebut seolah-olah ada arahan supaya menjadi penjolok, ini semua telah diketahui oleh rakyat.

Azmin mungkin mengharapkan nama baik Dr Mahadhir terpelihara dari kegagalannya sebagai pemimpin negara buat kali kedua dan mungkin terakhir, andainya Dr Mahadhir melepaskan jawatannya dalam keadaan ekonomi haru biru dan rakyat dalam keadaan susah, maka  Dr Mahadir dianggap seorang pemimpin yang gagal sebagai pemimpin.

Dr Mahadhir perlulah menunjukkan bahawa dia seorang Perdana Menteri yang berkebolehan memimpin negara dan mampu memberikan rakyat sedikit selesa sebagaimana yang dijanjikannya pada PRU 14 dahulu.

Perlu difahami dan di ingatkan bahawa apa yang dikatakan sebagai mengambil kuasa daripada pintu belakang adalah suatu mainan politik jolok-jolok daripada kumpulan yang menghadapai masalah dan mungkin jolokan mengingatkan tentang peralihan kuasa kononnya rakyat sudah bosan dengan banyaknya usikan dari yang mabuk hendak melaksanakan Malaysia Baru


AHLI POLITIK MALAYSIA SEMAKIN CARTOON

BUBAR SAHAJA PARLIMEN

 -Pak Karamu-

PH beritahu Hishammuddin henti kempen kerajaan tanpa DAP, Amanah

 
PETALING JAYA: Majlis setiausaha Pakatan Harapan menggesa pemimpin Umno Hishammuddin Hussein dan rakan-rakan menghentikan kempen mereka yang cuba mengajukan idea kerajaan tanpa DAP dan Amanah.

Ketua Setiausaha Saifuddin Abdullah berkata, kecenderungan kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum adalah “politik usang” yang bercanggah sama sekali dengan politik “inklusif” yang dipelopori PH.

“Sebarang cubaan ‘nakal’ untuk mengembalikan politik sedemikian setelah kita menggerak perubahan pada 9 Mei tahun lalu adalah langkah terkebelakang yang tidak akan dirakam hatta di nota kaki sejarah sekalipun.

“Bahkan ia memberi peluang kepada para kleptokrat dan kuncu-kuncu mereka untuk kembali bertakhta,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ia ditandatangani bersama empat setiausaha komponen gabungan itu, iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PPBM Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook.

Saifuddin berkata PH berpegang kepada muafakat yang dipersetujui PKR, PPBM, Amanah, dan DAP, dan kerjasamanya dengan Warisan.

Muafakat itu, katanya, menggariskan beberapa perkara teras yang menjadi faktor pemersatu yang menghimpunkan parti-parti komponen PH dan rakyat untuk menolak kerajaan Barisan Nasional, politik perkauman dan kleptokrasi.

“Itulah asas kepada mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14; dan amanah itu tidak wajar dicagarkan demi kepentingan politik,” katanya.

Sebelum ini di Dewan Rakyat, Presiden PKR Anwar Ibrahim memetik nama Hishammuddin ketika menjawab pertanyaan pembangkang mengenai pelan peralihan kuasa PH.

Anwar meminta wakil rakyat pembangkang jangan ikut jejak Hishammuddin dan “strategi karut”.
“Sama ada didakwa di mahkamah, diugut mahupun dipenjara, prinsip jangan digadai. Beritahu Sembrong.”

Anwar bagaimanapun tidak menghuraikan lebih lanjut tentang “strategi karut” itu.

LIM KIT SIANG JANGAN KACAU TUGAS POLIS

ooooo, MASA LULUSKAN DULU SUNYI SENYAP, LA NI BARU CAKAP KERAS, NI SEMUA CAKAP POLITIK, HAMPEEHHHH !

Tangkapan LTTE: Penggunaan Sosma terlalu keras, kata Anwar

   
Anwar Ibrahim menganggap tindakan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 - atau Sosma - ke atas suspek kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai terlalu keras.

LIM KIT SIANG JANGAN AJAR POLIS BUAT KERJA.

POLIS BOLEH TAHAN SUSPEK SEHINGGA 28 HARI.

YOU BOLEH FAHAM ?

LU JANGAN KURANG AJAR DENGAN POLIS

-Pak Karamu-

Suspek LTTE: Dakwa atau lepaskan - Kit Siang

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Lim Kit Siang hari ini menuntut agar dua Adun DAP, P Gunasekaran dan G Saminathan yang ditahan berkaitan siasatan hubungan mereka dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.

Veteran DAP itu berkata kedua-dua mereka yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), mesti dibebaskan segera atau didakwa di mahkamah untuk memberi mereka peluang membela diri.

Gunasekaran dan Saminathan adalah antara tujuh yang dtahan menurut undang-undang keselamatan yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.
Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Mohd Khairuddin Aman Razali mengalu-alukan tindakan keras polis dan menggesa polis supaya turut menangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Rasamamy.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mahu pihak polis dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

"Polis perlu hadir di hadapan jawatankuasa ini untuk menjelaskan, secara amnya, bagaimana pihak polis menjalankan tugasnya di bawah kerajaan Pakatan Harapan dengan komitmen pentadbiran PH bahawa ini mesti dijalankan dengan bertanggungjawab dan telus.

"Dan ini khususnya mengenai penahanan semasa serta bagaimana pihak polis mematuhi komitmen PH untuk tidak menyalahgunakan kuasanya di bawah langkah-langkah keras mengikut undang-undang menindas sehingga ini dimansuhkan," katanya.

Semalam, tujuh individu termasuk dua Adun DAP itu ditahan dalam operasi polis Bukit Aman disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana melibatkan LTTE.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

MARUAH MELAYU ? MELAYU MANA ADA RUKUN ?

JIKA SETAKAT NAK BELA MARUAH MELAYU ? HENTIKAN, MELAYU MANA ADA MARUAH ?

SEJAK MERDEKA HINGGALAH ZAMAN SEKARANG, YANG MENGEPALAI NEGARA ADALAH MELAYU, 

APA PIMPINAN MELAYU BUAT ? MALAH MELAYU TERUS MENGUNDUR DIRI DARI BANDAR KEPINGGIR KOTA ATAU BERANSUR KE DALAM HUTAN.

PEMIMPIN MELAYU HANYA PANDAI CAKAP KERANA NAK LEPASKAN TENGKOK  DAN TEMBOLOK SAHAJA.

MEREKA MENCARI PELUANG SEBANYAK MUNGKIN UNTUK DIRI SENDIRI DENGAN MELONGGOK HARTA PADA ANAK PINAK.

MELAYU ADA MARUAH ?

BANGSA YANG ADA MARUAH HANYA BANGSA YANG ADA RUKUN HIDUP, MELAYU MANA ADA RUKUN ? YANG ADA RUKUN HANYA ISLAM, YANG ADA RUKUN HANYA IMAN, YANG ADA RUKUN HANYALAH NEGARA.

UNTUK JADI BANGSA MELAYU YANG BERTAMADUN, MENGAPA TIDAK KEMBALI KEPADA ISLAN YANG MEMPUNYAI RUKUN ?

TAKUT POTONG TANGAN,KAKI ? TAKUT MAKAN SOUP TANGAN ? CIS SUNGGUH HAPRAK MELAYU JENIS INI.

ISHHH, MELAYU BLAH, BLAH, BLAH, BLAH ! INGAT MELAYU TAK BOLEH NILAI SIKAP HAPRAK MELAYU ?

-Pak Karamu-

Maruah Melayu bukan terletak pada bangsa, tapi Islam

Mohd Azmi Abdul Hamid  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
ULASAN | "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d : 11).

Kami berpendapat perbincangan mengenai nasib dan maruah Melayu harus berorientasikan apa yang diungkap di dalam al-Quran.

Dalam konteks keresahan bangsa Melayu dalam kalangan ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan masa kini, ternyata ia banyak berkisar kepada tuntutan supaya kerajaan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan status Melayu yang dilihat tercabar.

Ayat al-Quran tersebut tepat untuk dijadikan formula memulihkan maruah bangsa Melayu.
Iklan
 
Sejak bangsa Melayu dijajah oleh lima bangsa penjajah - iaitu Portugis, Siam, Belanda, Jepun dan Inggeris - selama 446 tahun, banyak nilai feudalisme membelenggu mereka.

Akibatnya parah. Dari sebuah bangsa yang asalnya rajin dalam bidang maritim dan mengusahakan bidang pertanian, ilmu kearifan lokal bangsa Melayu dibuang.

Ia kemudian diganti dengan sifat kebergantungan kepada pemerintah.

Perlu berlaku jujur

Sebab itu maruah Melayu mulai terhakis apabila hampir semua aspek kehidupan mulai dicemari dengan kebergantungan dan kemalasan.

Memang benar, politik Melayu telah dirosak oleh perpecahan. Dengan sebab keghairahan dan fanatik kepada politik kelompok, gelaja "Melayu bunuh Melayu" menjadi parah.

Sebab itu ucapan Dr Mahahir Mohamad dalam amanatnya di Kongres Maruah Melayu di Shah Adam tadi, beliau nampaknya menyentuh banyak soal sikap orang Melayu yang tidak cukup bersedia bekerja dengan berdisiplin.

Dari soal menjual tanah rizab Melayu hingga soal orang Melayu enggan bekerja dalam bidang kemahiran sehingga ramai pekerja asing mengambil tempat kerja dalam negara ini.
Memang perubahan yang sangat genting dihayati ialah kesanggupan bangsa Melayu jujur untuk mengakui bahawa jika perangai dan sikap negatif terhadap kerja tidak dikikis, maruah bangsa tidak akan dapat dipulihkan. 

Harus diinsafi, yang membunuh tulisan Jawi dan bahasa Melayu adalah Melayu sendiri; yang mengadai tanah Melayu adalah Melayu; yang merasuah, membuang anak, ketagihan dadah, merempit, adalah Melayu sendiri.

Oleh itu kami bersetuju bahawa tindakan menyalahkan orang lain atas terjejasnya maruah Melayu adalah tidak tepat.

Bangsa Melayu itulah yang boleh memulih maruah oleh bangsa sendiri. Orang lain tidak mungkin mahu membela nasib dan maruah Melayu. 

Kembali kepada Islam

Kami mengesa para pemimpin Melayu agar mengembleng tenaga untuk memikirkan bagaimana caranya maruah bangsa dapat dipulihkan dengan berpandukan al-Quran dengan segala pedomannya.

Tidak boleh difikirkan hanya perlembagaan negara sahaja yang boleh menjamin maruah bangsa. Orang Melayu perlu berpegang kepada sumber abadi - iaitu al-Quran - jika mahu maruah itu dilindungi.

Bangsa Melayu perlu kembali kepada asas (back to basic). Maruah bangsa bukan kerana Melayunya, tetapi kerana Islamnya.

Kami akur jeritan "Hidup Melayu" menaikkan semangat, tetapi laungan sebegitu saja akan hanya menjadi retorik dan tidak berupaya mengubah realiti.

Dr Mahathir sendiri kesal kenapa perkampungan Melayu - seperti Kampung Kerinci dan Kampung Abdullah Hukum di KL - akhirnya lenyap. Beliau mengeluh orang Melayu tidak mampu hidup di bandar.

Kami berpandangan, kesilapannya ialah pada model pembangunan yang kerajaan sendiri amalkan. 

Orang Melayu di bandar terpinggir sedikit demi sedikit akibat didesak memberi laluan kepada pembangunan. 

Akibatnya realiti bandar didominasi oleh bangsa lain.

Kami menggesa pemulihan maruah Melayu hanya boleh direalisasikan dengan kembali kepada Islam yang menyeluruh.

Ia perlu bermula daripada pemimpin Melayu itu sendiri. Daripada raja-raja, perdana menteri hingga ketua institusi keluarga Melayu.

MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah presiden Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

MELAYU MANA ADA MARUAH ?

LEPAS NI KENA BUAT KONGRES MARUAH MALAYSIA !

UNTUK APA MARUAH MELAYU ?

JIKA MELAYU TIADA PUNYAI NEGARA ?

MELAYU HANYA ADA MARUAH JIKA MELAYU TIDAK DAPAT DIPECAH BELAHKAN.

SIAPA YANG PECAH BELAHKAN MELAYU ?

ADA BANGSAT MELAYU YANG BERKATA, JIKA MELAYU TAK DIPECAH BELAHKAN MAKA MANA MUNGKIN MELAYU DAPAT JADI MENTERI ?

BILA MELAYU DAPAT JADI MENTERI MAKA MELAYU AKAN SENANG LENANG !

SEBAB TU LA NI MELAYU SENANG LENANG, SEBAB MENTERI MELAYU BELA BANGSA DAN AGAMA DAN BAHASANYA.

BETUL ?

Dr M: Hanya Melayu boleh pulihkan maruah sendiri 

Dalam mengatasi isu maruah Melayu yang sering dipandang hina di negara sendiri, Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya

 

INGAT !!!

TENGOK GAMBAR BAWAH TULIS APA ?

TANAHKU. MANA ADA TANAH AIRKU MELAYU ?

   

JANGAN FIKIR INI MALAYSIA ORANG MELAYU PUNYA !!!

-Pak Karamu-

Mahathir akui kerajaan kini 'tak cukup Melayu'


Geraldine Tong dan Haspaizi Zain  |  Diterbitkan


   
Dr Mahathir Mohamad mengakui elemen kemelayuan dalam kerajaan yang dipimpinnya hari ini tidak sekuat kerajaan BN sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, kekuatan itu hilang apabila orang Melayu berpecah sesama sendiri bagi merebut kekuasaan dalam negara.

“Saya nak mengaku di sini bahawa kerajaan - walaupun dipimpin oleh orang Melayu - tidak sekuat kemelayuannya pada hari ini. 

"Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat. 
Iklan
“Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil kira perasaan orang lain," katanya pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, hari ini.

Mahathir berkata, jika tidak mengambil tahu perasaan pihak lain yang ada dalam kerajaan semasa, ia boleh menyebabkan pihak pemerintah mengalami kekalahan dalam pilihan raya.

Justeru, kata beliau, perpecahan orang Melayu yang terbahagi kepada enam kumpulan menyebabkan tiada ada satu pun kumpulan yang mampu menarik sokongan Melayu lebih 50 peratus.

 

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.