Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT TERUS MEMIKUL BALA

  Netizen bengang ‘top up’ kena SST, hi hi hi

MERDEKAAAA!

Topup
Gambar hiasan
 
 Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat terutama berhubung caj dikenakan ke atas tambah nilai perkhidmatan prabayar. 
 
Rata-rata ruangan komen Facebook Sinar Harian dibanjiri luahan rasa tidak puas hati netizen sejak pagi tadi.

Syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini kembali mengenakan cukai SST ke atas setiap tambah nilai berkuatkuasa 1 September 2018.

Pengguna membangkitkan soal tambah nilai RM10 di mana mereka hanya RM9.43 dikreditkan.
Mohd Johari : “Baru ‘top up’ tadi RM50, yang dapat RM47.23, kena tolak RM2.77. Adoi.”
Che Mat : “Masalahnya ‘top up’ sekarang beli RM10 dapat RM9.43, dah lah internet RM10. Tak pasal-pasal kena beli pula lagi RM5. Menyusahkan betul.”
Ismail Ahmad : “Pasal sate di kedai makan tak kena SST letak tepi dulu. Ini nak tanya, kenapa ‘top up’ RM10 dapat RM9.43, lagi 57 sen pergi mana? Siapa sapu? Kerajaan atau syarikat telekomunikasi? Kenapa nak sapu dari poket pengguna? Adilkah kalau macam ini?”

INGATKAN BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, RAKYAT TERBELA, RUPANYA RAKYAT TERUS MENDERITA, MERDEKAAAAAA !!! 

SIFAR GST ! BARANG TETAP SAMA SEPERTI ADA GST, KERAJAAN KENA BUKA MATA, JANGAN BUKA TEMBOLOK !

LA NI DATANG PULA SST, MAKA BERTAMBAH TERBEBANLAH RAKYAT, APA YANG KITA FAHAM SST INI ADALAH DIKENAKAN TERHADAP "FAST MOVING ITEMS" MAKA TERBEBAN LAGI LA HIDUP RAKYAT !

 NAMUN, DISEBABKAN KITA TELAH MERDEKA MAKA LANTAK PI LA GST KE ATAU SST KE BIAQ PI, YANG KAUT UNTUNG UNTUK ANAK CUCU TETAP JUGA BERJALAN TERUS.

CONTOHNYA PEMBEKAL MINYAK PETRON PADA KERAJAAN, TETAP MENGAUT UNTUNG BUAT KRONI, RAKYAT JUGA TERTIPU DAN TERBANGANG ! 

MERDEKAAAA ! MERDEKAAAA !

HU,HU,HU PUTAR SANA PUTAR SINI, DIA ORANG JUGA SENANG !!!!

DALAM MASA YANG SAMA:

Tolong! jangan jual Petronas
Tolong! jangan jual Petronas
Umno berharap kerajaan tidak akan menjual aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada Syarikat Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron)

 Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sekiranya Petronas atau asetnya dipecahkan dan dijual kepada negara asing, ia satu tragedi buat Malaysia
 
“Berdasarkan kepada perkembangan terbaru semalam iaitu pelantikan syarikat minyak Filipina, Petron sebagai pembekal bahan api kepada kerajaan, saya harap kerajaan tidak akan jual aset milik Petronas kepada syarikat Petron seperti yang dilaporkan oleh media Jepun Nikkei sebelum ini.

-Pak Karamu- 

 

‘Merdeka GST, selamat datang SST’



AddThis Sharing Buttons


SST
(Ubah saiz teks) 

MEMPERKENALKAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar enam peratus pada 1 April 2015, mungkin bukan satu keputusan popular yang diambil oleh kerajaan terdahulu.


Tujuan pengenalan GST kerajaan ketika itu untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

Malaysia antara salah sebuah daripada lebih 160 negara melaksanakan sistem cukai itu yang disifatkan lebih cekap dan telus.


Malangnya, banyak cerita tidak enak melingkari sejak pelaksanaan GST. PH ketika masih bergelar pembangkang menjadikan GST sebagai modal politik untuk memburuk-burukkan kerajaan.


Malah, satu Himpunan Mansuh GST diadakan setahun selepas pelaksanaannya sebagai desakan agar kerajaan memansuhkan cukai tersebut.


Alasan yang digunakan sudah tentulah cukai itu dikatakan membebankan rakyat serta menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.


Susulan itu, PH dalam manifestonya berjanji untuk memansuhkan GST yang ternyata berjaya menambat hati rakyat.


Tidak keterlaluan jika dikatakan, GST adalah antara faktor kepada tumbangnya kerajaan BN pada PRU14 lalu.


Sejurus mengambil alih kerajaan, PH pada 1 Jun lalu mengurangkan kadar GST kepada sifar peratus sebagai salah satu janji 100 hari mereka iaitu memansuhkan GST.


Namun, memansuhkan GST bukanlah bermakna rakyat tidak perlu lagi membayar cukai sebaliknya kerajaan PH kembali memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Di bawah sistem SST, peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada kadar enam peratus, manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelaksanaan SST pada 24 Ogos, 2018 selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya masing-masing pada 9 Ogos dan 20 Ogos.


Dikuatkuasa secara rasmi hari ini, cukai ini tidak terkecuali daripada kritikan. Keputusan kerajaan ini dikatakan sebagai satu langkah ke belakang dan SST dilabel sebagai satu sistem lapuk.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya antara individu paling lantang menolak pengenalan SST yang disifatkan hanya akan merugikan rakyat.


Beliau menjangkakan rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila SST dilaksanakan.


Begitu juga suara senada pemimpin-pemimpin BN lain yang menolak SST misalnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan GST dikekalkan namun dengan kadar lebih rendah.


Bagaimanapun, di pihak kerajaan mempertahankan langkah mereka ini walaupun diakui sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng bahawa GST merupakan sistem cukai yang lebih telus.


Menurut Guan Eng, SST tidak akan membebankan rakyat berbanding GST kerana kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun berbanding RM44 bilion yang dikutip daripada GST.


Menjawab kerisauan rakyat kononnya SST akan menyebabkan kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa dakwaan itu tidak benar dan tiada asas.


Bagi rakyat sendiri sebagai pengguna akhir, tiada lagi alasan mahu didengar. Sama ada GST atau SST, mereka hanya mahu harga barang tidak ‘menjerut’ leher mereka tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin bertambah.

CALON PAS SERI SETIA MENGATASI CALON P.H

SILAP PAKATAN HARAPAN TIDAK CALONKAN CALON YANG BERKALIBAR DI SERI SETIA.
 
CALON PAKATAN HARAPAN IBARAT TUNGGUL KAYUPUN BOLEH MENANG ? 
 
KEWARASAN RAKYAT TIDAK MEMBOLEHKAN CALON PAKATAN HARAPAN UNTUK MENANG !
 
-Pak Karamu-

Pas tak 'kahwin' Umno, cuma berkawan: Dr Halimah

AddThis Sharing Buttons

Pas tak 'kahwin' Umno, cuma berkawan: Dr Halimah
Halimah ketika menjawab soalan wartawan dalam program Sinar Live, semalam
(Ubah saiz teks) 
 
BERPENGALAMAN sebagai bekas Adun dan Exco Kerajaan Selangor sebelum ini memberi kelebihan kepada calon Pas untuk PRK Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali. Mampukah beliau mencipta kejutan di kubu kuat PH seterusnya merampas kerusi milik PKR ini?
Ikuti wawancara wartawan SINAR HARIAN bersama Dr Halimah menerusi segmen Sinar Live.

Bagaimana Dr melihat momentum dan perjalanan kempen dalam tempoh lebih seminggu?

Setelah bertemu penduduk didapati masyarakat di Seri Setia agak peka dan ambil tahu apa yang berlaku. Mereka sedar apa yang berlaku selepas 100 hari kerajaan persekutuan bertukar dan tahu kerajaan negeri turut berubah daripada Pakatan Rakyat kini di bawah pentadbiran PH. Penduduk juga sedar mengenai janji 100 hari dan tahu apa yang terjadi dengan janji-janji itu. Apa pun saya lihat penerimaan agak baik daripada penduduk Seri Setia.

Apakah permasalahan utama dikenal pasti di Dun Seri Setia?

Ketika menjadi Adun di Selat Klang memang ada banyak isu dari segi masalah sosial, dan sosio ekonomi, apabila saya ke mari (Seri Setia) dan masuk  banyak kawasan, keadaannya lebih teruk. Banyak isu dibangkitkan terutama di perumahan kos rendah. Ada masalah lif rosak, ketiadaan bekalan air, kepadatan tempat letak kereta dan sebagainya. Kawasan Seri Setia agak besar, setiap masyarakat ada lain-lain keperluan.

Saya perlu dengar daripada mulut mereka sendiri jadi saya bertemu wakil pihak persatuan penduduk, NGO, orang masjid dan pimpinan tempatan. Daripada situ dapatlah dengar keluhan mereka walaupun belum habis ‘cover’ semua tempat lagi.

‘Perkahwinan’ Pas dan Umno kini menjadi buat mulut ramai. Bagaimana Dr melihat kerjasama ini?

Sebenarnya Pas bukan ‘kahwin’ dengan Umno sebaliknya berkawan. Dalam buku perlembagaan parti ada dinyatakan tidak salah sertai dan bekerjasama dengan pertubuhan atau persatuan yang tidak berlawanan dengan tujuan Pas.

Bukan dengan Umno saja mana-mana pihak yang tidak berlawanan dengan dasar Pas boleh anjur bekerjasama. Istilah kahwin dan sebagainya mungkin adalah sindiran daripada pihak lawan. Mungkin ada hikmahnya bila kami dikeluarkan daripada PR dan kenapa Umno jatuh. 

Kita mahu kukuhkan blok pembangkang kerana Umno bukan kerajaan negeri dan kerajaan pusat di Putrajaya. Insya-ALLAH semua matlamat sama nak suara pembangkang kuat di sidang Dun.

Seri Setia adalah kubu kuat PH. Mampukah Pas menggugat?

Walaupun PKR di sini sudah masuk penggal ketiga tapi ia tak beri banyak kesan atau perbezaan. Kita terus desak apa yang diminta rakyat diberi perhatian. Kita harap MCA seperti Umno menggalakkan ahli mereka undi calon Pas.

Apa ‘X-Factor’ yang ada pada Dr?

Saya tak berani cakap ada ‘X-Factor’. Namun Pas letak saya sebagai calon di sini mungkin kerana pengalaman selaku exco. Saya bukan suka bercakap dan tabur janji, saya suka buat kerja. Saya fikir bukan saja hari ini tapi masa depan…bukan saja generasi sekarang tapi untuk masa akan datang juga. Kita mahu pembangunan insan menyeluruh dan holistik sebagaimana kita mahukan pembangunan infrastruktur fizikal dan sebagainya di Selangor. 

Perjuangan saya bukan hanya di dunia tetapi memikirkan kebajikan dan kejayaan hingga akhirat.

Manifesto Pas untuk Dun Seri Setia?

Jika menang saya akan kenal pasti, lihat keperluan dan permasalahan serta cari jalan penyelesaian. Kalau menang saya akan dengar suara rakyat, kumpulkan dan angkat suara mereka kepada pihak berkenaan. Kita akan buat supaya berkesan dan diambil tindakan.

Kemampuan untuk rampas kerusi Dun Seri Setia?

Mana-mana pilihan raya kita letak kebarangkalian 50-50 untuk menang. Saya lihat pimpinan Pas dan Umno memang nak menang untuk semak imbang di kerajaan negeri. Pengundi kena ingat ini adalah peluang untuk referendum rakyat. Mereka mesti bangkit untuk nyatakan kepada kerajaan supaya lihat dan dengar masalah mereka. Saya bukan wakil Pas dan blok pembangkang saja malah termasuk pengundi PH PRU14. Ini peluang untuk nyatakan kerajaan perlu hati-hati ambil peduli suara rakyat kerana suara rakyat, suara keramat. 

Kerajaan tidak akan berubah tapi kita perlu semak imbang yang kuat.

MAT SABU TIDAK SEBUK TAPI TERUS BERDENDAM DENGAN PAS

MENGAPA MAT SABU TERUS BERDENDAM DENGAN PAS ?
 
JIKA SEKALIPUN PAS TERIMA DUIT DARI UMNO, MASALAHNYA APA ? 
 
JIKA IA SATU KESALAHAN BUAT SAHAJA LAPORAN POLIS ATAU SPRM, HABIS LA CERITA, YANG MAT SABU GEMBOR-GEMBORKAN APA MOTIFNYA ?
 
ORANG PAS TAK KESAH JIKA MAT SABU TERUS BERDENDAM DENGAN PAS, SEBAB SEJAK DARI ZAMAN NABI LAGI ISLAM ITU DIBUAT MUSUH.
 
ORANG PAS JUGA DI INGATKAN, JIKA BERCAKAP DENGAN MAT SABU ATAU PARTINYA, JANGAN GUNA PERKATAAN TIMBANG-TIMBANG, ITU BUANG MASA.
 
SEPATUTNYA MAT SABU BOLEH BERBAHASA DAKWAH, TAPI NAMPAKNYA DIA TERUS GUNAKAN PERKATAAN KUARANG AJAR.
 
-Pak Karamu-

Mat Sabu jangan jadi 'penyibuk'

AddThis Sharing Buttons

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu diingatkan tidak menjadi 'penyibuk' dalam soal hubungan Pas dan Umno sebaliknya fokus kepada usaha menjernihkan isu pegawai kanannya yang dikaitkan dengan RM800,000 itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno sudah lama dimainkan dan sehingga kini pihak yang menuduh tidak dapat memberikan bukti.

Menurutnya, Menteri Pertahanan itu sudah kehabisan idea untuk menyerang Pas dan kembali menggunakan modal RM90 juta yang kemungkinan juga mahu menutup isu selesai status muflis pegawai kanannya itu.

“Biar Mat Sabu selesaikan dahulu isu pegawai kanannya dalam kes RM800,000. Selesaikan yang itu dahulu sebelum buat tuduhan kepada Pas.

“Itu kalau kita nak cakap politiklah sebab perkara ini lebih besar lagi dan orang ramai hendak tahu perkara sebenar. Betul atau tidak. Duit dapat daripada mana,” katanya kepada media ditemui di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamad yang PH akan mendedahkan bukti Pas menerima duit daripada Umno kepada rakyat pada April tahun depan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga mahu PH menunjukkan bukti terhadap sebarang tuduhan dilemparkan kepada Pas, bukannya mengalih isu dengan cara memburukkan parti lawan.

Begitu juga dalam soal kemesraan Pas-Umno, Mohd Amar menjelaskan perkara tersebut tidak perlulah 'dimeriahkan' oleh PH kerana pucuk pimpinan secara jelasnya telah menerangkan perkara itu.

Bagi Pas, tidak ada hubungan istimewa sebagaimana digambarkan orang luar parti, sebaliknya jalinan kerjasama hanya sekadar di beberapa PRK sahaja.

SERI SETIA UJIAN KERJASAMA GAGASAN SEJAHTERA ?

SEBENARNYA GAGASAN SEJAHTERA BELUM LAGI MENYERLAH, JIKA ADAPUN BARU SEKADAR 28% KERJAAMA  ANTARA PAS+UMNO+MIC, DAN MUNGKIN MCA.

JIKA BENAR MAHUKAN GAGASAN RAKYAT MENJADI KENYATAAN, MAKA  SETIAP PARTI KENA CANTAS DURI-DURI DALAM SETIAP PARTI,  SEBAB MEREKA ADALAH BERSIKAP MUNAFIK.

SELAGI ADA SIKAP MUNAFIK, MAKA SELAGI ITU GAGASAN SEJAHTERA MENJADI SIA-SIA.

-Pak Karamu-

 Kerjasama Pas-Umno konsep Gagasan Sejahtera

AddThis Sharing Buttons

Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - "Jalinan kerjasama antara Pas dengan Umno dilihat sebagai sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera," kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Beliau berkata konsep yang diamalkan Pas adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak yang menyokong gagasan Islam atau untuk perkara baik dan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
"Prinsip asal Pas senang sahaja iaitu kita boleh tolong mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat. 

Pendapat yang tegas juga akan dilontarkan sekiranya perkara itu buruk, kita tidak akan sokong atau bersetuju.

"Konsep ini juga boleh dilihat dalam persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana kita bukan cakap pasal penyelewengan dan asyik salahkan orang sahaja tetapi kita bagi cadangan dan penyelesaian," katanya selepas merasmikan Konvesyen Pas Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Shamsuri, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerjasama yang dijalinkan Pas dengan Umno adalah sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera.

Sementara itu, beliau berkata konsep Gagasan Sejahtera itu dilihat telah mencapai sasaran apabila ahli Pas dapat menerimanya selain mengamalkan politik yang matang.

"Kita tidak letak tempoh pada konsep ini untuk tentukan sama ada ia berjaya atau tidak tapi sasaran itu sudah tercapai. Memang ada cabaran untuk kenalkan budaya baru tetapi kita sudah berpolitik sekian lama jadi kita ingin pastikan politik ini dapat selesaikan masalah bukan salahkan satu sama lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shamsuri berkata beliau yakin pengundi Pas akan memberi sokongan kepada calon Pas Dr Halimah Ali yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia pada 8 Sept ini.

"Apa yang disebut calon Pakatan Harapan bahawa dia akan mendapat sokongan penyokong “senyap” Pas itu sebahagian daripada kempen kononnya hendak tunjuk dia dapat sokongan tetapi kita yakin pengundi Pas akan beri sokongan kepada Dr Halimah yang dilihat sebagai individu yang mampu menjalankan tugas dengan baik.

"Betul, sebelum ini Pas Selangor ada kemelut tetapi ia lebih kepada sakit demam pilihan raya umum (PRU) jadi saya yakin PRK kali ini lebih 'solid' dan kita yakin boleh menang untuk PRK Seri Setia," katanya.

Pada 22 Ogos lepas, calon PH Halimey Abu Bakar berkata beliau yakin mendapat sokongan daripada sesetengah penyokong “senyap” PAS di kawasan itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia ini. - Bernama

RCI UNTUK ROMPAK 18 BILLION ? ADA BERANI ?

APABILA NAJIB MENJAWAB, MAKA TERNAMPAK LIM GUAN ENG TERSERLAH MEMANG BODOH ?

ADAKAH KERANA KERAKUSAN, MAKA GUAN ENG JADI BANGANG, ADAKAH GUAN ENG MENTERI BANGANG ? 

APA YANG TELAH JELAS IALAH RAKYAT SUDAH TAHU BN ROMPAK WANG GST SEBANYAK 18 BILLION.

APAKAH MAKSUD MEROMPAK ?
MAKSUDNYA MANA-MANA PARTI YANG BERADA DI DALAM KOMPONEN BN ADALAH TERLIBAT DENGAN KERJA ROMPAK, MEREKA PAKAT-PAKAT ?.
APA ERTINYA ?

ERTINYA JIKA RAKYAT TERSEREMPAK DENGAN MUKA PIMPINAN BN, MAKA RAKYAT AKAN KATA HAAA ! TU MUKA PEROMPAK ! 

SANGAT JAHAT MUKA PEROMPAK ! NASIB BAIK ADA GUAN ENG (P.H) YANG DEDAHKAN ROMPAKAN OLEH PIMPINAN BN.

YANG NYATA BERKALIBAR IALAH KHAIRY JAMALUDDIN YANG TELAH BUAT LAPORAN POLIS ATAS ROMPAKAN INI.

PATUT LA KHAIRY KATA MNDUKUNG BIAWAK HIDUP ! MAKA BERTAMBAH YAKINLAH RAKYAT BAHAWA BN  TELAH ROMPAK 18 BILLION. 

MEREKA YANG ROMPAK INI ADA MARUAH KE LAGI  UNTUK BERJUANG DALAM POLITIK ? !!!
-Pak Karamu-

Akhirnya Najib jawab tiga soalan Guan Eng


AddThis Sharing Buttons


Akhirnya Najib jawab tiga soalan Guan Eng
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab tiga soalan yang dikirimkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sejak minggu lalu.


Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata jawapannya ialah 'tiada' bagi ketiga-tiga soalan tersebut.


"Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) baru-baru ini, jawapan saya ialah 'tiada, tiada dan tiada'," katanya.


Selasa lalu, Guan Eng mengulang tiga soalan kepada Najib dalam kenyataan media yang pernah ditanyakan minggu lalu.




Dalam pada itu, menurut Najib, Guan Eng bertindak bijak apabila tidak membuat laporan polis sendiri berhubung dakwaan BN telah merompak wang GST.


"Saya dimaklumkan bahawa Guan Eng telah diminta memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.


"Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi Parlimen yang memberikannya imuniti.


"Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.


Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila Guan Eng mendakwa BN merompak RM18 bilion daripada tabung bayaran balik cukai input GST.




Najib juga mempertikaikan dakwaan Guan Eng bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.


"Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1 peratus dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.


"Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan.


"Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara," katanya.


Bekas Presiden Umno itu turut menyatakan tiada keperluan sebenarnya melayan dakwaan bermotifkan politik mahupun berdepan dengan orang yang mungkin  tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan.


"Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.


"Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran.
  
"Ini bagi memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka," katanya.

KERAJAAN WAJIB TUNAI JANJI

TIDAK PATUT KERAJAAN MUNGKIR JANJI.
YANG BERJANJI 100 HARI ADALAH ORANG YANG BERJANJI BUKAN RAKYAT.
YANG BERJANJI TENTU SUDAH FIKIR BILA HENDAK TUNAIKAN JANJI.
ALASAN DHARURAH ADALAH DIRAGUI SEBAB UNDANG-UNDANG TIDAK DIISTIHARKAN DAN TERSANGAT RAGU.
JANJI NAK SENANGKAN  BEBANAN RAKYAT DAN TURUN HARGA BARANG GAGAL.

  EKONOMI RAKYAT SEMAKIN TERHIMPIT OLEH JANJI KOSONG KERAJAAN.

-Pak Karamu- 

Tidak perlu tempoh masa tunai janji manifesto

AddThis Sharing Buttons


Pejabat Perdana Menteri
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Tiada tempoh masa tertentu perlu diperuntukkan kepada kerajaan PH untuk menunaikan 10 janji utama dalam manifestonya setelah tempoh 100 hari tamat.


Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, sebaliknya rakyat perlu memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.


“Sebagai sebuah kerajaan baharu dengan barisan menteri yang kurang berpengalaman, mungkin mereka akan makan masa untuk tunaikan janji. Namun, jika dilihat dalam tempoh 100 hari awal mereka sudah pun memberikan komitmen terbaik untuk melaksanakan 10 janji.


“Malah, kebanyakan janji sedang dalam proses untuk dilaksanakan. Berilah ruang dan masa yang sesuai kerana 100 hari pastinya tidak mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.




Menurut beliau, kerajaan juga mungkin berdepan kekangan untuk melaksanakan janji kerana masalah ekonomi yang tidak stabil.


“Jika hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, mungkin janji-janji tersebut boleh dilaksanakan. Namun dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, ia akan ambil masa.


“Apa yang lebih penting sekarang kerajaan PH kena lihat agenda menjaga kebajikan rakyat dan menangani kos sara hidup. Sekiranya masalah ekonomi dapat diselesaikan, secara tak langsung ia boleh memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

PAS DAN MIC + MCA PULA BEKERJASAMA


SETELAH DENGAN UMNO, LA NI DENGAN MIC PULAK PAS BEKERJASAMA

TERKINI !

 Kenapa Pas kerjasama dengan MCA, ini jawapan Hadi


Kenapa Pas kerjasama dengan MCA, ini jawapan Hadi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang bersama calon Pas untuk PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali (tengah) sewaktu pertemuan khas di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor,
 
  Pas akan membantu kempen MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong atas semangat setiakawan pembangkang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka boleh bekerjasama dengan MCA kerana parti komponen BN itu tidak menyerang Pas seperti pernah dilakukan DAP.

-Pak Karamu-

Pas, MIC bertemu buka jalinan kerjasama




micpas-681x511
Barisan kepimpinan Pas dan MIC bergambar bersama selepas pertemuan bersejarah kedua parti hari ini.
KUALA LUMPUR – Pas menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara.

Kesediaan itu dinyatakan Presiden MIC, Senator Tan Sri S.A Vigneswaran dalam pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung Pas Pusat di sini hari ini.

Menurut Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman, dalam pertemuan itu, mereka berkongsi pandangan mengenai kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara serta keperluan untuk memberi kefahaman sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama.

Katanya, pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Balasubramaniam, manakala MIC diwakili Timbalan Presidennya, Senator Daruk Seri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarrajah Chandran.

“Presiden MIC menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama, termasuk kesediaan untuk memberi sokongan kepada calon Pas dalam PRK Seri Setia.

“Presiden Pas merakamkan setinggi penghargaan kepada S.A Vigneswaran di atas pertemuan yang bersejarah ini serta menyatakan kesediaan untuk meneruskan usaha dialog antara kaum dan agama, demi mewujudkan perubahan yang lebih baik dalam negara,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

ANUAR RUPANYA HILANG KELAYAKAN


 ELOKLAH ANUAR BEREHAT PANJANG APABILA DIA TAHU BAHAWA DIA SUDAH HILANG KELAYAKAN.
BUAT MASA INIPUN ANUAR BUKAN MANA-MANA WAKIL RAKYAT.
MUNGKIN MAHADHIR AKAN BERI DIA APA-APA JAWATAN UNTUK (UNTUK MENGURUS PARLIMEN)
LAGIPUN KESIHATANNYA TIDAK MENGIZINKANNYA BERTUGAS BERAT
-Pak Karamu-

Biar Dr Mahathir jadi Perdana Menteri

AddThis Sharing Buttons

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks) 

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sekiranya beliau dilantik menjadi Ahli Parlimen beliau bakal memfokuskan urusan Parlimen bukan menguruskan negara.

Menurutnya, biarlah Perdana Menteri masih Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menguruskan hal ehwal negara.

"Saya pun sudah memberitahu Dr Mahathir bahawa saya akan melihat urusan Parlimen, biarlah saya melihat pembaharuan Parlimen dan Dr Mahathir terus menguruskan negara.

"Saya tidak akan membenarkan apa juga percubaan untuk memutuskan hubungan kami," katanya kepada pemberita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar pengganti Mahathir jadi PM]

Anwar berkata, mereka berdua sudah cukup matang untuk berjuang dalam pertempuran ini.
Beliau turut menafikan, desas-desus kononnya menggunakan nama Rafizi Ramli sebagai alat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Rafizi mempunyai intelektual politik sendiri dan saya fikir beliau tidak akan menjadi murah untuk menimbulkan apa juga perkara yang menjejaskan keperibadiannya.

"Saya tidak mahu menggunakan individu-individu yang bertanding, mereka mesti mematuhi etika, tidak ada fitnah untuk membeli fitnah kerana bertentangan dengan peraturan," katanya yang mengakui Rafizi merupakan rakan sekerjanya.

Mengulas mengenai adakan menerima tawaran daripada mana-mana wakil Ahli Parlimen untuk memberi tempat untuknya, beliau mengakui pelbagai individu (Ahli Parlimen) pelbagai parti dan negeri sudah berjumpanya.

Namun katanya, perkara itu belum masanya lagi dan beliau masih memberi keyakinan kepada Dr Mahathir mengurus negara.

DR HALIMAH ALI CALON PAS SERI SETIA

PRK Seri Setia: Halimah diumum sebagai calon Pas

AddThis Sharing Buttons

PRK Seri Setia: Halimah diumum sebagai calon Pas
Halimah menerima watikah pencalonan daripada Abdul Hadi dalam majlis berkenaan.
(Ubah saiz teks) 

PETALING JAYA - Pas menamakan bekas Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali sebagai calon bagi PRK Seri Setia yang akan berlangsung pada 8 September ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis yang berlangsung di Padang Permainan Desa Mentari sebentar tadi.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi dan berapa pimpinan lain di peringkat negeri dan pusat.

Di samping itu, terdapat juga beberapa pimpinan Umno yang turut hadir sebagai tanda sokongan kepada Pas antaranya ialah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim.

Kerusi Dun Seri Setia kosong susulan penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu di Hospital Putrajaya akibat penyakit kanser usus.  

Ketika berucap, Halimah memaklumkan bahawa pihaknya memanjatkan ucapan syukur kepada ALLAH kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan parti bagi membawa cabaran di Seri Setia pada kali ini.

Beliau berkata, walaupun kerajaan PH telah memegang pentadbiran kerajaan di peringkat pusat dan negeri, namun kemenangan Pas dapat memberi isyarat kepada pihak berkenaan agar tidak lalai serta mempunyai proses semak dan imbang yang baik.

"Saya memerlukan sokongan daripada semua pihak agar dapat membawa suara pembangkang selepas ini," katanya.

Halimah merupakan bekas Exco Selangor pada tahun 2008 hingga 2014  malah beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

  BIODATA

Tarikh Lahir    : 27 JUN 1960
Suami        : Dr. Ahmad Supian
Anak-anak seramai 6 orang
Dr Imran
Dr Khadejah
Dr Zaid
Dr Hafiz
Dr Zubir
Dr Liyana
PENDIDIKAN
MATRICULATION
Elizabeth Matriculation College, Hobart
BACHELOR OF MEDICAL SCIENCE
University Of Tasmania, Australia
BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY
University Of Tasmania, Australia
DIPLOMA TASAWWUR ISLAM (PELAJAR TERBAIK)
Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM)
PENGALAMAN KERJA
Hospital Universitu, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak Klang & Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 25 tahun di dua buah klinik sendiri, Klang.
PRINSIP KEPIMPINAN
Takut Tuhan
Pencapaian
Integriti
Dedikasi
Holistik
Inklusif
Futuristik Kreatif
PENCAPAIAN
EXCO Kerajaan Negeri Selangor Merangkap ADUN Selat Klang (2008-2014).
Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
Mantan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.
Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor
Pengasas Yayasan Pendidikan Islam Selangor(YAPIS)
Pengasas Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
Pengasas Model Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor (SPIES)
Pengasas Pasukan Sukarelawan Briged Amal Selangor (BASE)
Pengerusi Induk menangani gejala social kerajaan Negeri Selangor (GeMS)
Pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS)
Pengasas Kelas Agama Menengah Arab (KAMA)=Kafa Menengah
Pengasas Quranic Botanical Garden di SRA DAN SRI Farabi Kg Delek.
Pengasas Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

JAWAPAN HAPRAK,SOMBONG DAN BONGKAK

JIKA LAIN YANG DITANYA MAKA LAIN PULA YANG DIJAWAB, MAKA ITULAH JAWAPAN YANG PALING HAPRAK,


BALAS DENDAN SEORANG HAPRAK KEPADA MANUSIA YANG TIDAK ADA KUASA MENUNJUKKAN SIKAP BONGKAK DAN SOMBONG.


INILAH CONTOH PEMIMPIN YANG PERLU DITEWASKAN, DENGAN APA CARA SEKALIPUN.

PIEM TAK JAWAB SOALAN, APA HAL ? NGIGAU ?


Kontrak Sosial dari Dr Ridzuan Tee

KEDAULATAN BAHASA DAH HAK

  

-Pak Karamu-

  Isu bahasa; Tun M sindir Tuan Ibrahim


AddThis Sharing Buttons

Isu bahasa; Tun M sindir Tuan Ibrahim
Tun Dr Mahthir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad didakwa tidak menjawab soalan yang diajukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepadanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah soalan tersebut dijawab dengan sindiran yang ditujukan kepasa ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

“Kadang-kadang kita guna bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham dan terjemahannya juga kita tidak tahu betul atau tidak betul.

“Jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang dengan bahasa apa pun yang penting dia faham apa yg kita kata. Kalau dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksalah guna bahasa Arab bagi orang yang pandai berbahasa Arab,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen, hari ini.

Tuan Ibrahim meminta penjelasan terhadap laporan yang dikeluarkan oleh media tempatan mengenai pengumuman bahawa pasukan polis terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan harian bermula hari ini.

Tidak puas hati dengan jawapan tersebut, Tuan Ibrahim bangun semula dan berkata perdana menteri tidak menjawab soalan.

“Menteri tak jawab soalan, sila jawab soalan. Ini berkaitan polis bukan urusan harian,” katanya.

KERJASAMA PAS DAN UMNO MUNGKIN MENJADI KENYATAAN

APAPUN BENTUK KERJASAMA DIANTARA PAS DAN UMNO, MAKA SETIAP PARTI PERLU BERSIHKAN DARI PENYAKIT DURI DALAM DAGING.

MEMELIHARA AGAMA PERLU MENJADI KEUTAMAAN, JANGAN JADI PAKATAN HAPRAK YANG MENENTANG RUU355.

PAS DAN UMNO WAJIB MEMELIHARA BANGSA DAN MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI TERAS MEMELIHARA BANGSA, BUKAN SEMANGAT BANGSA.

WAKTU KEBELAKANGAN INI BANGSA DAN AGAMA MENJADI SASARAN ANGGOTA DARI PARTI PRO PAKATAN HARAPAN PERLU DIPERHATIKAN SECARA SERIUS.

TENTUKAN TIADA ISLAM ALA WAHABI, SYI'AH DAN LIBERAL TUMBUH DI NEGARA INI.

AWAS !!! SIKAP BERTAQIYAH DARI MEREKA !

- Pak Karamu-

 

Majlis Syura tentukan kerjasama Pas-Umno

AddThis Sharing Buttons

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
(Ubah saiz teks) 
 
BATU PAHAT - Kerjasama  antara Pas dan Umno selepas pilihan raya umum lalu bergantung kepada keputusan pimpinan parti termasuk Majlis Syura Ulama Pas, kata Ketua Pemudanya Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Beliau berkata setakat ini prinsip Pas kekal berpegang kepada konsep 'taawum', iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan dan bukan perkara kejahatan.

"Kita akan lihat dari semasa ke semasa bukan sahaja dengan Umno, Pakatan Harapan (PH) pun sama… keperluan untuk membentuk gagasan Umno-Pas sekarang belum ada… ia bergantung kepada Majlis Syura Ulama Pas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor di Kompleks Pas Sungai Tongkang, di sini, hari ini.

Muhammad Khalil mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam blognya semalam yang menggesa Pas dan Umno bersatu dan tidak boleh bersendirian sekiranya mahu memberi keputusan lebih positif pada pilihan raya umum akan datang.   -Bernama

RAKYAT MULA BERCAKAP BN PEROMPAK

BOLEHKAN PARTI PEROMPAK DIPERBAIKI ?, INILAH YANG KITA DENGAR WAKTU KEBELAKANGAN INI.

BUDAK- BUDAK SEKOLAHPUN DAH PANDAI CAKAP BN PEROMPAK HARTA RAKYAT.

TUDUHAN YANG DIBUAT MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN TENTANG KERAJAAN BN PEROMPAK DIBUAT SECARA LANTANG DAN TEGAS SERTA TIDAK RAGU.

ERTINYA MENTERI KEWANGAN TIADA RAGU DAN WAHAM, MEMANG KERAJAAN BN MEROMPAK HAK RAKYAT DAN NEGARA.

TUDUHAN DIBUAT DENGAN MIMIK MUKA YANG MARAH, MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN BERTEGAS DENGAN TUDUHANNYA.

NAMPAKNYA TIADA HARAPAN BN HENDAK MEMULIHKAN MARUAHNYA DI MATA MASYARAKAT.

LEPAS INI KITA MAHU DENGAR APA PULA TINDAKAN BN/UMNO

 

Pak Karamu-

 

 KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan

AddThis Sharing Buttons

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak pembuat keputusan dalam penyelewengan pemberian balik kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion diheret ke muka pengadilan.

Katanya, sekiranya benar wujud penyelewengan seperti didakwa, siasatan dalaman yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan tidak mencukupi  kerana ‘rompakan’ itu satu jenayah.

“Kalau betul berlaku penyelewengan,tak dipulangkan duit peniaga dalam bentuk ‘input tax credit’ ini, maka siapa buat keputusan mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Perkataan rompakan itu merupakan satu tuduhan besar sebab itu kami (ahli Parlimen BN) buat keputusan siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak mencukupi sebab rompakan itu satu jenayah,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Khairy memaklumkan untuk mencari kepastian, beliau yang mewakili pemimpin kerajaan terdahulu telah membuat laporan polis untuk menyiasat  kesahihan dakwaan ‘rompakan’ berkenaan dan akan memajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

“Saya telah buat laporan polis untuk siasat tuduhan tersebut agar mendapat kepastian sama ada tuduhan itu betul atau tidak, saya juga akan bawa dakwaan ini di SPRM kerana rompakan juga ada unsur rasuah.Harap siasatan tak akan diganggu oleh kerajaan.

“Siasatan dalaman Kementerian Kewangan tak apa, kita setuju. Kalau dah buat tuduhan berat seperti rompakan, saya rasa siasatan dalaman tak cukup...kami di pihak BN termasuk anggota pentadbiran yang lepas nak bersihkan nama dan imej daripada tohmahan yang berat ini,” jelasnya.

Tegasnya, laporan dibuat bagi mendapat perhatian dan tindakan lanjut polis termasuk menyiasat semua individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai tertinggi Kementerian Kewangan termasuk agensinya.

Dalam pada itu, Khairy juga mendakwa Guan Eng tidak dapat menjawab dengan terperinci dua soalan yang dikemukakannya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

“Bila beliau (Guan Eng) sendiri tidak boleh bagi jawapan terperinci, breakdown, daripada tuntutan tersebut. Maka nampak bahawa ini tuduhan serius tapi dibuat tanpa butiran tepat.

“Kalau perkara ini tak berlaku dan kalau ada jawapan munasabah yang boleh diterima, maka kebenaran mesti diberitahu kepada rakyat. BN tak boleh terima bahawa kami telah rompak RM18 bilion daripada pembayar cukai,” katanya.

Esok, Khairy akan membuat  laporan SPRM berhubung rompakan RM18 bilion ini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.