Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESIAN ORANG TUA NIH, DAH JADI MUALAF KE ?

TUHAN YANG SEBUT "BARANG SIAPA YANG TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH MEREKA ADALAH KAFIR" HANG TAK JUMPA AYAT TU KA ? 

MASA HANG BERKUASA HANG PERLI HUKUM TUHAN, DAN HANG TAK BUAT APAPUN  TENTANG ISLAM, MALAH HANG BELASAH ORANG KAT BALING ! HANG MASUKKAN ORANG DALAM PENJARA DALAM OP LALANG. HANG TAK RASA DOSA KA ? LA NI HANG PANDAI  BOH AYAT QURAN DALAM BLOG HANG, HANG DAH MUALAF KA ?

NI KITA DAH DEKAT PILIHANRAYA NIH, KALO HANG NAK MENANG MINTALAH BERDEBAT DENGAN HADI PASAI KAPIAQ KA PASAI BUNUH ORANG KA  ATAU PASAI APA SAJA, KALO HANG ADA TELOQ LAA !

KITA ORANG PAS TAK TAKSUP DENGAN PIMPINAN PAS SEMACAM MANA YANG HANG CAKAP, KITA MASUK PAS PASAI DASAR DIA BETOI IKUT AGAMA ISLAM, HANG CERMIN SIKIT MUKA HANG TU, DASAR PARTI HANG MACAM MANA ? RASANYA HANG TAK PATUT CAKAP PASAI ISLAM SEBAB HANG BANGANG !

-Pak Karamu-

 

Hadi sebenarnya yang perlu bertaubat'

AddThis Sharing Buttons

Mahathir Mohamad
Mahathir . - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
(Ubah saiz teks)
 
DATUK Seri Abdul Hadi Awang suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri.

ALLAH melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. ALLAH SWT melarang perbuatan mengkafirkan dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan Pas apabila bekerjasama dengan DAP.

Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

Apa hak Hadi dan apa hak Pas mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli Pas sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 bilion orang Islam di seluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti Pas.

Perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibubapa mereka. Ada di antara orang Pas yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.
ALLAH tegah perbuatan kerosakan.

(Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)
Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.

Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal.

Sekarang Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan Umno walaupun di masa yang sama Pas akan kalah.

Pas bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Di peringkat pusat Pas hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

Tetapi Pas akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud Pas sudah digugurkan. Sekarang kononnya Pas akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguhkan. Tetapi Pas masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

Inilah Pas. Sebelum adanya Pas orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti Pas. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya.

Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

***Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Pengerusi Pakatan Rakyat. Artikel dipetik dari blog chedet

KALAU ADA YANG PROPOSE MAHADHIR JADI CALON MEMANG BUTA PERUT

Tak ada orang 'propose' saya jadi calon'

AddThis Sharing Buttons

'Tak ada orang 'propose' saya jadi calon'
Mahathir
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - "Tak ada orang 'propose' saya," demikian jawapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14 akan datang.

Sambil tersenyum Dr Mahathir berkata, perkara itu belum dibincangkan.

Ditanya kawasan pilihan beliau untuk bertanding, jawapan Dr Mahathir ditepis ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.

"Itu 'next PC', hari ini isu lain," katanya kepada pemberita pada sidang media Pakatan Harapan di Parlimen, di sini hari ini.

Dr Mahathir pernah memegang empat penggal sebagai ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai logo yang masih belum diluluskan selepas 100 hari permohonan, Dr Mahathir berkara, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika logo mereka diluluskan segera.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara itu.

"Kami hanya dapat jawapan di Parlimen tetapi jawapan itu tidak memberi sebab mengapa ia mengambil masa yang lama apakah ada kesalahan yang dilakukan oleh pihak kami.

"Harapan akan membuat beberapa tindakan susulan mengenai perkara ini secepat yang mungkin," katanya.

PAS TELAH SIAP MERANCANG DAN TERUS BEKERJA .....

Pas mahu tawan semula Kedah, Terengganu

AddThis Sharing Buttons

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim.
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA SARANG SEMUT - Pas berhasrat menawan semula Kedah dan Terengganu pada PRU14.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu juga turut menyasar mendominasi beberapa negeri selain-- mengekalkan kemenangan di Kelantan.

"Kita sasarkan Kedah negeri pertama untuk kita menang kerana ia adalah hasrat parti dan keputusan presiden serta dasar kepimpinan parti.

“Pas Pusat juga meletakkan sasaran untuk menang di lebih 100 kerusi di parlimen atau paling kurang pun sebanyak 40 kerusi.

“Walaupun dengan kemenangan 40 kerusi parlimen, Pas tidak boleh memerintah, maknanya Pas memberi satu isyarat bahawa ia akan bergabung dengan parti-parti yang menerima dasar dan perjuangan parti,” katanya ketika berucap di hadapan himpunan terbesar Jentera Pilihanraya Pas Kedah (H12K), di Kompleks Pas Kedah, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, Pas perlu menang atas nama parti dan tidak boleh menjadi anak tangga untuk orang lain.
“Cukuplah, gerakan Pas menjadi alat kepada parti lain. Walaupun Pas berlapang dada berkhidmat parti lain, sebelum ini.

“Kini tibalah masa, untuk bekerja untuk calon Pas, duit Pas dan menangkan Pas...insya-ALLAH," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas tidak bersendirian untuk berdepan PRU14, sebaliknya akan bersama rakan-rakan lain dalam blok ketiga.

Menurutnya, blok ketiga ini meliputi tiga komponen yang menyatakan sokongan kepada Pas iaitu parti politik, NGO dan tokoh korporat atau akademik.

“Setakat ini, Pas mendapat respons yang sangat positif dalam blok Gagasan Sejahtera.

“Walaupun dalam mind set  hanya terbayang dua parti iaitu parti pemerintah dan parti pembangkang. 

Tetapi, di banyak negara-negara maju mempunyai kuasa penentu yang ketiga, tidak semestinya hanya ada dua parti sahaja,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini dalam Gagasan Sejahtera, Pas menjalin kerjasama politik bersama Parti Perikatan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang turut menyatakan hasrat bersama serta mempunyai beberapa parti dalam perundingan.

“Selain itu, terdapat juga lebih 300 NGO besar yang nyatakan komitmen bersama Pas, termasuk NGO bukan Islam dan tokoh masyarakat. Kami blok ketiga dan keutamaan adalah untuk tumbangkan kerajaan BN dan Pakatan Harapan pada PRU kali ini,” katanya,

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi berkata, Pas mempunyai sokongan sangat baik daripada individu-individu yang mempunyai pengaruh besar.

“Walaupun dia individu tetapi mempunyai pengaruh yang besar dengan pengikutnya ramai. Antaranya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Beliau menyebut dalam himpunan Fastaqim, baru-baru ini, bahawa beliau akan mengerahkan seluruh keupayaan diri dan pengikut serta pengaruhnya secara all-out untuk sokong Pas pada PRU kali ini,” katanya.

Justeru, katanya, sokongan parti politik semata-mata tidak mestinya akan menentukan kemenangan kerusi yang dipertandingkan Pas tetapi sokongan gabungan parti kecil, NGO dan tokoh masyarakat serta individu dapat membantu merealisasikan misi parti mempertahankan Kelantan, menawan semula Kedah dan Terengganu serta mendominasi beberapa negeri-negeri pada PRU14.

H12K berjaya menghimpunkan lebih 15,000 jentera pilihan raya dan penyokong parti.

SEBUAH PARTI BUKAN HAK PRIBADI

CUBA ELAKAN SERANGAN PRIBADI KERANA BUKAN PRIBADI SECARA MUTLAK YANG BERTANDING DAN PRIBADI TIADA PUNYAI DASAR YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN OLEH RAKYAT.

UNTUK MENGELAKAN PRIBADI CALON DISENTOH MAKA MANA-MANA PARTI JANGAN MENCALONKAN SESIAPA YANG BERAKHLAK KOTOR SEBAGAI CALON MEREKA.

 

-Pak Karamu-

 

Serangan peribadi terus warnai PRU14

AddThis Sharing Buttons

Pas BN
(Ubah saiz teks) 
 
SETIAP kali kempen pilihan raya, semua parti yang bertanding akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan calon mereka menang. Calon mereka berjiwa rakyat, mempunyai kebolehan dari segi pendidikan, berkarisma dan ada kredibiliti untuk mewakili rakyat.

Jika kempen digunakan positif dan menghormati calon lawan, sudah pasti akan memeriahkan pilihan raya selain dapat menjaga keharmonian masyarakat, tapi adakah semua pihak memilih berkempen dengan cara ini?

Tidak dinafikan, masih ada pihak atau calon 'aktif' menyerang lawan dengan cara menghentam peribadi terutama berkaitan seksual walaupun kebanyakannya bersifat fitnah atau menokok tambah kisah yang sudah berlaku berpuluh tahun lalu.

Kenapa cara negatif ini masih menjadi pilihan golongan ini? Adakah ini cara paling mudah atau memang masyarakat kita lebih suka mendengar kisah dalam kelambu? Ikuti laporan SOROT minggu ini mengenai serangan peribadi dalam kempen pilihan raya.

Serangan peribadi calon pilihan raya lebih banyak berlaku di negara membangun walaupun isu ini bersifat universal.

Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yakin menjelang PRU14, masih banyak taktik propaganda menyerang peribadi calon bertanding akan dipraktikkan.

“Meskipun negara sudah 60 tahun mengecap kemerdekaan namun atmosfera politik dalam negara masih belum mencapai tahap matang dan bertamadun tinggi. Jadi saya tak tolak kemungkinan skil serangan peribadi akan terus dimomokkan dalam kempen PRU14 ini.

“Kempen pilihan raya dalam konteks negara bertamadun tinggi biasanya tidak guna serangan peribadi sebagai senjata. Melainkan ada perkara yang tidak baik yang ada dalam diri orang itu yang buatkan dia tidak layak diangkat sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi sesi 2000 hingga 2008 berkata,  ada juga serangan peribadi yang tuntas digunakan untuk menjatuhkan calon, contohnya calon itu terkenal dengan korupsi, maka tiada alasan untuk dia dipilih.

“Apabila terbukti seseorang itu lemah, terkenal dengan rasuah dan penyelewengan, macam mana kita sebagai pengundi sanggup untuk pilih dia sebagai wakil rakyat?

“Dakwaan perlu berasaskan kes dan dalil. Contohnya kita gelar dia  pencuri, penyangak mesti ada bukti. Kalau tak betul, isu ini boleh di bawa ke mahkamah, susah juga. Harus berlandaskan kes dan fakta,” tegasnya.

Tambahnya, jika seseorang itu diakui tidak sesuai dipilih sebagai wakil rakyat berasaskan fakta peribadi yang ‘teruk’ misalnya perogol dan ditangkap khalwat, tidak mungkin ia layak.

Dalam pada itu, Abdul Rashid memaklumkan, suasana politik Malaysia belum mencapai tamadun tinggi kerana masih ada isu serangan peribadi yang direka untuk panaskan musim berkempen.

“Tapi pengundi sekarang dah bijak, mereka tahu dan arif dengan gosip sama ada benar atau hanya taktik menjatuhkan seseorang calon.

“Bahkan pengundi di kawasan bandar sangat celik dengan isu semasa. Mereka matang menilai tawaran parti bukannya individu itu. Parti politik dinasihatkan memperjuangkan platform parti, rancangan untuk baiki kehidupan rakyat dan taraf pendidikan,” katanya.

Selaku bekas orang kanan dalam SPR, Abdul Rashid berkata, serangan peribadi calon pilihan raya tidak termaktub dalam bidang kuasa SPR tetapi ia boleh didakwa berdasarkan kesalahan sivil jika serangan itu berunsur fitnah dan menjatuhkan maruah.

“Tak ada tindakan pilihan raya,  tetapi oleh kerana ia dilakukan di khalayak ramai jadi ramai yang dengar dan percaya.

“Jatuhkan maruah, dia berhak ambil tindakan, mangsa sabotaj berhak dapat pengadilan,” ujarnya.

PAS KALAH PILIHANRAYA PERKARA BIASA JE

PAS TIDAK PERNAH KALAH DALAM SEMANGAT ISLAM, ITU YANG PENTING.

KALAH PILIHANRAYA ? SELALU KALAH TAPI TIDAK PERNAH MENYERAH MENJADI HAMBA SESAMA MANUSIA.

TIDAK PERNAH LARI DARI PERJUANGAN SELAGI DASAR TETAP TIDAK BERUBAH.

AHLI PAS YANG IKHLAS TIDAK PERNAH LARI DARI PERJUANGAN MELAIKAN TUHAN TETAPKAN SESEORANG ITU JADI MUNAFIK.

 -Pak Karamu- 


 Pas mungkin boleh kalah dalam PRU: Nasrudin

AddThis Sharing Buttons
 Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Pas mungkin boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Pas mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara.

Kata Nasruddin, Pas memiliki generasi pelapis yang mantap dan ia berjaya dibuktikan menerusi pelancaran Jentera Pilihanraya Perak dan Kedah.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan tersebut melepasi angka sasar. Kehadiran lima ribu sasaran di Kuala Kangsar Perak dan 12 ribu sasaran di Kota Sarang Semut Kedah.

"Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu). Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.

"Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80 peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi  untuk memenangkan Pas dalam PRU14 kelak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama yakin yang Pas akan terus mara dan teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya.

"Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun 'temperature' perjuangan Islam tidak pernah rendah.

"Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan Pas terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua," katanya.

DALAM PAKATAN HARAPAN RAMAI PEMBENCI ISLAM

Abdul Hadi kritik pembenci Islam

AddThis Sharing Buttons
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik pihak yang membenci, memusuhi dan melabel Islam sebagai pengganas.
Menurutnya, orang Islam dihalang daripada berpolitik walaupun bagi tujuan melaksanakan syariat.
“Dihalang kalau berjaya dan maju dalam apa sahaja lapangan. Dinar tidak layak menggantikan Dolar dan Euro.

“Adapun semua pihak bukan Islam diizinkan semuanya. Parti Yahudi di Israel, Parti Kristian di Jerman, Parti Hindu di India dan pelampau Buddha di Myanmar dibenarkan memerintah negara dan melakukan apa sahaja terhadap penganut Islam di atas nama agamanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, negara bukan Islam khususnya Israel dibenarkan memiliki senjata pemusnah manusia, binatang dan alam sekitar.

“Kalau dibantah dipejamkan mata. Apabila melakukan ujiannya, tidak mempedulikan terhadap penduduk tempatan dan alam sekitar di Lautan Pasifik, Hindi dan lain-lain. Alasannya kerana kemajuan sains dan teknologi.  

“Halal bagi Presiden George Bush (presiden ketika itu) menyebut perang Salib kerana Peristiwa 11 September yang dituding jari terhadap Islam secara melulu sebelum disiasat dengan adil dan telus. 

Terus menyerang Afghanistan dan Iraq, rakyat awam lebih banyak menjadi mangsa tanpa dipedulikan,” katanya.

Tegasnya, apa sahaja perkara berkaitan Islam akan disenaraihitamkan dan tentang.

“Hanya kelibat berita tentang senjata yang boleh membahayakan Israel, maka terus diserangnya kilang susu di Sudan, Libya, Syria dan Iraq tetapi tidak Korea Utara.

“Walaupun sudah melancarkan ujian senjatanya ke laut dan mengancam Amerika. Barangkali kerana bezanya di antara Islam dan bukan Islam,” katanya.

Jelasnya, pihak yang mempertahankan Islam dan menentang keganasan seperti Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah akan disenaraikan sebagai pengganas.

“Kalau ada parti yang berdasarkan Islam dan melaksanakan syariat, jangan diberi kemenangan walaupun mereka memilih pendekatan demokrasi. Kalau menang juga dibatalkan seperti Masyumi di Indonesia, FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir,” katanya.

Katanya, orang Islam dinafikan demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia kerana dianggap tidak layak.

“Maka pencabulan terhadapnya dibiarkan atau ditangguhkan keputusan yang berpihak kepada Islam.

“Hukum merekalah yang paling adil, walaupun membunuh dengan melaksanakan cara yang mengerikan, seperti menjerut tali ke leher atau kejutan elektrik kepada orang yang dihukum,” katanya.

BAJET GULA-GILA KEHIDUPAN YANG SEMAKIN SEMPIT

BAJET YANG DIBENTANGKAN TIDAK AKAN MENGUBAH FIKIRAN RAKYAT UNTUK MENGUBAH KERAJAAN KERANA BAJET YANG DIPERKENALKAN TIDAK MEMBAWA KELAPANGAN HIDUP RAKYAT KERANA BARANG-BARANG KEPERLUAN TERUS MENDADAK NAIK.

-Pak Karamu-

 

Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam



AddThis Sharing Buttons


Najib Tun Razak
Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada  kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Beliau berkata, bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Kerajaan juga tidak lupa kepada pesara kerajaan apabila bakal menerima bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri, kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Selain bayaran khas, beliau turut mengumumkan beberapa khabar gembira untuk penjawat awam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan antaranya kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based) kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

Beliau berkata, penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima  faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenarkan digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan  Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod  sepanjang  tempoh  perkhidmatan  bagi menunaikan umrah.

Untuk memberi fleksibiliti, beliau berkata, kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau berkata, penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke  atas dibenarkan pulang lebih awal sejam.

“Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, pembelajaran  sepanjang  hayat  pegawai perkhidmatan awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara dalaman (in-house).

Najib turut mengumumkan kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan  sekurang-kurangnya  25  tahun tempoh  perkhidmatan.

Turut diumumkan ialah pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.

Najib, dalam pada itu, berkata bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada  maksimum RM250 setahun dalam Skim Persaraan Malaysia, di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022,” katanya. - Bernama

BERSATU PARTI CAP AYAM BRAND

RAMAI YANG TELAH KELUAR BERSATU DISEBABKAN PIMPINAN YANG RAKUS DAN BONGKAK DAN PERAK BUKAN TEMPAT PARTI BERSATU BERKEMBANG.

-Pak Karamu-

 

Keluar Bersatu pilihan terbaik

AddThis Sharing Buttons\
Keluar Bersatu pilihan terbaik
(Ubah saiz teks)
BUKIT CHANDAN - Bekas Ketua Penaja Bersatu Kuala Kangsar, Dul Hayati Baheran mengumumkan keluar dari parti selepas meletak jawatan pada minggu lepas.

Menurutnya, tindakan itu wajar diambil memandangkan terdapat segelintir ahli mempersoalkan mengapa dia masih bersama Bersatu sedangkan sudah melepaskan jawatan dan tidak sefahaman dengan kepimpinan tertinggi.

Tambahnya, jika dia masih di dalam Bersatu, Dul Hayati tidak pasti kedudukannya apatah lagi setelah dia secara terbuka mengkritik kepimpinan Bersatu Perak.

“Dulu saya keluar Umno kerana tidak percaya kepimpinan Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak). Kali ini saya keluar Bersatu kerana tidak percaya dengan kepimpinan Bersatu Perak.

“Saya tak mahu sebut nama cuma saya tegaskan saya keluar parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan parti. Saya bukan nak kejar glamour, saya buat ini untuk kebaikan.

“Saya tidak rasa Bersatu boleh menjadi ketua Pakatan Harapan Perak. Susah nak menang kalau Bersatu jadi ketua,” katanya dalam pemberita dalam sidang media, di sini, pagi tadi.

Tambah Dul Hayati, dia akan menghantar surat rasmi berhubung perkara itu kepada kepimpinan tertinggi Bersatu pada Isnin nanti.

SIAPA YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN ADALAH ANTI ISLAM

YA ALLAH YA RABB, MAHFUZ OMAR SEDANG MENGUNDANG BALA UNTUKNYA DAN KELUARGANYA KERANA MENGKHIANATI PERJUANGAN  PAS,

AMIN !

 -Pak Karamu-

 

Ahli Pas perlu undi Pakatan Harapan secara terbuka

AddThis Sharing Buttons
Mahfuz Omar
Mahfuz
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM -Ahli Pas perlu menyokong dan memberi undi secara terbuka mahupun sebaliknya terhadap Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hanya itu sahaja langkah yang ada bagi membolehkan peralihan kuasa berlaku pada PRU14 nanti.

"Pas hanya menyasarkan kemenangan 40 kerusi. Ini tidak membawa kepada peralihan kuasa politik dan sudah tentu tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan beban kos sara hidup akibat GST penarikan subsidi dan segala macam masalah negara.

"Sudah tentu ahli Pas sudah boleh berfikir, mengundi parti itu yang menyasarkan kemenangan 40 kerusi tidak mengubah kuasa politik negara sebaliknya mengekalkan BN untuk terus berkuasa," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan tidak memecat Mahfuz memandangkan pilihan raya boleh dipanggil pada bila-bila masa, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden itu berkata Pas mahu menumpukan kepada kemenangan PRU14 daripada “membuang masa” dengan Mahfuz.

Terdahulu, Pas Kedah mengesahkan Mahfuz tidak ada dalam senarai calon PRU14 di Kedah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU nanti dan Pas akan meletakkan calon lain di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz dalam kenyataan sama hari ini mengucapkan penghargaan ke atas keputusan Tuan Ibrahim yang dianggap matang.

"Kenyataan Tuan Ibrahim untuk tidak mempedulkan apa yang saya lakukan bersama Pakatan disambut baik.

"Ini bermakna, Pas tidak ada masalah sekiranya ahli-ahlinya menyokong dan mengundi Pakatan untuk  merubah kuasa politik negara," katanya.

KITA SENTIASA TADAH TANGAN BAGI KERAJAAN DAP RASA BALASAN TUHAN

‘Itu ujian dan takdir ALLAH’

AddThis Sharing Buttons

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU - Biarpun kerajaan DAP Pulau Pinang sering mengutuk pentadbiran Pas Kelantan yang dikatakan gagal, namun kepimpinan parti Islam itu tidak menyerang balas ketika mana Pulau Pinang diuji dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, insiden yang dialami tersebut lebih disifatkan sebagai segala-galanya adalah ketentuan dan ujian dari ALLAH SWT.

“Itu takdir ALLAH SWT kita nak buat macam mana… Itu terserah kepada ALLAH SWT,” katanya kepada media semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Sebelum ini, DAP Pulau Pinang lantang mengkritik Kerajaan Kelantan yang dianggap gagal dalam pentadbirannya termasuk mengutuk kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga  turut menyifatkan  kemungkinan kerajaan DAP terlalu bijak dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.

“Mentadbir ini satu amanah, tidak semua sempurna dan ada kekurangan setiap pentadbir, setiap pemerintah ada kekurangannya,  jangan salahkan mana-mana pihak tetapi kita mintak supaya  mana-mana kerajaan pun hendaklah sentiasa  bertanggungjawab kepada rakyatnya.

“Sepatutnya kita nak laksanakan projek mesti ikut prosedur sesebuah  kerajaan  tempatan dan sebagainya untuk mengelak daripada  perkara yang tidak  diingini, tetapi mungkin dia berasa terlebih bijak daripada orang lain,” katanya.

Dalam kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di  Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah kira-kira jam 8.57 pagi itu telah  menyebabkan 11 tertimbus.

HA, APA LAGI ? MINTA MA'AF LA ! TU LA MULUT CELUPAR !!!

ANDAINYA MAHADHIR ENGGAN MOHON MA'AF ?

ANDAINYA MAHADHIR MEMOHON MA'AF !

ALANGKAH BESARNYA MALU-MALUAN MAHADHIR !!!

TU LA HANG MULUT CELUPAR !!!

DISEBABKAN HANG  TIBAI BANGSA BUGIS SECARA TERBUKA, MAKA HANG JUGA DITUNTUT MOHON MA'AF SECARA TERBUKA !!!

-Pak Karamu-

 

Masyarakat Bugis masih tunggu Tun M mohon maaf

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
JAKARTA - INDONESIA. Masyarakat keturunan Bugis di Indonesia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengeluarkan kenyataan ‘menghina’ keturunan etnik itu dalam satu perhimpunan pembangkang di Selangor baru-baru ini.

Konsul Kehormat Malaysia di Sulawesi, Halim Kalla berkata, seluruh keturunan Bugis di Indonesia terutamanya di Sulawesi sangat tersinggung dengan kenyataan Dr Mahathir dan mereka telah menyampaikan bantahan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

"Saya juga telah menyampaikan rasa kekesalan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kepada Duta Besar Malaysia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan memberitahu masyarakat Bugis mendesak supaya Dr Mahathir memohon maaf atas keterlanjurannya," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, sebagai bekas pemimpin yang pernah disegani dunia, Dr Mahathir tidak sepatutnya menghina mana-mana keturunan di dunia ini dan jika telah terlanjur cakap, beliau juga tidak seharusnya berdiam tanpa memohon maaf.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang pada 14 Oktober lepas telah mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyebut sebagai keturunan ‘lanun Bugis’.

Halim berkata, walaupun Dr Mahathir mempunyai perselisihan politik dengan Najib, beliau tidak seharusnya menghina sesuatu kaum apatah lagi kaum itu banyak berjasa dalam membentuk kerajaan di Tanah Melayu.

Katanya diaspora keturunan Bugis terdapat di seluruh dunia dan mereka memegang falsafah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ dan disebabkan itu adalah tidak wajar Dr Mahathir menghina diaspora  keturunan Bugis di Malaysia dengan menyifatkan sebagai keturunan ‘lanun’.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga harus sedar penghinaan terhadap kaum itu turut menyinggung Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan mantan presiden B.J.Habibie yang juga keturunan Bugis.

Halim berkata beliau yang mewakili Malaysia di Sulawesi turut tersinggung kerana dirinya sendiri adalah keturunan Bugis Makassar.

"Jadinya jika sudah terlanjur cakap, mohon maaf dan mengaku kesilapan, itulah sikap seorang pemimpin yang sebenar dan kita berharap Dr Mahathir tunjukkan sikap dirinya sebagai seorang negarawan," kata beliau.

Baru-baru ini Perhimpunan Pemuda Bugis-Makassar Indonesia turut mendesak Dr Mahathir supaya meminta maaf secara terbuka kerana kenyataannya itu.

Ketua Umumnya Arwin Welhamina berkata, pihaknya akan membuat demonstrasi besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam tempoh terdekat jika Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama, Dr Mahathir harus membuat permohonan maaf segera atas keterlanjurannya itu kerana ia membawa masalah kepada rakyat Malaysia di Indonesia.

"Sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan kini beliau meletakkan pihak kedutaan dan rakyat Malaysia dalam bahaya kerana kata-katanya telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang berketurunan Bugis," katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir harus bertindak bijak untuk menjaga hubungan dengan negara jiran dan tidak bercakap sesuka hati yang boleh mengeruhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara. - Bernama

TA'AWUN DENGAN SIAPA SAHAJA ASALKAN TIDAK MENENTANG ISLAM DAN MENYOKONG PESTA ARAK

PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa juga asalkan tidak menentang dasar yang dibawanya seperti penentangan Ketua Pakatan Harapan dan parti-parti yang terdapat didalamnya..

PAS bukan macam parti Pakatan Harapan yang siang malam mimpi nak buru Putra Jaya. itu bangang punya parti. Mereka  asik nak mengisi tembolok je macam ayam !!!

 -PAK KARAMU-

 

 Politik Islam bukan sekadar kejar PRU...

AddThis Sharing Buttons

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, perjalanan politik Islam bukanlah sekadar PRU untuk berkuasa dan mendapat kuasa dengan apa sahaja caranya, tetapi ia termasuk berdakwah dan mendidik masyarakat.

Oleh itu katanya, kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, atau selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh Pas.

Menurutnya, disebabkan itu, Pas wajib menolak kalangan yang nyata menentang Islam dan Pas bekerjasama dengan siapa sahaja yang tidak menolak Islam.

“Dalam perjalanan politik Islam, ia mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi perdana menteri, kerana perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan ALLAH dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“ALLAH lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Jelas beliau lagi, dalam perjalanan itu, menegakkan rahmat Allah dan adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum yang hanya boleh dilaksanakan oleh Islam dan kepimpinannya yang beriman, budiman dan berilmu.

Kerana itu, Pas memilih pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS), yang mengeluarkan Pas daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi ahli Pas yang wajib dibebaskan daripadanya.

“Kini Pas bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain. Pas terus bersabar dan boleh menerima kekalahan dengan reda, bukan sahaja kemenangan tanpa berfikir untuk mengisi kemenangan.

“Wawasan Pas sangat luas, bukannya dunia yang sempit, tetapi terus beristiqamah bersama Islam, daripada dunia yang luas sehingga akhirat yang kekal,” katanya.

Jelas Abdul Hadi, muamalat politik Islam adalah berkonsepkan kepimpinan Islam yang wajib dipertahankan, demi menegakkan konsep rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Maka, lebuh raya hubungan dengan semua pihak sangat luas, namun politik damai hendaklah diutamakan.

Pas katanya, tidak hanyut dan dihanyutkan sekali-kali oleh sesiapa sahaja yang mahu memaksa, menipu atau melakukan provokasi untuk mengheret Pas sehingga terkeluar daripada landasan prinsip, konsep Islam dan strategi kebijaksanaan dalam perjalanannya.

“Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK Pas Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya Pas bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah.

“Pas berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai-bagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya. Kini, diperkenalkan pendekatan Ta’awun dan pendekatannya terus menjadi pembangkang yang menasihatkan,” katanya.

ISLAM MENJADI TERAS KERJASAMA

BERUNDING DAHULU A-Z

-Pak Karamu-

 

Keberanian cadangan Mustafa wajar dipuji

AddThis Sharing Buttons

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu dipuji atas keberanian beliau membuat cadangan terbuka kepada Pas supaya menyahut seruan Umno untuk duduk semeja membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua parti.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, keterbukaan Pas terhadap cadangan bekas Setiausaha Agungnya itu membuktikan demokrasi masih segar dalam parti itu.

"Di saat pemimpin Pakatan Harapan memomokkan Pas sebagai tongkat Umno sejak kebelakangan ini, sebarang cadangan dari pemimpin Pas supaya ia bekerjasama dengan Umno tentu sahaja akan mendatangkan risiko tinggi kepada parti itu.

"Majlis Syura Ulamak Pas, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mursyidul Am Pas dan Presiden Pas telah berulangkali menyebut bahawa Pas akan menyertai PRU 14 dalam blok ketiga, Gagasan Sejahtera,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Mustafa bahawa pemimpin Pas perlu lebih serius menyahut tawaran Umno dan bahawa kerjasama antara kedua-dua parti akan mewujudkan suasana politik yang lebih kondusif dan harmoni.

Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) berkata, bagaimanapun gembar-gembur mengenai kemungkinan Pas dan Umno bekerjasama tetap muncul sehingga mendatangkan suasana ketidaktentuan dalam Pas sendiri, apatah lagi bila pemimpin Umno selalu menyebutnya.

Justeru katanya, selaku tokoh yang berkecimpung dalam dunia politik sejak awal 1970an, Mustafa sudah tentu mempunyai congakkan tersendiri ke atas, hujung,  jatuh politik semasa negara.

Beliau tidak menafikan bahawa selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Pas, mungkin lebih wajar jika Mustafa menyuarakan cadangan beliau itu secara dalaman mengikut saluran yang biasa digunakan oleh sebuah organisasi kukuh seperti Pas.

Bagaimanapun katanya, menyuarakan cadangan itu secara terbuka juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia membolehkan tahap sokongan atau bangkangan ahli akar umbi ke atasnya dapat diukur dengan lebih tepat.

"Ia juga memberikan ketelusan dalam hubungan antara Pas dan Umno serta antara pemimpin Pas dan ahlinya sekali gus mengekalkan timbulnya tuduhan pemimpin Pas menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan ahli mereka.

"Pernah berlaku menjelang PRU 7 pada 1986 pemimpin tertinggi Pas dan Umno bertemu secara senyap-senyap, dan bila perkara ini terbocor ia menjejaskan prestasi Pas dalam PRU 7 itu,” katanya.

Menurutnya, lebih elok jika Pas dapat bersikap telus bagi mengelakkan ia dari menjadi mangsa fitnah lawan-lawan politiknya dan cadangan Mustafa itu  adalah satu perkara yang boleh mewujudkan suasana positif.

"Saya memahami logik yang digunakan oleh Mustafa, iaitu bila pimpinan tertinggi Pas menyebut berulang kali bahawa ia tidak akan kembali bekerjasama dengan Pakatan maka tentulah pilihan yang terbuka untuk Pas ialah untuk bekerjasama dengan Umno.

"Soal mengenai bentuk kerjasama ini serta apakah ia perlu dibuat sebelum, semasa atau selepas PRU14 adalah perkara yang boleh dibincangkan dalam pertemuan, jika ia mendapat persetujuan pemimpin Pas,” katanya.

Secara peribadi beliau secara prinsipnya menyokong penuh sebarang usaha untuk menyatukan kekuatan umat Melayu Islam baik dalam bidang politik mahupun bidang lain kerana jika golongan majoriti bersatu maka akan lebih amanlah negara.

"Apa pun, terpulanglah kepada pucuk pimpinan dan ahli Pas sendiri untuk memutuskan apakah langkah terbaik yang boleh mereka ambil demi kepentingan bukan sahaja parti tetapi juga agama, bangsa dan negara", katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.