Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR BAIK SANGKA TERHADAP MAHADHIR

 Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?

AddThis Sharing Buttons

Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?
 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (tiga, kiri) bersama Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) pada majlis Tahlil Allahyarham Suhaimi Shafiei di kediaman keluarga Allahyarham hari ini. - Foto Bernama
 
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Anwar.

Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.

“Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit soal ini.

“Belum sah ada pertandingan atau tidak… kalau pun ada pertandingan kita harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi,” katanya. - Bernama
 

RAKYAT MULA BERCAKAP RULE OF LAW

APA SALAHNYA LEPASKAN MEMBER ! TU LA GUNA SOKONG PAKATAN HARAPAN, ERTINYA ADA LA HARAPAN.

DUA BULAN LALU BUKAN MAIN LAGI CAKAP RULE OF LAW .

TAPI ADAT BERKAWAN KENALAH TOLONG KAWAN, SALAH LAGU MANAPUN KIRA KES BOLEH GUGUR ? 

SI ANU TU GUGUR KES.

SI ANU TU GUGUR KES.

NANTI ORANG LAIN PULA MEMERINTAH ADA PULA YANG GUGUR KES.

LAMA-LAMA MAHKAMAH JADI KEDAI KOPI.

-Pak Karamu-


 Trend gugur kes pemimpin PH membimbangkan: Azalina

AddThis Sharing Buttons

Azalina
Azalina
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kebimbangan berhubung trend penguguran kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, apa yang lebih merisaukan adalah kes-kes tersebut melibatkan jenayah seperti hasutan dan pembocoran maklumat.

Menurutnya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembebasan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar dan beberapa individu lain dibebaskan daripada dakwaan hasutan mereka semalam.

Selain Zunar, bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa turut dibebaskan dari tuduhan hasutan mereka.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan, badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif.

“Kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

“Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan kehakiman negara terus dihormati,” katanya.

Azalina juga mahu semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Di bawah Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

“Bagaimanapun, trend pengguguran kes-kes Mahkamah yang melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan,” katanya.

TAK TUNAIKAN MANIFESTO TAK BERDOSA !

MANIFESTO TIDAK TUNAIKANPUN TAK MENGAPA, IA TAK TERHUKUM BERDOSA, KAN KE ITU MUFTI DAH CAKAP ?
JIKA MANIFESTO ITU DIANGGAP MEMANCING IKAN BODOH, MAKA ITU TAK ADA HAL, MANA ADA IKAN CERDIK ?
RAKYAT MALAYSIA MEMANG TIDAK FIKIR SANGATPUN TENTANG MANIFESTO TU, ITU HAL KECIL SAHAJA.
ADA MANIFESTO ATAU SEBALIKNYA , RAKYAT TETAP SELESA HIDUP DENGAN KEPERLUAN HIDUP HARIAN, SO TAK DE HAL PUNYA !!!
TAK PAYAH SEBOK SOAL MANIFESTO, RAKYAT DAH SELESA DENGAN SELERA YANG ADA  JIKA DI BANDINGKAN WAKTU ZAMAN JEPUN DULU ! HI HI HI
KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG MURAH HATI, MUDAH MEMA'AFKAN KETIKA MAMPU MEMBALAS DENDAM.
HIDUUUP PAKATAN HARAPAN !!!
KAMI, KITA WORANG AND KITA OLANG SEMUA BERDIRI BELAKANG !!!

-Pak Karamu-

 

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?

AddThis Sharing Buttons

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Mustahil kerajaan melaksanakan manifesto 10 janji dalam 100 hari berdasarkan apa yang telah dicapai setakat ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak banyak janji daripada asas perjanjian PH selesai menjelang tempoh 100 hari.

Menurutnya, beliau memahami kekangan yang dihadapi kerajaan terutama dalam menggubal perkara tertentu untuk melaksanakan manifesto tersebut.

"Contoh janji kerajaan mahu hapuskan hutang peneroka Felda dan tol.

"Saya pelik macam mana mereka boleh buat manifesto sebegitu sedangkan ia sememangnya sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau juga turut merasakan kerajaan memerlukan waktu yang lama untuk melaksanakan kesemua manifesto tersebut.

"Bagaimanapun caranya, janji itu perlu dilaksanakan. Saya lihat rakyat buat perubahan besar menumbangkan BN kerana PH sudah berjanji.

"Tetapi sehingga sekarang, sudah 83 hari, rakyat berhak marah dan perlu penilaian semula terhadap jani tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, setakat hari ke-83 pentadbiran Kerajaan PH, rakyat dan pembangkang masih menanti kemampuan 10 manifesto itu dilaksanakan menjelang hari ke-100.

"Pada hari 101 nanti kita akan persoalkan semula janji-janji ini.

"Namun setakat ini, kita tak nampak apa-apa yang ditunaikan lagi.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga menyatakan, setiap kali ditanya usaha kerajaan untuk melunaskan janji-janji itu mereka akan bangkit kononnya hutang negara masih banyak sebab itu manifesto masih belum dilaksankan lagi.

"Bila dah berjanji kenalah tunaikan, kalau buat manifesto mesti dalam rangka kemampuan sesuatu part itu, tapi tak dibuat begitu.

"Kalau tak boleh tunaikan, janji itu akan bertukar angan-angan sajalah. Janji manifesto bukan gula-gula kosong kepada rakyat supaya dipilih rakyat, jangan menipu," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen PRK Dun Sungai Kandis, kononnya kerajaan PH gagal melaksana manifesto PRU14 lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Presiden PKR itu secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh PH menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.

MENGAPA ORANG PAKATAAN HARAPAN BANYAK KACAU MELAYU DAN ISLAM ?

MELAYU DAN ISLAM YANG KAMU ORANG KACAU SEMUA KITA SUDAH KASI MA'AF, KITA ORANG TAK DA HAL PUNYA.

SAMA ADA AWAK HINDU  ATAU AWAK ORANG CINA TERUTAMA DAP SEMUA KITA SUDAH MA'AF, TAK DA HAL PUNYA.
 
ORANG MELAYU SEMUA  BANYAK MURAH HATI ! TAK DA HAL, LAGIPUN SEMUA MENTERI P.HARAPAN  SEMUA DIAM JUGA, TU TANDA AWAK ADA BETUL !
 
LAIN KALI AWAK BOLEH CAKAP LAGI, MELAYU TAK DE HAL PUNYA ! ISLAM JUGA TAK DA HAL, BELAKANG MINTA MA'AF LAGI ! APA ADA HAL ???
 
LAGIPUN AWAK PUNYA CAKAP DIA ORANG KASI PUSING-PUSING LA, ITU PASAL AWAK BOLEH CAKAP LAGI KASI PUAS LU ORANG  PUNYA HATI ! 

- Pak Karamu-
 
 

 Saya minta maaf: Kula Segaran

AddThis Sharing Buttons

M. Kula Segaran
M. Kula Segaran
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.

Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.

“Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkataan seperti ‘sesumpah’. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan ‘pendatang’ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.

“Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu,” katanya.


Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan ‘pendatang’ merujuk kepada orang Melayu.

“Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,” ujarnya.

Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]

Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut.

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL MEMPERLIHATKAN SEMANGAT PEMBELAAN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM.

JIKA YANG HADHIR SETAKAT 3,000 ORANG ITU MENUNJUKKAN PEMBELAAN YANG MUFLIS.

SEDANGKAN MENTERI AGAMA KITA DAH BERI JAMINAN NAK JAGA ISLAM DAN JUGA AGAMA LAIN, AMAAAAAN ! SO NAK TAKUT APA ?

MEMANG KITA FAHAM SEGALA TUDUHAN YANG MENGATAKAN MELAYU DAN ISLAM TERANCAM TETAPI SEBENARNYA HANYALAH GIMIK SEMATA-MATA.

IA HANYALAH NAK BAGI ORANG BERDARAH TINGGI MATI TEGAK SAHAJA.

 TERNYATA HANYA 3,000 ORANG SAHAJA YANG BERDARAH TINGGI, DAN MEREKA ITU SETENGAH DARIPADANYA ADALAH MENGUNDI P.HARAPAN JUGA.

PADA PAK KARAMU JIKA MELAYU DAN ISLAM TERANCAM  ITU HANYALAH SENGAJA DI ADA-ADAKAN, SEDANGKAN PIEM KITA NAK LAKSANAKAN ISLAM SEBENAR MENGIKUT QURAN, SO APA NAK TAKUT TERANCAM ?.

HIDUUUUP PIEM !!!!

-Pak Karamu-

 

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan

AddThis Sharing Buttons

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan
Lokman (kanan) dan Nik Mohamad Abduh turut hadir memberikan sokongan dalam himpunan hari ini.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Ummah yang berlangsung di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur sebentar tadi menyaksikan dua parti Melayu, Umno dan Pas hadir memberikan sokongan.

Himpunan yang dianjurkan sekumpulan organisasi bukan kerajaan NGO itu dihadiri beberapa orang pimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti tersebut.

Himpunan yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.15 petang itu dihadiri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Manakala, Umno pula, pimpinan yang hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan selain saling berbual memperlihatkan hubungan akrab antara pimpinan kedua-dua parti.

Mengangkat tema Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam, memberi gambaran jelas orang Melayu perlu bersatu dan kehadiran hampir 3,000 peserta dalam himpunan tersebut memberi bayangan permulaan kepada gerakan lebih besar orang Melayu.

Ia diakui Lokman yang menegaskan, Umno dan Pas perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun, agar kepentingan Islam dan Melayu tidak terabai.

“Kalau kita berpecah dan tidak bersatu hati, yang akan menang adalah musuh Islam.
“Ini juga gambaran jelas suara rakyat yang tidak rela mereka di tindas dan tidak mahu Islam dan Melayu terabai di bumi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan himpunan hari ini sebagai petanda kebangkitan orang Melayu yang tidak rela hak mereka ditindas.

“Ini merupakan petanda baik dengan masing-masing mengetepikan soal politik untuk hadir ke himpunan pada hari ini,” katanya.


Lapan deklarasi Ummah yang disenaraikan:

1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana -mana fasa dalam perlembagaan.

2. Keabsahan Agama Islam sebagai agama negara dan hak istimewa orang Melayu tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan dalam pembentukkan negara dan merupakan elemen dalam tujuh wasiat Raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan sektor awam.

3. Pengkitirafan UEC mesti ditolak kerana ia bukan saja bertentangan dengan perlembagaan negara dan Dasar Pendidikan Negara, malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara.

4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

5. Semua urusan dan kenyataan rasmi oleh kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan.

6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda Liberalisme, Pluralisme, Humanisme berlandas pada nilai barat dan ekstremisme agama mesti dikekang.

7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan intitusi Raja-Raja Melayu.

8. Ummah menuntut kerajaan memberikab ruang kepada Ummah untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta yang hendak dikemukakan ke Parlimen.

 UEC perlu ikut suara majoriti- Rais Yatim

UEC perlu ikut suara majoriti
Rais ditemui di Himpunan Kebangkitan Ummah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini.
 Sebarang keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus mengikut suara majoriti di negara ini. 
  Budayawan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, kerajaan tidak boleh tunduk kepada kehendak minoriti apatah lagi apa yang diminta itu akan meranapkan perpaduan di negara ini.

Usah pinggir hak orang Melayu
Usah pinggir hak orang Melayu


MAHADHIR PUKUL PADA DIRI SENDIRI

 MUNGKIN SALAH SATU ZAMAN ADALAH ZAMAN MAHADHIR YANG BAGI ORANG MELAYU JADI LEMAH.

ZAMAN MAHADHIR ADALAH ZAMAN SUAP KAT MULUT RAKYAT DENGAN PISANG, TAPI PUNGKOK MEREKA DIKAIT DENGAN PANCING.

APABILA MAHADHIR TERSEDAR MAKA DIA KENALAH PIKUL AKIBAT PERBUATANNYA SENDIRI.

RAKYAT SUDAH KENAL SIAPA MAHADHIR MUHAMMAD, DIA BANYAK BAGI KEPALA RAKYAT BERPUSING MACAM GASING.

ZAMAN SEKARANG BANGSA DAN AGAMA SUDAH JADI BUAH CATUR SEBAB NAK BETULKAN RAKYAT TAPI TERSILAP CATUR.

RAKYAT SUDAH MULA NAMPAK MULUT MAHADHIR SEDANG DIBERI PISANG TAPI BONTOTNYA SEDANG DIPANCING.

TAGGUNGLAH SENDIRI, RAKYAT TETAP BANGUN !

-Pak Karamu-

 

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir
Dr Mahathir bergambar di ‘photobooth’ sebelum merasmikan majlis makan malam tersebut.
(Ubah saiz teks) 
 
SERI KEMBANGAN - Rakyat dinasihatkan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan jika mahu membina negara yang lebih baik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terdahulu ‘mengajar’ rakyat untuk bergantung kepada mereka lantas menyebabkan rakyat menjadi lemah.

Beliau mengibaratkan bantuan itu seperti rakyat bergantung kepada ‘tongkat’, jika tiada tongkat bermakna mereka tidak boleh berjalan dengan baik.

“Sebelum ini, kerajaan beri anda duit dan pelbagai perkara lain secara percuma, anda tak perlu berusaha pun. Bila bergantung sebegitu, rakyat tak boleh jadi kuat.

“Rakyat macam ada tongkat. Bila bergantung kepada tongkat, anda tak boleh bergerak dengan sendiri, terlalu bergantung kepada tongkat.

“Cuba kalau buang tongkat. Anda akan kuat sebab gunakan seluruh badan untuk sokong apa saja yang anda lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Makan Malam Ulang Tahun ke-3 Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis), di sini, malam tadi.

Tambah Dr Mahathir, beliau berharap generasi akan datang dididik untuk melahirkan sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara dilakukan.

Beliau yakin negara membangun seperti Malaysia mampu berkembang pesat sekiranya rakyat bekerja keras, berdisiplin, dan boleh dipercayai.

“Saya harap kita boleh didik generasi masa depan untuk tidak bergantung kepada orang lain. Masa kecil, bergantung kepada ibu bapa.

“Namun bila mereka boleh jana wang sendiri, mereka perlu lakukan apa yang mereka rasa perlu namun perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Ahli Parlimen Langkawi ini sempat bergurau seolah-olah beliau bersedia berucap sebagai Perdana Menteri meskipun untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“Saya harap 30 tahun lagi saya dapat buat ucapan ini,” katanya disambut gelak tawa dan tepukan gemuruh tetamu.

DR ASRI JANGAN MASUK CAMPUR POLITIK KERAJAAN

Sebaiknya Dr Asri jangan masuk campur urusan pemerintah negara.

Pemerintah tahulah apa yang dia nak buat, jangan ajar itek berenang.

Pemerintah sekarang bukan calang-calang pemimpin, dah dua kali jadi PIEM dan rakyat masih membuak-buak menyokongnya termasuklah Dr Asri sebelum mereka memerintah, ini semua orang tahu !

Tetiba semacam nak u turn je, apa hal ?

-Pak Karamu-

 

Pemerintah jangan fokus buru dosa peribadi

AddThis Sharing Buttons

Pemerintah jangan fokus buru dosa peribadi 
 
Dr Mohd Asri ditemui ketika wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan di Kompleks Karangkraf, hari ini.
 
(Ubah saiz teks)
 
SHAH ALAM - Pemerintah tidak boleh menjadikan agenda memburu dosa peribadi sebagai keutamaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebaliknya, pemerintah perlu memberi tumpuan kepada memburu dosa membabitkan hal ehwal awam.

"Dosa peribadi antara manusia dengan Tuhan, sementara dosa membabitkan hal ehwal awam akan merosakkan keselamatan awam. Ini mesti dibezakan.

"Silapnya pemerintah ialah apabila dia mencari dosa peribadi dan membiarkan dosa awam," katanya dalam wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan hari ini.

Katanya, apabila pemerintah terlalu banyak fokus dosa peribadi, undang-undang yang dikuatkuasakan juga akan banyak menumpukan dosa peribadi.

"Ini seterusnya akan menjadikan pentadbiran institusi Islam tidak telus," katanya.

MALAYSIA BARU DAP PERLU DILAYAN

DAP BERI AMARAN PADA MENTERI PELAJARAN.
DAP BETUL, DAP HANYA MINTA PERUNTUKAN, SAMA ADA NAK BAGI ATAU TIDAK ITU SOAL LAIN.
DAP JUGA BETUL, MENGAPA TAK BOLEH BAGI ? SEDANGKAN PAKATAN HARAPAN MENYOKONG SMPAC DAN MENGIKTIRAF SIJIL UEC !


WALAUPUN SMPC TIADA DALAM SISTEN PENDIDIKAN NEGARA TAPI IA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PENDIDIKAN DAN IA HARUS DI IKTIRAF.
PATUTNYA PAN MESTI SOKONG KUATLAH SAMA DAP, DAN BERSATU JUGA PERLU SOKONG KUAT SEBAB INI MALAYSIA BARU PIMPINAN MAHADHIR.

ABANG ADIK TAKKAN TAK BOLEH SOKONG !

-Pak Karamu-


DAP bidas Maszlee tak beri SMPC peruntukan
AddThis Sharing Buttons

Wong Kah Woh
Wong Kah Woh

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR - DAP membidas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat yang menyatakan sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan dan tidak akan menerima peruntukan kementerian.


Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


"Segala jawapan yang diberikan oleh menteri sepatutnya memaparkan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan pembaharuan ini dan bukannya bergantung semata-mata kepada jawapan standard ala BN.


"Walaupun SMPC bukan sebahagian daripada sistem pendidikan negara, sekolah itu memainkan peranan dalam mendidik pelajar dan ia harus diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Maszlee, dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat, menyatakan Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional.


Turut sependapat dengan Kah Woh adalah Adun Bercham, Ong Boon Piow yang mengkritik Maszlee kerana lebih mendengar desakan ibu bapa tertentu untuk menukar warna kasut sekolah berbanding menjaga kebajikan sekolah Cina.


"Ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.


"Menteri pendidikan dari Harapan tetapi jawapannya merosakkan dan tidak menghormati rakan PH. (Langkah ini) mesti dikritik dalam PH," katanya.


Dalam pada itu beliau turut menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar menilai semula kesesuaian Maszlee untuk terus memegang jawatan berkenaan.

MAHADHIR PERLU TINGGAL 2 PENGGAL


RAKYAT SUKA ATAU TIDAK , MAHADHIR PERLU JADI PM DUA PENGGAL.

HARAP SUPAYA BILA DIA TINGGALKAN KERAJAAN BIARLAH DALAM KEADAAN BERSIH.

JIKA TIDAK ?

SIA-SIALAH MAHADHIR MEMBUANG MASA,TEGNAGA YANG DICURAHKANNYA DALAM USIA YANG SENJA.

DIHARAPKAN JUGA PADA PM YANG KESEMBILAN BIARLAH PM TAJAAN MAHADIR YANG KEKAL BERSIH.

PILIHANNYA MUNGKIN AZMIN ALI ATAU MUHIDDIN YASSIN.

-Pak Karamu- 

 

'Suka atau tidak, saya perlu percaya Anwar'

Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Sebelum PRU ke-14, dua individu ini melakukan sesuatu yang sukar dibayangkan - berdamai dan membentuk kerjasama.

Mengikut perancangan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kepimpinan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa dua tahun menjadi perdana menteri.

Tempoh masa itu bagaimanapun sering berubah-ubah sejak itu.

Anwar, 70, berulangkali menyebut beliau tidak tergesa-gesa. Kali terakhir beliau dikatakan tidak sabar untuk menggantikan Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu berakhir di penjara, dengan mata lebam.

Timbul juga spekulasi bahawa masa depan Anwar sebagai perdana menteri masih tidak menentu dan ada kumpulan dalam lingkaran Mahathir yang tidak mempercayainya.

Dan Mahathir sendiri nampaknya ada masalah kepercayaan terhadap bekas musuhnya yang kini kembali menjadi bakal penggantinya.

"Dalam wawancara bersama CNN, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata: "Saya perlu percayakannya - sama ada saya suka atau tidak. saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa."

Ditanya berhubung tempoh masa untuk Anwar menggantikannya, beliau menjawab: "Jika syarat untuk kami (beliau dan Anwar) berkerja bersama adalah saya menjadi perdana menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting."

"Saya akan patuh kepada kehendak rakyat," katanya lagi.

Namun Mahathir juga berkata jika rakyat mahu beliau berkhidmat lebih daripada tempoh yang dipersetujui Pakatan Harapan, beliau akan berbuat demikian.

Sementara itu, pengerusi HARAPAN itu mendakwa beliau mewarisi kerajaan yang penuh dengan rasuah dan pegawai yang tidak boleh dipercayai.

"Kita sudah lihat kerosakan dari luar, tetapi tidak pernah menjangka ia begitu teruk. Kebanyakan peringkat tertinggi dalam kerajaan korup," katanya.

Mahathir juga berkata beliau perlu berkerja dengan mereka yang disyakinya.

"Ia kerja sukar, jika anda tidak berkerja dengan orang yang anda percaya, anda tidak tahu tahu sama ada apa yang anda mahu mereka lakukan akan terlaksana atau tidak," katanya lagi.

RUU355 UJIAN GETIR BAGI MAHADHIR dan P.H

ZAMAN BN KITA DAH TAHU PENDIRIAN UMNO, SEKALIPUN MCA, GERAKAN MIC DAN DEMIKIAN JUGA PARTI DARI SARAWAK  MENENTANGNYA.

BAGI KERAJAAN P.H BARU PIMPINAN MAHADHIR MUHAMMAD, SEBELUM MEMERINTAH DULU KITA DAH TAHU MEREKA JUGA MENENTANG RUU355. SETELAH MEREKA MEMERINTAH KITA TIDAK TAHU APA PANDANGAN MEREKA.

 JIKA MEREKA MENERIMA RUU355 MAKA ITU SUATU YANG LUAR BIASA DAN NEGARA MUNGKIN JASDI LEBIH HARMONI.

ANDAINYA MEREKA MENOLAK DENGAN BERBAGAI KERENAH DAN ALASAN , MAKA KEADAAN POLITIK NEGARA MUNGKIN GOYAH SEDIKIT DAN MUNGKIN JUGA BERLAKU KERETAKAN DI MANA-MANA.

-Pak Karamu-

 

RUU355: Apa pendirian Tun M?

AddThis Sharing Buttons

Akta
Gambar hiasan
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU – Kerajaan negeri dinasihatkan untuk membuat perbincangan dengan kerajaan persekutuan bagi mendapat persetujuan melibatkan perbahasan RUU355 dibahaskan dalam di sidang Parlimen kali ini.

Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Pas juga boleh menguji Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk melihat sejauh mana pendirian pemimpin itu terhadap RU355.

“Sekarang perdana menteri keempat jadi perdana menteri ketujuh dan RUU355 hampir dapat dilaksanakan, kita di sini memberi sokongan. Kita berjaya menyakinkan kerajaan terdahulu dan mereka setuju.

“Tidak boleh ke kali ini, kita ' test' perdana menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad), kita buat apa yang kita boleh buat dan kita tengok apa yang mereka (Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan) boleh lakukan.

"Kita yakin rakyat bersama-sama kita untuk melihat sesuatu yang baik mengenai Islam," katanya semasa pada persidangan Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Beliau terdahulu bertanyakan soalan tambahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Perkara yang sama turut dinyatakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) mengenai sikap dan pendirian perdana menteri tersebut sedangkan sebelum ini semasa menjadi perdana menteri keempat, beliau pernah menolak pelaksanaan kanun itu.

Menjawab persoalan yang diajukan, Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri optimis dengan perkara tersebut dan dan yakin sikap perdana menteri itu boleh berubah dengan mengambil contoh apa yang telah berlaku kepada tuntutan royalti yang pernah dinafikannya dulu.

“Insya-ALLAH kita akan rundinglah. Saya lihat sikap ini boleh berubah. Yang menafikan royalti sebelum ini pun perdana menteri keempat (Tun M) juga. Kita yakin sikap itu akan berubah juga nanti,”katanya.

TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA

PERCEPATKAN GUBAL AKTA HINA AGAMA DAN KAUM KERANA SUDAH LAMA AGAMA TERUTAMA AGAMA ISLAM TELAH DI HINA AAKAN TETAPI SEMUA JADI PEKAK BADAK. 

MASIH LAGI TERINGAT APABILA PAS BAWA RUU355 KERANA HENDAK MEMPERBAIKI MARTABAT AGAMA MAKA RAMAI YANG MENENTANG, DENGAN BERBAGAI ALASAN KEPENTINGAN POLITIK, TERUTAMA GOLONGAN TENTERA AHZAB, KECUALI UMNO.

Pak Karamu-

 

Kerajaan akan gubal akta bendung hina agama: Mujahid

AddThis Sharing Buttons

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan berhasrat mengemukakan rang undang-undang (RUU) Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membendung kes penghinaan agama di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, akta itu meliputi agama Islam dan agama-agama lain di negara ini.

Katanya, sesiapa yang menghina mana-mana agama boleh diambil tindakan di bawah akta ini.

"Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang pelbagai kaum dan agama, perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) di Dewan Rakyat, hari ini. 

Dalam soalannya, Ismail ingin tahu langkah kerajaan membendung kes penghinaan agama di media sosial.

Ismail memberi contoh baru-baru ini seorang lelaki yang memuat naik status di Facebook menyentuh sensitiviti agama.

Mengulas mengenai kes tersebut, Mujahid berkata, pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada pihak polis untuk diambil tindakan.


Sementara itu, katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan golongan ulama serta cendiakawan Islam pada 31 Julai ini bagi bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Islam.

Ia termasuk bagi menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir berkenaan sunnah.

PENGUNDI PAS AKAN UNDI UMNO, TIADA PILIHAN.

JIKA UNDI P.H BERERTI UNDI DAP. ATAU UNDI P.H YANG TAK AKAN TUNAIKAN JANJI.

TAHUKAH ANDA APA HUKUM TAK TUNAIKAN JANJI ?

TAHUKAH ANDA  MENGAPA LANTIK  NON MUSLIM PANGKU JAWATAN PENTING NEGARA SEDANGKAN NEGARA INI DI KATAKAN NEGARA ISLAM ?

TAHUKAH ANDA DIMANA SUDAH HILANGNYA MARUAH BANGSA ?

MENGAPA KERAJAAN P.H YANG BAHARU USIK BERBAGAI HAL TENTANG ISLAM ? SEOLAH-OLAH KERAJAAN BARU ANTI AGAMA ?

Tahukah anda mengapa kebanyakan parti dalam p.h tolak RUU355 ?

Tahukah anda mengapa UMNO menyokong RUU 355 ?

TAHUKAH ANDA WAHAI PENGUNDI, APAKAH AGENDA KERAJAAN P.H TENTANG ISLAM DAN MARUAH BANGSA ?

MENGUNDILAH ASALKAN BUKAN PAKATAN HARAPAN !

-Pak Karamu-

 

Ke mana undi pengundi Pas pergi, PH, BN atau?

AddThis Sharing Buttons

Ke mana undi pengundi Pas pergi, PH, BN atau?
Shahril Sufian Hamdan
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Kini timbul persoalan kemana undian pengundi Pas akan pergi, susulan keputusan parti itu yang tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis kali ini.

Bagi Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan beliau melihat 'undian pengundi Pas akan pergi kepada pelbagai cabang parti'.

Katanya, BN tidak semestinya akan mendapat undian daripada pengundi Pas.

"Belum tentu undian mereka pergi kepada BN, boleh jadi pengundi Pas tak keluar mengundi, dan boleh juga jadi mereka pilih PH," katanya dalam Program Ruangan Diskusi N4 berjudul isu ‘Janji dan Orang Muda’sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya moderator Datuk Mohd Irwan Rizal sama ada pengundi Pas akan mengundi BN pada PRK kali ini.


Susulan tidak meletakkan calon pada PRK kali ini, Pas menyarankan agar ahlinya memilih parti yang boleh menjaga kepentingan Islam dan Melayu serta masa hadapan negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, pemilihan parti itu juga didasari dengan mengambil kira sikap Pas terhadap kerajaan baharu PH, sebagaimana sebelum PRU14 lalu.

Katanya lagi, pemilihan itu juga perlu didasari dengan semangat parti itu boleh menjadi pengimbang pada kerajaan Selangor.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Bebas.

PH meletakkan calon muka baharu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat yang juga pengetua tafiz.

BN pula mengemukakan calon yang lantang mengkritik PH, Datuk Lokman Noor Adam melalui NGO Pemantau Malaysia Baharu. Calon Bebas pula ialah Murti Krishnasamy.

Pada PRU14 calon PKR, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiee memenangi kerusi Dun Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi dalam pertembungan empat penjuru menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon Pas, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia, Hanafiah Husin (76).
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.