Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Proton umum turun harga sehingga 3.25 peratus

  • Proton Proton
1 / 1
PROTON Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan CGT.

"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka, tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan GST berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my. - Bernama

Kita yakin DAP akan hilang P. Pinang, PKR akan kemarau kursi, BN akan menang besar, Cina lahanat ni tak habis buat Provokasi

Tidak semua ramalan Kit Siang betul
  •  Ahmad Fadhli Shaari Ahmad Fadhli Shaari
1 / 1
SHAH ALAM - Tidak semua ramalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjadi kenyataan, kata Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, ramalan Kit Siang sebelum ini ketika PRU13 yang lalu turut tidak mengena.

“Ramalan tuan tidaklah semuanya menjadi kenyataan. Sebelum PRU13, tuan meramalkan PR menang tujuh negeri dan semua tahu apa jadi dengan ramalan itu.

“Tuan juga pernah silap langkah dalam percaturan Teluk Intan,” katanya melalui kemas kini statusnya di Facebook, hari ini.

Kit Siang dalam catatan di blognya hari ini menjangkakan parti rakan komponennya itu mungkin tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang susulan tetap berdegil untuk melaksanakan hudud.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli menasihatkan agar Pas sentiasa berwaspada supaya tidak terperangkap.

“Menghormati ramalan tuan, namun Insya-ALLAH nasib parti Islam ini di bawah ketentuan Allah SWT.

“Adapun untuk jentera parti Pas, haruslah sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana jerat itu tiada pernah lupakan pelanduk,” katanya.

Melalui catatan blognya itu, Kit Siang berkata antara ketiga-tiga parti komponen PR itu, Pas yang akan paling ‘menderita’ dalam PRU14 kelak.

“Pas akan kehilangan hampir semua kerusi Dun dan Parlimen di negeri-negeri di utara kerana  hudud. Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, Pas akan kehilangan tujuh kerusi Parlimen dan 29 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU13.

“Pas akan dihapus terus di Johor, Perak dan Melaka dan hilang tempat di Selangor, Pahang dan Kedah,” katanya.
Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga
  • GST
1 / 1
BELEK punya belek resit, hati mula panas... ish kenapa mahal sangat ni? Bila tengok, barang yang dibeli tak sampai separuh troli pun! Tapi itu bukan fenomena baharu.

Harga barangan keperluan di pasaran, jika tidak pandai pilih memang 'menjerut' leher pengguna...

Bermula esok, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ramai yang kata hampir kesemua barangan keperluan asas akan naik harga.

Jom teliti buku 'Panduan Harga Pengguna' yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum beli.

Jangan tidak tahu, jika anda teliti buku ini, barangan yang anda fikir mungkin dinaikkan harga tetapi bila semak, rupa-rupanya jangkaan itu meleset.

Sama juga halnya dengan barangan yang anda fikirkan, ia tidak mungkin dikenakan GST tetapi barang itulah rupanya yang dikenakan cukai. Jadi hati-hati dan semak dahulu sebelum beli. Jadilah pengguna yang bijak.

Di sini kami senaraikan antara barangan yang turun, naik dan tiada penurunan harga untuk panduan kita bersama kita membeli barangan keperluan.

'Benarkah polis menyamar banduan bagi pantau Anwar?'


Derita Syria berlarutan
  • Derita Syria berlarutan Pelarian Syria masih memerlukan perhatian segera dan sebahagian besar daripada mereka yang mendapatkan perlindungan di beberapa negara jiran hidup dalam keadaan menyayat hati.
1 / 1
KONFLIK di Syria kini memasuki tahun ke-5, namun kebangkitan kumpulan militan IS di rantau tersebut telah mengalih perhatian masyarakat antarabangsa terhadap kemelut tidak berkesudahan di negara terbabit.

Lebih 220,000 terkorban dan separuh daripada populasi penduduk di Syria kehilangan tempat tinggal sejak negara itu mula bergolak pada 2011.

Krisis yang semakin meruncing itu menyebabkan kumpulan hak asasi manusia bertindak menuding jari ke arah masyarakat dunia kerana gagal untuk menghentikan ketegangan tersebut.

Awal bulan lalu, lebih 30 termasuk kanak-kanak di Douma di utara Damsyik terbunuh selepas tentera kerajaan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan kediaman dan sekolah di bandar terbabit.

Sejak 2011, penduduk negara itu terus menjadi mangsa perang saudara antara tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, angkatan bersenjata, pejuang Kurdish dan kumpulan pemberontak lain.

Usaha damai masih belum mencapai sebarang kesepakatan selepas beberapa rundingan sebelum ini terus menemui jalan buntu dan cadangan pelaksanaan gencatan senjata di Aleppo juga gagal dilaksanakan hingga kini.

Konflik itu bermula dengan protes antikerajaan pada 15 Mac 2011 selepas revolusi kebangkitan rakyat tercetus di Mesir dan Tunisia.

Tindakan keras pihak berkuasa telah mengeruhkan lagi keadaan, sekali gus menyebabkan kemelut berpanjangan hingga ke hari ini.

“Tiada siapa menyangka krisis ini akan menjadi satu bencana kepada Syria kerana ia bermula dengan protes secara aman,” kata ahli akademik dan penganalisis di Institut Doha, Marwan Kabalan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian menyifatkan Syria adalah  bencana kemanusiaan terbesar dalam era ini.

Nasib kira-kira empat juta pelarian Syria masih memerlukan perhatian segera dan sebahagian besar daripada mereka yang mendapatkan perlindungan di beberapa negara jiran hidup dalam keadaan menyayat hati.

Rakyat Malaysia Selamat Di Yaman


Keputusan PKR Sabah tidak babitkan PKR Pusat
  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Keputusan PKR Sabah memutuskan hubungan politik dengan Pas negeri ekoran isu hudud hanya membabitkan hubungan di peringkat negeri dan tidak pusat.

Menegaskan demikian, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan parti di peringkat negeri berhubung perkara itu sebelum keputusan muktamad dibuat di peringkat biro politik PKR.

"Pendirian PKR di pusat, kita mahu Pakatan Rakyat dipertahankan dan diperkukuhkan.

"(Saya) mengaku kita ada masalah sedikit berhubung beberapa isu, tapi mengikut pengalaman kita, isu besar melanda Pakatan Rakyat pernah diselesaikan secara bermuafakat," katanya kepada pemberita di Dun Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas keputusan PKR dan DAP Sabah semalam yang membuat pendirian bersama itu kerana tidak setuju dengan hasrat Pas melaksana hukum hudud di negara ini.

Beliau menafikan dakwaan kononnya Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak berpecah ekoran isu hudud, namun menggesa pimpinan parti itu berbincang menyelesaikan segala pertikaian berdasarkan konsensus.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, beliau akan mengulas mengenai titah Sultan Selangor yang mahu status tanah rizab Melayu yang dibatalkan kerajaan negeri bagi tujuan projek pembangunan semula digantikan segera.

Ulasan akan dibuat ketika sesi penggulungan perbahasan dalam sidang Dun.

Katanya dalam sesi itu, beliau akan mengemukakan statistik terkini berhubung penggantian tanah rizab Melayu yang dilakukan kerajaan negeri.

Sultan Selangor dalam ucapan pembukaan persidangan penggal ketiga Dun Selangor ke-13 semalam bertitah, sebarang bentuk penggantian tanah baharu harus "serupa keadaannya" dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif. - Bernama

BUKANKAH HUDUD APA YANG TERBAIK BAGI ALLAH ?

MP BN undi hudud ikut suara hati
  • Ketua Umno Bahagian Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad Shahrir Abdul Samad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen BN akan mengundi mengikut pilihan atau suara hati masing-masing sama ada menyokong ataupun menolak pelaksanaan hudud di Kelantan. 
 
Ketua Whip BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, disebabkan hudud berkaitan kepercayaan dan agama, BN tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada wakil rakyatnya untuk mengundi atas pilihan tertentu.
 
“Saya ingat tiada masalah bagi orang Umno (untuk sokong hudud).
 
“Suara hati termasuk (mengambil kira) apa yang terbaik untuk rakyat dan negara dan bukan apa yang terbaik untuk diri anda kerana anda mewakili rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika ditanya jangkaan sama ada ahli Parlimen Umno akan memberi sokongan kepada Pas supaya parti itu mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang persendirian yang dijangka akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang pada 9 April.
 
Rang undang-undang persendirian itu dibentangkan bagi membolehkan undang-undang hudud, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dun Kelantan 19 Mac lalu, dilaksanakan.
 
“Apa yang penting sekarang ialah sokongan daripada parti dalam PR terhadap hasrat Pas itu. Apabila mereka sudah selesai menyatakan pendirian dan menyokong, ketika itu Umno akan bagi maklum balas,” katanya.

MASA UNTUK BERKORBAN DAN DI KORBANKAN


Tuesday, March 31, 2015

INILAH KESAN GST KEPADA PERUNCIT YANG KITA TAK TAHU...

Ambil masa sesuaikan diri dengan GST
  • Ambil masa sesuaikan diri dengan GST Mohamad Hisam (tengah) bersama kakitangannya di Pejabat Urusan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.
1 / 1
IPOH – Pemain industri pelancongan dijangka mengambil masa selama enam bulan hingga ke satu tahun bagi menyelaraskan sistem GST yang dikuatkuasakan esok.
 
Pengurus Aidil Travel & Tours Sdn Bhd, Mohamad Hisam Mohamad Yusof berkata, masih terdapat beberapa perkara yang kurang jelas mengenai pelaksanaan GST dan semua pemain industri sedang mengumpulkan input untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
 
Menurutnya, satu daripada isu yang timbul dalam kalangan ejen pelancongan adalah pengeluaran invois berasingan kepada pelanggan yang mungkin boleh membangkitkan kekeliruan.
 
“Jika seseorang menempah tiket penerbangan ke London dari sebuah agensi pelancongan dan dicaj RM50 untuk yuran perkhidmatan, adakah kita perlu mengeluarkan invois berasingan apabila GST dilaksanakan?
 
“Begitu juga dengan urusan dengan syarikat atau badan yang membuat tempahan melalui margin berskala besar, kebiasaannya bayaran akan diterima sebulan atau lebih, jadi berlaku masalah ‘cash flow’ kerana kita perlu dahulukan bayaran GST walaupun bayaran daripada pihak ditempah belum diperoleh,” katanya kepada Sinar Harian.
 

Ditahan lagi: Benjy berdepan hukuman gantung?
  • Benjy Benjy
1 / 1
BEKAS pelakon, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim berdepan  hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan selepas ditahan bersama peralatan dan bahan kimia yang biasanya digunakan untuk memproses syabu.

Benjy, 37, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut laporan media tempatan, dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg juga ditemui bersama anak lelaki tunggal kepada pelakon Allahyarham Azean Irdawaty itu.

Benjy ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh, semalam.

JANGAN WAR-WARKAN YANG TIDAK MUSTAHAK

Pas tidak siasat kes jatuhkan Hadi
  • Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
1 / 1
KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas rakaman audio yang didakwa milik salah seorang pemimpin tinggi Pas yang merancang untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan diteruskan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana tidak ada individu atau pihak yang tampil membuat aduan rasmi terhadap laporan tersebut.

"... Bila ada audio, mesti ada pengadu. Kita tidak ada pengadu. Bila tidak ada pengadu kita tak boleh teruskan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas satu sidang media hari ini.
Kumpulan penyokong ulama dan presiden Pas pada 23 Februari lalu mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat oleh salah seorang pemimpin tinggi Pas yang merancang untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik pemimpin tersebut, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.
 

HUTANG NEGARA TERBEBAN, RAKYAT PULA IKUT JEJAK KERAJAAN HINGGA HUTANG KELILING PINGGANG


Monday, March 30, 2015


GST tidak perlu di Malaysia

Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan pendapat beliau mengenai pelaksanaan GST di Malaysia melalui surat terbuka yang disiarkan di Harakahdaily.


GST calculator

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Salah guna

Melihat rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.

Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga diumumkan naik pada hari keesokannya.

Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.

Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.

GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.

Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55% GDP.

Kita mula mendengar penyelewengan dan salah guna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.

Samar-samar cari jawapan

Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.

Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam dua hari lagi.

Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?

Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?

Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (RM5,000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah? Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang sekeliling – bagaimana pula selepas GST?

Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu mereka selepas GST terlaksana?

Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan rakyat tertekan dan terbeban?

GST yuran universiti

Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana GST? Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6% tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga graduasi?

Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka selepas GST terlaksana?

Apakah saluran sudah disediakan untuk para konsumer yang menjadi mangsa untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada barangan yang sepatutnya dikecualikan GST? 

Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai boleh mengenakan GST mahupun tidak? Bagaimana pihak kastam dapat memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan GST?

Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?

Tangguh 6 bulan

Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.

Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui apa-apa yang lain dan kesannya.

Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat bahawa GST tidak akan menyebabkan peningkatkan kos sara hidup daripada tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.

Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi bahawa kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.

Saya merasa perlunya untuk kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan pelaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil.

Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimumkan. 

Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang

With a firm belief in freedom of expression and without prejudice, FMT tries its best to share reliable content from third parties. Such articles are strictly the writer’s personal opinion. 
FMT does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provided.

MUFARAKAH TAK PA, KITA TUNGGU JIKA ADA YANG JADI KATAK

Isu Pas Batu: Ada tandatangan surat palsu
  • mustafa ali Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
1 / 1
KUALA LUMPUR - Hanya 16 daripada 25 AJK Pas Batu dilaporkan mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan Pas pada 16 Mac lalu.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, Exco Lajnah Penerangan Pas Batu, Mohamad Nawi mendakwa dia tidak pernah menandatangani surat peletakan jawatan seperti yang dikatakan AJK Pas yang lain.

"Dia (Mohamad Nawi) menemui saya dan menyerahkan surat mengatakan dia tidak pernah menandatangani surat letak jawatan seperti yang didakwa.

"Dakwaan tersebut merupakan satu perkara yang serius dan amat mengelirukan pihak kami," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pas Pusat di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kita (Pas Pusat) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut. Ia penting bagi memastikan kesasihan laporan yang kami terima dari Pas kawasan itu," katanya lagi.

Lebih sebahagian dari 25 AJK Pas Kawasan Batu mengisytiharkan berpisah dari Pas Pusat baru-baru ini.

Yang Dipertua Pas Batu, Ishak Surin berkata, keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap kepimpinan Pas Pusat khususnya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa gagal bertindak menangani isu-isu dalaman sehingga tercetusnya krisis yang berlarutan dalam parti.

BUKAN DI MALAYSIA TAPI DI KELANTAN, APA HAL BANGANG SANGAT ?

BAGUUUUS ! NANTI PILIHANRAYA (PRU 14)  PAS AKAN LETAK CALON DI SEMUA KERUSI - Pak Karamu

PR Sabah putuskan kerjasama dengan Pas
  • Datuk Seri Lajim Ukin Lajim Ukin
1 / 1
KOTA KINABALU - PR Sabah hari ini secara rasmi memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan Pas Sabah selepas tidak bersetuju dengan usaha Pas melaksanakan hukum Hudud di Malaysia.

Jurucakap PR Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkata keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri wakil Pas, DAP dan PKR sendiri di sini petang ini.

Menurut Lajim, PR Sabah berpendapat tidak ada keperluan untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada masa ini.

"Kami telah mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa dan telah mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS. Namun begitu, kami akan terus komited untuk berjuang dalam PR di antara PKR dan DAP," kata Lajim dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Antara pemimpin parti-parti politik dalam PR Sabah yang menghadiri mesyuarat hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Sabah, Ali Hasan, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Sabah, Hamid Ismail, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong dan Lajim selaku pengerusi MPN PKR Sabah. 

Bagaimanapun, Lajim menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin beragama Islam dalam PKR tidak menolak hukum hudud kerana ia terkandung dalam al-Quran namun mereka menolak pelaksanaannya di Malaysia.


Menurut Lajim, PR mengharapkan Pas Sabah untuk tidak meneruskan hasrat mereka untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia namun parti berkenaan tetap serius untuk melaksanakannya.

"Oleh itu, adalah terlalu rumit untuk meneruskan kerjasama politik dengan mereka dalam keadaan sedemikian," kata Lajim.


Lajim berkata keputusan memutuskan kerjasama politik dengan Pas Sabah itu dibuat sendiri oleh PR Sabah tanpa campur tangan PR Pusat namun keputusan
itu telah dimaklumkan kepada PR Pusat.  


Ditanya sama ada PKR dan DAP Sabah masih boleh menggunakan platform PR untuk kerjasama politik mereka di Sabah selepas Pas tidak lagi berada di dalam pakatan itu, Lajim berkata, ia adalah wajar kerana PKR dan DAP masih majoriti.


[ARTIKEL BERKAITAN: DAP Sarawak umum keluar PR]
Jumaat lalu, DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.
  
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, Pas telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

TIADA PILIHAN, BERDOSA JIKA TAK SOKONG HUDUD

Ahli Parlimen Islam diminta sokong usul Abdul Hadi
  • Abdul Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen beragama Islam dinasihat menyokong pembentangan usul peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan pada Dewan Rakyat nanti.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, usul tersebut yang akan dibawa oleh beliau sendiri akan dibentang sebelum 9 April ini.

Jelasnya lagi, pembentangan usul tersebut hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan agama lain.

"Usul ini akan dibawa ke Dewan Rakyat supaya Dewan meminda Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1992. Saya mengusulkan supaya Dewan meminda satu peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 2.

"Bidang kuasa mahkamah syariah kini hanya boleh menjatuhkan hukuman sebanyak tiga tahun penjara, denda RM 5,000 dan enam sebatan sahaja. Jadi saya minta ahli Parlimen menyokong usul saya supaya peruntukan akta tersebut boleh dipertingkat dan ditambah baik," katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Beliau berkata, usul yang akan dibawa merupakan usul persendirian Abdul Hadi dan tidak bersangkutan dengan parti.

"Usul ini bukan hanya meliputi mahkamah syariah di Kelantan sahaja bahkan negeri-negeri di negara ini. Adalah penting bagi majoriti ahli Parlimen menyokong usul ini.

"Adalah tidak wajar sekiranya Perlembagaan tidak berpihak kepada usul ini," katanya lagi.

HADI BERSEDIA UNTUK BERSEMUKA

Hadi: ‘Saya tak pasti masa depan Pakatan Rakyat’
  • Hadi awang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
1 / 1
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan 'tidak pasti' susulan isu Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud yang ditentang dua rakan sekutunya.

Tambah Abdul Hadi, untung nasib perikatan pembangkang yang ditubuhkan selepas PRU 2008 itu bukan berada di tangannya.

"PR punyai masa hadapan? Saya tak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perjuangan Pas  dalam menegakkan pelaksanaan hukum hudud, beliau berkata tiada laluan mudah bagi tujuan tersebut.

" Tiada yang mudah dalam perjuangan, Namun Insya-ALLAH, Pas  ada alternatif lain," ujarnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Hadi berkata, beliau bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu.

"Saya baru balik dari luar negara, saya bersedia untuk jumpa dengan semua, termasuk kerajaan, saya terbuka untuk berbincang," ujarnya lagi.

Terdahulu Abdul Hadi pada 18 Mac memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang hudud untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan dapat dilaksanakan mengikut perundangan Islam.

Namun, usaha itu telah mencetuskan konflik di antara rakan Pas, iaitu DAP dan PKR yang sama sekali tidak bersetuju dengan langkah Abdul Hadi tersebut sehinggakan berlakunya krisis antara mereka.

Pelik jika ada orang islan menolak hukum agamanya

Pas perlu tegas, tetap pendirian laksana hudud
  • Hudud Pas
1 / 1
SHAH ALAM – Meskipun mendapat tentangan hebat daripada bukan dan orang Islam sendiri, Pas tidak perlu gentar untuk meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Pensyarah Fiqh Semasa, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Khasim berkata, ini kerana orang Islam mempunyai hak untuk memperjuangkan agama dan perintah yang disuruh dalam al-Quran.

“Apatah lagi, Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Sekiranya tidak ada titik persamaan dengan orang bukan Islam, maka Pas tidak perlu menghormati apa yang diingini oleh mereka.

“Kekangan daripada orang bukan Islam bukan faktor besar yang perlu dianggap sebagai penghalang Pas untuk melaksanakan hudud. Jadi, saya amat bersetuju apabila Pas nekad perjuangkan hudud yang menjadi prinsip mereka selama ini,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas juga tidak perlu khuatir kerana usaha melaksanakan hudud turut mendapat sokongan daripada sebahagian pemimpin Islam dalam Umno.

“Ini salah satu kesan positif wujud dalam kalangan umat Islam sama ada pihak atasan atau bawahan. Maka lebih baik Pas berbincang sesama orang Islam kerana pernah disebutkan dalam al-Quran bahawa orang bukan Islam memang tidak akan pernah bersetuju dengan orang Islam.

“Jika orang bukan Islam boleh bersatu menentang hudud, mengapa tidak kita bersatu dalam mempertahankan agama? Jadi isu hudud ini lebih cantik apabila kita melihat kepada perpaduan ummah bukan agenda politik semata-mata,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada siapa boleh pertikai hukum hudud]

Sementara itu, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan berkata, Pas perlu terus memperjuangkan hudud kerana isu itu tidak akan memberi kesan kepada hubungan politiknya dalam PR.

“Meskipun menerima tentangan dari rakan PR terutamanya DAP, ia bukanlah isu besar. Pas akan tetap teruskan hasrat melaksanakan hudud kerana mereka tahu PR tidak akan berpecah.

“Ini kerana Pas dan DAP masih memerlukan antara satu sama lain. Malah, kedudukan Pas dalam PR akan semakin kukuh kerana Pas dilihat sebagai parti yang tegas mempertahankan prinsip mereka,” katanya.

Menurut Azmi, tidak timbul soal Pas akan kehilangan sokongan pengundi Cina sekiranya bertegas melaksanakan hudud.

“Dalam isu pengundi, terdapat sokongan dua hala antara kedua-dua parti. Jika DAP mengarahkan penyokongnya tidak memberi undi kepada Pas, maka Pas juga boleh melakukan perkara sama kepada DAP.  

“Cuma dari segi sokongan orang Islam di luar Pas mungkin tidak akan bertambah. Sebaliknya hudud akan memperkukuhkan lagi sokongan dalam kalangan pengikut Pas sendiri,” katanya.
Pas tidak bincang hubungan dengan PR
  • Mohamad Sabu Mohamad Sabu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Status hubungan Pas dalam PR tidak dibincang dalam mesyuarat hari ini," kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau menegaskan Pas akan terus mengekalkan perjuangannya bersama PR walau terus dilanda konflik bersama parti komponen PR.

“Perkara itu (hubungan Pas-PR) tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini. Kami (Pas) akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media selepas tamat Mesyuarat Khas Pas Pusat, hari ini.

Satu Mesyuarat Khas Pas telah berlangsung bagi membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan akhir ini termasuk berhubung isu hudud dan hubungan dengan PR.

Sementara itu, Mohamad turut menolak dakwaan terdapat perbincangan berhubung hubungan Pas dengan DAP.

"Kami tak bincang mengenai hal ini. Apa pun kami tetap bersama PR,” katanya.

Sebelum ini, DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta memaksa pemimpin tersebut keluar parti.

Ia susulan daripada ketegasan Abdul Hadi yang membawa Rang Undang-undang Persendirian hudud ke Dewan Rakyat.
Bersediakah kita hadapi GST?
  • GST
1 / 2
DENGAN penganjuran pelbagai kempen kesedaran mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), umum kini mengetahui bahawa GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Walau bagaimanapun, GST masih merupakan konsep yang asing bagi kebanyakan pihak. Secara ringkasnya, GST adalah cukai berperingkat yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST telah diimplementasikan oleh 160 buah negara di dunia, termasuk negara-negara di rantau Asean seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Kesemua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus melainkan barangan atau perkhidmatan yang disenaraikan sebagai pembekalan berkadar sifar atau pembekalan dikecualikan.

Contoh pembekalan dikecualikan adalah seperti hartanah kediaman, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan penjagaan anak dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta. Contoh barangan yang tergolong dalam kategori pembekalan berkadar sifar pula adalah seperti beras, gula, ayam, telur, ikan dan udang.

Ini berlandaskan mekanisme di mana kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mempunyai kos pengeluaran yang berkurangan setelah GST dikuatkuasakan. Sebagai contoh, cukai jualan sedia ada telah ditetapkan sebanyak 10 peratus, satu nilai yang lebih tinggi berbanding GST yang telah ditetapkan sebanyak enam peratus.

Walaupun tidak dipamerkan di dalam tanda harga, cukai jualan sedia ada selalunya dimasukkan di dalam harga jualan sesuatu barangan. GST pula akan tertera pada resit pembayaran barangan dan perkhidmatan, dan ini akan menyebabkan sesetengah pihak untuk menyalah ertikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Secara teorinya, jika sesuatu barang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah, harga jualan bagi barangan tersebut juga akan menurun. Namun demikian, daripada segi realitinya, akan terdapat pelbagai pengusaha dan peniaga yang tidak bertanggungjawab yang akan menggunakan persepsi salah masyarakat terhadap konsep GST untuk meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.

Berikutan itu, kerajaan menjangkakan kehadiran segelintir pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga yang tidak bertanggung jawab dan telah bersedia dengan polisi-polisi bagi membanteras eksploitasi yang akan berlaku.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dipinda bagi melarang kenaikan margin keuntungan bersih bermula pada 2 Januari 2015 kepada 30 Jun 2016.

Peniaga atau pengusaha hanya boleh menaikkan harga jualan sesuatu barangan atau perkhidmatan sekiranya terdapat kenaikan dalam kos pengeluaran. Berikutan GST akan menurunkan kos pengeluaran kebanyakan barangan dan perkhidmatan di dalam negara, kos kehidupan tidak akan meningkat seperti yang menjadi spekulasi ramai pengkritik.

Diakui bahawa kewujudan polisi yang baik di atas kertas sahaja tidak mencukupi. Menyenaraikan apa yang termaktub di dalam undang-undang adalah tidak sama dengan memastikan ianya dikuatkuasakan dengan berkesan.

Berikutan itu, akta ini mempunyai pindaan yang membolehkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan mana-mana kuasa di bawah akta ini.

Kerajaan juga telah meluluskan 472 perjawatan baru kepada Kementerian untuk memperkukuhkan penguatkuasaan Akta ini. Diyakini bahawa kerajaan telah bersiap sedia dalam memastikan penguatkuasaan GST akan berlaku dengan lancar, terutamanya kepada pengguna.


‘Kepala MP Batu keras macam batu’
  • Bung Mokhtar Bung Mokhtar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini riuh seketika apabila Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengumpamakan kepala Ahli Parlimen Batu, Tian Chua keras macam batu sepertimana tempat yang diwakilinya.

Bung berkata demikian bagi merujuk kepada sikap Tian Chua yang dilihat seolah-olah sering membuat kacau dengan mengajak rakyat menyertai demonstrasi dan memburukkan kerajaan.

"Kepala Batu (Tian Chua) keras macam batu," katanya sehingga mendapat bantahan daripada Naib Presiden PKR itu dan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.

G Manivanan bangun lantas menyuruh Bung menarik semula kenyataan tersebut.

"Tarik balik kenyataan itu, jangan cakap macam-macam lagi, jangan jadi pelakon, seorang sudah dalam keluarga yang menjadi pelakon (merujuk isteri Bung)," katanya.

Pertengkaran mulut yang berlangsung dalam beberapa minit itu akhirnya dapat diselesaikan selepas Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said masuk campur.
Gesa ahli Pas patuhi dasar parti
  • Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik Abdullah
 1 / 1 
KLANG - Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa ahli dan pemimpin  parti mematuhi arahan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan segala keputusan dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti.

Ketika membuat saranan itu, beliau berkata ahli parti perlu bertindak mengikut dasar parti dan segala perbezaan pendapat perlu diurus dengan baik. 

"Meskipun kita menghormati rakan pakatan pembangkang,  tetapi ahli Pas harus bertindak berlandaskan dasar parti. 

"Autoriti presiden menentukan keputusan dan hala tuju  Pas," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-30 Pas Kawasan Klang di Pandamaran di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan menarik perhatian bahawa Kelantan  berazam untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu dan oleh yang demikian, ahli Pas tidak sepatutnya menyokong cadangan untuk menangguh atau menolak pelaksanaan hudud.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Klang, Mohd Prasad Hanif berkata mesyuarat agung kawasan Klang pada hari  ini sebulat suara menyokong kepimpinan ulama menerajui parti  dengan mencalonkan Abdul Hadi bagi mempertahankan jawatan presiden parti untuk pemilihan parti Jun ini.

Beliau berkata perwakilan yakin kepimpinan ulama wajar diketuai Abdul Hadi yang membawa kemenangan besar kepada Pas sejak menjadi presiden.

Mohd Prasad turut menyelar tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berhubung isu hudud yang  dilihat bertentangan dengan amalan demokrasi. 


Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pas Kawasan Klang  mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Mohd Amar, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk  Iskandar Abdul Samad dan Anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan masing-masing dicalonkan untuk jawatan naib presiden. - Bernama  
 

30/03/15


Polis hanya perlu telefon, saya akan datang, kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, 10 anggota polis datang ke rumahnya pada jam 3.20 pagi untuk menangkapnya.

"Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.

"Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya kepada The Malaysian Insider selepas dibebaskan.

Khalid berkata beliau sedang tidur apabila polis muncul secara tiba-tiba.

"Saya sedang tidur pada waktu itu ... anggota polis tidak beruniform dan beruniform datang ke rumah saya ... sekurang-kurangnya lebih daripada 10 anggota polis datang ke rumah saya."

Khalid berkata polis tiba kira-kira jam 2 pagi dan menunggu.

"Mereka menunggu agak lama, tetapi tidak membuat apa-apa bunyi sekalipun, untuk itu saya berterima kasih kepada mereka," katanya.

Penahanan Khalid adalah kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan semalam.

Beliau mengetuai kumpulan perarakan dalam perhimpunan semalam dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Terdahulu petang ini, Khalid dibebaskan bersama dua orang mahasiswa selepas mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan mereka di bawah reman untuk siasatan lanjut.

Khalid berkata polis tidak berpeluang menyoal atau mengambil kenyataannya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar polis akan mengambil tindakan pada bila-bila masa dan menangkap mereka yang cuba menghasut, Khalid berkata beliau tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

"Saya tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, ia di bawah perhimpunan haram. Adalah baik bagi pihak polis mengambil tindakan setiap saat tetapi tidak bertindak di luar keperluan. Kami bukan penjenayah, perompak atau pembunuh, hanya telefon dan kami akan datang. Saya percaya ramai yang lain akan melakukan perkara yang sama, "

Mengenai kemungkinan berlakunya penangkapan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis lain, Khalid berkata, "Ia seolah-olah seperti KPN mempunyai sikap anti-pembangkang ... menganggap hanya pembangkang yang menyebabkan masalah."

"Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu," katanya merujuk kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad.-TMI

ALAUPUN PANTAU GST TETAP ADA

5,000 sukarelawan pantau pelaksanaan GST
  • GST
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 sukarelawan sahabat Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melakukan pemantauan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula Rabu ini di seluruh negara.
    
Presiden MBM, Mu'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, pemantauan tersebut akan dilaksanakan bersama pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 
    
Sukarelawan itu akan juga memberi maklumat kepada orang ramai mengenai GST, katanya ketika sidang media mesyuarat Dewan Tertinggi MBM di sini, semalam.  
    
Mu'amar berkata, ia juga bagi membolehkan pengguna peka dan membuat aduan sekiranya terdapat mana-mana kedai yang menaikkan harga barang yang tidak termasuk dalam senarai persijilan GST. 
    
MBM akan menyerahkan maklumat dan aduan yang diterima kepada pihak berkuasa.
    
Sementara itu, MBM akan menganjurkan kempen Belia Tolak Ekstremisme pada Sabtu ini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini yang akan menghimpun pelbagai golongan belia selain memberi penerangan tentang aktiviti kumpulan militan IS (Islamic States). 
 
"Melalui perhimpunan tersebut akan diserahkan deklarasi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
    
Dalam mesyuarat itu, MBM turut memberi sokongan terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan demi pembangunan sosial dan ekonomi negara.  - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.