Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAFIZI KENA BELA DIRI


Rafizi Ramli diperintah bela diri
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli membela diri atas dua pertuduhan memiliki tanpa kebenaran dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu di sini, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Zulqarnain dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan Rafizi memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan 1MBD yang masih diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972.

Rafizi, 39, yang dihadapkan ke mahkamah pada 8 April lalu diwakili peguam bela Gobind Singh Deo.

Mahkamah menetapkan 27 September depan untuk perbicaraan kes bagi pihak pembelaan.

PAS TAK PERLU ULAS HUSAM, JANGAN BUANG MASA


Biar Husam dengan pilihannya, Pas tak terjejas
Husam Musa
Husam Musa

KOTA BHARU - Penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam Amanah  tidak akan memberi sebarang kesan kepada Pas, kata Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam kelmarin.

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di Kota Bharu, semalam.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, berkata, malah mana-mana individu sekalipun boleh menyertai parti pilihan mereka mengikut kesesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti yang dipilih.

“Insya-ALLAH, dia akan jadi pemimpin dalam parti Amanah nanti. Saya doakan,” katanya.


Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam kelmarin.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam Pas April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama Pas-Umno.

Sementara itu, pada majlis sama,  Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,

Husam bebas untuk memilih mana-mana parti selepas dipecat daripada parti itu.

“Itu hak dia, dia bukan lagi orang Pas. Jadi terserah kepada dia mahu masuk parti mana, saya harap dia sudah bertemu dengan pilihannya.

“Bagi kita, kita boleh berdepan dengan sesiapa, Insya-ALLAH,” katanya.

UMNO VS DAP


Surat terbuka DAP: Ini jawapan Razlan
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎
Mohd Razlan Muhammad Rafii‎

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii‎ tidak terkejut apabila menerima surat terbuka yang ditujukan kepadanya oleh 13 anak Melayu dalam DAP.

Tidak mudah melatah dengan situasi itu, Mohd Razlan ‎berkata, beliau sudah dapat mengagak ia akan terjadi memandangkan beliau pernah diasak empat anak muda yang berlainan fahaman politik menerusi wacana Sinar Harian sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno diasak empat penjuru]

"Saya tak terkejut DAP bergabung dan berbincang bagi mengilhamkan sebuah karangan yang penuh sarat dengan kebencian terhadap Umno semata-mata ingin membidas apa yang telah saya perkatakan tempoh hari di dalam sebuah program debat anjuran Sinar Harian.

"Setelah saya berhujah empat orang menentang saya seorang, hari ini mereka memerlukan tiga belas kepala pula nak mengupas apa yang saya utarakan.

"Beginilah sindrom fobia yang wujud dalam DAP apabila setiap kali saya membangkitkan isu DAP bersikap biadap terhadap bangsa Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat itu mendakwa, walaupun sering didatangi Mohd Razlan ke pejabat parti itu dengan ugutan, pihaknya masih boleh melayan Mohd Razlan dengan sopan.

Menurut surat itu, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan Mohd Razlan di dalam wacana yang mendakwa DAP tidak pernah hormat pada Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP berkuasa, ia tidak akan pernah hormat pada orang Melayu.

Menurut surat itu lagi, Mohd Razlan sepatutnya sedar parti yang dipertahakannya itu adalah sebuah parti yang diserang dari segenap sudut termasuk oleh bekas presidennya sendiri.

‎"Pun begitu kami ingin menasihatkan Razlan agar memeriksa keadaan dan menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang tidak makan dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini Umno yang meletakkan Melayu di bawah telapak kakinya.

"Melayu di bawah Umno kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal hutang 1MDB, rompakan Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta ancaman lain ekonomi termasuk risiko bankrap angkara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pinjaman isi rumah yang melangit.

"'Ayam-ayam' dibela Umno ini disumbat dengan rasa takut hilang kuasa dan rasa takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar ia boleh diserkup dan disembelih dengan mudah, bagi melanjutkan kekuasaan elit Melayu dalam Umno yang kenyang dengan hasil menjarah dompet dan saku rakyat.

"Razlan sewajarnya sekali sekala melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri: Melayu jenis apakah yang beliau sudah jadi?

"Kecewa juga kami kerana tidak menerima jemputan Sinar Harian. Mungkin Sinar Harian pun tidak begitu sanggup menerima hakikat bahawa DAP sudah ramai anggota dan pimpinan anak muda Melayu," surat itu dipetik.

Mohd Razlan dalam kenyataan sama turut mempertahankan Sinar Harian sebagai penganjur forum tidak harus dipersalahkan kerana tajuk yang dibincangkan hanya berkait dengan anak Melayu mewakili parti Melayu.

"DAP juga mengadakan banyak forum yang dilaksanakan dengan menggunakan bukan bahasa kebangsaan, dan jangan salahkan Sinar Harian kerana tidak menjemput DAP.

"DAP tidak berhak membicarakan orang Melayu, Cina dan India termasuk Kadazan, Iban, Muruk dan lain-lain. Kerana DAP adalah parti sosialis yang tidak akan menerima bangsa sebagai kepentingan negara," katanya lagi.

LEPAS TURUN, NANTI NAIK PULA SEKUPANG


Harga RON95, RON97 turun 5 sen
minyak

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter bagi September ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor Manshor Abdul Ghafar berkata harga runcit bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 berharga RM2.05 seliter.

"Harga runcit bagi diesel untuk September kekal seperti Ogos," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Ogos bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala RON97 berharga RM2.10 seliter. - Bernama

MANYAK CILAKAK, LU MANA MAU LALI ?


Rasuah: Bapa Adun DAP dicari bantu siasatan
SPRM
SPRM

GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bapa kepada Adun DAP Pulau Pinang untuk memberi kerjasama dalam siasatan terhadap urusan didakwa sebagai 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata, pihaknya sedang berusaha menjejaki Lim Kiat Seong, 68, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

"Kita cuba dapatkan beliau untuk memberi kerjasama hari ini. Tetapi beliau gagal dihubungi, malah beliau juga tiada di rumah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini SPRM telah mengambil keterangan enam individu yang dipercayai terlibat dalam urusan seperti didakwa itu, dan siasatan masih berjalan.

"Siasatan berhubung dakwaan itu dimulakan semalam dan lima lelaki dalam rakaman video termasuk seorang lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan urusan seperti didakwa itu, telah dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Semalam, Abd Aziz mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik itu, yang didakwa melibatkan bapa seorang Adun Pulau Pinang.

Beliau berkata, penyiasatan akan mengambil masa dan pihaknya sedang mengesan mereka yang didakwa menjadi mangsa untuk membantu siasatan.


"Kami akan teruskan siasatan berhubung dakwaan itu dan berharap orang ramai khususnya mangsa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu supaya tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya.

Isu berkenaan terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri itu.

Toh Keong berkata, isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas, dan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah tersebut. - Bernama

GEMPA SUDAH TERLALU KERAP


Gempa bumi kuat di New Ireland Region
Gempa bumi
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda New Ireland Region pada jam 11.11 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Metereologi Malaysia, gempa itu berpusat di 96 kilometer dari timur laut Kokopo, Papua New Guinea dan 3,916 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
Gempa tidak mendatangkan ancaman tsunami. - Bernama

KITA TUNGGU SAPA PULAK NAK KENA


SPRM: Ramai lagi saksi sedang dikesan
Azam Baki
Azam Baki

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa bank, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Azam Baki.

Azam berkata, SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang telah ditahan.

"Kami telah merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azam berkata, saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara.


Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan.
Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu. - Bernama

SUDAH MACAM-MACAM MEREKA HINA ISLAM, TAPI UMAT ISLAM MASIH BISU MACAM HARAM JADAH


Tindakan boleh bangkit kemarahan umat Islam
Pengerusi Gabungan Ahli-Ahli Masjid Pulau Pinang (GAMPP), Khairul Fitri Kiraman
Khairul Fitri

BUTTERWORTH - Tindakan meletakkan hadis pada patung beruang merupakan perbuatan menghina Islam dan boleh mencetuskan provokasi.

Pengerusi Gabungan Ahli-Ahli Masjid Pulau Pinang (GAMPP), Khairul Fitri Kiraman berkata, perkara sebegini seolah-olah menggambarkan Islam sebagai agama yang tidak bernilai dan boleh dipermainkan.

"Pada saya mereka yang bertanggungjawab berbuat seperti ini perlu memadam hadis ini, ianya seolah-olah menghina Islam.


"Sedangkan pegangan umat Islam adalah al-Quran dan hadis, sepatutnya mereka peka terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini, bukan buat dengan sewenang-wenangnya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, perbuatan seperti ini sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam.

"Mereka sepatutnya tahu bahawa Islam agama rasmi persekutuan, dan di dalam Islam sendiri unsur patung sememangnya tidak boleh.

"Ini pada saya merupakan provokasi terhadap Islam dan tidak wajar sekiranya dilakukan seperti ini," katanya.

Menurutnya, tindakan sebegini menunjukkan seperti ada unsur plurarisme agama yang menyamakan semua agama.

"Sedangkan dalam Islam sendiri, sentimen plurarisme ini merupakan barah yang amat bahaya terhadap umat Islam.

"Jikalau ianya dibiarkan pada saya ianya akan memberi ancaman kepada akidah umat Islam itu sendiri, jadi kami dari pihak GAMPP memohon agar tulisan hadis pada patung ini dipadam," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Rosli Othman berkata, pihak yang berwajib sepatutnya merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri sebelum bertindak seperti ini.

"Perkara meletakkan hadis pada patung secara langsung ianya menyentuh soal hukum dalam Islam sendiri, sepatutnya pihak berkenaan rujuk kepada pihak berwajib bukannya dengan bertindak sebegini.

"Islam tidak menolak persefahaman namun cara sebegini mempunyai maksud tertentu dan ianya akan memberi kesan dari segi akidah umat Islam, sepatutnya mereka rujuk kepada pihak sepatutnya seperti Mufti, bukannya dengan cara sebegini," katanya.

Terdahulu, pihak United Buddy Bears (UBB) sudah mengalihkan dua buah patung beruang yang didakwa mempunyai ayat al-Quran pada badan patung berkenaan.

Gambar patung beruang itu menjadi viral di laman sosial Facebook.

Patung UBB yang terkenal di seluruh negara berasal dari Berlin dibawa ke seluruh negara untuk menggalakkan keamanan dan perpaduan.

Ia akan dipamerkan di Padang Kota Lama di sini bermula 28 Ogos sehingga 30 Oktober nanti.
Exco Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata,  beliau sudah mengarahkan penganjur untuk mengalihkan patung berkenaan yang diletakkan di Padang Kota Lama untuk tontonan awam itu selepas mendapat maklumat berhubung perkara itu.

 Abdul Malik berkata, setelah meneliti ayat berkenaan serta membuat rujukan kepada Mufti Pulau Pinang, ia disahkan bukan ayat al-Quran sebaliknya tulisan Arab.

“Setelah mengamati dan merujuk kepada mufti, ia disahkan bukan ayat al-Quran sebaliknya pepatah Arab dalam hadis yang ditulis dalam bahasa Arab. Pepatah itu bersifat etika global (etika yang baik di peringkat antarabangsa).

"Bagaimanapun, saya tetap mengarahkan penganjur mengalihkan dua buah patung beruang walaupun tulisan Arab berkenaan hanya terdapat pada sebuah patung sahaja. Tindakan itu bagi mengelakkan salah faham berterusan di kalangan orang ramai," katanya ketika dihubungi.

CARI PUNCA MENGAPA EKONOMI TERUK


Merdeka sudah cukup lama, namun…
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

SHAH ALAM – Tempoh 59 tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan disegani, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, realitinya hari ini, negara dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh dan pelbagai masalah lain.

“Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi untuk tahun ke 59 pada tahun ini.

“Sambutan kemerdekaan kali ini disambut dengan pelbagai rencah warna suka duka yang melanda negara kita dan dunia keseluruhannya. Negara kita telah melalui tempoh penjajahan yang panjang selama hampir 450 tahun di bawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada 1963. Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat menentang penjajah terutamanya ulamak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pas mengambil kesempatan dengan menawarkan penyelesaian Islam yang dikatakan terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama Pas dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwah ke arah membina Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari ALLAH,” katanya lagi.

HUSAM TELAH DIPECAT DARI PAS MB KELANTAN TAK PERLU ULAS, JANGAN BUANG MASA


Penyertaan Husam dalam Amanah tak jejas Pas
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Penyertaan bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan Pas, kata Timbalan Mursyidul Am Pa Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keahliannya dalam Pas April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama Pas-Umno. 

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada Pas sebelum ini. – Bernama

NI MUFTI P.PINANG KENA JAWAB, JANGAN JADI BISU

August 31, 2016

0 Kenapa Rejim DAP Penang Permainkan Agama Di Badan Patung Beruang?


Apakah tujuan rejim DAP Pulau Pinang meletakkan sebuah patung beruang di Padang Kota bersempena Hari Kebangsaan di mana pada badan patung tersebut tertera Hadis Rasullah SAW dan beberapa tulisan Agama lain. 

Apakah tujuan meletakkan naratif-naratif agama itu termasuk Hadis berkenaan berniat hendak menjadikan patung tu patung pemujaan universal atau apa?

Hadis tersebut berbunyi "La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi" yang bermaksud, "Tak beriman seseorang daripada kamu, sehingga dia menyayang saudaranya lebih daripada dirinya sendiri."

Masalahnya Hadis tersebut diletakkan di bontot kiri beruang. Kurang ajar!


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/08/kenapa-rejim-dap-penang-permainkan.html#1SFQ2Z4Ebq58q3gD.99

SELOSAIKAN COPAT


Generasi kedua tuntut Isa selesai masalah
Generasi kedua tuntut Isa selesai masalah
Laporan Sinar Harian semalam.
 
KUALA KUBU BAHARU - Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke-2 Felda menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka secara total, bukan sekadar berjanji.

Ahli jawatankuasanya, Datuk Zulkefli Nordin berkata, dalam kenyataan dalam akhbar ini semalam, Isa berjanji untuk menyelesaikan isu yang mereka bawa sejak April 2015.

Beliau berkata,  antara persoalan yang belum terjawab ialah mengapa Felda Technoplant (FTP) mengambil masa lama untuk mengeluarkan penyata hutang peneroka.

"Sejak mengambil alih pengurusan ladang pada 2005, FTP tidak pernah menyerahkan penyata hutang kepada peneroka sehingga timbul desakan pada 2016, barulah penyata hutang dikeluarkan.

"Namun begitu penyata hutang yang dikeluarkan itu tidak mempunyai butiran lengkap, malah amat meragukan," katanya.

Semalam Isa dilaporkan berkata Felda akan menyelesaikan masalah penyata kewangan peneroka di beberapa wilayah selewat-lewatnya penghujung September ini.

Beliau turut dilaporkan berkata, Felda menyedari masalah dihadapi peneroka dan sedang berusaha menyelesaikannya secara menyeluruh.

Sementara itu Zulkefli berkata, FTP sepatutnya menyerahkan penyata hutang kepada peneroka setiap tiga bulan sekali seperti dalam Perjanjian Peneroka bersama FTP.

"Dalam satu pertemuan dengan FTP baru-baru ini, kami dimaklumkan penyata hutang 2005 hingga 2008 tidak dapat dikesan. FTP pula mahu hutang sepanjang tahun tersebut dikira secara 'pukul rata'. Sudah tentu kami bantah keputusan tersebut," katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa FTP mengenakan kadar faedah 6.25 peratus sedangkan dalam perjanjian, hanya 4 peratus sahaja.

"Sehingga kini pertanyaan kami tidak dijawab," katanya.

Zulkefli berkata, pengurusan ladang yang tidak cekap oleh FTP telah menyebabkan ladang tidak mengeluarkan hasil yang sepatutnya.

"Ladang sawit seluas 10 ekar sepatutnya menyara kehidupan peneroka tetapi apa yang dihadapi peneroka sekarang ialah penambahan hutang setiap tahun sehingga mencecah RM200,000," katanya.

Oleh yang demikian katanya, peneroka berharap Isa dapat menyelasaikan segala permasalahan yang timbul dengan baik harmoni demi masa depan peneroka dan Felda sendiri.

SELAMAT TINGGAL BAHTERA PAS ? AIIIK ? HUSAM BUKAN TINGGALKAN PAS, TAPI PAS DAH TENDANG DIA !


'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas'



'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas'



CYBERJAYA - "Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing,".

Demikian ucapan Datuk Husam Musa yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada parti lamanya (Pas) untuk secara rasmi menyertai parti Amanah malam tadi.

Beliau mendakwa, Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat dan oleh itu baginya Amanah adalah wadah baharu untuk beliau meneruskan perjuangan tersebut.

"Anda tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianat tapi pemimpin Pas yang khianat rakyat," katanya dalam majlis Makan Malam Merdeka di restoran My Taste, Cyberjaya di sini, malam tadi.‎

Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, pimpinan DAP dan lain-lain.

CACING SUDAH NAIK KE MATA, ISLAM SUDAH JADI MAINAN, ITU PASAL LAIN KALI JANGAN BISU BILA ISLAM DIHINA


Sengaja burukkan tokoh agama
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria

IPOH - Tindakan menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya menonjolkan kejahilan pertubuhan liberal itu dalam membezakan antara nas syarak, pandangan ulama dan pendekatan pengurusan hal ehwal Islam.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menyifatkan kumpulan tersebut sengaja memburuk-burukkan tokoh dan institusi agama dengan hanya mengambil kenyataan ucapan terpilih tanpa melihat kepada skop sebenar.

Menurutnya, mereka cuba menjarakkan masyarakat daripada agama dan menganggap agama itu satu kongkongan dengan memburuk-burukkan ulama dan institusi agama.

“Itu prinsip asas golongan liberal yang dipaksa pakai kepada umat Islam di Malaysia.

“Mereka ajak orang lain bersifat terbuka, sebaliknya mereka sendiri yang jumud (sempit),” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP), Khairil Amri Abdul Rahman berkata, KPIP Perak akan menghantar memorandum bantahan kepada dua pertubuhan tersebut supaya menarik semula ‘anugerah’ diberikan itu.

 Beliau berkata, tindakan tersebut agak keterlaluan dan penghinaan terhadap umat Islam, pada masa sama mencabar kewibawaan Islam.

“Mereka perlu minta maaf secara terbuka kerana memutar belitkan isu sebenar.

“Pihak berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi," katanya.

NAK LAKSANAKAN RUU KENA BINCANG DENGAN CINA, MERDEKA !!!

KERAJAAN DISARAN MEMBUAT TAFSIRAN PERLEMBAGAAN NEGARA PASAL 3 BAGI MEMBOLEHKAN HUKUM HUDUD DI NEGARA INI - Pak Karamu


Pas sedia temu Persatuan Hokkien
Pas sedia temu Persatuan Hokkien

PERSATUAN Hokkien Malaysia mengesahkan Pas telah menghantar surat jemputan kepada persatuan itu untuk mengadakan perbincangan mengenai isu hudud pada 18 September ini.

Bagaimanapun kata presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa, beliau masih belum membalas surat jemputan itu kepada Pas.

"Pas menyerahkan kepada persatuan kami untuk memilih tempat mengadakan perbincangan itu. Tetapi kami belum buat apa-apa keputusan lagi," kata Chai Kaa seperti apa yang dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, dalam sesebuah negara, ia tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berlainan, jika tidak, ramai pelabur asing tidak akan lagi menanam modal di negara kita.  

"Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya semata-mata untuk memenuhi keperluan satu agama tertentu. Kalau hukum hudud diluluskan, negara kita akan mempunyai dua sistem undang-undang sehingga boleh mencetuskan pelbagai masalah yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Chai Kaa berpendapat, setelah negara kita mencapai kemerdekaan sejak 1957, semua rakyat berbilang kaum sudah semestinya tidak mahu kehidupan mereka terjejas akibat masalah agama.

"Walaupun Malaysia mempunyai lebih daripada 60 peratus terdiri daripada rakyat yang beragama Islam, tetapi bagi lebih 30 peratus rakyat daripada bukan Islam seharusnya turut dilayan dengan adil.

"Saya tidak faham kenapa Persatuan Hokkien Malaysia boleh dituduh melakukan hasutan kerana sebagai negara yang berdemokrasi, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara," kata beliau lagi.

Persatuan Hokkien Malaysia ketika ini melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan Akta 355 dan kempen ini bakal ditamatkan pada 20 September depan dan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen.

Persatuan ini yakin mereka akan dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini.
Tidak dibenarkan guna drone

Orang ramai diberi amaran agar tidak menggunakan drone ketika sambutan Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah ketika dihubungi China Press berkata, larangan ini dibuat demi memastikan keselamatan pengunjung, dan sesiapa yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, disebabkan jumlah yang ramai akan menyertai perarakan perbarisan pada majlis tersebut, oleh itu, ia tentu akan mendatangkan ancaman keselamatan kepada orang ramai dan peserta perarakan sekiranya drone itu mengalami masalah ketika jatuh ke bawah.

Zainol menegaskan, sama ada orang perseorangan mahupun pihak media, semua pihak adalah ditegah menggunakan drone sepanjang majlis sambutan diadakan.

Kes rogol, bunuh 28 tahun lalu selesai

Polis China mendakwa satu siri rogol dan bunuh sejak 28 tahun lalu akhirnya diselesaikan setelah suspek terbabit berjaya ditahan Jumaat lepas.

Menurut akhbar Beijing, suspek yang dikenali sebagai Kao ChanYo, 52, ditahan dalam sebuah kedai runcit yang diuruskan bersama dengan isterinya di sebuah pekan di daerah Gansu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan polis, Chanyo mengakui telah merogol dan membunuh 11 gadis antara tahun 1988 dan 2002.

Suspek mengakui dia biasanya akan memburu gadis yang memakai baju merah sebagai sasarannya, kemudian akan menjejaki mereka hingga ke rumah lalu merogol dan membunuh mereka.

SEMUA ORANG ATAS BUAT KERJA LAKNAT


Pengerusi bank bergelar Tan Sri direman 7 hari
Pengerusi bank bergelar Tan Sri direman 7 hari
Pengerusi bank bergelar Tan Sri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta.
 - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pengerusi sebuah bank  bergelar Tan Sri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung penyelewengan dana penerbitan buku biografi tokoh pemimpin negara direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sumber berkata, lelaki berusia 60 an itu tiba di perkarangan mahkamah jam 9.10 pagi ditemani pegawai SPRM.


"Kes akan di siasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,"katanya.

Lelaki itu ditahan semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

Wang hampir RM1juta di dalam akaun bank Tan Sri itu dibekukan SPRM.

Tan Sri merupakan orang ketiga dari bank beriatan kerajaan itu ditahan bagi kes yang sama.

Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

KALO MAHADHIR JUMPA SULTAN DAN MOHON MA'AF, TU KIRA SETTLE LA !


Tun Mahathir digesa menghadap Sultan Johor
Tun Mahathir digesa menghadap Sultan Johor
Syed Hussien (tengah) bersama Rashdan (kiri) dan Muhammed Farhan (kanan) ketika sidang media, di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU - Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk segera menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Presidennya, Datuk Sri Syed Hussien Al Habshee berkata, perjumpaan berkenaan bertujuan supaya Mahathir dapat memahami secara terperinci mengenai konsep bangsa Johor yang diasaskan daripada moyang baginda Sultan Johor sebagai menyatupadukan pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya, selain dapat memahami secara terperinci mengenai konsep bangsa Johor, perjumpaan tersebut diharap dapat menjernihkan suasana serta tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi.

“Kami berdiri teguh di belakang Sultan Johor yang mempertahankan gagasan bangsa Johor sebagai hak mutlak rakyat Johor yang tidak perlu dipertikaikan.


“Malah, bangsa Johor sememangnya sudah termaktub sebagai satu wadah yang diterima baik dalam menyatupadukan rakyat Johor tanpa mengira keturunan dan etnik.

“Ia juga adalah satu keunikan yang hanya wujud di Johor dan menjadi jati diri anak Johor dan walaupun rasa jati diri ini begitu teguh dan utuh, tidak pula anak-anak Johor menidakkan semangat patriotisme kebangsaaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama; Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri, Muhammed Farhan Basheer dan Exco Muda DPMM negeri, Rashdan Raob.

Syed Hussien berpendapat, tidak salah jika rakyat negeri ini mengambil konsep bangsa Johor sebagai identiti kenegeriaannya kerana setiap orang tidak boleh lari dari mana asal mereka kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

“Begitu ramai anak Johor yang berjaya dan tersohor di peringkat nasional dan global. Mereka mengaitkan diri mereka sebagasai bangsa Johor dan pada masa yang sama mereka adalah anak Malaysia.

“Kami bangsa Johor yang bernaung di bawah sultan kami yang adil demi kesejahteraan Johor satu konsep seharusnya diteladani oleh negeri lain dan juga digunapakai di peringkat nasional dalam usaha menyemai perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan NGO yang ditubuhkan sejak 32 tahun lalu itu akan menganjurkan Festival Makanan Johor pada 10 dan 11 September depan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Dianggarkan kira-kira 300,00 anak Johor yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor yang pastinya mahu merasai pelbagai juadah enak di negeri ini. Dijangka festival tersebut akan dirasmikan oleh Sultan Johor sendiri dan baginda juga turut berkenan memasak pada program itu.

“Malah, kita turut bercadang membuat buletin tentang bangsa Johor untuk dihebahkan serta disebarkan kepada masyarakat sempena program itu,” katanya.

HINA AGAMA TAK PA ASALKAN DAPAT UNDI !


Cukup-cukuplah hina agama
Mohd Akmal Kamaruddin
Mohd Akmal Kamaruddin

SHAH ALAM - Pemuda Pas Perak memandang serius di atas penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam.

"Malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang.

"Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam khususnya di Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak kerajaan agar menangani penyebaran fikrah songsang yang dikatakan semakin serius sejak akhir ini.

"Kami sedia bersemuka dengan pihak berkenaan bagi merungkai segala kekusutan.

"Malahan kami juga sedia untuk berdialog, diskusi dan bertemu mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang Islam juga perjuangan Pas," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd Akmal turut menyeru kepada semua pihak supaya berani membela Islam.

Mohd Akmal dalam masa yang sama turut mengingatkan seluruh umat Islam untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam.

"Terapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera," katanya lagi.

Gamu kito !


'Tidak jantan' kalau asyik berpeluk tubuh sahaja'
Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor Hamzah

SHAH ALAM - Pas melihat kesungguhan kerajaan Sarawak melebihi kerajaan Terengganu dalam melindungi hasil negeri mereka agar disalurkan kembali demi kepentingan rakyat mereka.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan Umno Terengganu perlu menjadikannya sebagai contoh dan memberi ruang yang luas kepada anak negeri Terengganu mengecap semaksima mungkin hasil sumber asli.

"Pas Terengganu menggesa kerajaan Terengganu memandang serius hasil pertemuan antara Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta  Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin.

"Perbincangan mereka dikatakan telah membuahkan tujuh hasil yang sangat baik bagi rakyat Sarawak. Sebaliknya, pemimpin Umno bukan sahaja tidak mempertahankan hak royalti bahkan menggadai maruah dan menyerahkan medan minyak Bertam PM 307 kepada kerajaan persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Pas Terengganu menuntut janji Umno Terengganu yang kerajaan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai lebih 41 ribu rakyat Terengganu.

"Adalah ‘tidak jantan’ sekiranya kerajaan Terengganu hanya berpeluk tubuh lalu terus membiarkan rakyat ‘melopong dan menghitung’ kehadiran warga asing di tapak petroleum Terengganu tanpa menentukan pendirian atau membuat apa-apa tindakan, untuk menjamin pekerjaan rakyat Terengganu.

"Seluruh rakyat sedang memerhatikan pentadbiran Umno memerintah sekarang yang  telah meninggalkan kesan yang besar kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

Justeru itu, Pas menyeru rakyat Terengganu agar bangkit mempertahankan harga diri dan maruah negeri yang digadai Umno, sebagaimana yang telah dilakukan Sarawak dalam mempertahankan hak negeri mereka.

"Langkah ini boleh dilaksanakan dengan menyingkirkan Umno Terengganu dari tampuk pemerintahan dan Pas sebagai kerajaan menunggu sudah bersedia dan berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan kembali hak rakyat Terengganu yang dirampas itu," katanya lagi.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.