Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR KEKAL SEHINGGA HABIS PENGGAL


ANUAR JADI PIEM SELEPAS PRU 15

-Pak Karamu-

Tidak boleh tukar PM seperti tukar kasut - Hadi Awang

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Peralihan jawatan perdana menteri tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana proses itu bukan semudah mahu menukar kasut, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Mengulangi komitmennya memberi dukungan penuh kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sehingga akhir penggal, Abdul Hadi berkata perdana menteri hanya perlu digantikan sebaik sahaja tempohnya "matang" dan keadaan negara stabil.

Beliau dilaporkan berkata bahawa Mahathir harus diberikan peluang untuk menyelesaikan tugas-tugasnya.

“Kalau belum tempoh matang macam mana nak tukar? Tak kan nak tukar (perdana menteri) tengah jalan? Jadi Perdana Menteri bukan macam pakai kasut yang sekejap-sekejap boleh ditukar, biar sampai betul-betul stabil.
 
“Beliau (Dr Mahathir) ada pengalaman dan merupakan perdana menteri yang paling lama, jadi bagi peluang kepadanya selagi beliau mampu melaksanakan tugas itu,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Online semalam.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, Dr Mahathir tidak wajar dipaksa melepaskan jawatan sebagai perdana menteri kerana beliau telah memimpin PH pada pilihan raya lalu dan dipilih majoriti rakyat.

Di samping itu, beliau juga pernah menyatakan bahawa Dr Mahathir tidak sepatutnya meletakkan jawatan jika hanya mahu memberi laluan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan tersebut.

OOPOCOOOT ! KEEJUUT !


ATEE ? KALO DAH LAGU TU BAGI LA NUAR TU JADI MENTERI, SEKURANGNYA MENTERI PELANCUNG.

ATAU SELEBIHNYA MENTERI WILAYAH, LEPEH PRU 15 HANTAR PI LA JADI DUTA KE MYANMAR, OK LA TUUU !

-Pak Karamu-

Dr M perlu jadi PM hingga akhir penggal - Azmin

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Menteri ekonomi Azmin Ali berkata Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno kepada Mahathir.

“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Anwar Ibrahim
Selepas memenangi pilihan raya umum lalu, Mahathir berkali-kali berdepan soalan berkaitan tempoh masa penyerahan kuasa itu dan berjanji akan mengotakannya.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, partinya Bersatu makin giat menambah kerusi parlimen dengan menerima kemasukan wakil rakyat Umno yang berpaling tadah.

PAS, walaupun menjadi pembangkang, berjanji akan memberikan sokongan di Dewan Rakyat sekiranya terdapat undi tidak percaya dikemukakan di parlimen.

Dalam kenyataan hari ini, Azmin berkata dukungan bipartisan - kerajaan dan pembangkang - terhadap Mahathir merupakan lembaran baru dalam politik Malaysia.

Ia, katanya, menjadikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, termasuk dalam pindaan perlembagaan bagi merendahkan had mengundi kepada 18 tahun baru-baru ini.

“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,” katanya.

DENGGI MENINGKAT MENDADAK, MENTERI BUAT APA ?

MALAYSIA BARU DENGGIPUN BARU. MASA BN PERINTAH DENGGI TAKUT NAJIB,MASA MAHADHIR PERINTAH DENGGI TAK TAKUT MAHADHIR, TU SEBAB NYAMUK BERMAHARAJALELA

-Pak Karamu-

Kes denggi meningkat 89.5 peratus tahun ini

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Sebanyak 72,356 kes denggi dilaporkan di Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Julai tahun ini berbanding 38,190 kes pada tempoh yang sama tahun 2018, peningkatan drastik sebanyak 89.5 peratus pada 2019.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes kematian yang disebabkan penyakit itu juga meningkat sebanyak 108 kematian berbanding 61 kes tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.

"Kes denggi telah menunjukkan peningkatan bermula bulan Mei tahun ini,” katanya satu dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Dzulkefly menjelaskan negeri Selangor merekodkan kes denggi tertinggi sebanyak 40, 849 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan sebanyak 8,794 kes, diikuti Johor sebanyak 6,057 kes.
Iklan
Sementara itu menurut Dr. Dzulkefly, sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat kebangsaan juga disambut bersekali dengan Konvensyen COMBI (Communication For Behavioral Impact) dan tema yang dipilih tahun ini ialah “Banteras Denggi, bermula dengan saya”.

Beliau berkata tema ini bertepatan untuk membuktikan peranan setiap individu dan komuniti amat penting bagi aktiviti pencegahan denggi.

Beliau juga menegaskan semua pihak termasuk masyarakat, agensi swasta dan media memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan pencegahan Denggi secara berterusan.
- Bernama

PENYAMUN DAH NAZAK MINTA TALI HAYAT ?


Zahid dakwa dikunjungi orang Dr Mahathir

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa dirinya dikunjungi 'orang Dr Mahathir Mohamad.'

Sinar Harian memetik Zahid berkata dalam pertemuan dengan wakil Dr Mahathir itu, Umno meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu itu.

“Saya didatangi orang Dr Mahathir baru-baru ini dan saya sebutkan tiga syarat ini sebagai pendirian parti jika mahu jalin kerjasama.

"Umno tidak akan sesekali tinggalkan PAS yang kini menjadi rakan politik parti dan jangan lagi minta orang Umno sertai Bersatu dan akhirnya mahu bubarkan Umno,” katanya.
Iklan
 
Ahmad Zahid dilaporkan berucap pada majlis santai bersama barisan kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan RC hari ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga berkata anggota Umno kurang menunjukkan sikap walak (taat), berbanding PAS yang memegang prinsip setia kepada pemimpin.

“Dalam PAS ada walak, dalam Umno kurang. Tanpa walak terhadap pemimpin, bila hendak berjaya ambil semula kerajaan? 

"Kita akan adakan tahaluf siyasi bersama PAS, akan jadi besan Umno, kita tak mahu PAS lari kalau tengok kita ‘cempera’, sudah tentu PAS mencari ‘keluarga’ yang bersatu hati,” katanya.

Beliau juga menjelaskan sebab beliau kembali menerajui Umno pada 30 Jun lalu selepas bercuti pada Disember 2018 lalu.

“Saya tak cakap nak berhenti, saya hanya sebut beri kepercayaan kepada timbalan, Mohamad Hasan untuk galas tugas sebagai presiden. 

"Hak saya untuk kembali sebab saya dipilih secara demokratik dalam pemilihan Umno,” tegasnya.

MAU ROGOL LAGI SATU KALI BARU MAU DAKWA ?


BINAWE, BILA MAU ROGOL LAGI & BILA MAU DAKWA ?

-Pak Karamu

Pemuda Umno: Bila nak dakwa Paul Yong di mahkamah ?

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pemuda Umno mempersoalkan mengapa Exco Perak Paul Yong belum didakwa di mahkamah berikutan dakwaan merogol pembantu rumahnya. 

Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara pada 23 Julai lalu.

MEREKA SEMUA DAH MASUK DAP

MEREKA SEMUA DAH JADI TIKUS PONDAN ?
DAN MELAYU LIBERAL, TAK PAYAH TANYALAH ! 

-Pak Karamu-

'Mana Mujahid, Mat Awang, Ghani Shamsudin?'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Seorang ulama kanan PAS mempersoalkan sikap agamawan PH tidak membuat laporan kepada polis berhubung isu pengguna Facebook memuat naik hantaran menghina Islam.

Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, bertanya di mana tokoh kanan dalam kerajaan, terutama Amanah, yang tidak muncul membuat aduan polis.

"Mana Mujahid, mana Mat Awang dan mana Ghani Shamsudin? Mana Wan Ji dan mana ustaz-ustaz Ruhama dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. 

"Berapa buah balai dah kamu pergi buat report?" soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
 
Nama-nama yang disebutnya itu masing-masing merujuk kepada Mentei di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof; Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; Timbalan Penasihat Umum Amanah, Abdul Ghani Shamsuddin, dan pendakwah bebas dan anggota PKR, Wan Ji Wan Hussin.

Ahmad dan Abdul Ghani juga pernah menjadi yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia.
Semua mereka adalah bekas anggota PAS yang memilih haluan berbeza selepas berlaku penyingkiran kumpulan beraliran sederhana dalam parti itu pada 2015.

Cukup jadi khadam DAP
 
Tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan oleh Mokhtar mengenai nama Ruhama dalam hantaran itu. Bagaimanapun dia dipercayai merujuk kepada sebuah kumpulan yang dianggotai ahli PAS sebelum mereka meninggalkan parti itu.

Semakan di Facebook pula menunjukkan kali terakhir akaun berkenaan dikemas kini ialah pada 2015.

Mokhtar juga menyelar keras pemimpin PH kerana tidak bertindak mengikut apa yang wajar pada pandangannya.
Malah beliau yang sebelum ini diamanahkan sebagai ketua Ulama PAS Pahang melabel pemimpin PH sebagai "tikus pondan".

"Ustaz Ruhama Pahang mana? Kalau pasal PAS, kamu berkokok macam ayam jantan. Apabila kena batang hidung PH, kamu jadi tikus pondan. 

"Ke, kamu ada nabi lain selain Nabi Muhammad? Cukup-cukuplah jadi khadam DAP," katanya.

Untuk rekod Polis Diraja Malaysia tidak menjalankan siasatan sesuatu kes bergantung kepada

 jumlah aduan atau laporan yang dibuat kepada mereka.

Dalam banyak keadaan, siasatan boleh dijalankan hanya dengan satu aduan saja.

Malaysiakini semalam melaporkan, Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang membuka kertas siasatan susulan 11 laporan diterima berkaitan kes menghina Nabi Muhammad itu. 

Menurut Ketua Polis Dearah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, siasatan awal mendapati pengguna Facebook yang menggunakan nama Wendy Loong memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

UMNO DAN PAS PULIH NEGARA

UMNO DAN PAS MEMULIHKAN NEGARA DARI TANGAN PENGKHIANAT YANG MAHU JADIKAN MALAYSIA SEPERTI SINGAPURA

UMNO DAN PAS MAHU SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA DARI KUASA RAKUS DAP

SELAMATKAN NEGARA. 

Umno-PAS meterai piagam bersama 14 Sept

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Piagam bersama Umno dan PAS akan dimaterai pada 14 September dalam dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Ia akan ditandatangani oleh Presiden Unmo Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

-Pak Karamu-

Umno, PAS sepakat tutup pintu buat parti berkawan DAP

Anne Muhammad  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Umno dan PAS bakal menandatangani piagam bersama sebagai usaha menjadikan kerjasama di antara kedua-dua parti terbabit berlangsung secara rasmi, tidak lama lagi.

Melalui piagam tersebut, kata Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka akan menutup pintu untuk mana-mana parti yang menjalin hubungan dengan DAP.

“Perbincangan (sudah) dimuktamadkan, tak akan ada rundingan dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa dengan DAP.

“Umno tolak kerjasama dengan DAP. Oleh demikian, kita berpendirian, kita tak ada rundingan dengan pihak lain selagi mana-mana pihak bersekongkol dengan DAP,” katanya.
Iklan
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengapa bekas timbalan perdana menteri itu membangkitkan isu berkenaan pada sidang media hari ini. 

Untuk rekod, awal bulan ini Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad pernah membuat pelawaan agar orang Melayu yang menyertai pembangkang menyertai Bersatu.

Ditanya mengapa Umno menolak DAP, Ahmad Zahid mendakwa DAP kini menterjemah agenda Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima oleh Umno dan BN.

“Jika ada pihak di luar Umno dan PAS mahu jemput adakan perbincangan anggota Majlis Tertinggi (MT) mengambil keputusan muktamad, hanya presiden boleh mewakili Umno, tak ada orang lain,” katanya.

Ahmad Zahid ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan MT Umno sebulat suara bersetuju menerima kerjasama dengan PAS berdasarkan 'taawun siyasi' (bertolong-tolong dalam perkara politik), kata presidennya Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid kedua-dua parti itu - melalui setiausaha agung masing-masing - akan mengeluarkan kenyataan bersama berkaitan kerjasama itu, esok.

“Umno ambil keputusan bahawa kerjasama dengan PAS dengan menandatangani piagam yang berlandaskan taawun siyasi diterima sebulat suara anggota MT.

“Setiausaha Agung Umno dan PAS akan buat kenyataan bersama untuk memaklumkan kepada khalayak umum tentang tarikh dan tandatangan (piagam kerjasama) antara Umno dan PAS,” katanya.

PARLIMEN MUNGKIN BUBAR AWAL

INI GARA-GARA SEMBURIT ?

ADA YANG TAK BOLEH TIDUR MALAM  

Azmin: Serah pihak berkuasa dedah dalang video seks

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata terserah kepada pihak berkuasa mendedahkan dalang di sebalik video seks yang didakwa melibatkannya itu. 

'Saya tak sanggup diperalat untuk singkir individu tertentu'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan yang dipercayai mengulas mengenai skandal video yang membabitkan menteri kabinetnya Mohamed Azmin Ali.

Walaupun tidak menyebut nama timbalan presiden PKR itu secara khusus, pengerusi PH berkata "video ini dibuat dan ditular jelas untuk tujuan politik."

Dr M wants 'mastermind' punished, denies defending Azmin

   
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad wants the mastermind behind the sex video implicating Economic Affairs Minister Azmin Ali to be punished...

TUNGGU BOS BALIK ?

ORANG LURUS MENJADI BENGKOK ?

SIAPA PENCATUR SEMUA INI ?

P.H AKAN GUGUR DENGAN SENDIRINYA ATAU BUBAR PARLIMEN ? 

ISHH, SANGAT MENAKUTKAN P.H

-Pak Karamu-

Meski mabuk bercinta, berlaku adillah wahai PAS

Raja Bahrin Shah  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
ULASAN | Kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa parlimen dibubarkan agar dapat diadakan pilihan raya umum (PRU) amatlah aneh dan tidak bertanggungjawab.

PRU adalah untuk memilih kerajaan persekutuan bagi mentadbir negara, bukannya bagi memuaskan nafsu ahli siasah yang berterusan ghairah berpolitik tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Dahulu sebelum PRU ke-14, PAS pernah meminta pembangkang agar Najib Razak serta Umno-BN diberi tempoh menyelesaikan masalah negara.

Ketika itu negara sedang dilanda pelbagai skandal kesan pentadbiran BN dan Umno selama lebih 60 tahun.

PARTI BERSATU BODOH ? TAPI ADA SEMBURIT !

 DIBAWAH MAHADHIR BIASANYA MESTI ADA SEMBURIT, DULU DAN SELAMANYA

 TAK BAIK LA KATA MAHADHIR MUHAMMAD, DIA DAH TUAAAA ! KESIAN LA DIAAAA ! DIA MENTERI PERDANA YANG BIJAK BISTARI, WALAUPUN DIBAWAH DAP

TIDAK PANDAI JADIKAN UMNO PANDAI. SEBAB 22 TAHUN KENA ANGIN SEMBURIT.

  22 TAHUN MAHADHIR JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, DIA AJAR UMNO MACAM-MACAM, TAPI UMNO TERUS JADI BODOH.

-Pak Karamu-

Zahid: Bersatu, PH yang bodoh sebab jadi boneka DAP

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tampil membela partinya, Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa pihak yang sebenarnya "bodoh" ialah Bersatu yang kini dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Membuat hantaran di Facebook petang ini Ahmad Zahid juga memberikan nasihat kepada Bersatu - serta PH - agar memisahkan diri masing-masing daripada DAP.

Kata bekas timbalan perdana menteri itu, DAP menjadikan Bersatu dan PH sebagai boneka mereka.

"Saya kira eloklah beliau (Mahathir) bermuhasabah dan berusaha berhenti daripada diperbodohkan oleh DAP dalam pakatannya sendiri," katanya sambil mengiringi hantaran tersebut dengan berita disiarkan Malaysiakini semalam.

GILA KUASA DAN MENIPU

POLITIK MALAYSIA MASIH GONCANG, SEBAIKNYA BUBAR PARLIMEN UNTUK KESETABILAN NEGARA BANGSA DAN AGAMA

-Pak Karamu-

Akuan Bersumpah Anwar dapat sokongan dua pertiga palsu

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Akuan Bersumpah yang mengatakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memiliki sokongan dua pertiga untuk menjadi Perdana Menteri adalah palsu.

Penafian itu dibuat oleh salah seorang pembantu Anwar ketika dihubungi Malaysiakini.

Akuan Bersumpah palsu bertarikh 3 Julai itu menyebut bahawa Anwar sedang menunggu nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi peralihan kuasa memandangkan beliau mendapat sokongan dua pertiga untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Ia juga mengatakan bahawa presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Iklan
Sebelum ini Muhyiddin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan menandatangani akuan bersumpah mengumumkan sokongan untuk Anwar bagi mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.

Mahathir berjanji menyerahkan tugasnya kepada Anwar, walaupun tidak ada tempoh masa ditetapkan. 

Kedua-dua mereka sering menyebut mengenai pelan peralihan kuasa itu sejak Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum 2018.

KAH,KAH,KAH DAH BOLEH AGAK DAAAAH !


Video seks: 'Ada pakatan jahat, upah ratusan ribu ringgit'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Video mirip menteri ekonomi Azmin Ali dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit, kata ketua polis negara.

"Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut, telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” kata Abdul Hamid Bador.

Dalam kenyataan petang ini, Hamid berkata siasatan mereka juga mendedahkan wujud "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik.

Ia, katanya, bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.

PERANG DALAM PKR SEBAB SEMBURIT ?

SIAPA SEBENARNYA KAKI SEMBURIT ?

YANG SEDANG DISIASAT BELUM LAGI TENTU KAKI GAY, YANG DAH MASUK PENJARA TU PATUTNYA REHATLAH DALAM POLITIK. 

SEBABKAN KES NILAH SERUAN MAHADHIR UNTUK MELAYU BERSATU GAGAL'UMNO DAN PAS HILANG SELERA NAK MENYATUKAN MELAYU ISLAM.

  

NAMUN

ANUAR MASIH BERNAFAS LEGA DALAM PKR, WALAUPUN ADA PERPECAHAN DALAM PKR

-Pak Karamu- 

Azmin jawab Anwar: Muhasabah - cermin muka dulu


M Fakhrull Halim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
Pergeseran dalaman PKR semakin memuncak petang ini apabila membabitkan dua pemimpin tertinggi parti itu - Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali. 

Selepas gesaan Anwar agar timbalan presiden PKR itu perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis,  Azmin membidas presidennya dan memintanya untuk “cermin diri sendiri”.

Anwar: Azmin perlu letak jawatan jika video seks benar

M Fakhrull Halim  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PKR Anwar Ibrahim berpandangan timbalannya Mohamed Azmin Ali perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis.

“Pandangan awal saya, dia tak perlu letak jawatan. Tapi (sekarang) bergantung kepada penyiasatan. Kalau video itu tak sahih saya tak fikir Azmin harus mengambil cuti. Ia bergantung kepada siasatan...

"Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, [...] sudah tentu dia kena letak jawatan.

"Tetapi jika kita belum memastikan kebenaran dan kesahihan orang dalam video itu, maka dia ada pilihan,” katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini, sama ada Azmin perlu meletakkan jawatan.

Semalam, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin menggesa pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku agar bercuti sementara dan "tidak berselindung di sebalik jawatan tinggi...apatah lagi di belakang perdana menteri".

PAS WAJIB TIDAK MENYERTAI P.H

GELI GELEMAN 

Selera PAS tiada pada PH,

   
Hanya ada dua kata daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, apabila diminta menanggap tawaran dibuat beberapa pemimpin PH kepada parti itu: TIADA SELERA

Walaupun pelawaan demi pelawaan dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), Pas tetap berpendirian menolak untuk bersama.

 empat parti komponen dalam kerajaan P.H itu.

GELI GELEMAN DENGAN RAHMATAN LIL'ALAMIN P.H.

LIL'ALAMIN  HANCING !

PAS DAH MUAK DIMAKI HAMUN OLEH PARTI KOMPONEN P.H.

PAS WAJIB TIDAK MENYERTAI P.H

-Pak Karamu-

PH terbuka terima, tapi PAS perlu toleransi - Mukhriz

Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka jika PAS berhasrat untuk menyertai gabungan itu demi penyatuan umat Islam di negara ini, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sebarang tindakan untuk penyatuan ummah adalah satu langkah baik, namun pihak PAS diharap tidak meletakkan pelbagai syarat yang ketat sehingga boleh menyisihkan kaum lain.

“Pihak kami kena sentiasa terbuka, tetapi macam mana pun kena bertoleransi, tak boleh kata nak satukan umat Islam dalam negara ini tetapi pada masa sama nak menyingkirkan dan menyisihkan kaum lain,” kata Menteri Besar itu kepada pemberita selepas menutup Bicara Eksekutif Maqasid Syariah peringkat negeri di Alor Setar, hari ini.
Iklan
Jumaat lepas, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa mempelawa PAS untuk mempertimbangkan tawaran menyertai PH jika tidak mahu perjuangan mereka selama lebih 60 tahun untuk menumbangkan kerajaan Umno sia-sia.

Beliau dilaporkan berkata jika PAS menyertai PH sekarang, mereka boleh menjadi kerajaan dan pada pilihan raya akan datang, boleh menjadi kerajaan sekali lagi.

Sementara itu, Mukhriz berkata Bersatu juga kini lebih menumpukan kepada penglibatan ahli Umno menyertai PH dalam usaha memperkukuhkan kerajaan sedia ada sekali gus dapat meningkatkan jumlah Ahli Parlimen Melayu Islam di Dewan Rakyat.

“Kita kena tonjolkan kebaikan dan ketepikan perbezaan pendapat, saya ingat itu untuk kebaikan semua,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata mesej dan pendekatan Maqasid Syariah yang diintegrasikan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) atau SDGs oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sangat bersesuaian dengan nilai atau fitrah semua manusia, tanpa mengira agama dan bangsa atau negara.

“Ini kerana inti pati Maqasid Syariah yang inklusif dan dinamik amat bersesuaian dengan fitrah manusia, bukan hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi untuk seluruh manusia termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan dunia sejagat.

"Pada hari ini, Kedah dapat bersama-sama melaksanakan agenda Maqasid Syariah ini sebagai maklumat dan pencerahan mengenai hala tuju pentadbiran kerajaan yang baharu untuk menuju kepada sebuah negara rahmah yang berpaksikan nilai Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah,” katanya.

Beliau berkata mewakili kerajaan negeri, pihaknya menyambut baik dasar baharu kerajaan itu dan komited untuk bekerjasama bagi menjayakan matlamat yang besar itu.
- Bernama

HAPUS AKTA HASUTAN, BOLEHLAH MENGHASUT !

 YANG INI LAGILAH BANGANG ! APA ADA DENGAN MANIFESTO JIKA SELAGI AKTA HASUTAN ITU MASIH TIDAK TERHAPAUS.

WAN JI TELAH MELAKUKAN KESALAHAN HASUTAN SEBELUM MANIFESTO DIUJUDKAN DAN DIHAPUSKAN, ADA FAHAM ?

JIKA WAN JI BOLEH MINTA TANGGUH HUKUMAN MAKA BANDUAN LAIN JUGA BOLEH BUAT MINTA YANG SAMA

DAN MANIFESTO BUKANLAH UNDANG-UNDANG, TAKKAN TIDAK BOLEH FAHAM !

-Pak Karamu-

Pemimpin DAP Lim Kit Siang menggesa semua timbalan pendakwa raya membaca manifesto PRU ke-14 Pakatan Harapan (PH) agar memahami pendirian kerajaan berkenaan beberapa undang-undang.

Ia susulan pendakwa raya bagi kes Akta Hasutan terhadap pendakwah Wan Ji Wan Hussin, yang membuat rayuan untuk meningkatkan hukuman, di sebalik komitmen kerajaan untuk memansuhkan undang-undang era penjajahan itu.

PAS minta kerajaan tak gopoh hapus Akta Hasutan

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Kerajaan diminta tidak gopoh dalam mengambil ketetapan untuk menghapuskan Akta Hasutan hanya kerana beberapa kes yang berlaku muktahir ini.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demi menjaga kestabilan negara kerajaan harus mengambil kira semua faktor dan jangkaan masa hadapan sekiranya akta itu dihapuskan. 

Malah, Tuan Ibrahim berkata dengan keadaan semasa hari ini kerajaan masih memerlukan satu akta untuk mencegah perilaku yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Langkah untuk menghapuskan Akta Hasutan harus diteliti secara mendalam. Isu yang lebih kritikal ialah penyalahgunaan akta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

AKTIVIS ADA SEDIKIT BANGANG

 

SILAAAAP ! SEPATUTNYA ANUAR BERSAMA AKTIVIS DIHADAPAN PENJARA !

Anwar akan bertemu Dr M bincang isu hukuman Wan Ji

    Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan mengenai hukuman penjara setahun di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan hukuman terhadap Wan Ji sebagai kerangka pemikiran usang, lapuk dan jumud yang masih wujud dalam pentadbiran.

APABILA ADA AKTIVIS BERHIMPUN DIHADAPAN PENJARA, MAKA PERBUATAN ITU MEMANG KERJA BANGANG.

SEPATUTNYA BUATLAH PERHIMPUNAN ITU DIHADAPAN MAHKAMAH YANG JATUHKAN HUKUMAN TERHADAP WAN JI, TU BARU CERDIK.

JANGAN BUAT BISING DIHADAPAN PENJARA, YANG MANA PENJARA TIADA KAITAN DENGAN HUKUMAN YANG DIJATUHKAN.

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG MEMERINTAHPUN TAK PEDULI DENGAN AKTA HASUTAN SEDANGKAN MEREKA YANG MEMERINTAH.

NANTI APABILA AKTA HASUTAN MANSUH BARULAH BOLEH BUAT HASUTAN BENCI SAMA SULTAN DAN BOLEH MAKI HAMUNPUN !

PERGILAH BUAT PERHIMPUNAN PADA MENTERI UNDANG-UNDANG, ADA BERANI ?

 -Pak Karamu-

Aktivis berhimpun depan Penjara Kajang tuntut pembebasan Wan Ji.

Wong Kai Hui  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
Susulan bermulanya hukuman penjara terhadap Wan Ji Wan Hussin di Penjara Kajang semalam, sekumpulan aktivis berhimpun secara aman di luar bangunan penjara untuk menuntut pembebasan pendakwah bebas itu dan pemansuhan Akta Hasutan, malam tadi. 

Kira-kira 30 orang berkumpul bermula jam 8.40 malam, memegang lilin putih sambil melaungkan, "Bebas Wan Ji!" dan "Mansuh Akta Hasutan".

“Malam ni, kami sedih dan kecewa. Kebebasan bersuara sangat penting dan wajar dipertahankan oleh rakyat dan masyarakat kita,” kata pengarah eksekutif Saudara.org Lim Hong Siang, yang merupakan rakan kepada Wan Ji.

Wan Ji ialah anggota PKR dan bekas penasihat agama kepada ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini Lim Guan Eng. Kini, dia adalah pengarah akademik di Saudara.org, sebuah pusat pengajian yang menumpukan bidang sosio-budaya dan keagamaan di Malaysia. 

Iklan
“Kami semua tahu Wan Ji ini seorang yang mempunyai idea-idea pelilk. Ideanya ada masanya progresif, ada masanya (dianggap) terlalu berlebihan untuk diterima masyarakat,” kata Lim.

Bagaimanapun, beliau berkata perbezaan dan kepelbagaian pendapat adalah perkara biasa dalam masyarakat dan perkara itu dapat menggerakkan masyarakat ke hadapan selain menyumbang kepada pembangunan sosial dengan idea-idea baru. 

“Harapan saya, satu hari nanti tiada orang akan didenda, dihukum atau dipenjara hanya kerana dia mempunyai idea yang tak disenangi oleh orang lain,” katanya lagi.

Pada 2014, Wan Ji dihadapkan ke mahkamah berikutan satu hantaran Facebook yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dua tahun sebelumnya.


Wan Ji Wan Hussin
Dia disabitkan bersalah pada April 2018 dan dihukum penjara sembilan bulan, namun diberikan penangguhan sementara menunggu rayuan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Wan Ji dan menambah hukuman penjaranya kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Beberapa aktivis pelajar, aktivis sosial dari Suaram dan Bersih, beberapa pemimpin dari PSM turut hadir di perhimpunan malam tadi. 

Sementara itu Pengerusi Bersih Thomas Fann mendesak Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janjinya agar undang-undang yang dilihat zalim seperti Akta Hasutan dimansuhkan segera.

“Akta Hasutan ialah undang-undang penjajah drakonian yang digunakan untuk mengekang kebebasan bersuara dan selalunya digunakan kerajaan sebagai alat untuk mendiamkan suara rakyat. 

HUKUMAN WAJAR ?

ATE ? PINDALAH PERLEMBAGAAN, ASIK BERPOLITIKING LUPA KAWAN NAK KENA PENJARA ! SO SALAH APA ?

Hukuman pada Wan Ji terlalu keras, kata Anwar

   
Presiden PKR Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas pendakwah Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan terlalu keras dan tidak selari dengan pembaharuan demokratik.

"Ia (pemenjaraan Wan Ji) malang, saya bersimpati.
"Saya fikir hukuman itu terlalu keras.

Wan Ji masuk penjara, hakim tambah hukuman jadi setahun

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap hukuman penjara kerana menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Abdul Halim Aman malah meminda hukuman dengan menambah hukuman Wan Ji dari sembilan bulan kepada setahun, setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

MUJAHID MEMANG BONGKAK TAK SEDAR DIRI


Idris: Agak-agaklah nak kata pun...

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PAS mempunyai cara tersendiri menjawab ajakan dibuat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penyatuan orang Melayu di negara ini.

Petang tadi Naib Presiden PAS Idris Ahmad secara bersahaja berkata, pihak PH perlu lebih cermat membuat kenyataan mengenai isu berkenaan.

Kata Idris, adalah lebih baik kalau mereka jangan menyebut isu berkenaan.

"Cuba pakat bilang ahli Bersatu, PAN (Amanah), PKR di kawasan masing- masing. Berapa orang ?  katanya.
 
Mengiringi kenyataan tersebut ialah tangkap layar berita Malaysiakini mengenai kenyataan dibuat Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof.

Dalam laporan itu Mujahid berkata orang Melayu kini tiada pilihan kecuali menyertai salah satu parti dalam kerajaan seperti Amanah, Bersatu dan PKR.

PAS TAK MAHU MASUK LOBANG YANG P.H SEDIAKAN ?

SEMUA MENJADI MENGGELUPUR ! 

Anwar tunggu penjelasan Mahathir

   
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau memberikan peluang kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan tawarannya membuka pintu kepada semua parti politik Melayu, termasuk Umno. Persoalannya mengapa Anuar pula menyebuk ?

Tuan Ibrahim: 'PAS masih istiqamah bersama Umno'

 
PAS Terima UMNO sebagai rakan seperjuangan dan menolak BERSATU. PAS merasakan lebih selamat bersama UMNO jika dibandingkan dengan BERSATU dan lain-lain parti.
Parti-parti yang lain di dalam Pakatan Harapan terlalu baik, kerana itu PAS tidak berani untuk menghampiri mereka, takut nanti kena main belakang.

Dengan kehadhiran Presiden UMNO Zahid Hamidi kedalam parti UMNO maka PAS merasa yakin bahawa UMNO adalah rakan terbaik berbanding parti lain.

Adalah terlalu bodoh jika PAS dan UMNO mahu bersatu dan bergabung dengan parti kecil. sekalipun parti kecil memerintah.

PAS terpaksa berhati-hati untuk mencari kawan untuk berpolitik kerana zaman sekarang adalah zaman fitnah, macam kes LIWAT dalam PKR.

PAS juga terpaksa berhati-hati mencari kawan, takut nanti tercari kawan yang bongkak seperti parti PAN. dan menghapuskan semangat melayu dan agama macam DAP




PARTI BERSATU PARTI BAIK !

JIKA HENDAK TAHU KEDUDUKAN PARTI BERSATU, MAKA TANYALAH DR MAHADHIR.

SEBELUM PRU 14 DR MAHADHIR SANGAT FAHAM BAHAWA UMNO PARTI JAHAT.

HARI INI DR MAHADHIR MINTA AHLI UMNO SERTAI BERSATU SEBAB UMNO SUDAH JADI BAIK.

YANG TINGGAL PARTI JAHAT HANYA PAS SAHAJA. 

MAKA BERKATALAH MUJAHIT BIN YUSUF RAWA " ORANG MELAYU TIADA PILIHAN SELAIN MENYERTAI BERSATU PAN DAN PKR.

APABILA MELAYU TELAH BERSATU MAKA TAK KESAHLAH DAP KUAT MACAM MANAPUN MELAYU PASTI DAPAT MENGATASI DAP.

SOAL ULAR LIDI TELAN NAGA TIDAK BERBANGKIT ASALKAN NAGA SUDAH BERADA DI DALAM PAKATAN HARAPAN.

-Pak Karamu-

Bersatu tak sama macam Umno, kata TPM

   
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan sama dengan parti Umno seperti yang disangkakan.

Menzahirkan keyakinan terhadap Bersatu, Dr Wan Azizah berkata parti berkenaan juga tidak sesekali mirip seperti Umno

"Ia tidak sama sebab Bersatu ditubuhkan daripada Umno, jadi dia lain dari Umno, dia punya asas lain. 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri) bila kita bercakap dahulu, kita 21 tahun bersama dengan Reformasi, dan Tun pun berkata dia pun bersama Umno dahulu lebih daripada itu dan tinggalkan Umno.

DULU MELAYU KASI PECAH SEKARANG MINTA BERSATU ?

LAGU MANA NAK BERSATU ? PASAI MELAYU DALAM PAKATAN HARAPAN DAH BERBAU GAY DAN DAP !!!

HI,HI,HI SENJATA SUDAH MAKAN TUAN, PADAN MUKA .

DULU BERIA-RIA PECAH BELAHKAN MELAYU, SEKARANG MERAYU PULA UNTUK BERSATU DALAM BERSATU ?

HUKUMNYA HALAL KE HARAM ?

ADA JADAH KE TAK ADA JADAH ?

MELAYU NAK MASUK LOBANG BERAPA KALI ? 

OITT ? DAH TERSEPIT ? MASUK KUMPULAN PH TU BAIK JUGA, SEKURANGNYA DAPAT BAU DAP, GAY,PAN

DAH MEROYAN KEW ! 

'Melayu tiada pilihan selain Bersatu, PKR dan Amanah'

   
Orang Melayu kini tiada pilihan selain menyertai parti-parti kerajaan seperti Amanah, Bersatu dan PKR, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof.

Mujahid berkata ini kerana idea yang dibawa Umno dan PAS, sudah lapuk dan tidak lagi dapat membawa orang Melayu ke arah yang lebih progresif.

Orang Melayu tolak Bersatu - Anuar Musa

 Gantung sementara BN: Kenyataan saya disalah petik - Annuar Musa 

 Seruan supaya orang Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malah kata Annuar, beliau yakin masyarakat Melayu di negara ini akan terus menolak Bersatu kerana parti itulah yang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu 

 
-Pak Karamu- 

  Dr Mahathir pelawa semua parti Melayu sertai Bersatu


Bernama  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Dr Mahathir Mohamad hari ini mempelawa semua parti politik Melayu termasuk Umno untuk menyertai Bersatu dalam usaha menyatupadu serta memperkasakan kuasa politik orang Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata kewujudan semakin banyak parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

“Kalau dahulu, cuma ada satu sahaja parti yang mewakili orang Melayu iaitu Umno tetapi kerana tamak untuk mendapatkan tempat, maka hari ini orang Melayu berpecah kepada enam (parti).

“Enam, bukan lagi majoriti 60 peratus tetapi setiap parti 10 peratus sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna Johor Jaya, di Johor Bahru.
Perdana menteri juga turut mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya menjadikan episod kekalahan Umno di Johor yang digelar sebagai kubu kuat parti berkenaan sebagai satu pengajaran.

“Yang jelas ialah walau kuat bagaimana sekalipun parti itu kalau ia sudah menyeleweng, ia akan jadi lemah. Inilah pengajaran yang kita dapat dari peristiwa dari Johor ini pada PRU ke-14,” katanya.

Ketika ditanya pemberita selepas ucapan itu sama ada pelawaan beliau akan mendapat tentangan daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir berkata: ”Itu masalah dia. Kita tiada kaitan dengan parti-parti lain. Walaupun dalam PH, mereka pun dapat ahli baru juga.”

Selain itu, beliau turut mengingatkan supaya semua ahli parti setia kepada parti dan perjuangannya dan tidak taksub kepada pemimpin tertentu.

Ketibaan Dr Mahathir pada majlis itu jam 5.05 petang tadi disambut oleh Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.

Selain dijamu dengan pelbagai juadah Hari Raya, Dr Mahathir turut dipersembahkan dengan tarian zapin daripada Kumpulan Gemalai Tari Majidi dan Kumpulan Kesenian Johor Bahru serra nyanyian daripada artis, Ayai Ilusi.
-Bernama

LIWAT TIDAK MENCEMARKAN NAMA PARTI


BETUL JUGA KATA ANUAR TU, JIKA LAIN KALI ADA CERITA LIWAT, MAKA TUTUP CEPAT, SUPAYA JANGAN MEREBAK MACAM HAZIQ LAKUKAN. 

ATAU JANGAN CAKAP LA, DIAM-DIAM SUDAH, MALU KITA (PKR)

DULU ANUAR KENA TUDUH MELIWAT KEMUDIAN DI IKUTI OLEH TIMBALAN KEMUDIAN AHLI PKR YANG LAIN, MALULAH KITA ! KESIAN LA KAT NUAR TU

-Pak Karamu-

 

Zuraida ralat PKR lambat pecat Haziq

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan memecat Ketua Pemuda PKR  (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz semalam sebagai langkah tepat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagaimanapun berpendapat, tindakan itu seharusnya dilakukan dengan lebih cepat, bagi mengelakkan timbulnya lebih banyak spekulasi.

"Saya (berasa) ralat sedikit. Sepatutnya dia (Haziq Abdullah) dipecat lebih awal. Saya berharap sekiranya ada kes-kes seumpama ini di masa akan datang, tindakan yang tangkas dan cepat dapat diambil parti, supaya spekulasi dan penyebaran maklumat dapat dihentikan secepat mungkin.

"Kalau tidak dihentikan, nanti rakyat tiada kerja lain selain membaca cerita-cerita seperti ini.
Iklan
“Macam mana hendak bangunkan negara? Kita perlu hentikan budaya seperti ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama warga Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Port Dickson, hari ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemecatan Haziq Abdullah daripada PKR serta merta, atas kesalahan melanggar tatacara disiplin parti dengan tuduhan yang dibuat secara terbuka, termasuk mendakwa bahawa beliaulah lelaki yang bersama seorang pemimpin PKR dalam video seks viral.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesan kontroversi itu terhadap PKR, Zuraida yakin perkara itu tidak mencemarkan nama baik parti.

"Parti (PKR) tetap akan ada di situ," katanya.
- Bernama
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.