Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNDANGAN PAS KEPADA UMNO

 Anggota Umno dipelawa sertai Pas: Tuan Ibrahim

AddThis Sharing Buttons

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Pas mempelawa anggota Umno agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada PRU14 lalu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota Umno untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan Umno.

“Saya sudah lama ajak mereka (Umno) masuk Pas. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai Pas, bukan Pas yang akan sertai Umno.

“Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak BN, jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan Umno untuk sertai Pas,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesyukuran Pasca PRU14 di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa Umno dan Pas perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan dan dalam masa sama menjaga kepentingan Melayu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan Pas sekiranya dijemput untuk berada dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan kerajaan bagi melihat dan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya minta kerajaan kekalkan peranan Jakim selain mempertingkatkan jabatan itu. Jakim mendapat pengiktirafan dunia apabila cop halalnya diiktiraf seluruh dunia selain jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu agama Islam dan sistem perundangan negara,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tawaran Pas kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan di Kedah, beliau berkata, perkara itu disuarakan bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Itu jalan keluar yang ada tetapi kalau mereka tidak terima kita sedia untuk hadapi PRN. Tetapi rakyat baru sahaja selesai mengundi jadi kalau boleh kita ingin elak PRN daripada berlaku, namun kita lihat sahaja keputusannya nanti,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, timbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di DUN Kedah berikutan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi Dun pada PRU14, menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki Pas dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi. - Bernama

NI ANAAK PAK YUSUF RAWA BUAT TUDUHAN ?

YANG BERKAITAN JANGAN JADI BISU, KORANG KENA JAWAB !
 
MAJLIS RAJA-RAJA KENA BAGI PANDANGAN,
 
JAKIM JANGAN TUTUP MULUT DAN JANGAN BISU ! JAWAB !!!
 
PAS WAJIB JAWAB SEOLAH-OLAH PAS MEMAINKAN ISLAM KERANA POLITIK ?
 
KERAJAAN BN JUGA JANGAN TUTUP MULUT DAN JANGAN JADI BISU, JAWAB !!!
 
NI ANAK YUSUP RAWA DAH MEMBEBEL NI !!!
 
RAKYAT HENDAH DENGAR APA HANGPA NAK JAWAB !
 
-Pak Karamu- 
 

Jakim: Kembalikan peranan Majlis Raja-Raja

AddThis Sharing Buttons

Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Majlis Raja- Raja perlu dikembalikan peranan dan kepentingannya terhadap Islam.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata, Majlis Raja- Raja sebagai institusi tiada kepentingan politik boleh berperanan dalam 'de-politicising' Islam bagi kepentingan politik dan bangsa.

“Ia satu kenyataan penting bagi membebaskan Islam dari dieksploitasi untuk alat politik dan radikalisasi,” katanya.

Menurutnya, apabila isu Jakim diperkatakan, rakyat tidak melihat gambaran lebih jelas hasrat kerajaan untuk membebaskannya daripada menjadi tunggangan pihak berkepentingan sama ada politik, pengganas mahupun agamawan.

“Bukan isu Jakim dihapuskan atau tidak, ia usaha kerajaan untuk mengembalikan semangat dan amalan bahawa Islam menjangkau semua kepentingan politik.

“Untuk memulakan proses itu ia perlu dikembalikan kepada kuasa Raja-raja, barulah usaha reformasi pentadbiran Islam dapat berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, amat membimbangkan,  institusi Islam dipolitikkan bagi tujuan persaingan untuk membuktikan siapa yang lebih Islamik.

“Institusi Islam juga menjadi platform doktrinasi permusuhan antara kaum dan agama melalui teori konspirasi yang tidak berbukti.

“Siapa yang berani pertikaikann kerana mereka ‘mewakili Islam?” katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, institusi Islam sepatutnya mendekatkan hubungan antara agama seperti diperintahkan bukan menanam bibit kebencian.

“Isu RUU 355 sebagai contoh adalah taktik politik semata-mata untuk meraih sokongan politik sehingga ramai yang jadi ‘kafir’ ‘anti-Islam’ ‘liberal’.

“Kerajaan BN terdahulu membiarkan penunggang agama berleluasa tanpa kawalan malah mereka mengambil kesempatan untuk membuktikan keislamannya dalam isu ini,” katanya.

PEMBUBARAN JAKIM BERMAKSUD MENGUNDANG PERANG JIHAD

MASA BN PERINTAH BERPULUH TAHUN, JAKIM OK JE !


TETIBA BILA PAKATAN HARAPAN PERINTAH  ADA SUARA  NAK JAKIM DITUTUP ?

DEPA NI ORANG PAKATAN HARAPAN LA KOT ? 
NAK UNDANG PERANG KE ?
ELOK GAK, SEKURANGNYA DAPAT MATI SHAHID !
PEMERINTAH BARU NI NAMPAKNYA MEREKA CUBA USIK ISLAM  CARA HALUS ATAU BERMUSLIHAT ?
SILAKAN,SILAKAN !!!

-Pak Karamu-

Hormati Perlembagaan, pertahan Jakim

AddThis Sharing Buttons

Hormati Perlembagaan, pertahan Jakim
Salamiah

(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Muslimat Pas mengajak semua pihak terutama Muslim seluruh Malaysia agar mengambil berat tentang gerakan yang tidak wajar berhubung isu untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Salamiah Mohd Noor berkata pertubuhan itu membantah sekerasnya mana-mana gerakan atau individu yang mendesak kerajaan untuk membubarkan Jakim.


“Jakim merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang melaksanakan tiga fungsi utama iaitu penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak; penyelaras pentadbiran Islam serta menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam,” katanya.


Menurut Salamiah, berdasarkan Perkara 3 (1); Islam adalah Agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.


“Penubuhan Jakim yang dinaik taraf daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada awalnya sebagai satu implementasi butiran dalam Perkara 3 (1) sejak dari tahun 1997 hingga kini,” katanya.


Sehubungan itu beliau mahu kerajaan Pakatan Harapan menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.


“Kerajaan baru di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad memelihara kesucian agama Islam terutama dari sudut pelaksanaannya,” katanya.


Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu risau dan khuatir untuk mengamalkan agama masing-masing sebagaimana telah termaktub dalam Perkara 3 (1) di atas malah institusi Jakim sendiri hanya khusus untuk agama Islam, tidak mengganggu perihal agama lain.

BENCANA DI OMAN (AKHIR ZAMAN)


INI BERITA ADA UDANG DISEBALIK BATU

  INGATKAN PANDAI BUAT ISU, TAPI BANGANG !

Bukan udang tapi ada yang menyorok disebalik batu ? 

ATAU

A Kadir menjadi peluru ?

SEBELUM BERITA INI:

Jangan calar institusi Raja-raja Melayu: Pas


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Apa sahaja pertikaian politik, Pas tetap meminta semua pihak agar menghormati institusi Raja-raja Melayu yang sekian lama menjadi naungan rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekian lama institusi Raja-raja menjadi  payung negara menaungi rakyat melangkaui agama, bahasa dan fahaman politik yang bebas daripada sentimen dan pengaruh tertentu.

 -Pak Karamu-

 

Kenyataan A Kadir berbaur hasutan?

AddThis Sharing Buttons

Annuar Musa
Annuar Musa
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Datuk A Kadir Jasin yang membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat disifatkan berbaur ugutan serta hasutan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, A Kadir tidak seharusnya berkata sedemikian kerana beliau adalah Ketua Media dan Komunikasi CEP, satu badan sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baharu, malah dilihat lebih berpengaruh dan tinggi dari Kabinet.

“Kenyataan A Kadir dilihat sebagai isyarat dan amaran kepada Raja-Raja Melayu apabila beliau secara terang-terangan membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat, lebih tepat lagi ianya berbaur hasutan.

“A Kadir sepatutnya menghormati penjelasan dibuat Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja Melayu yang mengeluarkan kenyataan isu yang dibangkitkan pihak tertentu, yang disentuh beliau di awal para tulisannya,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Soal Annuar, apakah ini satu isyarat bahawa pentadbiran baharu sedang bergerak ke arah reformasi institusi raja dan cuba meminda Perlembagaan seperti pernah dilakukan pada awal 90-an yang telah menyeret kita dalam pertembungan raja dan rakyat?

“Namun perlu kita peringatkan A Kadir, bahawa rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan membiarkan peristiwa 90-an berulang.

“Kita juga harap kerajaan jangan cuba bertindak keterlaluan terutama dalam percubaan yang boleh disifatkan menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan paling penting Perlembagaan itu sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, sebarang usaha meminda Perlembagaan seperti yang cuba dibayangkan oleh A Kadir akan ditentang habis-habisan.

Annuar mendakwa, tulisan A Kadir yang mengungkit kemewahan pihak Istana, pembiayaan oleh rakyat dan sebagainya jelas untuk menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja.

“Malah sebutan oleh A Kadir bahawa raja tidak kekal boleh disifatkan sebagai percubaan mengugut dan menggugat kedudukan dan kemuliaan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Apakah ini suara A Kadir atau suara CEP atau suara orang berkuasa lain? Apakah A Kadir merasakan beliau kebal dan dilindungi untuk mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya Kadir dan CEP menumpukan usaha menunaikan segala janji 100 hari pertama Pakatan Harapan yang belum ditunaikan.

“Rakyat sedang menunggu dengan sabar penghapusan cukai GST (bukan sifar GST), penghapusan tol, penstabilan harga minyak pada RM1.50/liter, pendidikan percuma, penurunan harga dan lain-lain harapan rakyat dan bukannya ugutan terhadap institusi raja atau percubaan meminda perlembagaan,” katanya.

SUDAH DIJANGKA, ISLAM AKAN DITEKAN OLEH PEMERINTAH BAHARU ?

MERDEKAAAAA !

SUDAH DIJANGKAKAN BAHAWA ISLAM AKAN TERSEKAT OLEH PEMERINTAH BAHARU ? TAK MUNGKIN ?

RAKYAT YANG MENGUNDI PAKATAN HARAPAN SUDAH MULA BERSUARA KE ARAH ITU,

BERITA DI BAWAH SEBAGAI BUKTI !

LAGI SEKALI,  MERDEKAAAAA !

PADA AWALNYA KITA DENGAR SUDAH ADA SYI'AH !

AKAN MENYUSUL PULA AL WAHABI !!!! MERDEKAAAAAA !

-Pak Karamu-

 

Jakim berhak dapat dana kerajaan



AddThis Sharing Buttons


Jakim berhak dapat dana kerajaan
Musa Awang


(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membidas pihak mempersoalkan penyaluran dana awam untuk membiayai institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).  


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, tindakan kerajaan Persekutuan atau negeri memperuntukkan perbelanjaan untuk agama Islam adalah sah berdasarkan Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan.


“Perkara tersebut berbunyi : ‘…adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Semalam, seorang wanita di Twitter menggesa kerajaan menghapuskan institusi agama Islam di negara ini seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Menurut wanita itu, kerajaan tidak wajar menggunakan dana awam untuk membiayai institusi berkenaan kerana isu agama adalah hak peribadi.


Mengulas lanjut, Musa berkata, penubuhan Jakim tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka seperti diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam di negara ini menentang sebarang usaha untuk menghapuskan Jakim.


Katanya, tujuan penubuhan Jakim ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997 adalah bertujuan mendekatkan kerajaan kepada ajaran Islam.


“Tun Mahathir pernah menjelaskan penubuhan Jakim kerana hendak mendekatkan kerajaan dengan ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan (dalam pentadbiran) tidak bercanggah dengan Islam.


“Dalam kenyataan sama juga, Mahathir berkata Pakatan Harapan akan berbincang untuk mengekalkan Jakim, sekiranya gabungan itu berjaya merampas Putrajaya,” katanya.

TOK MUFTI NI BOLEH TUTUP MULUT TAK ?

TOK MUFTI JANGAN CAMPUR URUSAN POLITIK NEGERI, JANGAN DOK MEMBEBEL BULAN PUASA NIH

-Pak Karamu-

 

Mufti cadang pilihan raya semula di Perlis

AddThis Sharing Buttons

Mufti cadang pilihan raya semula di Perlis
Mohd Asri
(Ubah saiz teks)
KUDAT - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin beranggapan pilihan raya semula perlu diadakan di Perlis sekali gus berupaya memuaskan hati semua pihak khususnya dalam soal pemilihan Menteri Besar.

Memetik laporan Utusan Online, Dr Mohd Asri berkata, dengan cara tersebut, dapatlah rakyat memilih wajah-wajah baharu yang daripada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi telah terkalah di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis.

MAHADHIR DENDAN NAJIB ?

LOKMAN ADAM YAKIN NAJIB AKAN KE PENJARA !

AddThis Sharing Buttons

Lokman Adam yakin Najib akan ke penjara
Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam paling kanan, ketika program Live FB Sinar Harian.
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan disumbat ke dalam penjara.

Dakwanya, ini berdasarkan senario semasa yang menunjukkan tanda-tanda bekas perdana menteri itu bakal menuju ke tirai besi.

"Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya pernah melalui proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dari 1998 hingga 2003.

"Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali," katanya dalam program FB Live Sinar Harian, hari ini.


Justeru katanya, berdasarkan sejarah lalu, tidak mustahil Mahathir menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan Najib.

"Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya adalah ISA, jadi lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir," katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai 'tanda-tanda' Najib bakal ke penjara, Lokman berkata ini berdasarkan kepada tiga perkara.

"Pertama ketika dilantiknnya Ketua Pengarah SPRM yang baharu, beliau secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.

"Kedua tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara," katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu berhubung sabitan kes Najib, bekas Perdana Menteri itu hari ini  memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd selesai.

Najib yang masuk hari kedua hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira tujuh jam memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC.

NAJIB SAMBUNG KETERANGAN KEPADA SPRM

NAMPAKNYA SEMUA KEMENTERIAN SEDANG KOREK RAHSIA PENYELEWENGAN,
HANYA AHLI POLITIK SAHAJA YANG FAHAM TENTANG CERITA PENYELEWENGAN, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT
MEREKA BANYAK PENGELAMAN !
 
-Pak Karamu-


ORANG POLITIK MENGUASAI PEGAWAI KERAJAAN

PDRM  DAN SPRM LAMBAT BERTINDAK KERANA APA ?
 
BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI KHALID ABU BAKAR DAN PEGUAM NEGARA TAN SRI MOHAMED APANDI ALI DAKWAAN MELINDUNGI NAJIB.
 
JANGAN JUGA LUPA MENYIASAT KES YANG TIADA SELESAI SEPERTI MEMALI DAN FOREX
 
RAKYAT MAHU SEMUA KES JENAYAH BESAR DISELESAIKAN DENGAN ADIL.
 
-Pak Karamu-

Khairuddin lapor 1MDB kepada FBI

AddThis Sharing Buttons

Khairuddin Abu Hassan
Khairuddin Abu Hassan
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Ahli jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan telah membuat laporan kepada Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) pada 12 April lalu berhubung salah laku 1Malaysian Develpoment Berhad (1MDB).

Menurutnya, laporan tersebut dibuat ke atas nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beberapa individu lain yang didakwa terpalit dalam isu skandal 1MDB.

“Semasa di ibu pejabat FBI di New York, saya turut menulis surat pada Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk memaklumkan kepada beliau mengenai salah laku Najib yang telah menyelewengkan dana kerajaan serta duit rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dua laporan lain turut dibuat sebelum perkara tersebut dipanjangkan kepada pihak FBI.

Dalam kenyataan sama, beliau turut meluahkan rasa bersyukur kerana selepas empat tahun, akhirnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula bertindak ke atas laporan-laporan yang telah dibuat pada 2014.

“Sekarang, walaupun PDRM dan SPRM lambat bertindak, namun di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan  dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya pihak penguat kuasa undang-undang di Malaysia tidak mampu lagi menutup kes skandal ini,” ujarnya.
 
Khairuddin juga mahu supaya pihak berkuasa Malaysia menyiasat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali atas dakwaan “melindungi” Najib.

RCI UNTUK MEMALI DAN FOREX

SYAITAN-SYAITAN MASIH RAMAI YANG BEBAS, MASIH RAMAI YANG MEMAKAI TOPENG !!!

 KERAJAAN PERLU PUTIHKAN NEGARA DARI TITIK-TITIK HITAN AKIBAT HATI  YANG BUSUK  KERANA POLITIK RAKUS

-Pak Karamu-

 

Pas alu-alukan Anwar bebas, cadang siasat semua kes



AddThis Sharing Buttons


Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim


(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Pas mengalu-alukan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam di saat berubahnya keadaan politik Malaysia sambil menggesa supaya beberapa kes berkait politik selama ini dijalankan siasatan diraja.


Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembebasan Anwar itu sudah tentu memberi ruang luas untuk turut terlibat di dalam politik tanah air, di saat berlakunya perubahan parti yang menerajui negara.


" Pas menentang tindakan dan pertuduhan ke atas beliau tanpa melalui perbicaraan yang adil di Mahkamah Syariah," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi miliknya, hari ini.


Kenyataan Tuan Ibrahim itu sebagai maklum balas terhadap pembebasan Anwar   berikutan pengampunan penuh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, semalam.


Pembebasan bekas timbalan perdana menteri itu menandakan berakhirnya episod 20 tahun beliau keluar-masuk penjara dan bermulanya penyambungan kerjaya politik pemimpin yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri.


Sementara itu Tuan Ibrahim juga menyatakan pendirian Pas bahawa sejajar dengan prinsip kedaulatan undang-undang di negara ini, parti berkenaan memohon Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi skandal 1MDB meskipun dikatakan ada pendakwaan pada waktu-waktu terdekat terhadap mereka yang terlibat.


"Pas juga mencadangkan agar kerajaan membuka semula siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan Paderi Pastor Koh yang hilang hingga kini agar kebenaran dapat diketahui.


"Bagi kes Memali, Pas menggesa RCI juga ditubuhkan agar kebenaran dapat ditentukan tanpa sebarang prejudis sementara siasatan telus perlu diberikan kepada isu pembelian kapal selam Scorpene dan penjualan ibu pejabat Felda.


"Kerajaan juga harus bertindak mengikut cadangan RCI skandal forex atau membicarakan skandal itu semula agar diketahui segala hujung pangkalnya,"  kata Tuan Ibrahim dipetik dari kenyataan itu lagi.


Menurutnya, penilaian secara adil perlu dilakukan untuk setiap kes tanpa mengira siapa terlibat yang mana pendakwaan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, dan pengguguran satu-satu dakwaan terhadap mana-mana individu tidak boleh dilakukan mengikut pangkat dan kuasa seseorang.


"Jika tidak, ia tidak membawa perbezaan daripada sistem kerajaan BN dahulu. Semua ini perlu dilakukan agar semua kes  lama dapat ditutup rapi dan tidak lagi mengganggu perjalanan negara ke masa depan yang lebih mencabar demi Malaysia yang lebih sejahtera," katanya.

OPP ? TERSADUNG BERITA NIH !

Logo

 TUNGGU 100 HARI ???

SATU PERUBAHAN

5 Berita Pelik Dan Menarik Lepas PRU14

in Politik/Utama & Sensasi

SEJURUS selepas berakhir Pilihan raya Umum ke-14, suasana kelam-kabut sekejap dan kemudian kembali sedikit tenang selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Sepanjang beberapa hari selepas itu, proses pentadbiran berjalan dengan pelantikan timbalan perdana menteri dan tiga menteri kanan dalam Kabinet.
Pada masa yang sama, Pakatan Harapan juga bersedia untuk menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan diampunkan dan dibebaskan.
Berikut ialah 5 berita pelik dan menarik sepanjang seminggu selepas 9 Mei.

1. Daim Kata Mahathir Jadi PM Dua Tahun

Dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times, Tun Daim Zainuddin berkata Mahathir akan jadi PM selama dua tahun lagi, dan adalah satu tindakan bodoh kalau menyerahkan jawatan PM dengan segera kepada Anwar. Nampaknya semakin sukar untuk berlaku transisi yang licin dari Mahathir ke Anwar.

2. Mahathir Kata Lim Guan Eng Mesti Bersihkan Nama

Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai menteri kewangan masih tidak sah menjawat jawatan kedua penting dalam Kabinet itu. Pelantikan ketua DAP itu sejak awal sudah menimbulkan keresahan orang ramai kerana kes korupsinya masih berjalan di mahkamah. Kenyataan Mahathir seolah-olah berdolak-dalik atau “u-turn” dalam melantik Guan Eng.

3. PPBM Kuasai Kerajaan Negeri Ditawan

Negeri-negeri dimenangi PH hanya Melaka yang PAN dilantik sebagai menteri besar, manakala PKR terus terajui Selangor. Johor, Perak, Kedah semua mendapat menteri besar dari PPBM. Ini mungkin persetujuan pembahagian negeri dan persekutuan antara komponen PH, tetapi sudah merisaukan PKR dan PAN.

4. Penyokong Mahathir Tidak Mahu Anwar Jadi PM?

Di media sosial, ada satu gelombang kecil menyokong kuat Mahathir kekal sebagai PM untuk satu tempoh yang lebih lama, dan pada masa yang sama menunjukkan rasa marah pada Anwar dan penyokongnya kerana mendesak agar Mahathir segera berundur. Gelombang ini semakin hari semakin besar di kalangan netizen PH.

5. Akta-Anti Berita Tidak Benar Tidak Dimansuh?

Perdana Menteri Mahathir semasa menjawab soalan wartawan tidak menyebut yang akta berita palsu yang baru diluluskan sebelum PRU14 itu dimansuhkan, tetapi berkata definisi berita palsu itu akan ditafsirkan semula. Penyokong tegar kebebasan bersuara tanpa had dalam PH telah mula tunjukkan sikap tidak setuju dengan pendirian Mahathir itu. – Mynewshub.cc

MAKA BERDUYUN-DUYUNLAH MASUK PAKATAN HARAPAN

PADA PRINGKAT AWAL, MASUK PAKATAN HARAPAN TAK DE SYARAT, MALAH TERAKSA PUJUK DAN RAYU.

BILA PAKATAN HARAPAN SUDAH CUKUP BILANG UNTUK MEMEGANG KUASA NEGARA DAN NEGERI, MAKA SEBARANG HASRAT MEREKA YANG HENDAK MENYERTAI PARTI HARAPAN PERLU DITELITI.

ULAT-ULAT DIDALAM BN CUBA BERALIH SELERA DEMI MENGEJAR BENDA ! 

RAKYAT SEDANG MELIHAT  ACTING YANG SEDANG BERLAKU DI DALAM PAKATAN  HARAPAN SEPERTI DI JOHOR, KHABARNYA NAK BALAS DENDAM !

SILAKAN,SILAKAN !!! 


SEMENTARA ITU:

PAKATAN HARAPA TERUSKAN NIAT DENDAM ?


Syed Saddiq tidak setuju cadangan MB Johor


Syed Saddiq tidak setuju cadangan MB Johor
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang tidak akan memberikan sebarang peruntukan kepada pembangkang di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, bagi memastikan demokrasi di negara ini terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa perlu ada bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.

“Berikan peruntukan kepada mereka bukan sebab mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan akan menjadi semak dan imbang,” katanya dalam menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Semalam Osman memberitahu bahawa tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang negeri itu kerana ia adalah hak kerajaan memerintah.

Katanya, perkara sama turut dilakukan Umno dan BN terhadap pembangkang ketika mereka memerintah.

ANUAR BEBAS HARI SELASA, DAN MENJADI ORANG BERSIH

Anwar dibebaskan dari penjara Selasa ini

AddThis Sharing Buttons
anwar
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini, kata anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR hari ini.

“Yes (ya),” jawab Nurul Izzah melalui aplikasi WhatsApp apabila diminta mengesahkan mengenai pembebasan Anwar pada Selasa ini.

Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.

“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir. -Bernama

MAT SABU AKAN BERJMPA MACAM-MACAM

 TAHNIAH MAT SABU, AKAN JUMPA TAK SEMPAT KAYA ?

-Pak Karamu-

 

Mat Sabu bongkar kes tanah ATM dalam Kementerian Pertahanan



AddThis Sharing Buttons


Sabu
Mohamad Sabu


(Ubah saiz teks) 
 

PETALING JAYA - Selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu

membongkar kes rasuah dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan telah tergadai.


Beliau yang merupakan Presiden Amanah berkata, selain itu beliau juga akan menyiasat sekiranya ada unsur rasuah yang berlaku sebelum ini di bawah pemerintahan BN.


"Berkaitan keselamatan negara, kita akan mempertingkatkan lagi. Saya akan tengok apa lagi pembaharuan yang bakal dilakukan dalam ATM," katanya selepas majlis pengumuman tiga menteri kabinet kerajaan di Menara Yayasan Selangor, hari ini.


Beliau juga minta diberikan masa meneliti segalanya perkara itu, memandangkan baru sahaja mengalas tanggungjawab tersebut.

MAHADHIR SENDIRI LARANG NAJIB KELUAR NEGARA

 MAHADHIR HEBAT, BUKAN DENDAM TAPI DIA BUAT KERJA !

-Pak Karamu-

 

 'Saya arahkan larangan ke luar negara buat Najib, Rosmah'



AddThis Sharing Buttons


'Saya arahkan larangan ke luar negara buat Najib, Rosmah'

(Ubah saiz teks) 
 

PETALING JAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan larangan keluar negara terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya arahkan larangan ke luar negara buat Najib, Rosmah. Saya tidak boleh pergi ke airport. Saya suruh orang yang berkuasa untuk pergi,” kata Tun Mahathir dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia pagi tadi mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, disenarai hitam dari keluar negara menerusi status yang dikirim di akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk melarangnya daripada meninggalkan negara.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.