Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP DAN PKR LULUS PESTA ARAK ! UNDILAH PAKATAN HARAPAN ?


NEGERI ISLAM SELANGOR ? LULUS PESTA ARAK !

FULL STOP ! 

YANG DIPERTUA MPK DATUK MOHAMAD YASID BIDIN DAPAT SAHAM DI AKHIRAT

FULL STOP ! 

YANG MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA ISLAM DI SELANGOR DAPAT SAHAM DI AKHIRAT !

FULL STOP !

UNDIAN MENUNJUKKAN PARTI DAP DAN PKR MENYOKONG PESTA ARAK !

FULL STOP !

BERERTI PARTI DAP/PKR/ DALAM PAKATAN HARAPAN BERSETUJU PESTA ARAK, UNDILAH P. HARAPAN !

FULL STOP !

DAP DAN PKR BERSETUJU PUNCA MAKSIAT DISELANGOR BERLAKU !

FULL STOP !

MARUAH AGAMA ISLAM DI SELANGOR TERCEMAR OLEH PARTI YANG  BERSETUJU PESTA ARAK !

FULL STOP !

SIAPA SEBENARNYA MEMELIHARA AGAMA ISLAM DAN MARUAHNYA DI SELANGOR TERPALIT SUBHAT !

FULL STOP !

BILA TAK DE TAULIAH PANDAI PULAK TANGKAP. BILA PESTA ARAK JADI PEKAK BADAK PULAK ! TERIMALAH GANJARANNYA DI AKHIRAT KELAK !

MERDEKAAAAAA !!!

FULL STOP !

 

-Pak Karamu-

 

Majlis Perbandaran Klang Lulus Permohonan Pesta Arak


 
 AIDCNews -28/09/17- Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah meluluskan penganjuran pesta arak yang ditukar nama daripada “Oktoberfest” kepada pesta makanan dan minuman Jerman. 
 Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.
Katanya. 

Mohamad Yasid berkata walaupun mendapat bantahan daripada dua wakil PAS yang menjadi Ahli Majli MPK dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam, namun aktiviti berkenaan tetap diluluskan pihaknya.

Dua wakil PAS yang membantah itu adalah Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif yang dianggap mewakili lima wakil PAS dalam MPK.

Selain Kahar dan Prasad, tiga lagi wakil PAS adalah Azimah Binti Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan Deepakaran A/L Karuppiah.

Walau bagaimanapun, lima wakil PAS dalam MPK dianggap suara minoriti berbanding dengan 10 wakil DAP dan 10 wakil PKR dalam kerajaan tempatan (PBT) Klang.

10 wakil DAP adalah Robert Choo Teck Keong, Lee Fu Haw, Leong Tuck Chee, Yugarajah A/L Palanisamy, Ngian Yoke Mooi, Choo Teck Keong, Tan Jee Kian, Khoo Gee Tat, Sukumaran A/L A. Sundram dan Nalan A/L M.Muniandy @ Balan.

Manakala 10 wakil PKR adalah Yew Boon Lye, Azizi Bin Ayob, Maneyvannan A/L Velue, Rosnee Binti Talib, Sabastian Rao A/L Pragasam, Athi Saravanan A/L S. Rengiah, Tan Heng Kim, Umi Jumainah Binti Mohamed, Shoba A/P Selvarajoo dan Sivagami A/P Kathan.

Dari segi komposisi kaum, Cina dan India masing-masing berkongsi majoriti di mana kaum itu diwakili 9 orang mewakili kaum mereka berbanding dengan 7 orang mewakili kaum Melayu.

Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan alasan “sensitiviti politik” untuk menolak permohonan MyBeer Malaysia untuk menganjurkan Festival Better Beer 2017 di Galeri Beli-belah Publika pada 6 hingga 7 Oktober ini.

Ia disusuli pengesahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada 21 September lalu yang polis tidak menyokong penganjuran acara itu kerana mendapat maklumat wujud ancaman militan untuk mensabotaj festival itu dan beberapa pihak merancang menimbulkan kekacauan.

Walau bagaimanapun, kenyataan di atas berbeza dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di mana beliau berkata pesta arak boleh dibenarkan jika mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan PBT.

Azmin berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.

TAKKAN TAN SRI DIANGGAP MONYET ?

SEORANG TAN SRI DIANGGAP MONYET ?

RENDAHNYA KEPERCAYAAN SEORANG  PEMBESAR NEGARA YANG MENGURNIAKAN SESEORANG GELARAN TAN SRI KEMUDIAN DIANGGAP MONYET ?

APAKAH TIADA PEMBELAAN TERHADAP MONYET-MONYET DI NEGARA INI ?

WOIT MONYET ?

HABIS BEGITU AJE KE PENGHINAAN INI ?

 

-Pak Karamu-

 

 Kit Siang tidak beradab gelar Pesuruhjaya SPRM monyet

AddThis Sharing Buttons
 
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian
(Ubah saiz teks) 
 
IPOH - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan Lim Kit Siang menggelarnya  'monyet' dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melampau dan tidak beradab.

Dzulkifli berkata beliau menerima kritikan pemimpin DAP itu secara terbuka tetapi ia perlu disampaikan secara beradab dan bertamadun.

"Rakyat boleh menilai adakah adab dan bicara pemimpin DAP itu budaya Malaysia.

"Kita masyarakat Malaysia orang beradab tetapi perkataan yang digunakannya itu melampau dan tidak bertamadun," katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian mural pencegahan rasuah sempena Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 SPRM yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Pejabat SPRM Perak di sini hari ini.

Satu portal berita hari ini melaporkan, Kit Siang membidas ketua pesuruhjaya itu dengan mengatakan semua mata turut memerhatikan suruhanjaya tersebut dan sama ada Dzulkifli dapat memimpin badan antirasuah yang bersih.

Kit Siang dipetik sebagai berkata Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau (Dzulkifli) bertindak seperti "monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan ada mulut tetapi tidak berbicara" mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi antirasuah kleptokratik pertama di dunia. - Bernama

PKR DAN DAP ANGGAP DIRI MEREKA KUAT ?

PKR, DAP singkir diri sendiri: Abdul Hadi

AddThis Sharing Buttons
PKR, DAP singkir diri sendiri: Abdul Hadi
Abdul Hadi (duduk, kanan) bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Bersama NGO sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA NERUS - Tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Pas bukan satu kerugian kepada parti itu, sebaliknya kedua-dua parti tersebut disifatkan menyingkirkan diri sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menggambarkan tindakan mengetepikan pihaknya langsung tidak mendatangkan masalah kepada Pas.

Menurutnya, keadaan itu memperlihatkan rakan PR tidak mampu menilai kekuatan dimiliki Pas.

"Patut mereka sedar Pas ada 195 kawasan di seluruh negara dan 7,000 cawangan.

"Mereka tidak boleh singkirkan Pas. Kalau mereka singkir Pas, mereka akan terpelanting. Bukan mereka singkirkan Pas tetapi mereka singkirkan diri mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, di Tok Jembal, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Amanah, Hanifa Maidin bahawa gesaan Hadi supaya anggotanya hadir dalam Fastaqim 2.0 sebagai mengarut, beliau menyerahkannya kepada ahli Pas untuk menilainya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kenyataan Ahli Parlimen Sepang itu memberi gambaran bahawa Pas cuba menipu rakyat atau sebaliknya.

"Ahli Pas terdiri daripada kalangan pelbagai pihak bukan sahaja orang kampung, termasuk kalangan profesional, ulama, pensyarah dan bukan Islam.

Sokongan muda bukti Pas tetap berbisa

Sokongan muda bukti Pas tetap berbisa

"Adakah mereka semua ini ditipu? Adakah 200,000 yang hadir ini kena tipu semua?" katanya.
Mengulas mengenai Fastaqim 2.0, Abdul Hadi menegaskan ia merupakan penganjuran besar-besaran sebelum pilihan raya .

Himpunan tersebut juga bakal menyaksikan Pas melancarkan jentera PRU14 di majlis penutup Fastaqim 2.0, esok.

Sementara itu, Abdul Hadi menyerahkan kepada mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika ditanya mengenai hasrat DAP bertanding di Kelantan.

"Negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan Parlimen, bukan Pulau Kapas, (Pulau) Bidong," katanya.

APABILA ORANG CINA DITANYA TENTANG SOKONG PAS

 BIASANYA ORANG CINA TIDAK SOKONG PAS ?

BIASANYA KENYATAAN INI DATANG DARI PKR, PAN DAN ORANG-ORANG YANG MEMOMOKAN PAS TERHADAP MASYARAKAT CINA.

BILA DIRISIK ORANG CINA, MEREKA BERKATA: SEMUA PARTI SAMA, TAPI BANYAK PARTI RASUAH ! BANYAK PUSING-PUSING, TAPI PAS BELUM ADA DENGAR !

ITU DAP DAN PAN PARTI ABANG ADIK, TAPI BUKAN SEMUA CINA SUKA, PKR JUGA SAMA, BUKAN SEMUA CINA SUKA.

APA YANG PERLU PAS JANGAN KACAU ORANG CINA, KITA SAMA-SAMA CARI MAKAN, KITA MAHU AMAN, KALAU PARTI ADA CAMPOR MELAYU CINA ITU ADA SIKIT SUSAH, KALAU KOMPONEN ITU TIDAK APA LA !

ORANG CINA SUKA NIAGA, TAPI RAMAI YANG MINTA WANG MAHU PILIHANRAYA, TAPI PAS TAK PERNAH MINTA, ITU BAGUS ! TAK KACAU OLANG !

ITU PAKATAN HARAPAN MAHU KASI KALAH BN PASAI BANYAK RASUAH, TAPI PAKATAN HARAPAN JUGA BUAT RASUAH ! SAMAAA !

BN PUNYA PARTI ADA HAL, PAKATAN HARAPAN JUGA ADA HAL, LAGI DULU PUNYA UMNO BUAT BANYAK SALAH, SEKARANG ITU ORANG ADA DALAM PAKATAN HARAPAN, ITU MACAM TAK BAIK !

 

Pas kukuh tanpa Harapan


Pas kukuh tanpa Harapan
Barisan kepimpinan baharu Pas Selangor yang diterajui Sallehen Mukhyi (tengah) tetap kukuh dan mendapat sokongan penyokong biarpun tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

 

-Pak Karamu-

 

 ‘Cina sokong kita pada PRU14 nanti’



AddThis Sharing Buttons

Pas


(Ubah saiz teks) 
 

SABAK BERNAM - Pas komited bekerja untuk mendapatkan sokongan pengundi, selain bersedia sepenuhnya jika terpaksa berdepan sama ada dua atau tiga penjuru sekali pun dalam PRU14.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, tidak adil mendakwa kononnya Pas gagal menarik sokongan bukan Melayu khususnya pengundi Cina sedangkan parti itu mempunyai hubungan baik dan akrab.


“Pilihan raya akan datang tentunya pengundi bukan Melayu khususnya pengundi Cina perlukan satu kuasa di Selangor ini yang boleh memberikan kestabilan dan kesejahteraan terhadap kerajaan negeri.


“Saya fikir inilah diperlukan pengundi Cina dalam kerajaan negeri Selangor pada masa akan datang,” katanya.


Mengambil contoh di kawasan Dun Sabak yang dimenangi beliau pada PRU13, Sallehen berkata, terdapat pengundi kaum  Tionghoa menyokong Pas pada PRU lalu.


“Sebab itu kita tidak boleh mengatakan pengundi Cina ini sukar untuk tidak mengundi Pas secara pukal,” katanya.


Ditanya tentang kaji selidik yang dijalankan akhbar ini menunjukkan BN masih kuat di beberapa kawasan utara Selangor merangkumi Parlimen Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam, Sallehen berkata, kaji selidik itu tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri ini.


Beliau berkata, BN tidak boleh dianggap masih kuat memandangkan kecenderungan pengundi pada masa sekarang berbeza berbanding pada PRU13.


“Tidak ada siapa yang boleh mengaku parti mereka kuat selagi belum berlakunya PRU14.


“Sebab itu saya fikir mungkin kenyataan mengatakan mereka (BN) masih kuat sebagai satu jarak tempoh yang mereka nak cari supaya tidak kehilangan pengundi dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

DAP BERHAK BERTANDING, PAS TAK PERLU ULAS

Pas persoal pendirian DAP bertanding di Kelantan

AddThis Sharing Buttons

asd
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA NERUS - Pas menyifatkan tindakan Dap untuk bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) melanggar polisi yang diwujudkan mereka, disamping jelas bertujuan untuk menentang kerajaan di negeri itu.

Pak Karamu:
PAS tak perlu pertikai DAP nak bertanding di Kelantan, kerana DAP berhak berbuat demikian, kan ke PAN sudah berada disana ? Bukankah PAN itu DAP dan DAP itu PAN ?

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, tindakan parti itu dilihat telah menafikan polisi yang dibuat sebelum ini iaitu untuk menentang BN dan Umno.

Pak Karamu:
Nasaruddin Hassan jangan jadi bangang, takkan tak faham kumpulan munafik dan anti islam ?

"Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua parti parti berhak untuk meletakkan calon di kawasan yang mereka kehendaki.

Pak Karamu:
Dah tahu demikian mengapa ulas ? Jangan jadi bangang, berpolitik biar bijak dan tegas

"Tetapi yang jelasnya kini, usaha Dap untuk bertanding di Kelantan yang tidak pernah dilakukan mereka (letak calon) adalah menafikan sikap dan polisi yang diwujudkan sebelum ini iaitu untuk menentang BN dan Umno.

Pak Karamu:
Anta jangan jadi bangang !

"Tetapi apabila mereka (Dap) mengambil keputusan untuk meletakkan calon di negeri yang tidak pernah bertanding, apatah lagi Pas telah memerintah Kelantan sejak 27 tahun jelas menunjukkan mereka ingin berlawan dengan kita (Pas).

Pak Karamu:
Golongan mabuk arak memang begitu, anta yang bangang

"Namun, kita di pihak Pas tidak sesekali gentar atau berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk Dap dalam PRU-14 nanti," katanya.

Pak Karamu:
Anta yang mengigau !

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebaik selesai membuat tinjauan di tapak Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini, petang tadi.

Nil

Menurut Nasruddin yang juga ahli parlimen Temerloh itu lagi, jentera Pas kini telah berada dalam keadaan bersiap sedia untuk hadapi tiga penjuru atau lebih dalam PRU-14 nanti.

Nil

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah dalam kenyataan yang dibuat beberapa hari lalu membayangkan Dap sedang mengintai peluang untuk bertanding kerusi Dun di Kelantan.

Pak Karamu
 Yang bercakap tu kuda DAP, tak payah intai tanding je !

Beliau bagaimanapun menjelaskan setakat ini Pakatan Harapan belum membincangkan soal agihan kerusi peringkat Dun sebaliknya memberi perhatian di peringkat parlimen.

Nil
 

PAKATAN HARAPAN PARTI MONOPOLI KAUM CINA ?

SEMUA PENGUNDI MELAYU/ISLAM AKAN PINGGIRKAN DAP/HARAPAN

 DI KOTA-KOTA KEBANYAKAN PENGUNDI ADALAH TERDIRI DARI KAUM CINA.

PENGUNDI KAUM CINA TENTUNYA AKAN MEMBERIKAN UNDI MEREKA KEPADA DAP/HARAPAN, SEKALIPUN MCA DAN GERAKAN BERADA DI KOTA-KOTA, AKAN TETAPI MEREKA SEBENARNYA ADALAH JUGA AKAN MENGUNDI DAP/HARAPAN,

KEBIASAANNYA CALONNYA SUDAH TENTU DARI KAUM CINA, TAK MUNGKIN DAP AKAN BENARKAN CALON LAIN DARI KAUM CINA BERTANDING DISITU.

NAMUN PADA MUSIM INI, MANA-MANA KAUM MELAYU YANG BERTANDING DIATAS TIKET HARAPAN DIPINGGIRAN KOTA TIDAK MUNGKIN LAGI DIMENANGI OLEH DAP/HARAPAN KERANA RAKYAT KEBANYAKANNYA SUDAH TAHU KECENDERUNGAN DAP/HARAPAN AKAN BUAT PESTA ARAK DAN PESTA MAKSIAT YANG LAIN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, 

 KALI INI PADA PRU 14 DAP/HARAPAN MUNGKIN AKAN DIPINGGIRKAN OLEH RAKAT KERANA PERANGAI KUMPULAN INI SUKA BUAT MAKSIAT ? KEMUNGKINAN BN MENANG BESAR DI WILAYAH UNTUK MENYELAMATKAN AMALAN MAKSIAT OLEH DAP/HARAPAN ?

 

-Pak Karamu-

 

Harapan bakal menang mudah di Wilayah Persekutuan



AddThis Sharing Buttons


Harapan bakal menang mudah di Wilayah Persekutuan


(Ubah saiz teks)

 
PAKATAN Harapan dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk terus menguasai kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU akan datang.


Bagaimanapun, hasil analisis yang dibuat dalam China Press mendapati walaupun pembangkang mampu terus menguasai kerusi parlimen di kawasan ibu kota, namun pertikaian antara Pas dengan Harapan dijangka sedikit sebanyak akan menjejaskan majoriti undi yang bakal diraih oleh calon-calon Harapan. 


Kawasan campuran seperti di Bandar Tun Razak, Batu, Wangsa Maju, Segambut malahan Lembah Pantai yang menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu dijangka menjadi sasaran Umno untuk menggempur kawasan ini yang menjadi kubu kuat pembangkang selama ini.


Pada PRU lalu, daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan, pembangkang berjaya memenangi sembilan kerusi, masing-masing di Kepong, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Segambut, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak. Manakala BN pula hanya memenangi dua kerusi iaitu di Setiawangsa dan Titiwangsa.


Seperti dalam beberapa kali PRU yang diadakan sebelum ini, isu nasional terus menjadi tumpuan warga kota. Isu seperti kes 1MDB, rasuah, GST, kenaikan kos hidup, jenayah dan sebagainya dijangka terus menjadi senjata utama oleh pembangkang untuk menyerang BN pada PRU akan datang.

PKR AKAN LENYAP SEPARUH DALAM POLITIK NEGARA GARA-GARA MASALAH DALAMAN

WALAUPUN PADA PERENGKAT AWALNYA DINAFIKAN, AKHIRNYA BERITA PERTELENGKAHAN PENDAPAT DIDALAM PARTI AKHIRNYA TERSERLAH JUGA. KERANA ITU DIDALAM PKR TERDAPAT DUA KEM.

PKR PERLU MENYELIDIK ANGGOTANYA YANG MUNGKIN ADA YANG MENJADI SPY KEPADA PARTI LAIN DENGAN TUJUAN UNTUK MELEMAHKAN PARTI ATAU ADA KEPENTINGAN TERTENTU, DENGAN TUJUAN SUPAYA PKR  TUNDUK DENGAN KEHENDAK PARTI DI DALAM PAKATAN HARAPAN.

APA YANG KITA DENGAR ADA DIANTARA AHLI PKR YANG TERPAKSA MENCATUR PARTI KERANA TERPAKSA DISEBABKAN MENJAGA PERIUK NASI.

PERCAYALAH ! POLITIK PKR TIDAK AKAN SAMPAI KEMANA SELAGI PUCUK PIMPINAN TERPAKSA MENGIKUT KEHENDAK KERENAH PARTI LAIN DENGAN CARA BERMUSLIHAT.

 

-Pak Karamu-


 

PKR Selangor semakin goyah?



PKR Selangor semakin goyah?


(Ubah saiz teks) 
 

SHAH ALAM - Kedudukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.

Apakah isu-isu kepartian dan pentadbiran Negeri Selangor di antara ketiga-tiga pemimpin ini yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif hingga mempersoalkan kepimpinan mereka.

Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.
 
Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan Mohamed Azmin hanya kukuh di kerusi Dun yang meletakkan beliau sebagai seorang menteri besar.

Seorang wakil pemimpin kanan PKR iaitu Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin juga menunjukkan pengurangan sokongan berdasarkan respons di kawasan Parlimen Ampang.

Manakala di Kuala Langat yang mana kerusi Parlimen dan Dun sebelum ini didominasi wakil Pakatan Rakyat mula menunjukkan akan berlaku angin perubahan.

Seramai 31 daripada 50 responden yang ditemu bual memberikan jawapan mahu menukar kepimpinan yang ada daripada Pakatan Harapan kepada Umno/BN.

Demikian juga situasi di Parlimen Sepang yang boleh dikatakan bakal berlaku perubahan pola sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Umno atau BN.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, PKR Selangor perlu melakukan kajian mengenai kedudukan semasa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parlimen yang dimenangi pada PRU13.

Katanya, parti itu harus mengambil langkah proaktif dalam usaha mengekalkan tampuk kuasa dalam pilihan raya akan datang.

Jelasnya, kajian dilakukan Sinar Harian boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan atau perbezaan yang dimahukan rakyat.

“Saya rasa PKR sendiri ada lakukan kajian di samping beberapa pihak lain termasuk Sinar Harian. Dapatan kajian ini boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan untuk ambil langkah berikutnya.

“Jika personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin dipersoalkan, maka langkah rasional perlu diambil parti agar tiada kesan PRU14 nanti,” katanya.

Beliau berkata, selagi Mohamed Azmin dapat mandat dalam parti, saya rasa kedudukan beliau terselamat kerana kegoyahan itu adalah kemelut dalaman.

GAGAL LUNAS SAMAN AKAN DI ISTHAR MUFLIS

BERPOLITIK SECARA RAKUS DAN MEMBABI BUTA YANG AKHIRNYA MENYUSAHKAN PARTI DAN RAKYAT.

PKR TAKKAN TAK DE DUIT KOT ? PAKATAN HARAPAN TAKKAN TAK BOLEH BANTU KOT ? !


-Pak Karamu- 


RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN PKR MUFLIS.
September 23, 2017


bundesliga
Oleh Dean.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berdepan kemuflisan ekoran dari kegagalannya membayar saman Rm 300,000 kepada Pengerusi NFC Datuk Mohd Salleh Ismail yang diisytihar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Sebelum ini Rafizi Ramli merayu bantuan sumbangan dsrpada orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan ketidak mampuan membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Rakyat Selangor kini sedar yang selama ini mereka telah diperbodohkan oleh Naib Presiden PKR tersebut, sebagai contoh ketika Rafizi melancarkan fitnah terhadap Tabung Haji yang kononnya akan muflis disebabkan kewangan Tabung Haji telah di salah gunakan oleh pemimpin Kerajaan BN, yang akhirnya ramai penabung tabung haji terpaksa mengeluarkan simpanan mereka kerana takut hilang wang simpanan.

“Ketika fitnah muflis TH di viralkan oleh cybertroper PH, rupanya dalam diam -diam Rafizi Ramli mempunyai simpanan kewangan di Tabung Haji sebanyak Rm400,000 ribu dan hanya dia seorang yang telah menerima dividin hujung tahun, rakyat terus tertipu selamanya.”

“Petikan kenyataan Rafizi Ramli ketika memyuara kan permohonan sumbangan kepada rakyat yang menyokong fitnah-fitnah, beliau sendiri telah mengakui nya bahawa dia memulakan INVOKE agar rakyat mempercayainya demi untuk menjatuhkan Kerajaan BN pada Pru 13 yang lepas.”

Hukuman yang diterima Rafizi Ramli ini adalah suatu pengajaran buat kita rakyat Malaysia, bukan sahaja hukum Islam ia salah, di dunia pun Allah S.W.T telah memperlihatkan nya kepada kita bahawa apa yang dilakukan Razifi Ramli melancarkan FITNAH itu adalah salah. 

Semoga sama-sama lah kita muhasabah diri , memilih pemimpin biar luaran tidak seindah rupa asalkan dalamannya bersih dan suci.

RAKYAT TIADA PILIHAN MELAINKAN PAS (GAGASAN SEJAHTERA)

UNDI PAKATAN HARAPAN NAK BAGI DAP MEMERINTAH DAN BUAT PARTI ARAK

 RAKYAT DI BANDAR DAN DIKAMPONG KATA:

"KAMI TIADA PILIHAN, NAK UNDI PAKATAN HARAPAN SAMALAH BAGI DAP UNDI, SEDANGKAN DAP DAN KAWAN MEREKA DALAM PAKATAN HARAPAN SUBHAT  BUAT MAKSIAT SEPERTI PESTA ARAK.

LAGIPUN KEBANYAKAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN BEKAS PIMPINAN BN YANG BANYAK BUAT MAKSIAT SEPERTI KES MEMALI DAN FOREX

NAK UNDI BN, KERANA TERLALU LAMA MEMERINTAH DAN EKONOMI SEMAKIN PARAH, JADI KAMI TIADA PILIHAN, TERPAKSA UNDI PAS (GAGASAN SEJAHTERA)

 

-Pak Karamu-


 

Pas sasar tanding lebih banyak kerusi

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin.
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.

Beliau juga yakin peluang Pas kini lebih cerah di kawasan bandar berdasar penerimaan masyarakat terhadap parti itu yang semakin baik di lokaliti berkenaan.

"Pada pilihan raya umum akan datang kita mungkin akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dengan sasaran minimum menang 40 kerusi Parlimen, " katanya kepada pemberita pada Sambutan Jubli Emas 50 tahun Pas Kawasan Kota Bharu di Medan ilmu di sini, malam tadi.
 
Takiyuddin turut membayangkan hasrat parti itu untuk bertanding di Parlimen Kuantan, Pahang, kerana melihat ada peluang di kawasan berkenaan memandangkan parti itu kini menguasai Dewan Undangan Negeri Beserah dan Tanjung Lumpur yang berada dalam Parlimen berkenaan. - Bernama

BILA PAS TAK MAHU JOIN P.HARAPAN MEREKA MAKI HAMUN PAS

MAHADHIR  LEBIH LAMA MAKI HAMUN PAS SEBAB PAS BAWA AGENDA ISLAM.

SELEPAS MAHADHIR MAKI HAMUN PAS, MAKA DAP PULA MAKI HAMUN PAS, ERTINYA APA ?

BERSATU DAN DAP SAMA-SAMA ANTI PAS KERANA BAWA AGENDA ISLAM.

SEMUA ORANG INGAT BAHAWA MAHADHIR MAKI HAMUN PAS.

DAN SEMUA ORANG TAHU BAHAWA DAP MEMANG MAKI HAMUN PAS

PAS KENA MAKI SEMATA-MATA DISEBABKAN DASAR PAS ADALAH ISLAM.

KEMUDIAN DI IKUTI PULA OLEH KEKAWAN BERSATU DAN JUGA PKR

DENGAN MAKI HAMUN TERSEBUT KITA FAHAMLAH BAHAWA MEREKA SEMUANYA ANTI ISLAM.

ERTINYA ?

SESIAPA YANG UNDI PAKATAN HARAPAN BERERTI MEREKA ANTI ISLAM.

 

-Pak Karamu-

 

 Sejak dulu Mahathir serang kami: Pas

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Khairil Nizam
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan. 

Timbalan Ketua Pemuda Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, saat berkuasa hingga kini, Pas terus dihentamnya sebagai pemecah belah oleh Mahathir. 

Menurutnya, tindakan Mahathir itu jelas menunjukkan beliau ketandusan modal dengan terus mengulang fitnah bagi mendatangkan imej buruk kepada Pas . 

"Lalu Pas dikait dan dihadapkan dengan pelbagai tuduhan dari perbuatannya sendiri. Sedangkan beliau sendiri berpecah dari parti diperjuangkannya dahulu yakni Umno dan kini berserabut pula dalam Pakatan. 

"Sedangkan, kesatuan warga terbesar negara ini iaitu Islam-Melayu tidak pernah pun berlaku sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan negara selaku perdana menteri paling lama," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Malah katanya lagi, terlalu banyak kontroversi ditimbulkan Mahathir yang memecah belah dan menimbulkan kekeliruan besar kepada umat Islam.

"Pada 14 Julai 1991 beliau menyatakan bahawa hukum rejam kepada penzina adalah primitif. Begitu juga dalam perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian Umno di Johor pada 30 April 1992, beliau sekali lagi mempertikaikan hukum hudud.

"Dalam majlis itu beliau menyebut bahawa hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, akan menyebabkan ramai rakyat beragama Islam yang mati dan kudung tangan di mana ia sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

"Begitu juga dalam tahun 1994, Mahathir telah ‘berfatwa’ bahawa al-Quran perlu ditafsirkan semula," katanya lagi.

Menurutnya lagi, Mahathir juga menghapuskan penggunaan perkataan Islam kepada parti politik dan pertubuhan NGO. 

Bagaimanapun, ideanya itu tersanggah oleh Mesyuarat Majlis Raja-raja yang membuat pendirian sebaliknya. 

"Malah, banyak rekod lain di mana beliau turut menyindir Rasulullah, keluarga Baginda serta para sahabat.

"Mahathir juga pernah mempergunakan Astora Jabat, seorang rakyat Thailand untuk berlakon sebagai ulama dan menyerang Pas dengan membawa hujah-hujah songsang yang mengelirukan umat Islam. Astora Jabat secara tidak langsung menjadi penasihat agama Mahathir yang beliau lebih percayai berbanding mufti dan ulama berkaliber dalam pentadbiran Jakim ketika itu di mana mereka sering disindirnya," ujarnya.

Pada tahun 2003, Mahathir dikatakan telah menarik bantuan perkapita bagi Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

Malah, jelasnya, institusi itu sering diremeh dan pernah dituduhnya sebagai tempat melahirkan kegiatan radikal.

"Semua itu hanyalah kerana permusuhan dan bencinya beliau kepada Pas yang menjadi saingan politik beliau dan tidak berjaya ditundukkan di bawah kekuasaannya.

"Hakikatnya, beliau hanya cemerlang menyatukan umat dalam materialisma dan liberalisma di mana di zaman beliaulah kumpulan-kumpulan penentang agenda Islam dan sesat berkembang biak. Mereka bukan sahaja menentang setiap tonggak, institusi dan para peranan agama, malah meluaskan kekeliruan dan kefahaman songsang terhadap al-Quran dan Hadis," katanya lagi.

Dalam permainan politik sedang diadu dombakan, rakyat digesa oleh Mahathir menilai secara bijak dan matang perbezaan antara sumbangan dan jasa beliau dalam membangunkan negara, dengan kezaliman serta penyelewengan terhadap negara. 

"Ketika beliau mahu dijulang kerana vokal menentang Zionis-Israel, jangan lupa lumuran darah mangsa Kampung Memali di tangannya.

"Ketika sama, nilailah sikap pimpinan Pakatan yang begitu kuat menentangnya dahulu dan menjadikan seluruh kejahatan Mahathir sebagai sebab pakatan diwujudkan, namun kini mereka begitu mesra dengannya," terangnya lagi.

MAHADHIR MULA SAKIT JIWA

JANGAN NAMPAKKAN SANGAT MASALAH NYANYUK HANG, BEREHAT LAH !

TUMPUKANLAH MASALAH PARTI HANG YANG BANYAK KERENAH DAN SEDANG HARU BIRU

 

-Pak Karamu-

 

Jemput Najib hanya talam dua muka Barat

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM – Jemputan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak serta pertemuan dengan Presiden Britain, Theresa May dilihat seperti talam dua muka.

Pak Karamu:
Apa masalah mahadhir jika pemimpin barat undang Najib ? Mengapa Mahadhir sakit hati sangat ?

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dan terkejut terhadap jemputan itu yang dilihat pemimpin Barat itu bersifat talam dua muka.

Pak Karamu:
Adakah Mahadhir hendak alihkan Isu dia tak tahu tentang kerugian ForeX ?

“Jaguh-jaguh anti rasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.

Pak Karamu:
Apa masalah kamu wahai Mahadhir ? Mengapa kamu tidak selesaikan masalah anggota parti kamu yang banyak masalah ? 
 
“Sebabnya ialah kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial dan senjata mereka, yang mengabur mata mereka ialah duit berbilion yang dikipas depan mata mereka,” katanya yang dipetik dari blognya chedet.cc.

Pak Karamu:
Apa masalah kamu jika Najib jalankan tugas dia sebagai seorang PM yang mentadbir keselamatan negara ?

Beliau berkata, perkara juga menunjukkan ia merupakan sejenis rasuah tidak dipedulikan.
“Segala rasuah dan jenayah Najib diketepikan kerana wang tunai lebih utama daripada kemuliaan maruah dan prinsip.

Pak Karamu:
Semua yang kamu dakwa itu juga telah menimpa diri kamu semasa kamu memegang tampuk pemerintah, malah kamu lebih hebat dari Najib

“Maka dilakukan apa sahaja yang disyaratkan oleh Najib asalkan mereka dapat duit. Demikian jikalau Najib tidak suka media, maka media diketepikan,” ujarnya. Mahathir turut mempersoalkan tidak ada kebebasan media dan juga bersuara.

Pak Karamu:
Apa masalah kamu ? Kamu sedang mengigau ?

“Di mana perginya kebebasan akhbar? Ke dalam tong sampah. Ke mana pergi kebebasan bersuara? Peluang bergambar untuk Najib tipu rakyat Malaysia dipersetujui kerana bayaran USD 20 bilion duit orang miskin di Malaysia.

Pak Karamu:
Apa masalah kamu ? Jika Najib tipu rakyat mengapa kamu tidak buat laporang Polis atau SPRM

“Jika orang Malaysia berharap Barat dengan hidung tingginya akan bertindak ke atas jenayah yang sebenarnya dilakukan di negara mereka, di bawah undang-undang mereka, harapan ini harapan kosong,” katanya.

Pak Karamu:
Kamu sedang sakit sekarang ?

Katanya, tidak ada yang tahu apakah bentuk tawaran yang dibuat antara Najib dengan Britain yang boleh jadi pesawat–pesawat pejuang Typhoon, mungkin satu atau dua squadron. “Itu boleh jadi harga untuk peluang bergambar di hadapan kediaman pemimpin Britain di Downing Street, London.

Pak Karamu:
Kamu mula bercakap merapu, apa masalahnya dengan rakyat dan negara ?

“Jika Malaysia boleh, Britain juga boleh, iaitu boleh pejam mata. Bukankah Malaysia negara membangun bekas tanah jajahan Britain,” katanya. Jelasnya, Britain percaya apabila Malaysia merdeka ia akan merosot dan hancur.

Pak Karamu:
Mahadhir, cara kamu bercakap dan berhujah menunjukkan kamu sedang sakit !

“Lihat, ramalan Britain tepat. Pemimpin-pemimpin Malaysia jelas perasuah dan pencuri. Jika tidak pada mulanya, itu satu keganjilan. Sekarang ia pemimpin Malaysia, setelah merdeka sudah tunjuk warna mereka sebenarnya.

Pak Karamu:
Kamu telah mewarnai negara ini terdahulu dari Najib, kamu telah lakukannya, kesannya sehingga kehari ini terkesan, kamu tak merasa bersalah dan malu ?

“Kata Trump dan May, mereka hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Mereka perlu utamakan kekayaan,” katanya.

Pak Karamu:
Kamu telah lakukan terdahulu, hangpa semua sama dan hang lebih teruk, boleh rakyat tahu apa masalah hang sekarang ?

MEREKA DIANGGAP PERANCANG MAKSIAT DAN HURUHARA DIDALAM NEGARA

MEREKA TAHU NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA UMAT ISLAM, SEBAB ITU MEREKA CUBA HENDAK CEMARKAN MARUAH ISLAM DAN UMAT ISLAM DENGAN PESTA ARAK.

PARTI DAP,PKR DAN MANA-MANA PARTI YANG MEMBANTAH PENGHARAMA PESTA ARAK OLEH DBKL PERLU INGAT, BAHAWA UMAT ISLAM SANGAT BENCI DENGAN ARAK, KERANA ITU MANA-MANA PARTI MESTI  HORMATI UMAT ISLAM DI NEGARA INI ATAU KAMU BERDEPAN DENGAN BANTAHAN DAN KEBENCIAN.

KAMU JIKA MAHU MINUM ARAK MAKA ITU HAK KAMU, TETAPI MENGADAKAN PESTA ADALAH SEOLAH-OLAH KAMU MENCABAR RAJA-RAJA MELAYU DAN JABATAN AGAMA ISLAM SERTA PENGANUT AGAMA ISLAM DI NEGARA INI.

TUJUAN KAMU MENGADAKAN PESTA ARAK SUDAH MENAMPAKKAN KAMU ADALAH MEMULAKAN PERMUSUHAN TERHADAP ISLAM DAN UMATNYA. KAMU JANGAN MENCIPTA ALASAN BODOH UNTUK MENAFIKANNYA.

KEPADA KUMPULAN DIDALAM PAKATAN HARAPAN TOLONG HORMATI UMAT ISLAM DAN PENTADBIR ISLAM  DI NEGARA INI, KAMU TIDAK LAYAK MEMUSUHI MEREKA ATAU KAMU MEMANG BERSEKONGKOL DENGAN KEINGINAN ORANG KAFIR DI NEGARA INI.

KEPADA ORANG KAFIR DAN YANG BERSIMPATI DENGAN KAMU, ADAKAH KAMU INGIN MEMULAKAN SESUATU YANG BURUK di negara ini ???

 

-Pak Karamu-

 

Halang Pesta Arak, Ini kenyataan terbaru Pemimpin DAP dan PKR terhadap DBKL






Halang Pesta Arak, Ini kenyataan terbaru Pemimpin DAP dan PKR terhadap DBKL
Halang Pesta Arak, Ini kenyataan terbaru Pemimpin DAP dan PKR terhadap DBKL
Halang Pesta Arak, Ini kenyataan terbaru Pemimpin DAP dan PKR terhadap DBKL  – Kuala Lumpur: Susulan pembatalan ‘Better Beer Festival 2017’ oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dirancangkan bakal berlangsung pada hujung minggu ini di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota,

sekumpulan Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan bersama membantah tindakan yang telah diambil DBKL.

YB Tan Kok Wai, YB Fong Kui Lun, YB Teresa Kok, YB Datuk Dr Tan Kee Keong dan YB Lim Lip Eng kesal kerana DBKL berlagak jadi jaguh agama dan mencadangkan agar Menteri Wilayah Persekutuan supaya mengarahkan DBKL supaya menarik balik penolakkan permohonan ‘pesta arak’ tersebut.

“DBKL perlu sedar bahawa ia memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Ia juga berperanan menggalakkan pelancongan negara kerana Kuala Lumpur ialah ibukota Malaysia.”
Mereka juga mahu Menteri Pelancongan menyelesaikan isu ini kerana menganggap pembatalan acara tersebut bakal menjejaskan industri pelancongan Malaysia. “

Ramai pelancong asing akan takut datang ke negara ini kerana kerajaan Malaysia dianggap sama dengan rejim yang tidak membenarkan kebebasan.”

Kenyataan tersebut juga memetik jaminan Perdana Menteri pada satu majlis yang memberi jaminan hak kaum Cina akan dipertahankan. 

Ahli-ahli Parlimen DAP dan PKR tersebut juga meminta Menteri Wilayah Persekutuan mengarahkan DBKL untuk menarik balik penolakan permohonan acara tersebut.menara.my
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.