Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM BERJAYA HURUHARAKAN PAS DAN KELUARGA NIK AZIZ ?

ANDAINYA PAS TUMBANG DI KELANTAN, HARAP PAN BOLEH SEKULARKAN KELANTAN DAN RAKYATNYA SEKALI !

TAHNIAH KEPADA HUSAM KERANA BERJAYA PUJUK ANAK NIK AZIZ MASUK PAN SEKALI GUS BERJAYA GONCANG PAS ? ! 

HARAP AL- MARHUM NIK AZIZ JUGA TENANG DIPUSARANYA OLEH ANAK BUTIR !

HU, HU, HU, HU !

TUHE JADIKAN HUSAM ANAK BUTIR !

RAKYAT KELANTAN KENA RESPEK NGAN HUSAM, SEBAB DIA ANAK BUTIR MALAYSIA DAN NIK AZIZ ? 

-Pak Karamu- 

 

Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja: Husam

AddThis Sharing Buttons

Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja: Husam
Husam menyampaikan ceramah di Kota Bharu, malam tadi.
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU – “Cool...(bertenang),” itu nasihat Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa kepada semua pihak walaupun Pas kelihatan ‘panas’ berhubung  keputusan Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, semua pihak tidak perlu melayan tindak tanduk pemimpin Pas yang memperlihatkan ‘kepanasan’ mereka memandangkan Nik Omar telah pun membuat keputusannya sendiri dan berusaha mencapai kemenangan demi rakyat dan negara.

“Ini membuktikan Nik Omar menyumbang positif kepada kekuatan Pakatan Harapan dan kepada semua pemimpin Pas untuk terus bertenang memandangkan banyak lagi kelatahan dibuat pemimpin Pas yang boleh menimbulkan kesan negatif kepada Pas sendiri.

“Saya merujuk kepada kenyataan secara umum melibatkan kepimpinan tertinggi Pas,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya harap mereka dapat bertenang dan tidak mendedahkan Pas dengan kesan negatif yang besar, sekali gus menganggap ini satu perkembangan politik demokrasi Malaysia,”katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah.

Ketika diminta mengulas mengenai keretakan hubungan keluarga Nik Omar, beliau menjelaskan perkara tersebut tidak perlu diulas panjang memandangkan ia merupakan privasi semua pihak.

ANAK BUATKAN AYAH-AYAH TIDAK TENTERAM DIDALAM PUSARA

AIR MATA BUKAN CARA YANG BAIK UNTUK MERAIH SIMPATI, ITU SIKAP PONDAN.

 ANAK-ANAK BEKAS PEMIMPIN PAS MEMBUATKAN AYAH MEREKA TIDAK TENTERAM DI DALAM KUBUR.

BIARKAN, BIARKAN !

ANAK AL MARHUM FADHIL NOR, YUSUF RAWA DAN NIK AZIZ MENGHADIAHKAN KEGELISAHAN KEPADA ROH-ROH AYAH MEREKA DI ALAMNYA

TAHNIAH WAHAI ANAK !!!

JIKA BENAR KATA NIK AZIZ SEBAGAIMANA YANG DISEBUT NIK OMAR, MAKA NIK AZIZ MUNGKIN BERFAHAMAN SEKULAR ? 

ATAU 

ISLAM LIBERAL ??? 

ATAU NIK AZIZ LEMAH MAKRIFATNYA TERHADAP DASAR PERJUANGAN !!!

DASAR PERJUANGAN PAS ADA PADA DASARNYA BUKAN ADA PADA MANUSIA, DISINILAH KELEMAHAN MANUSIA MENTAFSIR ? DEMIKIAN JUGA NIK AZIZ ? 

SEMENTARA ITU: 

Ibu berkempen untuk Pas di Chempaka: Nik Abduh

Ibu berkempen untuk Pas di Chempaka: Nik Abduh

 NIK ABDUH: 

(Ubah saiz teks) 
 Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa ibunya,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak akan berkempen untuk Pas di Dun Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.

Perkara tersebut dimaklumkan Nik Mohamad Abduh menerusi catatannya di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, pada asalnya ibu beliau hanya  akan menumpukan kempennya di P025 Bachok atas faktor kesihatan yang sedikit membataskan pergerakannya.

"Akan tetapi disebabkan ada sedikit gangguan daripada dalam keluarga kami terhadap Pas di Dun Chempaka khususnya, maka bonda memutuskan untuk turut bersama jentera muslimat parti ini di sana.

"Saya bagi pihak seluruh keluarga al Aziziyah dengan ini, dengan penuh rasa dukacita yang amat sangat ingin memohon banyak-banyak kemaafan kepada jentera Pas di seluruh negara dan juga seluruh rakyat Malaysia amnya di atas kemalangan yang berlaku pada 2 hari lepas. Ia sesuatu yang amat sukar," katanya.

-Pak Karamu-

 

Surat terbuka Hadi



AddThis Sharing Buttons


Surat terbuka Hadi
Abdul Hadi


(Ubah saiz teks)
 

SHAH ALAM- "Sepatutnya anak-anak pemimpin Pas tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (Harapan)," demikian kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Menerusi satu analogi, Hadi berkata, Harapan yang kini  nakhodanya iaitu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN sehingga menjadi bocor, dimasuki air dan juga sangat membahayakan.


"Maka Pas tidak bersama BN dan tidak juga Harapan.


Apa yang menarik bahtera Harapan mengumpulkan kumpulan DAP anti Islam secara terbuka," katanya menerusi satu catatan  yang berjudul  'Surat terbuka kepada anak-anak pemimpin meninggalkan perjuangan ayah'.


Tanpa merujuk mana-mana pihak, Hadi bagaimanapun dilihat merujuk kepada tindakan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar yang baru-baru ini mengejutkan ramai pihak untuk memilih Amanah sekaligus menjadi calon Harapan di Dun Chempaka.


Selain Nik Omar, anak Allahyarham Yusuf Rawa, Presiden Pas yang kelima  iaitu Datuk Dr Mujahid bin Hj Yusuf,turut memilh Harapan untuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar.


Tindakan memilih Harapan juga turut dilakukan oleh anak Allahyarham  Presiden Pas yang keenam  Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu Faiz Fadzil.


Mengulas lanjut perkara ini, Hadi berkata, pemimpin utamanya (Harapan) pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepadak kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik.


"Bersama Harapan juga adalah kumpulan Islam Liberal dan pengamat politik yang tidak matang dan sejahtera. Mereka semata-mata mahu melompat ke Putrajaya dan pernah terpaksa berpatah balik melompat ke Kajang yang menjadikannya makin jauh daripada Putrajaya," katanya.


Jelasnya lagi, kajian politik Harapan mengira di atas kertas dan memegang telefon bimbit secara mudah, bukannya dirujuk betul di atas lapangan rakyat secara terperinci.


"Penasihat Gerakan Islamnya pula daripada Arab yang berbahasa al-Quran tetapi tidak matang menterjemahkan politik Islam dalam Bahasa Malaysia dan berpijak di buminya.


"Ada kalangan yang hanya menarik kepada perkataan Arabnya seperti Tarbiyah, Wala’, Baiah dan lain-lain tanpa mendalami di mana bumi yang dipijak dan masyarakat yang berbeza," kata Hadi lagi.


Hadi yang akan bertanding di Parlimen Marang  seterusnya berkata,  mereka jelas tidak memahami betapa generasi awal membaharukan dan mengubah baiah di tempat dan masa berbeza.


"Tidak memahami bahawa gerakan tajdid dahulu tidak lagi menjadi tajdid terkini setelah berlalu masa setengah abad, jarak negara yang jauh dan masyarakatnya juga berlainan.


'Diterima pakai juga penasihat bukan Islam dan makhluk negara asing yang tidak berniat ikhlas terhadap Islam dan negara kita yang tercinta ini.


"Mereka hanya menjadikan kita catur permainan politiknya,"

Akhirnya menubuhkan parti sendiri yang tidak memimpin bersama Islam tetapi dijadikan laksana melukut di hujung gantang. Kalau menang tidak bermaya, kalau kalah ditelan gelombang," katanya.

APA NAK HERAN, SEDANGKAN NABI ADAM DAN NOH ANAKNYA MENDERHAKA !

PAK KARAMU LANGSUNG TAK TERKEJUT, MALAH SUDAH DIJANGKA NIK OMAR AKAN MENGUBAH NEGERI KELANTAN DENGAN DASAR PAN.

NIK OMAR TIDAK MELAWAN ARUS. NIK OMAR MEMANG BRFAHAMAN SEALIRAN DENGAN PERJUANGAN PAN WALAUPUN DIA LAHIR DARI PERUT IBUNYA YANG BERFAHAMAN PAS DAN DASARNYA, NASIB LA WAHAI PERUT !!!

FULL STOP !!!

 NAK HAIRAN APA ? SEDANGKAN ANAK NABI ADAM DAN NUHPUN TELAH SESAT INIKAN PULA ANAK NIK AZIZ ? SIAPA NIK AZIZ ? SEMUA ORANG TAHU. 

TUAN IBRAHIM TIDAK PERLU TERKEJUT, TAKKAN LA ORANG BANYAK ILMU TERKEJUT, YANG PERLU TUAN IBRAHIM FAHAM IALAH SEJARAH AKAN BERULANG !

KITA HARAP ORANG KELANTAN KHUSUSNYA FAHAM TENTANG NIK OMAR INI SEBENARNYA SIAPA. ITUAH TAKDIR TUHAN.

SECARA PRIBADI PAK KARAMU HARAP NIK OMAR AKAN KEKAL BERSAMA PAN, ASUHLAH ANAK-ANAK BERFAHAMAN PAN, JANGAN PEDULIKAN DASAR APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH AYAH DAN IBUNYA

ORANG MUNAFIK SELALU RUGI ! 

DIWAKTU YANG SAMA:

 Pas pecat Nik Omar

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
(Ubah saiz teks) 
 Nik Omar Nik Abdul Aziz dipecat serta-merta oleh Pas susulan tindakan anak bekas Menteri Besar Kelantan itu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (Harapan), pada PRU14 ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan memecat Nik Omar dibuat selepas perbincangan bersama kepimpinan parti itu termasuk Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

-Pak Karamu-

 

  Tuan Ibrahim terkejut Nik Omar bertanding



AddThis Sharing Buttons


Tuan Ibrahim terkejut Nik Omar bertanding
Tuan Ibrahim (dua, kanan) ketika tiba di Kompleks Islam Kota Darul Naim untuk penamaan calon hari ini. 

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU - Pas menganggap kejutan besar dilakukan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding di Dun Chempaka tidak jejaskan sokongan terhadap parti.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan anak kedua Allahyarham Mursyidul Am itu secara jelas boleh dinilai oleh rakyat yang dilihat bercakap tidak serupa bikin.

“Secara peribadinya saya terkejut dengan keputusan Nik Omar sebab bercanggah dengan apa yang dikatakan sebelum ini.

“Bondanya pun tidak merestui. Restu ibu ini penting sebab kita nak duduk di muka bumi ini lama dan perlukan kepada restu seorang ibu. Rakyat boleh nilai,” katanya kepada media sebentar tadi.

Isu penghijrahan Pengetua Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka bersama Amanah itu menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk namanya dicalonkan Harapan bertanding PRU14.

Hari ini beliau sah bertanding di Dun Chempaka yang juga bekas kerusi yang dimenangi Allahyarham bapanya. 

Secara sinisnya, Tuan Ibrahim berkata, boleh dinilai dengan jelas apabila ibunya, Datin Tuan Sabariah Ishak mengiringi adiknya, Nik Muhamad Abduh yang menyerahkan borang pencalonan bertanding di Parlimen Bachok hari ini.

LAMBANG MATA LEBAM JADI TARUHAN

DULU MATA ANUAR LEBAM, TU ZAMAN MAHADHIR MEMERINTAH
KEMUDIAN ANUAR MASUK PENJARA SEBAB LIWAT.
 
ERTINYA ZAMAN MAHADHIR PENJARAPUN DAPAT MATA LEBAMPUN DAPAT.
 
HARI INI MAHADHIR GUNA LAMBANG MATA LEBAM UNTUK BERTANDING PILIHANRAYA.
 
NANTI WARTAWAN AKAN TANYA, MENGAPA TUN PAKAI LAMBANG MATA LEBAM BIRU DAN MERAH ?
 
NI BOLEH BUAT LAWAK PILIHANRAYA, RUPANYA INILAH PUNCA  ORANG PKR BANTAH MAHADHIR GUNA LAMBANG PKR, SEBAB MASA MAHADHIR MEMERINTAH MATA ANUAR JADI LEBAM !
 
 -Pak Karamu- 


'Macam filem Tamil'

AddThis Sharing Buttons

'Macam filem Tamil'
Abdul Hadi ketika menyampaikaj ucapan, malam tadi.
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU - Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kesahihan tragedi 1998 yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul sehingga matanya lebam.

Beliau berkata, insiden yang mengemparkan itu berlaku ketika negara  dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan seolah-olah seperti sebuat plot cerita Tamil yang tidak masuk akal.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai merujuk kepada simbol mata merah dan biru yang digunakan oleh gabungan Pakatan Harapan  dalam PRU14 nanti.

"Sekarang guna simbol mata, mata lebam biru, lebam merah, (seperti) kena ‘gocoh’, bekas kena tumbuk.

"Tiba-tiba yang kena tumbuk dan yang tukang tumbuk bersatu,  kena tumbuk sungguh atau pura-pura sahaja?

"Macam filem Tamil, kena sekali tumbukan, jatuh berguling-guling, yang tengok menangis sedih, padahal tidak ada apa-apa, satu lakonan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pengisytiharan Calon Pas Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Abdul Hadi berkata, rakyat sudah merasai dipimpin oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tetapi ketika ini masih berhasrat mengetuai kembali negara.

"Kasihan kepada rakyat, tidak perlulah sebut nama, kasihan, "katanya disambut sorakan kira-kira 10,000 penyokong parti.

PAS JANGAN BUANG MASA BERDEBAT DENGAN PENGKHIANAT

PAS PERLU BUAT KERJA PARTI BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA.

JANGAN SESEKALI MELAYAN KEHENDAK PENGKHIANAT.

AJAKAN PENGKHIANAT ITU ASINGKAN KE BELAKANG PUNGKOQ.

DARIPADA BERDEBAT DENGAN PENGKHIANAT LEBIH BAIK BERDEBAT DENGAN POKOK.

-Pak Karamu-

 

Pas Parit Buntar mungkin tolak debat

AddThis Sharing Buttons

Pas Parit Buntar mungkin tolak debat
Abu Bakar (dua, kanan) bersama Hashim (tengah) dan dua calon Pas lain iaitu Abdul Bahrin (dua, kiri) dan Ahmad Azhar (tiga, kanan).
(Ubah saiz teks) 
 
PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar bersedia menolak cabaran debat dikemukakan calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa terhadap calon parti itu dan BN pada hari penamaan calon PRU14 kelak.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abu Bakar Hussain, pihaknya akan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Pas kawasan bagi menentukan sama ada menerima jemputan debat dikemukakan Mujahid atau sebaliknya.

Menurutnya, kemungkinan cabaran itu ditolak amat tinggi kerana Pas kawasan berpendapat objektif Mujahid berdebat bukan untuk mencari kebenaran dalam politik, namun semata-mata mencari kemenangan.

"Saya lihat Mujahid merupakan seorang tokoh yang suka berdebat dan seorang pemidato terkemuka.

"Namun, secara peribadi saya berpendapat objektif beliau (Mujahid) berdebat adalah untuk mencari kemenangan, bukan kebenaran.

"Jadi apa gunanya diadakan debat jika topiknya itu tidak membawa makna besar terhadap kepentingan rakyat?" katanya pada sidang media pada majlis pengumuman calon PRU14 Pas bagi Parlimen Parit Buntar malam semalam.

Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dan turut dihadiri Yang Dipertua(YDP) Pas kawasan Parit Buntar, Abdul Bahrin Md Desa serta Naib YDP Pas kawasan, Ahmad Azhar Sharin.

Abu Bakar yang juga calon Pas Dun Titi Serong berkata, keupayaan sebenar seorang wakil rakyat adalah berdasarkan kemampuannya menyelesaikan permasalahan rakyat.

Menurutnya, rakyat Parlimen ini memerlukan calon wakil rakyat yang sanggup bekerja kuat untuk mereka dan mampu menyelesaikan masalah secara praktikal.

"Rakyat tidak mahu wakil rakyat yang hanya pandai bercakap dan retorik.

"Jadi pada saya cabaran debat adalah satu jemputan yang tidak perlu diambil berat, tidak memberi makna besar kepada rakyat.

"Pas mungkin akan meneruskan agenda berkempen dan mendekati rakyat bagi menerangkan manifesto ditawarkan parti itu secara terus kepada rakyat," katanya.

ANGKATAN MUDA KEADILAN BUAT LAWAK BODOH

SEMUA PUCUK PIMPINAN PKR BERSETUJU MAHADHIR JADI KETUA, TETIBA ANGKATAN MUDA KEADILAN BUAT BANTAHAN.

LAWAK, LAWAK !!!

DARI UGUT PUCUK PIMPINAN PKR, ADALAH LEBIH BAIK PUCUK PIMPINAN KELUARKAN PIMPINAN ANGKATAN MUDA DARI PARTI ITU LEBIH SELAMAT !

AMK NAK MELAWAK TIDAK BERTEMPAT, BUAT LAWAK BODOH ! MENGAPA SEBELUM PARLIMEN BUBAR TAK BUAT BANTAHAN ? HU,HU,HU.

NAK BUAT POLITIK MURAHAN ? KAH, KAH, KAH !!!

MUSLIHAT BODOH LAGI BANGANG, RAKYAT BOLEH BACA !!! BELAJAR POLITIK DENGAN PAN KE ?

-Pak Karamu-

 

Himpunan bantah Mahathir guna logo PKR



AddThis Sharing Buttons


Himpunan bantah Mahathir guna logo PKR
Sebahagian ahli akar umbi PKR yang berhimpun hari ini, mendesak agar Mahathir tidak dibenarkan bertanding guna logo parti itu pada PRU14.

(Ubah saiz teks) 
 

PETALING JAYA - Sekumpulan ahli PKR berhimpun bagi mendesak pucuk pimpinan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti itu pada PRU14.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, Muhamad Faisal Zainal berkata, kumpulan terdiri daripada beberapa cabang peringkat akar umbi turut memberikan tempoh enam hari kepada pemimpin PKR bagi mengkaji semula keputusan itu.

“Seperti diumumkan parti, Mahathir akan menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14. Justeru, saya dari Cabang Bukit Gantang mewakili ahli parti peringkat akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan membantah perkara berkenaan.

“Kami beri masa enam hari untuk keluarkan nama Mahathir bermula hari ini 21 April (Sabtu) sehingga 26 April. Jika tidak kami telah putuskan beberapa tindakan yang akan kami umumkan kemudian,” katanya ketika berhimpun di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurutnya, tindakan membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dianggap bertentangan dengan justifikasi penubuhan awal PKR dan perjuangan parti itu melawan tindakan serta kezaliman Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhamad Faisal berkata, keputusan membenarkan Pengerusi Bersatu itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.

“Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada Mahathir.

“Jadi, pada hari ini, kami mahu tuntut dua perkara iaitu tidak membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, pimpinan PKR keluarkan nama Mahathir sebagai calon (atas tiket) PKR,” katanya.

Lebih 20 orang menyertai himpunan berkenaan yang dilihat turut memegang sepanduk tertera kata-kata bantahan agar Mahathir tidak dibenarkan menggunakan logo PKR sebelum memorandum bantahan dan tuntutan itu diserahkan kepada wakil PKR Pusat, Faris Abdullah.

KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ?

KELUAR SERTA MERTA, MASUK JUGA SERTA MERTA !!!

LAWAK BETUL LA PAN NI, 

NI NAK KHABAQ APA KAT RAKYAT ?

NI LA SIKAP ANGGOTA PAN ?

TAPI TAK PA, TENTUKAN HANG JADI CALON KAT KOTA RAJA,

KALO DEPA TAK BAGI, HANG KELUAR BALIK, BIAQ PADAN MUKA MAT SABU,

AKAI ADA KA ? ORANG BUAT KERJA SUSAH PAYAH TETIBA SENANG-SENANG MAT SABU NAK TENGGEK TEMPAT TU, HI HI HI BANYAK CANTIK ?

HANG PI TEMPAT LAIN LA MAT ! PI LA MINTA KAT DAP TEMPAT YANG JAMIN MENANG, HANG KACAU TEMPAT MEMBER BUAT APA !!!

-Pak Karamu-

Jaafar kembali ke pangkuan Amanah

AddThis Sharing Buttons

Jaafar kembali ke pangkuan Amanah
Jaafar Samsuddin (Muka macam Mat Sabu)
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan ‘U’ apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak keluar parti pada Rabu lalu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bermula hari ini Jaafar akan bersama-sama jentera parti dalam menghadapi PRU14 pada 9 Mei ini.

“Jaafar akan bertugas sebagai anggota Amanah dan Ketua Kawasan Kota Raja. Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya Amanah Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di sini hari ini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya Penolong Setiausaha Amanah Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro Integrasi Amanah Selangor, S Lakshamanan.

Sementara itu, Jaafar berkata, beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan.

Pada Rabu lalu, Jaafar yang keluar daripada Pas dan menyertai Amanah  pada 2016, dilaporkan bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara anggota parti serta atas beberapa alasan peribadi. - Bernama

MAT SABU DIJANGKA MENANG BESAR DI KOTA RAJA

KUTUKAN DEWATA SUDAH BERMULA !!!!

PENGUNDI CINA DAN INDIA SOLID AKAN MENGUNDI MAT SABU DI KOTA RAJA
SEMENTARA PENGUNDI MELAYU AKAN MEMBERIKAN UNDI PADA MAT SABU SEKITAR 12%
INI BERMAKNA MAT SABUH MENANG BESAR !!!

 MAT SABU YANG BERCITA-CITA MENJADI MENTERI DALAM NEGERI AKAN DIJAMIN OLEH PENGUNDI CINA SELURUHNYA TERUTAMA DAP.

KO MEMANG BESAR MAT !

APA JADIPUN KO KENA BERTANDING DI KOTA RAJA MAT OIII !

sementara itu:

Hangat berapi !!! 

 Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Selangor Keluar Parti


Pengarah biro pilihan raya PAN Selangor dan Ketua Bahagian Kota Raja Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.Timbalah Ketua Bahagian PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.
"Betul, saya pun baru baca di Malaysia Dateline. Saya cuba hubungi beliau tapi tak dapat.
KIH,KIH,KIH, KIH


 -Pak Karamu-

 

Mat Sabu atau Siti Mariah?

AddThis Sharing Buttons

Mat Sabu,  Siti Mariah
Mat Sabu, Siti Mariah
(Ubah saiz teks) 
 
PAKATAN Harapan (Harapan) melalui Amanah diramal akan menang dengan majoriti yang sedikit di kerusi Parlimen Kota Raja sekiranya mempertaruhkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu di kerusi berkenaan.

Mat Sabu sebelum ini mengesahkan bakal bertanding di Selangor dan sumber Amanah memaklumkan beliau calon di kerusi berkenaan pada PRU14 nanti.

Mat Sabu yang diketahui umum ditolak pengundi Melayu selepas kecederungannya yang pro-DAP menjadi antara penyebab beliau kemungkinan akan ditolak  pengundi-pengundi Melayu di Parlimen Kota Raja.

Tindakannya yang kuat mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan kemarahan pengundi Melayu pada PRU lalu.

Buktinya, bekas Timbalan Presiden Pas itu tewas dengan majoriti 2,638 undi kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang, Kedah. Majoriti pengundi di Parlimen itu adalah Melayu.

Beliau juga dilabelkan sebagai ‘talam dua muka’ apabila kini sanggup duduk bersama Mahathir yang dahulunya dilabelkan sebagai 'Maha Firaun’ demi mengejar cita-cita dan matlamatnya dalam  Harapan.

Tindakan beliau keluar daripada Pas dan menubuhkan Amanah ternyata membuatkan pengundi Melayu turut memandang rendah kepada beliau kerana tidak mempunyai perjuangan yang tetap dan jelas, sebaliknya atas dasar kekecewaan kepada Pas, beliau menubuhkan parti yang didakwa pro-DAP.

Sumber diterima Sinar Harian rata-rata penyokong Harapan menolak Mat Sabu sebagai calon di Parlimen itu sebaliknya mereka berkehendakkan Siti Mariah terus menyandang kerusi berkenaan.

Situasi berlainan akan dilihat jika Siti Mariah dikekalkan sebagai calon di kerusi berkenaan di mana peluang untuk mendapatkan undi majoriti lebih tinggi kerana beliau sudah dikenali di kawasan berkenaan sejak menyandang kerusi itu selama dua penggal.

Pengamatan mendapati Amanah melalui Siti Mariah juga bakal menang atas sokongan kuat pengundi bukan Melayu.

Berbeza dengan pengundi Melayu yang lebih cenderung kepada BN atau Pas.

Sejarah Amanah sebagai parti serpihan Pas dan ditubuhkan atas dasar kecewa dengan Pas adalah salah satu faktor mereka kurang mendapat sokongan pengundi Melayu berbanding parti lain yang ditubuhkan atas dasar atau mempunyai matlamat yang jelas.

Namun harus diambil kira persempadanan semula kawasan Parlimen Kota Raja juga dilihat memberi kelebihan kepada Harapan apabila berlaku pertambahan pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan Bukit Tinggi ke dalam Parlimen Kota Raja.

Jika pengundi bukan Melayu, Cina (18 peratus) dan India (36 peratus) bergabung memberikan undi kepada calon Harapan itu, ia sudah cukup berbanding undi Melayu hanya (46 peratus). Perlu dilihat undi Melayu pula akan terbahagi kepada tiga iaitu Pas, BN dan Harapan.

Namun sumber terbaru yang diterima, Siti Mariah dikatakan bakal bertanding di kerusi Dun Seri Serdang. Jadi mungkinkah Parlimen Kota Raja kini sah milik Presiden Amanah, Mohamad Sabu?

ANAK NIK AZIZ JADI DURI DALAM DAGING PAS ?


RASANYA PAS MEMPUNYAI MARUAH.

ORANG PAS PERLU MENJAGA MARUAH PARTI SEKIRANYA PARTI ITU DIHINA DAN DICERCA.

NAMUN NAMPAKNYA ADA MANUSIA YANG TIDAK FAHAM DENGAN MARUAH.

ALASAN DANGKAL YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDIRIAN DIRI TIDAK LAYAK MENJADI MANUSIA YANG BERMARUAH.

APAPUN PAS TIDAK PERLU MENYIMPAN ONAK DAN DURI DIDALAM PARTI.

APAPUN ALASAN MENGIKUT PEREDARAN MASA, MARUAH DAN KETEGASAN PERLU ADA.

ORANG ISLAM BUKAN HENDAK JAGA KERBAU SEKANDANG AKAN TETAPI HENDAK MENJAGA MARUAH AGAMA ALLAH S.W.T

-Pak Karamu- 

 

Bonda tidak izin bertanding ..


KOTA BHARU - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menegaskan beliau tidak akan menyertai Amanah termasuk bertanding pada PRU14.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Rahim Wan Abdullah yang menjelaskan beliau antara individu yang akan menyertai Amanah dan sedang melakukan perundingan keluarga.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu berkata, keputusan itu dibuat adalah kerana faktor ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak yang tidak memberi kebenaran untuk berjuang dalam bidang politik.

Mengakui bahawa kecenderungan untuk berpolitik wujud hasil didikan Allahyarham bapanya, Pengetua Maahad Darul Annuar, Pulau Melaka itu berkata, pandangan ibu mesti menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dalam kehidupannya.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan,
“Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, Nik Omar yang tidak memiliki jawatan dalam Pas dikatakan akan menyertai Amanah dan akan bertanding dalam PRU14.

Amanah dikatakan mencalonkan beliau di kerusi Dun Chempaka, iaitu kawasan yang pernah ditandingi Nik Abdul Aziz.

Ketika ditanya adakah beliau mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah dalam masa terdekat, Nik Omar mengakui tidak ada masalah memberi pandangan dengan pimpinan parti itu.

“Saya secara peribadi tidak suka bergaduh, suka berkawan semua orang. Saya tidak ada masalah jumpa dengan semua orang termasuk pimpinan Amanah.

“Mungkin pemikiran saya lain, jadi pandangan dilihat selari dengan apa yang dibawa oleh Amanah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, masih ahli Pas tetapi membawa pandangan berbeza iaitu parti itu tidak boleh berkembang dengan pendekatan yang dilakukan kini.

“Saya masih ahli Pas dan ahli seumur hidup selepas balik dari Mesir. Kalau tanya, saya juga pangkah Pas, tetapi saya melihat untuk menang dalam politik kita mesti dalam gabungan.

“Sekarang ni Pas sendiri. Pas itu kuat, tetapi gabungan itu tidak kuat, itu yang saya tekankan dan Pakatan Harapan memiliki gabungan yang kuat dengan empat parti memiliki kekuatan masing-masing,” katanya.

PAS DAN PAN KERAT ROTAN BERPATAH ARANG, GARA-GARA NAK SEKULARKAN PAS

TAKUT TERKECAI RAHSIA PENGKHIANAT PAN TERBURAI MAKA CEPAT-CEPAT BEKAS ANGGOTA PAS BUKA PARTI BARU, LALU MEREKA BERAMBUS.

ISHHHHH, RUPA-RUPANYA MEREKA NAK SEKULARKAN PARTI PAS SEPERTI TURKI, BIAR MUDAH DITERIMA OLEH SEKULAR LAIN, MASYA ALLAH JIJIKNYA PERANGAI MEREKA INI.

TUNGGU ALLAH HANCURKAN MEREKA !!! 

-Pak Karamu-

 

Hadi dedah sebab utama Pas tolak Amanah


AddThis Sharing Buttons


Hadi dedah sebab utama Pas tolak Amanah
Abdul Hadi (dua, kanan) selepas pelancaran Sidang Assabiqun Pas kawasan Pokok Sena.

(Ubah saiz teks) 
 

POKOK SENA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan sebab utama parti itu tidak boleh bekerjasama dengan Amanah, yang sebahagian besar pemimpinnya adalah bekas ahli Pas.

Katanya, bekas pemimpin Pas yang kini menubuhkan Amanah cuba membawa usul meminda perlembagaan Pas, bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti kepada badan penasihat.

Menurutnya, cadangan itu cuba dijadikan usul dalam Muktamar 2015 dan mendapat bantahan akar umbi termasuk ditolak dalam mesyuarat Pusat kerana ia bercanggah dengan perlembagaan Pas.

“Sebab itu kita tolak kerjasama dengan Amanah. Ini pertama kali saya dedahkan, dia nak ubah perlembagaan parti, sedangkan Majlis Syura Ulamak adalah badan teratas untuk buat keputusan muktamad. Ini menyebabkan ahli Pas menolak, dan selepas ditolak, dia tubuh parti baharu,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas kawasan Pokok Sena ke 41, di Kompleks Pas Pokok Sena, hari ini.

Abdul Hadi berkata, tujuan cubaan meminda perlembagaan parti itu adalah bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP.

“Mana boleh kurangkan kuasa yang diberikan kepada Majlis Syura, ia adalah hukum tertinggi dalam perlembagaan Pas, yang kita rujuk kepada al-Quran, hadis termasuk golongan ulama. Asas perlembagaan itu jelas bercanggah,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang tindakan disiplin mahupun pemecatan dilakukan selepas insiden itu, kerana Pas berpegang kepada prinsip demokrasi sebenar.

“Kita pilih secara demokrasi melalui Muktamar dan siapa yang bertanding. Disebabkan cadangan itu ditolak dalam mesyuarat, maka tidak dibawa sebagai usul,” katanya.

Abdul Hadi berkata, pihaknya bersyukur kerana pihak terlibat kini sudah tiada dalam parti itu.

“Tak perlu dedah nama, mereka yang bawa cadangan itu tiada dalam Pas lagi. Mereka adalah pemimpin Amanah yang keluar Pas,” katanya.

Menurutnya, cubaan itu dilihat untuk menyamakan Pas dengan sebuah parti di Turki, yang menolak Islam dalam perlembagaan negara itu.

“Dalam perlembagaan di sana, tak benarkan parti Islam, sebut dalam politik pun tak boleh. Kita bukan macam itu,” katanya.

BALACI DAP DIMASUKKAN DALAM KOTAK

Ahli Bersatu keluar parti, boikot calon

AddThis Sharing Buttons

Ahli Bersatu keluar parti, boikot calon
Mohd Rizal melipat bendera Amanah sebelum memasukkan bendera itu ke dalam kotak sebagai simbolik menolak calon Amanah dan keluar parti Bersatu.
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Seramai 15 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bersatu Dun Alor Mengkudu isytihar keluar parti setelah tidak bersetuju dengan pemilihan calon Amanah di Dun Alor Mengkudu, iaitu Timbalan Pengerusi Amanah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

INI BERITA BESAR MENJELANG PRU14 ?

INI BERITA BESAR YANG BOLEH TUMBANGKAN BN/UMNO

APA DAN KENAPA BERITA INI TERSEBAR ?

ADAKAH BERITA INI BERITA POLITIK UNTUK JATUHKAN NAJIB ? 

ATAU

ADAKAH BERITA INI UNTUK MENJULANG MAHADHIR ATAU BERITA INI SENGAJA DIWAR-WARKAN UNTUK MENJATUHKAN NAJIB DAN BARISAN NASIONAL ? 

JIKA BERITA INI BENAR, RAKYAT BERHARAP BUATLAH LAPORAN MENGIKUT SALURAN YANG BETUL, SUPAYA BERITA INI BUKAN CERITA POLITIK, TAPI BERITA PENYELEWENGAN YANG AMAT BESAR .

 

Ini penafian ?

Jika berita ini fitnah MENGAPA TAK SAMAN RAFIDAH ?

KELING KA ? CHITTTT, KLING KLONG !

WALAUPUN MAHADHIR MINTA MA'AF TAPI KELING SUDAH BERKUMANDANG DI UDARA !
KELING !!!

10 April 2018: Dr M minta maaf kerana perkataan 'Keling'


Demi DAP, akhirnya 'Top Dog' Pakatan Harapan akhirnya tunduk dan membuat 'u-turn'. Untuk rekod, isu 'keling' bukan satu-satunya 'u-turn' yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sehari dua ini. Lihat di bawah.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/04/isu-keling-demi-dap-akhirnya-tun.html#bDtUesZJYA1wcDgi.99


SEMENTARA ITU:
 
Nampak gayanya, PPBM sekarang ni bukan sahaja berada dalam keadaan yang sangat terdesak, malah mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menutup kemaluan yang telah terdedah kepada orang ramai.


Jika sebelum ini, parti itu sibuk mendabik dada membuat dakwaan kononnya mereka mampu untuk menggantikan UMNO dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang lebih maju.


Tapi hakikatnya, PPBM yang dibarisi oleh pemimpin - pemimpin tersohor itu tidaklah sehebat mana apabila mereka GAGAL mengurus-tadbir parti itu dengan baik sehingga terpaksa digantung.


Namun kelemahan parti itu sekarang ni cuba dipertanggungjawabkan ke atas RoS dan tuduhan liar dilemparkan terhadap Kerajaan sedangkan mereka yang GAGAL menjaga parti sendiri.


Keadaan itu kini menyebabkan pemimpin - pemimpin PPBM terpaksa Menjilat Ludah sendiri dan menjadi kesipuan apabila kemaluan mereka dibuka oleh PKR secara terang - terangan.


Sebagai langkah terakhir, parti itu cuba meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu sedang menjadi mangsa kezaliman pihak Kerajaan.


Walhal yang buat salah diri mereka sendiri. Mereka yang GAGAL menyerahkan dokumen yang diminta oleh RoS. RoS pula bertindak atas laporan serta aduan yang dibuat oleh ahli - ahli parti itu sendiri. Yang diorang nak jugak salahkan orang lain tu pasal apa!!!
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.