Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WAJIB LUCUT KERAKYATAN DAN HALAU DARI NEGARA INI

MEMANG RAMAI MANUSIA YANG TIDAK SABAR DAN BERPERANGAI PULA ALA KOMINIS ?

MEREKA TIDAK MENGHORMATI TUGAS POLIS DAN TENTERA KETIKA MENJALANKAN TUGAS DIBARISAN HADAPAN.


BERTANGGUNGJAWABLAH JANGAN DOK DALAM POLITIK LAGI


YANG MENYEBARKAN BERITA PALSU WAJIB DICARI HINGGA LUBANG CACING

MENABURKAN BERITA FITNAH WAJIB DIAMBIL TINDAKAN. PUAK-PUAK NI TAK PATUT DIBIARKAN CELUPAR KERANA MEMBURUKKAN NAMA BAIK ATM.


Panglima ATM nafi ada keizinan pukul orang awam
 Image result for IMAGE  PANGLIMA ATM


Diterbitkan 21 Mar 2020, 7:47 pm

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kandungan rakaman suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya anggota pasukan itu diberi kebenaran memukul orang awam ketika menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.


Panglima ATM Jen Affendi Buang dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, rakaman suara dan mesej yang mendakwa kaedah itu akan diguna pakai semasa membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Masyarakat diminta berhenti menyebarkan mesej atau informasi itu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat,” katanya.


Affendi berkata mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sementara itu, Affendi berkata masyarakat tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada cabang darat, laut dan udara sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.


“Ini merupakan tugas sekunder ATM pada waktu aman, iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam memelihara keamanan negara.


“Orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi perintah kawalan pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.


Semalam, tular satu rakaman suara berdurasi 39 saat yang mendakwa anggota tentera akan memukul orang awam sekiranya melanggar arahan perintah kawalan pergerakan.


- Bernama


BERCAKAP BIAR MASUK AKAL

JANGAN JADI ORANG YANG TAK PUNYA AKAL

'Tak masuk akal' kerah tentera mulai Ahad - Anwar

 Malaysiakini
Dikemaskini 20 Mar 2020, 10:05 pm
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan untuk mengerahkan tentera mulai Ahad ini sebagai 'tidak masuk akal' (absurd).

Jawapan: Tentera wajib ambil alih atau bantu tentera, sebab ada orang ramai takfaham bahasa melayu bila Polis bagi arahan bali dan tinggal dalam rumah dan ada yang memang tak faham bahasa melayu sebab baru dapat warga negara ?

"Bagi saya, ini sebenarnya tidak masuk akal untuk mengerahkan tentera pada waktu polis masih boleh mengawal keadaan," kata Anwar kepada CNBC hari ini.

Jawapan:Bukan tak masuk akal, sebab orang yang buat kenyataan ni tidak berAkal

Menteri Pertahanan Ismail Sabri berkata pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Awal hari ini, polis menyuraikan kehadiran ramai pelanggan di pasar basah di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Jawapan: Cer bagi Anuar berita serbu pasar basah, dan kebanyakan pasar raya, sehingga menyusahkan bumiputra yang kurang modal untuk isi tembolok. Puak-puak ni memang kurang ajar.

Anwar berkata PH akan menyokong kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Jawapan: Kerajaan tak harapkan bantuan PH ,sebab PH tak nampak kerajaan ni betul, semuanya salah belaka, selain tak cekap.

"Kami bersama dengan kerajaan dalam semua usaha untuk menangani isu ini," jelasnya.

Jawapan: tak payah sokong.

Bagaimanapun, kata Anwar kerajaan kekurangan perancangan yang jelas dan koheren dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Jawapan: Hang pernahkah bagi tahu perancangan yang jelas ? selain tipu daya politik !

Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menjaga kebajikan golongan miskin dan memastikan nasib mereka terbela sepanjang tempoh dua minggu perintah kawalan pergerakan dua.

Jawapan: Tak payah la nak ajar kerajaan berkait dengan kebajikan.

Anwar juga mengkritik kerajaan kerana tidak melarang perhimpunan agama lebih awal, berkata usaha Perikatan Nasional yang mahu dilihat sebagai pentadbiran Islam telah mengakibatkan keputusan lambat dibuat.

Jawapan: Dah kata daaaah ! Ini semua lakonan  Anuar saja, patutnya langkah awal semasa kerajaan P.H memerintah, tapi apa langkah pencegahan dari P.H ? Hang ingat tak apa Mahadhir kata ? Apa Wan Azizah kata dan apa menteri lain kata ?

TENTERA AKAN BANTU TUGAS POLIS

Tentera akan dikerah mulai Ahad

Image result for IMAGE ISMAIL SABRI

Minister warns tabligh participants

Image result for IMAGE TENTERA BERKAWAL

Pihak tentera akan dipanggil bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan susulan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri.

 Image result for IMAGE TENTERA BERKAWAL

APA DAH JADI ?

JANGAN NANTI ADA YANG KATA P.H GAGAL KAWAL COVID 19, TAPI KERAJAAN BARU PULA TOLONG MEMBIAKKAN KESELURUH NEGARA,

BAHAYA NI !
SUDAH DIJANGKA
 
Tapi yang suruh kosongkan asrama tu agen PEMBANGKANG ke ?


PEMBIAK C19 KE KAMPONG  OLEH PENGHUNI SELANGOR & WILAYAH ?

Malaysiakini 
KEBANYAKANNYA STUDEN IPT

Arahan MKN 'punca' siswa berpusu-pusu balik kampung

 Malaysiakini
BERHATI-HATILAH ORANG KAMPONG PULAK
LEMBAH KELANG DAH OK ?

KERAJAAN P.H GAGAL CEGAH AWAL

RAKYAT YANG PILIH MEREKA, SO RAKYATLAH YANG TANGGUNG.

Monday, March 16, 2020

BENARKAH INI PUNCA MENGAPA MALAYSIA JADI NEGARA TERTINGGI TERKENA JANGKITAN COVID-19 DI ASIA TENGGARA?








Kronologi Covid-19 di Malaysia sehingga 16 Mac

Diterbitkan
Berikut ialah kronologi penularan wabak Covid-19 di Malaysia.23 Jan 2020: Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

-KKM sahkan kes di Sabah adalah negatif.

24 Jan 2020: KKM maklumkan terdapat lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Jan 2020: Menteri Kesihatan (bekas) Dr Dzulkefly Ahmad sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

26 Jan 2020: KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.


27 Jan 2020: KKM telah mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Jan 2020:Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.


-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.
29 Jan 2020: KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

 -Perdana Menteri Dr Mahathir berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Jan 2020: KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.-

-Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

 -Jawatankuasa itu diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

-Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.
31 Jan 2020: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.


1 Feb 2020: Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

-Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

4 Feb 2020: Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Jan.

-Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi membabitkan seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Jan.

-Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10. 

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan novel koronavirus 2019.

5 Feb 2020: Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV dan daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

-Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Feb 2020: Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah individu positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Feb 2020: Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan.

8 Feb 2020: Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadikan individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

9 Feb 2020: Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes. Wanita itu merupakan ibu mertua dalam kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb, iaitu kes kesembilan.

10 Feb 2020:Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.


11 Feb 2020: Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.


12 Feb 2020: KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.

-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi bagi novel koronavirus 2019.

-Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi Covid-19.


13 Feb 2020: Satu lagi kes positif Covid-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Feb 2020: Tiga lagi diuji positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22. Tiga kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Feb 2020: Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan Covid-19.
28 Feb 2020: Kes baharu Covid-19 di negara ini bertambah tiga lagi, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif setakat ini 25 orang, dengan 22 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

 -Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia sementara kes ke-25 ialah seorang lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

 -Kes ke-26 merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari, kes ke-27 merupakan seorang jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 merupakan seorang lelaki berusia 45, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Feb.

3 Mac 2020: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tujuh lagi kes positif Covid-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb.

 4 Mac 2020: Terdapat 14 kes baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif Covid-19 ke-31 hingga ke-50 merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac 2020: Lima lagi individu disahkan positif Covid-19 dengan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu ialah 55.

6 Mac 2020: Sebanyak 28 individu disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah 83 kes.

7 Mac 2020: Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif ialah 93.

8 Mac 2020: Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 ialah 99 kes. Kesemua kes terdiri daripada kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac 2020: Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101, melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

10 Mac 2020: Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 129. Kes positif itu melibatkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac 2020: Sebanyak 20 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac 2020: Sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.

-Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara-negara selain China.

-Malaysia belum mengalami kes sporadik Covid-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik adalah tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit merupakan antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lepas.

13 Mac 2020: Sebanyak 39 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes terkini itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan Covid-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan diberikan rawatan anti-viral



14 Mac 2020: Sebanyak 41 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 238. Kesemua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac 2020: Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020: Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

- Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

-Bernama

Kalau boleh undur waktu adakah korang rasa mereka semua ni berani keluarkan kenyataan yang sama?

Sebenarnya awal² lagi kita boleh bendung penularan wabak Covid-19 ini.

Sewaktu rakyat panik dan seru kerajaan untuk sekat perlancong dari China, ada dikalangan rakyat yang dituduh rasis.

Sekarang lihatlah hasil daripada perbuatan kalian.

Yang akan menempuhnya adalah rakyat.

Buat masa sekarang apa yang kita boleh buat ialah elakkan pergi ke tempat tumpuan ramai, jaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan, pakai topeng muka jika ada gejala batuk,selesema dan kerap bersin.

Berdoalah kepada Allah SWT supaya terhindar daripada wabak Covid-19.

Sekian.

MAHADHIR & ANUAR BEREHATLAH

JANGAN PENINGKAN KEPALA ORANG MELAYU

PAS KEDAH TIADA KELAYAKAN

PAS KEDAH DISARAN KELUAR PARTI DAN MENYERTAI BERSATU ATAU PAN. 
 DAN
BERSATU DAN PAN NAK BERSATU KA ? 
BAGUS LA KALO LAGU TU !

Dia memuat naik beberapa keping gambar antara lain menunjukkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu; timbalan, Salahuddin Ayub; dan dua naib presiden Dr Mujahid Yusof serta Husam Musa turut menyertai pertemuan.

MAHADHIR PERLU FAHAM BAHAWA PAS KEDAH TIADA KELAYAKAN NAK PERINTAH KEDAH, TU YANG PERTAMA

YANG KEDUA PAS MASIH MAHU BERSAMA BERSATU  YANG DAP  DAN AMANAH ADA DIDALAMNYA.

NI SEMUA TAK PELIK EH ! FAHAM-FAHAM LA CARA ORANG KEDAH MELAYANI POLITIK CARI MAKAN DAN KUASA.

DULU USTAZ FADHIL NOR DIKATAKAN KUAT SEMANGAT AGAMA, BILA DIA DAH TAK DA, SEMANGAT DIA TERUS TERKUBUR, TU SEBAB PEWARISNYA MENYERTAI PAN, TU TANDA PAS KEDAH DAH DIKUASAI PAN.

ELOKLAH PAS BERPECAH DUA MACAM PKR TANG SEDANG NAZAK BERPECAH, DAN BERSATU JUGA BERPECAH. SATU BERSATU MAHADHIR DAN SATU LAGI BERSATU MUHYIDDIN.

YANG AGONG IKTIRAF BERSATU MUHYIDDIN.

PARTI MELAYU LA NI DAH JADI GILA KUASA. KATANYA NAK AMBIL KUASA DARI ORANG GILA. PADA HAL SAMA-SAMA GILA.

Dr M pelik PAS Kedah masih sokong Bersatu

Malaysiakini

Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa pelik apabila PAS masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui Bersatu di Kedah.

Bekas perdana menteri itu berkata, PAS boleh menjadi kerajaan negeri tetapi masih memberi sokongan kepada pemimpin Bersatu.

"Di Kedah, (kerajaan negeri) masih kekal Bersatu, tapi yang pelik adalah PAS. Dia boleh jadi kerajaan (negeri), tapi setakat ini masih lagi beri sokongan kepada pemimpin daripada Bersatu.

"Saya tak tahulah berapa lama (sokongan kepada Bersatu) kerana PAS di Kedah ini pun akan kena tekanan daripada ibu pejabat PAS, kemudian boleh jadi (kerajaan negeri) berpecah," katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

SAYA TAK KESAH

TAK SAPE NAK DATANG PUJUK, SEBAB PINTU BELAKANG DAH CUKUP KOTA HI,HI ,
ADA KE LAGI YANG NAK PINTU BELAKANG ?

 
SIAPA DATANG PUJUK AKU LENSING KATA ANUAR

TETIBA ? ALA SAYA TAK KESAH

"Kalau saya tak dipilihpun tak apa, Saya balik jadi nelayanpun tak apa. Tak jadi masalah" !
Macam merajuk je bunyinya tuu !

Image 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjelaskan dalam siaran langsung di Facebook malam ini, Abdul Hadi berkata beliau tidak dilantik menyertai kabinet Perikatan Nasional agar dapat memantau menteri-menteri PAS yang berada dalam kerajaan.

ANUAR MARAH MAHADHIR YANG TERUS KUTUKNYA ?

 

DAH LA TAK DAPAT JADI PIEM, DIKUTUK LAGI HU, HUUU

KABINET MUHYIDDIN

KABINET PROFESIONAL





TIMBALAN MENTERI

SENATOR BARU

SENATOR UNTUK JAWATAN MENTERI

KABINET MUHYIDDIN YASSIN

KITA NAK TENGOK ADAKAH RAKYAT BERTAMBAH SENANG ATAU SUSAH MACAM ZAMAN P.H


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.