Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA MEMANG AGEN YAHUDI


JANGAN BAGI MEREKA MENANG DI RANTAU ? !

PAS DAN UMNO BEKERJASAMA KERANA IKUT NASIHAT DARI AL QURAN SUPAYA JANGAN BERPECAH BELAH (WALA TAFARROQU).

YANG TAK SUKA PAS DAN UMNO BEKERJASAMA HANYALAH YANG BERFAHAMAN YAHUDI DAN NASORO DAN KOMINIS, KERANA KEKUATAN ISLAM ADALAH KERANA BERADA DALAM SATU JAMA'AH.

PANDUAN UMAT ISLAM HANYALAH PADA AL QURAN, SEBAB ITU PADA HARI INI ISLAM PERLU BERJAMA'AH.

KITA BERJAMA'AH BUKAN KERANA NAK JADI TALIBAN ATAU KOMINIS, KITA BERSATU KERANA NAK PERANGI YAHUDI MALAYSIA DAN KOMINIS  MALAYSIA.

-Pak Karamu-

Hadi: Pihak bantah kerjasama PAS-Umno 'macam Yahudi'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan "Yahudi".

Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila Umno-PAS hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain. Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu masa zaman nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu, biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau dilapor berkata demikian dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi.

Meskipun tidak menyebutkan nama tertentu, Hadi dipercayai menujukan kenyataan itu kepada pemimpin DAP.

Awal bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan asalnya menggesa MCA meninggalkan BN menyifatkan bahawa Umno dan PAS “mengisytiharkan perang” terhadap masyarakat bukan Melayu.

Lim kemudiannya mengubah kenyataannya itu dan frasa “pengisytiharan perang” ditukar kepada “menyasarkan”.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula sebelum ini menyifatkan kerjasama PAS dan Umno yang sedang berlangsung kini akan membawa negara ke arah pemerintahan ala "Taliban".

Sementara itu, menyentuh dakwaan Nga, Hadi berkata terdapat perbezaan yang besar corak pemerintahan di Afganistan dan Malaysia.

“Taliban ini pakai Mazhab Hanafi, orang perempuan tidak boleh mengaji sekolah, tiada pilihan raya. Kita PAS buka sekolah, masuk pilihan raya, lain. Tidak betul banding dengan Taliban,” katanya.
Hadi berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan kerjasama Umno dan PAS kerana Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil dengan semua kaum.

“Sekarang timbul kesedaran yang mewajibkan umat Islam perlu bersatu. Pas-Umno perlu bersatu dan orang bukan Islam jangan takut. Kami adil untuk mereka. Dalam sejarah dunia yang mampu menyatukan masyarakat majmuk hanya Islam.

“Sebab itu kita hendak menyatukan orang Islam dulu. Masyarakat lain jangan bimbang, kita tidak ketepikan. Hendak selesaikan masalah negara orang Melayu mesti kuat,” katanya.

BEKAS DIKTATOR BERKUMANDANG DI RANTAU !

CALON PKR YANG MEWAKILI PAKATAN HARAPAN KALAH TERUK KERANA PAKATAN HARAPAN TIDAK SETABIL KERANA TUDUHAN BEKAS DIKTATOR.

CALON BEBAS ANGGOTA PARTI PAN KHIANATI PKR DI RANTAU ? HI HI HI

PAN MEMPERGUNAKAN ORANG TUA SEBAGAI PENGKHIANAT ! ?

Calon Bebas sebenarnya ahli Amanah







Mohamad Taufek menyerahkan Sijil Keahlian Parti Amanah kepada Mohd Nor dalam satu majlis di Kampung Sega Hilir Rantau, pada 10 Mac lalu.

-Pak Karamu-

Kes tetak: MIC ancam saman Streram

   
Calon PKR Rantau, Dr S Streram digesa membuktikan dakwaan bahawa anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam.

Diktator tak benarkan pengkritik bersuara, kata Rina

   
Individu yang mengamalkan sifat diktator tidak akan membiarkan pengkritik bebas bersuara, tegas Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Pertandingan 4 penjuru di Rantau

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pertembungan antara Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dengan calon PKR di Rantau Dr S Streram akhirnya berlaku juga.

Proses penamaan calon untuk pilihan raya semula itu berlangsung pagi ini.

Mohamad pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu menang tanpa bertanding selepas dihalang masuk ke pusat pencalonan.

Ikuti blog Malaysiakini sempena penamaan calon hari ini:

10.15pagi: Luar sekolah - Polis mengarahkan penyokong di luar sekolah berundur apabila kedua-dua penyokong PH dan BN mara sehingga berjarak hanya 100 meter antara satu sama lain. 

Penyokong PH melaungkan “Reformasi” dan “Lawan tetap lawan”
Penyokong BN pula melaungkan “Hidup Tok Mat”, “Bangkit Tok Mat” dan “Hancur PH”.
Dan kedua-dua pihak menyanyikan lagu “Terima kasih abang polis”.  

10.10am: SKJ(C) Bandar Sri Sendayan – Rasmi, PRK Rantau akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Nama yang akan dicetak di kertas seperti berikut:

1) Tok Mat
2) R Malar
3) Mohd Nor Yasin
4) S Streram

10 pagi: SJKC Bandar Seri Sendayan - SPR mengumumkan bahawa waktu penerimaan kertas penamaan calon tamat pada jam 10 pagi. 

Pengumuman itu dibuat wakil SPR di atas pentas di perkarangan sekolah. 

Penyokong dan pemimpin masih menunggu pengumuman calon yang disahkan bertanding oleh SPR.  

9.40 pagi: Selain Mohamad Hasan dan S Streram, calon lain yang mengemukakan kertas pencalonan ialah seorang penganjur program kemasyarakatan, R Malar.

Malar yang menggambarkan dirinya sebagai "suri rumah", berkata dia berhasrat bertanding sebagai calon bebas. 

Wanita berusia 51 tahun itu berasal dari Port Dickson.







Seorang lagi calon bebas ialah Mohd Nor Yasin, yang dilihat bersiap sedia mengemukakan kertas pencalonannya.

Rabu lalu, seorang ahli PKR, Hazan Khalid turut merancang bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak berpuas hati dengan parti itu.

Bagaimanapun, Hazan belum hadir di pusat penamaan calon dan tidak jelas sama ada ia akan muncul atau sebaliknya.

9 pagi - SJKC Bandar Seri Sendayan - Mohamad dikawal ketat dan diiringi oleh anggota Unit Amal PAS menuju ke pusat penamaan calon.

Ketika melalui pintu pagar, Mohamad berseloroh kepada seorang pegawai polis yang meminta untuk melihat pas SPR.

Mohamad berkata mahkamah memutuskan bahawa pas berkenaan tidak diperlukan dan sebab itu kemenangannya sebelum ini dibatalkan.







8.48 pagi: Jalan Persiaran Nusari- Rombongan PH mula berarak ke SJKC Bandar Seri Sendayan untuk menyerahkan borang penamaan calon. 

Rombongan diketuai oleh calon, DR S Stream dan beberapa pemimpin PH – Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. 

Mereka berjalan kira-kira 300 meter untuk ke sekolah. 

Lebih awal pada 8.44 pagi, bacaan doa diadakan, diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa di atas lori sebelum perarakan bermula. 

Rombongan yang menyertai kira-kira 500 penyokong.

8.40am: Jalan Persiaran Nusari - Mohamad Hasan tiba.

Lebih 1,000 penyokong BN hadir memberi sokongan.

Turut kelihatan Presiden MCA Wee Ka Siong,Timbalan Presiden MIC M Saravanan dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.







8.30 pagi: Jalan Persiaran Nusari - Presiden Umno yang sedang bercuti Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan mengejutkan di Rantau.

Penyokong BN kelihatan mengambil kesempatan bergambar dan bersalam dengannya.
Tugas-tugasnya kini dijalankan oleh timbalannya Mohamad Hasan.







8.18 pagi: Jalan Persiaran Nusari - Saifuddin Nasution bersama calon PH Dr S Streram naik ke atas lori untuk berucap. 

Katanya, mereka masih menunggu isyarat dari SPR untuk berarak ke tempat penamaan calon.
Kira-kira 300 penyokong berkumpul setakat ini. 

Turut kelihatan Menteri dalam Negeri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penyokong.  








8 pagi: Jalan Persiaran Nusari, tempat berkumpul PH - kira-kira 200 orang penyokong berkumpul setakat ini. 

Saifuddin Nasution dan Saifudin Abdullah dilihat tiba bersama rombongan yang baru tiba.
Beberapa penyokong turut dilihat mengenakan perhiasan kepala Orang Asli. 

7.43 pagi: Jalan Persiaran Nusari (tempat berkumpul BN)- Semakin ramai orang memenuhi tempat berkumpul BN. 

Rata-ratanya mengenakan baju biru BN mengambil peluang bergambar sesama sendiri.
Calon BN, Mohamad Hassan belum kelihatan tiba di tempat berkumpul setakat ini.







7.24 pagi: depan SJKC Bandar Seri Sendayan - Penyokong rata-ratanya baru tiba dan mengambil peluang bersarapan dulu di lot bangunan sebelah bangunan sekolah.
Kawasan sekolah dikawal ketat oleh pihak polis. 

Kelihatan puluhan polis keluar bagi mengawal jalan-jalan masuk ke sekolah. 

BEKAS DIKTATOR BANYAK BUAT KEROSAKAN ?

KENYATAAN ANUAR PERTANDA PKR BERPECAH ?  

 Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi

   
PRK RANTAU | Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

JENG, JENG. JENG !  ADA GERAKAN BARU BUKAN MUSTAHIL !

 IA SUATU MISI DISEBALIK TABIR, SEBAB ADA BAU DISEBALIK ITU.

ATAU

BOLEHKAH BERSATU BERADA DI DALAM PAKATAN HARAPAN ?

 bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami, bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah," katanya.

-Pak Karamu-

Izzah: Bukan kali pertama saya pernah label Dr M sebagai bekas diktator


Yasmin Ramlan  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya tentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara media Singapura, Straits Times.

Bercakap pada sidang media hari ini, anak sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim itu menjelaskan, gelaran bekas diktator kepada Mahathir itu bukanlah satu perkara baru dan pernah disebutkan beberapa kali sebelum pilihan raya lalu.

"Bagi saya ia adalah satu fakta. Saya pernah mengatakannya sebelum pilihan raya. Saya pernah katakannya ketika demonstrasi Bersih 3 dan 4.

"Saya tak faham kenapa ia menjadi satu masalah apabila saya sampaikan pada ruang perbincangan yang berbeza walaupun dalam mesej yang sama," katanya di lobi parlimen hari ini.



Minggu lalu, Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan Straits Times memberi gambaran bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat.

Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.

Selain itu, ahli parlimen Permatang Pauh itu juga menyentuh tentang cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah," katanya.

Nurul Izzah juga menyifatkan agenda perubahan di bawah pentadbiran PH berjalan terlalu perlahan, yang ditegaskan sekali lagi dalam sidang medianya hari ini.



"Ia (agenda perubahan) perlahan.. Salah ke saya cakap macam tu? Adakah ia tidak boleh diterima? Saya rasa okey saja sebagai seorang rakyat, sesiapa pun boleh komen mengenai langkah reformasi itu dan Insyallah kita akan ke arah itu bersama," katanya.

Susulan daripada itu, semalam, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali melalui Twitter yang menyebutkan bahawa Malaysia memerlukan pemimpin yang akan berjuang sehingga ke saat akhir, dan bukannya pemimpin yang "cengeng".

Meskipun tidak menyebut nama pemimpin yang dimaksudkan, kenyataan menteri hal ehwal ekonomi itu dipercayai ditujukan buat Nurul Izzah yang juga bekas naib presiden PKR.

Susulan kenyataan Azmin, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengirim ciapan di Twitter yang berkata tidak wajar untuk menggelarkan "seorang wanita yang menyatakan pendirian sebagai cengeng".

APA SEDANG BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN ?

ADA APA RAHSIA YANG BERLAKU DISEBALIK TABIR ?

SEMACAM ADA MUSLIHAT POLITIK, TAPI KABUR !

ADAKAH KEKECIWAAN DR MAHADHIR SATU LAKUNAN ? ATAU ADAKAH NURUL IZZAH ADA RAHSIA DEMAND ?

SEMACAM ADA TEAM YANG MENGGERAKAN JENTERA DEMI CITA-CITA YANG MULA MENEMUI KEGAGALAN 

Izzah tak cukup matang komen negatif Dr M, kata setpol PM ?

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Dr Mahadhir Mohamad,apatah lagi menerusi wawancara media Singapura ?

Dr M jawab Nurul Izzah: Saya pun kecewa dengan mereka


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, biarlah orang hendak kecewa kerana beliau juga merasai situasi yang sama.

“Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka),” kata Dr Mahathir yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini selepas majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura, The Straits Times, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang didakwa gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah.

“Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami,” kata anak sulung Presiden PKR Anwar Ibrahim itu dalam wawancara tersebut.

Malah, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya selepas penggalnya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh berakhir.

Beliau juga sebelum ini, membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir menyifatkan tindakan anggota parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada PAC adalah 'hal sendiri'.

"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas.

Beliau diminta mengulas tindakan semua Anggota Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera.

KEGAGALAN PEMIMPIN MELAYU MEMBANGUNKAN MELAYU


 PANDANGAN DAIM HANYA SETELAH DIA TIDAK MEMANDANG KEBELAKANG, SETELAH DIA DAN PIMPINAN MELAYU GAGAL MEMBIMBING MELAYU.

SEMASA DIA BERADA SEBARIS DENGAN PIMPINAN MELAYU YANG MEMERINTAH NEGARA, DIA GAGAL MEMBENTUK EKONOMI MELAYU. 

SETELAH LAMA MENGHILANG  PADA HARI INI DIA KEMBALI DAN BERCAKAP TENTANG MELAYU TERANCAM TIDAK LEBIH SEKADAR RETORIK POLITIK MENGARUT ?

'Melayu mahu terus dikuasai emosi atau guna logik?

 
 
Melayu bukan mahu terus dikuasai emosi, sekalipun emosi melayu lahir ketika negara suasananya dihimpit oleh kegagalan pemimpin melayu gagal mengasuh melayu menjadi bangsa yang berdaulat dan mempunyai kampong halaman secara tradisi dan memikul amanah.
 
Orang koperat memang selalu bercakap tentang suasana  politik semasa, kerana rata-rata mempunyai nawaitu bagaimana hendak membuat harta dan mencari fulus untuk kepentingan kumpulan sendiri, mereka hanya memandang kehadapan tanpa menoleh kebelakang, wal hal dibelakang banyak kesan mundur dari bekas-bekas tangan mereka.
 
Beliau bercakap di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor malam tadi membangkitkan perkara ini dan berkata tanggapan bahawa kedudukan Melayu kini terancam tidak lebih sekadar retorik politik mengarut.
 
Di dalam ucapan beliau seolah-olah dia menampar kemukanya sendiri, namun sebagai seorang koperat dia tidak merasakan bahawa bangsanya masih lagi banyak kekurangan dan perlu mendapat galakan dan bimbingan, yang ini tidak ada didalam mindanya.Dia hanya memandang kehadapan tanpa melihat tahinya banyak bertaburan dibelakang yang belum dicuci.

Dalam ucapannya juga dia bertanyakan kepada bangsanya,"Adakah orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal ? Saban hari semakin jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri - apa yang telah berlaku pada kita ?" soalnya.

"Berbanding menggunakan logik dan fakta, kita memilih untuk percaya terhadap retorik perkauman ahli politik yang reputasinya meragukan," katanya.

Daim kemudian bertanya kepada hadirin - sebahagian besarnya ahli akademik - tentang peranan mereka dalam memasukkan fakta dan logik ke dalam naratif Malaysia.

"Adakah anda mahu dibawa arus emosi atau anda merasakan menjadi tanggungjawab sendiri untuk mempersoal naratif tidak rasional yang disuap kepada orang Melayu?

"Adakah anda yang berpendidikan bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang sedang berlaku, atau hanya berpura-pura yang perkauman semakin meningkat ini sesuatu yang absah ?"

Hari ini politikus dan Koperat terus bercakap dengan agindanya
 
Beliau terus menyatakan "Naratif semasa yang berpusat sekitar kaum dan agama, memberi tanggapan orang Melayu kini kian hampir untuk dipinggir di negara sendiri. "Ada kemarahan yang begitu kuat apabila orang bukan Melayu dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ia baru berlaku sekarang.

"Kenapa tiada kemarahan sama ketika kita berdepan dengan fakta rasuah dan kleptokrasi tahap tinggi di kalangan pemimpin Melayu kita? Kita tidak tersinggung apabila ia jadi tajuk berita seluruh dunia.
"Sebaliknya kita kata 'Malu apa'. Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita ?
Bagi Daim, orang Melayu kini ada dua pilihan, sama ada meneruskan naratif emosi dan tidak rasional sehingga membakar diri sendiri atau berhenti sejenak, berfikir dan menyeru ke arah perubahan.

"Tiada siapa yang paksa kita menjadi emosi dan tidak rasional. Kita memilih untuk jadi begitu kerana kita benarkan diri dipengaruhi ahli politik yang matlamatnya hanya untuk kembali berkuasa, walau apa pun harganya.

"Dan selalunya kitalah yang menanggung harganya," katanya lagi.

Beliau turut menyentuh reaksi sebilangan orang Melayu berkenaan isu penghinaan terhadap Islam yang timbul mutakhir ini.

"Agama tak boleh dihina. Hanya manusia (boleh rasa terhina). Jika keimanan kita kuat, kita tidak akan rasa terhina, malah kita akan mengetawakan kejahilan (mereka yang menghina).

 Seorang koperat memang selalu bercakap begitu, iaitu jika keimanan kita kuat kita tidak akan rasa terhina, sekalipun didalam negara kita diletakkan sumber maksiat berluluasa sekalipun ia diharamkan oleh agama asalkan negara memperolehi keuntungan daripadanya itu semua dikira boleh sahaja.

Demikianlah jika kita mahu menilai orang melayu yang mengaku islam yang berfahaman sekular tegar yang berpegang minyak dan air tidak akan bercampur. Apabila fikiran sudah menjadi biul mereka akan bercakap tentang untung dan rugi tanpa memikirkan maruah, akhlak, pantang dan larang agama.


KATA MESTI DIKOTA

 

MULUT CELUPAR WAJIB DIAJAR
TIDAK LAYAK SEBAGAI SPEAKER 

Nga enggan mohon maaf kenyataan 'negara Taliban'


Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
PARLIMEN | Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "negara Taliban" sekiranya pakatan Umno-PAS berkuasa.

"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkatapihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".

Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.

"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.

Nga dilapor bercakap kepada pemberita awal bulan ini sebagai berkata sekiranya pakatan PAS dan Umno mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.

Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama Umno-PAS sebagai contoh.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".
Diminta mengulas tentang kenyataannya, Nga bertanya sama ada pemberita berada di tempat kejadian ketika membuat kenyataan itu.

"Kenyataan apa yang saya buat? Anda dengar apa saya cakap? Anda cuma petik orang lain kata, kan?" katanya.

MANA SATU MENTERI YANG NAK JAWAB NI ?

TAK PA, NANTI ORANG LAIN MEMERINTAH KITA BONGKAR PULAK, DAKWA PULAK, YANG DAH TUTUP KES BUKA BALIK, SONANG BA ITU !

-Pak Karamu- 

 

Tiadanya kemas kini siasatan kes berkaitan PH

Hariz Mohd & Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Sejak Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada Mei lalu, ada pelbagai dakwaan salah laku anggota pentadbiran, dan individu yang berkaitan dengannya, yang dilapor media secara meluas.

Bagaimanapun setakat ini belum ada yang dibawa ke mahkamah.

Enam bulan lalu, rakaman video menunjukkan pegawai khas kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Aziz Jamman merakam dari bawah skirt seorang wanita. Pegawai itu dibuang, tetapi tiada rekod menunjukkan dia didakwa.

Ketika pemilihan PKR hujung tahun lalu, beberapa pekerja parti ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kejanggalan dalam senarai keanggotaan parti.

Seorang pemimpin PKR Sarawak menyerahkan apa yang disifatkannya sebagai bukti yang "tak dapat disangkal" tentang pembelian undi. Sejak itu, tiada kemas kini berkenaan siasatan SPRM terhadap pemilihan PKR.

Disember lalu, setiausaha politik perdana menteri Zahid Md Arip disebut dalam sepuluh pertuduhan rasuah terhadap bekas pengerusi Felda Isa Abdul Samad. 

Sebulan kemudian, anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu didakwa positif ganja. Kertas siasatan polis telah dihantar kepada pendakwaan.

Ada juga pelbagai laporan polis berhubung kesalahan pilihan raya ketika kempen PRK Cameron Highlands, melibatkan calon PH M Manogaran dan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Malaysiakini membuat beberapa percubaan untuk mendapatkan status kemas kini semua kes ini daripada polis, SPRM dan pejabat peguam negara, tetapi tidak berhasil.

Pengarah Eksekutif Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata tiadanya kemas kini daripada pihak berkuasa memang menjadi satu kebimbangan.

"Dalam semangat kebertanggungjawaban dan ketelusan, pihak berkuasa mesti menunjukkan tahap kepantasan sama ketika menyiasat dalam siasatan melibatkan pemimpin politik dan keluarga mereka. Tahap keadilan mesti sama seperti dalam kes lain," katanya kepada Malaysiakini.

Dengan memberikan kemas kini siasatan secara berkala, katanya, ia akan menunjukkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dan mengutamakan kedaulatan undang-undang.

"Penting untuk PH menunjukkan mereka boleh menjadi berbeza dengan pentadbiran lalu, walaupun ia mungkin mengaitkan keluarga sendiri, kakitangan atau orang yang rapat dengan mereka.

"Jika mereka buat kesalahan, mereka patut dihukum. Tetapi jika tiada kes, orang awam perlu dimaklumkan," katanya lagi.

PANDAI BERLAKON !


DAP beri teguran keras pada Adun Mengkibol

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
DAP hari ini memberikan teguran keras kepada Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berhubung kenyataannya mengenai serangan pengganas di Christchurch semalam.

Menurut Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, kenyataan Chew itu tidak sensitif terhadap kejadian yang mengorbankan 49 nyawa itu. 

“Walaupun Chew telah menarik balik dan memohon maaf sebanyak tiga kali, saya mengakui kenyataan tersebut memberi kesan serius. 

“Nasi sudah menjadi bubur dan saya menegur sikap beliau yang tidak sensitif. Parti amat memandang serius insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan awalnya semalam selepas tragedi di Christchurch itu, Chew meluahkan kebimbangan mengenai kerjasama Umno dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.
Katanya, kejadian tembakan itu harus menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.

Kenyataan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai tidak sensitif. 

Ekoran daripada itu, Chew menarik balik kenyataan itu atas alasan ia telah menyebabkan "salah faham" dan membuat permohonan maaf sebanyak tiga kali. 

"Tujuan asal kenyataan media saya petang tadi (semalam) ialah untuk mengingatkan masyarakat akan kepentingan mencegah keganasan pelampau. 

"Dengan hati yang ikhlas, saya meminta maaf atas kenyataan saya itu kerana telah menyinggung perasaan orang ramai, terutamanya masyarakat Muslim," kata Chew.

Mengambil pendirian serupa seperti Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Liew menyatakan DAP mengutuk serangan tersebut yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut mencederakan ramai pihak.

Lim semalam berkata serangan berkenaan bukan sahaja merupakan jenayah ke atas komuniti Muslim di Christchurch, malah jenayah ke atas kemanusiaan secara keseluruhannya.

“Tiada agama yang membenarkan keganasan kepada orang yang tidak bersalah, dan apa yang berlaku bertentangan dengan ajaran semua agama,” kata Lim.

Terdahulu serangan yang dikatakan berlaku di dua masjid dan sekurang-kurangnya enam lokasi berbeza itu mengorbankan 49 nyawa dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera. 

Serangan ke salah satu masjid disiarkan secara langsung di Facebook dan pelaku juga menyiarkan "manifesto" dalam talian yang mengecam pendatang sebagai "penceroboh".

Susulan itu suspek utama tembakan rambang berkenaan, Brenton Harrison Tarrant yang merupakan seorang warganegara Australia, didakwa atas pembunuhan itu pada hari ini.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut menyifatkan kejadian itu sebagai tindakan keganasan dan pembunuhan paling tragis di negara itu.

SAMPAH TALIBAN ?

SEKARANG TUHAN TUNJUKKAN GOLONGAN PELAMPAU SEBENAR
DAN PUNCA PELAMPAU SERTA DARI KUMPULAN MANA

DAP bimbang PH 'terpelanting' PRU15, kata penganalisis

Adun DAP tarik balik kenyataan isu serangan Christchurch


Azmin bidas senator Australia: Jangan tiup kebencian

   
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohammed Azmin Ali.
   
Angka korban Christchurch meningkat 49 orang
Pemimpin Umno kecam senator Australia
News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Pemimpin Umno hari ini mengecam kenyataan Senator Australia, Fraser Anning mengenai serangan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 Muslim.

Menulis di Twitter, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Anning itu sebagai 'sampah'.
"Sebab sebenar pertumpahan darah di jalan-jalan New Zealand pada hari ini adalah minda perkauman orang berpura-pura seperti sampah macam kamu," kata anggota parlimen Rembau itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa turut mengecam kenyataan Anning yang disifatkan sebagai biadab.

"Sedih dan tersangat dukacita melihat serangan dan pembunuhan jemaah Mesjid di Christchurch NZ yang dilakukan sedemikian rupa.

"Lebih sedih lagi bila ada kenyataan pemimpin politik seperti Senator Fraser Anning yang begitu biadab dan menyeleweng terhadap Islam. Kita rasa cukup tercabar," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas insiden itu, Anning antara lain berkata serangan itu berpunca daripada isu penghijrahan "pelampau muslim" ke New Zealand.

Dia menambah meskipun masyarakat Islam menjadi mangsa dalam tragedi berdarah itu, namun mereka kebiasaannya merupakan "pelaku jenayah" sebenar.

RAKYAT MENUNGGU TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG

MULUT CELUPAR LIM GUAN ENG DARI PAKATAN HARAPAN UNDANG BAHAYA PERANG, KERAJAAN PERLU BERTINDAK. SIAPA YANG MULAKAN HENDAK SANGAT BERPERANG ?

Speakar ingatkan MP jangan api-apikan kenyataan 'isytihar perang'
   
PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini mengingatkan agar ahli parlimen tidak mengapi-apikan kenyataan yang boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Mohamad Ariff memberi peringatan itu susulan kekeceohan ketika Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berbahas dan menyentuh tentang kenyataan asal Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno merupakan "pengisytiharan perang" terhadap bukan muslim. 

"Peraturan mesyuarat juga sebutkan jangan bangkitkan isu-isu yang menimbulkan perasaan jahat antara kaum. 

"Jadi memadai jika sesuatu sudah kita sebut, tak perlu disokong atau diapi-apikan," tegas Mohamad Ariff.

Rabu lalu, Lim mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina menggesa MCA meninggalkan BN kerana menurutnya, Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap golongan bukan muslim.

Selepas kenyataan itu dilapor media, Lim membuat pembetulan dengan mengeluarkan istilah "pengisytiharan perang" dan menggantikannya dengan perkataan "menyasarkan".

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri mempersoalkan sama ada kenyataan asal Lim boleh dianggap provokasi bagi bukan muslim untuk "mengisytiharkan perang" terhadap golongan muslim di Malaysia.

"Adakah ia (kenyataan Lim) merupakan provokasi kepada bukan kaum Melayu untuk isytihar perang kepada orang Melayu di negara kita ? 

"Ini merupakan satu provokasi yang amat serius. Kalau provokasi ini diambil oleh pihak bukan Melayu dan seterusnya mengisytiharkan perang terhadap orang Melayu, bermakna tentu saja akan berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini seperti 13 Mei 1969," kata ahli parlimen Bera itu.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata: "Kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kemudian bertanya ahli parlimen mana yang membuat kenyataan itu, yang membuatkan Takiyuddin tampil dan mengulang sekali lagi: "Saya cakap, kalau ada isytihar perang, kita sambut perang".

Pemimpin PH kemudian menyatakan bantahan dengan kenyataan itu, sebelum Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pula berdiri dan mengulangi: "Kalau ada perang kita sambut perang!"

PERISYTIHARAN PERANG KEPADA MENYASARKAN PERANG TERHADAP BUKAN ISLAM ADALAH TUDUHAN YANG SANGAT JAHAT YANG BOLEH MENCETUSKAN DENDAM YANG BERPANJANGAN.

 -Pak Karamu-

58 laporan polis dibuat terhadap Guan Eng

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu di negara ini.

Laporan berhubung kenyataan Lim itu dibuat meskipun selepas beliau membuat pembetulan dengan mengeluarkan perkataan "perisytiharan perang" dan menggantikannya dengan perkataan "menyasarkan".

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima  58 laporan polis terhadap Lim berhubung perkara itu dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

"Sekiranya perlu, kita akan memanggil beliau (Lim) untuk mengambil keterangannya bila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Fuzi juga menafikan tanggapan yang mengatakan polis lambat mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Ia (dakwaan polis lambat bertindak) tidak tepat. Kita terus membuka kertas siasatan selepas menerima laporan polis minggu lalu,” katanya.

USHA TERANCANG HENDAK MENGHAPUSKAN JAMAAH ISLAM

 ORANG KAFIR DAN MUNAFIK TIDAK PUAS HATI KEPADA PAS DAN UMNO APABILA MEREKA BERSATU, MENGAPA ???

ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SENANG KEPADA ISLAM SELAGI UMAT ISLAM TIDAK MENGIKUT TELUNJUK MEREKA 

OLEH KERANA ITU PAS AKAN BUAT SOLAT HAJAT CARA BERTERUSAN

SIAPA YANG BUAT FITNAH, TANGGUNG SENDIRILAH !
BIAR ALLAH YANG MENGHUKUM MEREKA.

KEPADA YANG MULUT CELUPAR DAN FITNAH TANGGUNG SENDIRI !

-Pak Karamu-


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PAS, Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran dibuat kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah.

Hadi berkata, PAS atau beliau sendiri secara individu tidak pernah membuat bayaran RM1.4 juta itu seperti didedahkan peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Saya tak bayar, PAS tak bayar. Dakwaan itu tak betul," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Hadi turut mengulangi penafian parti itu sebelum ini berhubung dakwaan PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare, menerusi pihak ketiga, untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang difailkannya di London.

Hadi berkata, 'pertuduhan' terbaru ke atas PAS berhubung pembayaran RM1.4 juta kepada Clare hanyalah satu agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan parti berkenaan.






Katanya, PAS hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Clare seperti didakwa.

Editor Sarawak Report itu pada 1 Mac lalu mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu.

Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam, Americk Sidhu.

Beliau juga mengesahkan cek RM1.4 juta itu sudah dijelaskan dan wang berkenaan telah diterima anak guamnya.

Americk Sidhu juga mendakwa Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Rameli Musa bertindak sebagai pengantara dan menawarkan diri untuk membayar secara tunai, tetapi menulis cek apabila diberitahu tidak boleh berbuat demikian.







Pada sidang akhbarnya itu, Hadi juga ditanya mengenai gambar pertemuan beliau bersama Rameli.

Berita Harian turut melaporkan Hadi sebagai mengesahkan dirinya di dalam gambar itu, namun menafikan ia berkait dakwaan pembayaran itu.

"Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand tak silap saya. Ketika saya berjumpa (bekas menteri luar Thailand) Surin (Abdul Halim Ismail Pitsuwan) untuk membincangkan masalah penindasan terhadap umat Islam di Myanmar. Beliau (Surin) dah meninggal pun dua tahun lalu.

"Tak timbul pun (pertemuan itu) nak tandatangan cek atau apa ketika itu," katanya.

Gambar Hadi bersama Rameli dimuatnaik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersama catatan panjang di Facebook miliknya Sabtu lalu, menggambarkan hubungan akrab Ahli Parlimen Marang itu dengan ahli perniagaan berkenaan.

Hadi juga berkata, PAS tidak berhasrat untuk membawa kes serangan terbaru ke atas parti itu ke mahkamah bagi membersihkan nama kerana tidak mahu membuang masa dan wang.







"Kita tak mahu habiskan masa yang banyak untuk saman, habis duit banyak. Cuma kita mengadu pada Allah.

"Malam ini kita buat solat hajat di seluruh negara. Mereka yang percaya kita tak buat benda yang difitnahkan ini, kita serahkan kepada Allah. 

"Malam ini kita buat solat hajat di seluruh negara. Mereka yang percaya kita tak buat benda yang difitnahkan ini, kita serahkan kepada Allah. Tindakan kita ialah jelaskan pada masyarakat apa yang sebenar," katanya.

Beliau berkata, PAS menarik semula saman difailkan terhadap Clare kerana ia adalah agenda politik dan bukan agenda perniagaan.

"Kita dah didatangi pihak tertentu untuk tarik balik kes ini sebelum pilihan raya lagi, tetapi kita tak mahulah kerana kes ini berlaku masa pilihan raya, kes ini pun kes politik.

"Dan apabila kita menang di Terengganu dan pertahan Kelantan, kita dapat perintah negeri ini dan kita juga jadi parti yang terbesar di Kedah dan Pahang.

"Jadi kita sudah berjaya daripada segi politik. Oleh sebab itu kita dah berjaya (agenda politik) dan kita tarik kes ini (saman Rewcastle-Brown)," katanya.
Tindakan kita ialah jelaskan pada masyarakat apa yang sebenar," katanya.

Beliau berkata, PAS menarik semula saman difailkan terhadap Clare kerana ia adalah agenda politik dan bukan agenda perniagaan.

"Kita dah didatangi pihak tertentu untuk tarik balik kes ini sebelum pilihan raya lagi, tetapi kita tak mahulah kerana kes ini berlaku masa pilihan raya, kes ini pun kes politik.

"Dan apabila kita menang di Terengganu dan pertahan Kelantan, kita dapat perintah negeri ini dan kita juga jadi parti yang terbesar di Kedah dan Pahang.

"Jadi kita sudah berjaya daripada segi politik. Oleh sebab itu kita dah berjaya (agenda politik) dan kita tarik kes ini (saman Rewcastle-Brown)," katanya.

ADA YANG MELEPAS ! HUUUUWAAAAA !

Lepas PAS, Umno pula umum sedia sokong Dr M

Shakira Buang dan Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Selepas PAS, kini giliran Umno pula menjanjikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad jika perdana menteri itu berdepan dengan cubaan untuk menyingkirkannya.

Memberi alasan langkah itu diambil demi kepentingan rakyat, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak ada sebab mengapa parti terbabit tidak boleh menghulurkan sokongan kepada Mahathir.

“Kalau diperlukan dan demi kebaikan, kenapa tidak?" katanya.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menambah walaupun kedudukan Umno sekarang ialah pembangkang, tidak bermakna parti itu akan sentiasa menolak segala tindakan kerajaan.

"Kita (Umno) akan sokong apa saja polisi awam ataupun dasar-dasar yang diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah air,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penubuhan jawatankuasa khas antara PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Isu sokongan kepada Mahathir timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan dua pemimpin kanan parti itu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada 15 Feb lalu.

Menurut PAS mereka akan mempertahankan Mahathir daripada cubaan mengetepikannya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Walaupun tidak merujuk sebarang nama secara khusus PAS mendakwa gerakaan itu didalangi pemimpin tertentu dalam PKR dan DAP.
 
PKR, DAP dan Amanah kemudian menegaskan tiada sebarang cubaan atau cadangan untuk mereka melakukan gerakan menyingkirkan Mahathir.

Mahathir juga menjelaskan, sokongan PAS sepatutnya diberikan ke atas kerajaan PH, dan bukannya bersifat peribadi untuk beliau semata-mata.

KENTUT BERHARGA RM 90 JUTA

PASAL KENTUT PAKATAN HARAPAN TERSUNGKUR

BILA KENTUT BERHARGA TINGGI, MAKA IA PERLU DISEMBUNYIKAN SEKALIPUN IA BERBAU KERAS DAN TAJAM.

YANG NUAR PALING MARAH IALAH CARA PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH DAN RM 1.4 JUTA DICANAG SEHINGGA BERBAU HAPRAK.

ISU ITU TIDAKLAH BERAPA SANGAT, TAPI YANG MEMBUATKAN HILANG KEPALA IALAH BOCORNYA UNDI TIDAK PERCAYA SEHINGGA MAJLIS PRESIDEN TERPAKSA MEMBERI SOKONGAN TERHADAP MAHADHIR MUHAMMAD KEKAL SEBAGAI PIEM.

PAS MEMANG TIDAK MAHU NUAR JADI PIEM, SEBAB TAKUT TUHAN BAGI BUMI MALAYSIA TERBALIK, KERANA FITRAH DIATAS HUKUMNYA MEMANG BEGITU.

SO SELAMATKAN MALAYSIA.

-Pak Karamu-

 Jika Anwar marah PAS ambillah wuduk - Subky

Subky Latif  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
ULASAN | Entahlah! Habis-habisan dua hari sebelum PRK Semenyih semua tenaga, semua fikiran dan semua marahnya ditumpukan pada PAS, hingga seolah-oleh lepas ini tiada lagilah PAS.

Sedang PAS hendak menyelesaikan masalahnya dengan saman atas Sarawak Report. Meneruskan saman itu pada PAS, sekalipun harapan menangnya besar, untungnya tidak berbaloi. Baiklah tenaga, masa dan duit digunakan menghadapi ancaman dan bahaya kerajaan PH.

Kentut yang pemberian RM90 juta dikatakan dari Umno kepada PAS tidak banyak disebut dalam marah tetapi tumpuan marah itu adalah cara dan syarat penyelesaian di luar mahkamah itu.

Anwar Ibrahim pun bukanlah mudah menyelesaikan kesnya hingga dua kali penjara atas fitnah liwat terhadapnya. Macam-macam pembelaan dibuat mahkamah tidak juga memihak kepadanya. Belasan tahun membela diri membersihkan maruahnya tidak berhasil. Yang membebaskan dia bukan mahkamah tapi pengampunan diraja.

Demikianlah masalahnya dan susahnya dia dengan fitnah itu.

Tapi pada PAS atas cara yang PAS fikir baik tentang penyelesaian di luar mahkamah itu mengapa?

PAS tak mahu Anwar jadi PM

Yang dia marah itu agaknya pertama disebabkan PAS tidak mahu dia jadi perdana menteri sejak masih bersama Pakatan Rakyat dulu lagi dan sebelum Anwar dipenjara kali kedua dulu. Kedua hendak memastikan Semenyih tidak mengulangi tragedi PH di Cameron Highlands.

Tidak setuju politik PAS adalah pilihannya, tapi janganlah marah macam dia marah sekarang. Bukan dia saja tidak suka PAS, ramai lagi. Tapi jangan marah seperti sekarang ini. Marah itu bukan cara berfikir orang berbudi tinggi.

Dan tiada sesiapa boleh meredakan orang yang suka marah melainkan orang itu sendiri. Islam ajar, siapa marah, ambillah wuduk. Wuduk nescaya menurunkan digri (tahap) marah. Sama seperi nafsu berahi yang meruap, atasilah dengan puasa. Puasa menurunkan nafsu berahi, wuduk menurunkan api kemarahan.

Tiada apa yang kita dapat buat bila Anwar marah melainkan berdoa, dia sentiasa ambil wuduk bila naik darah.

Anwar itu memulakan perjuangan sejak pelajar hingga remaja, sebagai orang harakah, gerakan Islam. 
Dia seolah-olah orang PAS yang tidak jadi ahli. Kawannya semua orang PAS. Bila cukup umur nescaya jadi orang PASlah. PAS menyediakan parlimen Permatang Pauh yang diwakili PAS, Almarhum Haji Zabidi Ali adalah untuknya.

Hinggalah dia tahun 1982 dicuri Mahathir (Mohamad) jadi orang Umno. Saran Mahathir padanya, kira-kira kalau hendak jadi Perdana Menteri bukan melalui PAS tetapi melalui Umno. Mahathir buka seluas peluang kepadanya, rebutlah.

Tetapi yang jauh pandangan politiknya DAP dan Kit Siang. Selepas 40 tahun berpolitik peluang Anwar jadi perdana menteri ialah melalui politik DAP.

Saya tidak menentang Anwar jadi perdana menteri. Kerana parti saya PAS tidak mahu dia jadi perdana menteri, sebagai ahli parti saya mesti setuju dengan parti saya. Kalau saya tidak setuju dengan PAS, maka saya masuk DAP. Jika dia jadi perdana menteri nanti tentu saya rapat dengannya.

Tapi saya hilang PAS.

PAS bukan sekadar tidak setuju dia, malah jumpa pula PM Mahathir minta jangan undur sebelum PRU15. Sudahlah tidak mahu dia jadi perdana menteri, minta pula Mahathir jangan berhenti.

Maka amat marahlah orang yang suka marah. BN di Semenyih menang atas sokongan PAS, masa depan PH terancam. Jadi PM melalui kemahuan DAP pun boleh melepas. Dengan marah, PAS mesti diganyang.


SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan judul "Apa yang Anwar marah sangat PAS?"
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.