Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU PASAL LA JANGAN MEMANDAI-MANDAI BUAT ANALISA BODOH

LAIN KALI PAKAI AKAI, JANGAN PAKAI OTAK
MULA-MULA HANTAM PAS, LEPAS TU ORANG YANG SAMA
DALAM INvOKE BUAT ANALISA, JUGA HANTAM PAS
TU, CERDEK KE BANGANG NAMANYA ?
-Pak Karamu-
Pas tidak boleh ketepikan pandangan luar
 Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Ketika mana Pas masih ghairah dengan mood muktamarnya, parti itu tidak boleh membakul sampahkan dan mengetepikan sahaja dapatan kajian Invoke baru-baru ini.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, biarpun hangat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan di Kedah, parti pembangkang kena sedar, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru nanti sudah pasti keputusan akan memihak kepada BN.

“Saya berpandangan, parti pembangkang kena sedar dan jangan terlalu yakin dengan kekuatan parti mereka masing-masing. Pas sebagai contoh sepatutnya kena ambil iktibar mengenai kajian ini.

“Mereka janganlah memperkecilkan atau kurang percaya tentang kajian-kajian seperti ini kerana setiap kajian penyelidikan, pelbagai method kajian boleh digunakan yang bertujuan mengesahkan reliability dan validity sesuatu kajian,” katanya.

Selain itu katanya, sama ada pendekatan politik sejahtera dan matang boleh direalisasikan oleh Pas bagi mencapai kemenangan nanti juga bergantung kepada sejauh mana kekuatan jentera pilihan rayanya.

Keadaan ini katanya, boleh diibaratkan seperti pendekatan ‘harakiri’ Pas sama ada mereka boleh ‘survive’ atau sebaliknya dalam kancah politik Malaysia yang terlalu banyak kucahnya.

“Sama ada Pas akan mencapai kejayaan yang lebih baik atau tidak dengan bertanding bersendirian nanti, hanya ALLAH SWT boleh tentukan. Jika diimbas dari segi sejarah kemenangan Pas, kalau mereka bersendirian adalah agak mengecewakan berbanding bila mereka bekerjasama dalam pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pendekatan Pas dengan cara Pas atau sebaliknya, Pakatan Harapan dengan caranya menunjukkan ketidaksepaduan antara mereka.

"Bila ini berlaku, parti-parti yang ada dalam pembangkang merasakan mereka hebat dan ia ditunjuk dengan gelagat kurang cerdik dalam tindakan pemimpin-pemimpin mereka,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, Pas merasakan mereka boleh menang sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti walaupun kebanyakan penganalisis politik berfikir sebaliknya.

Katanya, biarpun pemimpin Pas secara realitinya tahu akan berdepan kekalahan pada PRU14 nanti sekiranya bertanding bersendirian, tetapi mereka tekad bertanding, dengan prinsip kalah dan menang adalah perkara biasa, yang penting adalah reda ALLAH SWT.

“Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad baru-baru ini berkenaan parti itu yang akan bertanding sekurang-kurangnya 80 kerusi Parlimen pada PRU14, ia sebenarnya tidak sedikit pun memberikan jaminan bahawa parti itu akan mencapai kemenangan lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Pas mahu menang dengan lebih banyak kerusi, parti itu mesti merampas kerusi daripada BN dan tidak mungkin boleh menang di kawasan majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP, ataupun kawasan campuran yang dimenangi oleh PKR.

LOMPAT PARTI ?

Daroyah setia bersama MB Selangor
Dr Daroyah Alwi
Dr Daroyah Alwi
 
SHAH ALAM - PKR tetap pendirian dan terus setia bersama pentadbiran kepimpinan Selangor di bawah pemerintan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, beliau tidak tahu menahu isu membabitkan empat Adun PKR yang dikatakan melompat parti  untuk menubuhkan kerajaan campuran baru di Selangor.

“Saya belum dengar mengenai perkara itu. Insya-ALLAH, saya kekal pendirian bersama parti,” katanya.


Ditanya mengenai Mohamed Azmin akan mengadakan pertemuan bersama Adun Pakatan Rakyat minggu depan bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat, Daroyah enggas mengulas lanjut.

“Berita itu pun kita belum lagi dengar. Lagipun, menteri besar sibuk dengan konvensyen minggu ini siri jelajah ke beberapa negeri.

“Malah, beliau juga akan akan bertolak ke Timur Tengah malam ini (semalam) untuk lawatan kerja di Maghribi, Jordan dan Mesir selama lima hari,” katanya.

Diajukan pertanyaan adakah nama beliau dikaitkan akan lompat parti, Daroyah sebaliknya menjawab: “Wallahhualam”.

KERAJAAN SELANGOR BERJALAN SEPERTI BIASA

BILA PUTUS HUBUNGAN ANTARA PAS&PKR
MEMANG UJUD SPEKULASI NAMUN IA
MENJADI ASAM GARAN UNTUK
KECUTKAN PERUT. HARAP IA TIDAK TERJADI
MEMANDANGKAN PILIHANRAYA SUDAH HAMPIR
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Dakwaan lompat parti hanya propaganda
Shuhaimi Shafiei
Shuhaimi Shafiei

SHAH ALAM - Khabar angin tentang empat Adun PKR akan lompat parti bagi menubuhkan kerajaan campuran baru di Selangor disifatkan sebagai propaganda semata-mata.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, spekulasi tersebut mungkin berpunca daripada pihak yang ‘ingin kembali’.

“Itu hanya propaganda dan spekulasi semata-mata. Mungkin ada pihak yang kecewa kehilangan kedudukan satu ketika dahulu berharap untuk kembali.

"Sejak 2008 ramai Adun dikaitkan melompat sana sini namun ia tidak berlaku. Jika ada pun hanya satu kes terpencil di Selangor.

“Kita sedar ada sedikit usaha pihak tertentu ke arah itu sejak November 2014 lagi dan terbaru, mereka merisik khabar dengan beberapa adun. Mungkin mereka terlibat dengan penyiaran propaganda itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah blog mengatakan empat Adun PKR akan meninggalkan parti itu dan menubuhkan kerajaan baharu.

Katanya, di sebalik khabar angin itu, kerjasama dengan semua Adun dari Pas, Amanah, Dap dan PKR berjalan dengan baik hingga kini.

“Malam ini pun beberapa Adun dari PKR dan Pas menyertai delegasi menteri besar ke Timur Tengah bagi meninjau keadaan pelajar-pelajar Selangor di sana.

“Maka tiada masalah besar atau apa-apa yang berlaku. Kerajaan negeri berjalan seperti biasa dan lancar. Pakatan Selangor akan teruskan pentadbiran seperti biasa dan kami kekal fokus dengan agenda Membangun Bangsa, Memakmur Negeri," katanya.

RAMAI CALON PADA PRU 14 DIPERLUKAN PAS SETELAH PAS&PKR PUTUS HUBUNGAN

Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara
 Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara
- Foto Sinar Harian
 
ALOR SETAR - Semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail.

Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.

Terdahulu, pada pembentangan usul, Zulkifli merujuk kepada perlembagaan Pas, Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) sebagai hujah agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

“Majlis Syura Ulamak menetapkan syarat Tahaluf Siyasi, antaranya tahaluf mestilah dijalankan sebagai wasilah menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam,” katanya.

Menurutnya, dasar-dasar Islam hendaklah dipertahankan, Intima’ diberikan kepada kepimpinan gerakan Islam dan bukan kepada pakatan tahaluf.

“Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah, di mana matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan tahaluf secara mutlak,” katanya.

Bagaimanapun, Zulkifli bersetuju mandat membuat penilaian terhadap tahaluf mestilah diputuskan Majlis Syura Ulamak.

“Keputusan muktamad tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan Pas. Apa sahaja keputusan akan dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, terdapat banyak pelanggaran syarat sepanjang tempoh berlangsungnya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR, yang boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian, antaranya penglibatan PKR menyokong calon Amanah menentang Pas pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kegagalan PKR memberi sokongan kepada usaha Pas memperkasakan mahkamah syariah melalui pindaan akta 355, seolah-olah bersama dengan pendirian DAP yang menentang pindaan akta itu.

“Kenyataan pimpinan PKR secara terbuka memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap Pas sekaligus tidak menunjukkan setiakawan. Sehubungan itu, kami usulkan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan,” katanya, disusuli sorakan gemuruh perwakilan.

“Islam mengajar kita patuhi perjanjian dan tidak boleh dilanggar  sewenangnya. Hendaklah pihak terbabit hormati isi perjanjian, tidak khianati dan tidak bantu musuh Islam. Kita tegas terhadap tahaluf jika ada  rakan yang tak patuhi syarat,” katanya.

Menurutnya, Pas perlu tegas berdepan dengan rakan tahaluf yang cuba mewujudkan gelombang sekular sosialis yang berbahaya kerana ia merupakan aspek ekstremis.

Usul itu dibawa bersama Pas kawasan Bandar Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat dan Dewan Ulamak Pas Pusat.

GEMPA BUMI

Gempa sederhana landa wilayah Taiwan
Gempa bumi
Gambar hiasan
GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di Wilayah Taiwan pada jam 9.57 pagi tadi.

Jabatan Metereologi Malaysia berkata pusat gegaran ialah 204 kilometer dari tenggara  Kaohsiung, Taiwan dan 1,686 kilometer dari timur laut  Kudat, Sabah. - Bernama

Perhubungan pas pkr tamat

Takkan kerana Salena Gomez, kita nak berpecah: Azmin
Takkan kerana Salena Gomez, kita nak berpecah: Azmin
Wan Azizah dan Mohamed Azmin bersama-sama pimpinan PKR Pusat dan negeri menunjukkan plakad Bebas Anwar dan Demi Rakyat sejurus perasmian Konvensyen PKR Perak.
 
IPOH - "Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah," itu sindiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap perwakilan Pemuda Pas yang mengaitkan isu itu antara sebab tahalluf siyasi perlu ditamatkan antara Pas dan PKR.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami dan isteri.

Katanya, parti-parti pembangkang perlu memikirkan isu-isu yang lebih besar terutama melibatkan kerjasama mereka pada PRU14 kerana rakyat sedang memerhati siapa yang akan dipilih nanti.

"Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun... Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?

"Tak apalah... Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama menyempurnakan konvensyen tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberpa pimpinan tertinggi PKR Pusat dan negeri.

Mohamed Azmin berkata, dasar-dasar peduli rakyat yang diperkenalkan kerajaan Selangor perlu dipertahankan oleh pimpinan parti-parti yang menolak BN.
 
Katanya, Pakatan Harapan dan parti-parti progresif yang lain perlu menunjukkan kesatuan mereka kerana rakyat sedang melihat pengganti kepada BN.

GANGGU MUKTAMAR PAS


Ada cubaan ganggu Muktamar Pas ke-63
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

ALOR SETAR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, terdapat usaha pihak tertentu untuk mengganggu perjalanan muktamar tahunan parti, yang berlangsung di Kompeks Pas Kedah di sini.

"Kami kenal siapa yang buat tu sama ada guna poster oren, pamphlet sebaran di dalam sisipan akhbar itu pun kami kenal dan kami tak terkejutlah kerana kita mengenali kawan kita lebih daripada mengenali musuh kita.

"Ia satu tindakan terdesak oleh pihak berkenaan untuk cuba mengganggu perjalanan muktamar kita," katanya kepada pemberita.

Takiyuddin berkata tindakan menggantung patung monyet berserban di Jalan Tandop, terletak kira-kira lima kilometer dari Kompleks Pas juga adalah serangan psikologi untuk mengganggu perjalanan muktamar, yang akan berakhir esok.

"Itu cubaan ganggu tapi saya nampak ahli-ahli kita tenang tidak jadi emosi dan kita terima itu sebagai satu serangan psikologi dari mereka yang ingin menimbulkan suasana tidak tenang mungkin untuk mempengaruhi keputusan pemilihan," katanya.

Poster bersaiz A4 bertajuk "Zuhud Pas" berbaur serangan peribadi terhadap beberapa pemimpin Pas itu diedar kepada perwakilan, pengunjung muktamar, malahan diagih kepada orang ramai di kawasan sekitar.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas bersedia mempertimbangkan wang saguhati kepada peniaga mahupun orang ramai yang cedera dalam kejadian ribut yang melanda di sekitar tapak niaga kompleks kira-kira jam 7.30 malam semalam.

"Yang penting, ini bukan kecuaian kita. Pada pandangan saya (peniaga dan orang ramai yang cedera) tak layak menuntut ganti rugi, apa yang boleh mungkin kita usahakan saguhati," katanya.

Pada kejadian semalam, sebuah khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki) ranap selepas dipukul ribut menyebabkan 19 mangsa cedera. - Bernama

PKR AKAN TAWAN PERAK

Azmin jaga Perak untuk menang PRU
Azmin jaga Perak untuk menang PRU
Mohamed Azmin (berdiri) ketika menyampaikan ucapannya di hadapan perwakilan PKR Perak, pada konvensyen parti itu, hari ini.
 
IPOH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Perak sebagai negeri angkatnya dalam usaha memastikan kerusi yang tandingi PKR di negeri ini dimenangi pada PRU14 nanti.

Beliau berkata, bantuan akan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti latihan kepada petugas, penyediaan risalah yang mengandungi maklumat mengenai dasar parti serta kejayaan-kejayaan negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan.

Menurutnya, Perak mempunyai potensi yang besar untuk dikuasai Pakatan Harapan dengan kerjasama politik bersama Pas.

"Saya ingin menyatakan bagi pihak PKR, saya akan ambil Perak sebagai negeri angkat saya.

"Bermula pada hari ini, saya akan pastikan setiap kawasan yang diwakili PKR bersiap sedia dari segi logistik, dari segi struktur dari segi jentera, kita mesti menang," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak, di sini, hari ini.

Hadir sama merasmikan konvensyen berkenaan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PKR Pusat serta negeri.

UJIAN TUHAN ADA DIMANA-MANA


Kejadian ribut hanya ujian ALLAH SWT
Kejadian ribut hanya ujian ALLAH SWT
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man melawat mangsa kejadian ribut di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi kononnya kejadian ribut di Kompleks Pas Kedah yang menjadi venue Muktamar Pas ke-63 sebagai bala.

Sebaliknya, kata beliau kejadian itu hanyalah satu ujian daripada ALLAH SWT dan  berada di luar kawalan manusia.

"Kita harap perkara ini tidaklah dispekulasikan oleh orang ramai, kita doakan kesihatan mangsa-mangsa yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut itu di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak di laman sosial termasuk penyokong beberapa parti pembangkang yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai bala ALLAH​.

Tuan Ibrahim  bersama-sama  Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari , 
meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat seorang mangsa di Wad 6C, Zainaton Man, 45, yang patah buku lali kanan dalam kejadian ribut itu.

Dalam kejadian  kira-kira 7.25 malam semalam, 19 orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri apabila sebuah khemah menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU_Haraki) di  Kompleks Pas Kedah ranap dipukul ribut.

Tuan Ibrahim berkata hanya seorang daripada 13 mangsa yang dirujuk ke HSB semalam masih dirawat di hospital berkenaan, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

Katanya keadaan keseluruhan kawasan kompleks Pas Kedah terkawal dan Muktamar Pas ke-63, yang akan berakhir esok, berjalan seperti dijadualkan.

Pihak urusetia muktamar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Anggaran kerugian belum diketahui.
"Kita jangkakan selewat-lewatnya petang ini atau pagi esok gerai-gerai jualan boleh dibuka seperti biasa," katanya. - Bernama

Sementara itu, Zainaton berkata ketika kejadian beliau bersama suami, Zaharid Ahmad, 48,  dan empat anak mereka sedang berada di sebuah gerai di bawah khemah utama itu, sebelum ribut tiba-tiba melanda dan  meranapkan khemah tersebut.

"Suami saya sempat membawa empat anak masuk ke dewan utama manakala saya tidak sempat menyelamatkan diri dan dihempap khemah tersebut," katanya.

JAGA-JAGA AHLI PAN YANG BERADA DI DALAM PAS DI PERAK


Usah dilayan sentimen perkauman
Usah dilayan sentimen perkauman
Suasana Muktamar Pas 2017 di Kota Semut.
 
ALOR SETAR - Sentimen perkauman tidak seharusnya dilayan dan seharusnya Pas bersikap profesional dalam menunjukkan contoh baik pada parti politik lain.

Perwakilan Negeri Sembilan, Abu Zarim Abdul Rahman berkata Pas seharusnya sedar bahawa tindak-tanduk parti itu diperhatikan oleh musuh-musuh politik lain.

"Kadang-kadang kita lihat ada 'keyboard warrior' yang mendakwa kononnya menyokong Pas tetapi mengeluarkan kenyataan yang boleh melagakan kita dengan penganut agama lain.

"Lebih memburukan keadaan, ada pula ahli Pas yang termakan umpan dan menyokong perkara tersebut.

"Sepatutnya kita sedar bahawa parti ini sering diperhatikan ramai, oleh itu daripada melontar peluru pada orang lain, lebih baik menunjukkan sikap profesional," katanya ketika usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar Muktamar Pas 2017, di Kota Semut.

Tambahnya lagi, para ahli Pas khususnya calon PRU14   tidak perlulah kelihatan taksub untuk pertahankan parti itu di media sosial.

"Saya harap calon PRU khususnya tidak perlulah terlalu berhujah di laman sosial untuk menegakkan parti.

"Takut pula masyarakt lihat seolah calon parti ini melebihkan parti dari masalah rakyat,"katanya lagi.

KELUAR BERSATU

KELUAR UMNO MASUK BERSATU, KELUAR BERSATU MASUK UMNO
 
APA NAK JADI PARTI BERSATU,
PARTI MAIN-MAIN
 
AGENDA PERJUANGAN YANG KABUR
AHLI BERTERABUR,
 
BANYAK LAGI KHABARNYA AKAN KELUAR UMNO DI SELANGOR ! JOHOR,PERAK
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
30 ahli Bersatu Dungun umum keluar parti
logo Bersatu

DUNGUN - Sebanyak 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Dungun, Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai Umno.

Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati  Bersatu tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini .

Mereka mengumumkan keputusan keluar parti itu dalam program "Selamat Tinggal Bersatu- Sirih Pulang ke Gagang, Umno Dulu, Kini dan Selamanya" di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam.

Azmi berkata 20 hingga 30 lagi anggota  Bersatu Dungun dijangka turut berbuat demikian dalam masa terdekat.

Din berharap tindakan mereka itu akan memberi keinsafan kepada orang lain bahawa tiada parti lain yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa Melayu seperti yang dilakukan Umno selama ini. - Bernama

MUFTI JANGAN BUAT FATUA SORANG-SORANG

Mufti mahu kerajaan kaji semula pelaksanaan GST
Wan Salim Mohd Noor
Dr Wan Salim
GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mahu kerajaan mengkaji semula pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap rakyat.

Beliau berkata, dalam Islam, prinsip keadilan adalah tunggak utama yang wajib ditegakkan oleh sebuah kerajaan dan menjadi faktor terpenting bagi legitimasinya.

"Sebuah kerajaan yang baik perlu peka dan prihatin terhadap nasib rakyat, selain bersedia mendengar keluhan mereka.

“Kerajaan yang baik juga perlu sentiasa menjiwai rintihan kalbu rakyat dan berusaha mengatasi kesusahan mereka.

“Sehubungan itu, pelaksanaan GST mestilah diselaraskan dengan tuntutan keadilan ini supaya tercapai aspirasi negara kebajikan yang mendapat keampunan Tuhan,” katanya.

Islam rahmatan alal 'alamin

Nyanyian lagu Tamil kedengaran di muktamar Pas
muktamar Pas baru
ALOR SETAR - Nyanyian lagu Tamil kedengaran di Muktamar Pas kali ke-63 sewaktu usul terima kasih dan perbahasan ucapan dasar.

Perwakilan Selangor, Zaidy Abdul Talib menyanyikan bait-bait lagu berbahasa Tamil itu sebagai penghargaan buat Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat.

"Di kesempatan ini, saya ingin berikan penghormatan kepada rakan-rakan kita.

"Walaupun bilangan mereka tidak ramai namun amar besar peranan mereka dalam menterjemahkan perjuangan kita pada orang ramai," katanya di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Adun Templer turut menekankan bahawa agama Islam bukanlah terhad kepada orang Islam sahaja tetapi buat semua.

"Islam adalah Rahmatan lil Alamin buat umat Islam dan agama lain," katanya lagi.

YANG PENTING JAGA MULUT

PERBEZAAN SATU FITRAH
YANG PENTING JAGA MULUT
 
JANGAN BILA BERCAKAP PAKAI
SEDAP MULUT KERANA
HENDAK DIPUJI OLEH KAWAN
 
BILA BERCAKAP LAIN KALI KENA FIKIR
JANGAN HANYA MENGHARAP
PUJIAN KAWAN DAN RAKYAT
PADA HAL KADANG KALA UCAPAN KITA
MENYAKITKAN TELINGA ORANG LAIN
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
PKR ajak rakan politik pertahan perpaduan
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

SEBERANG JAYA - PKR mengajak semua rakan politik untuk mempertahankan perpaduan dan kesaksamaan demi menjayakan agenda reformasi negara.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua parti politik yang progresif perlu bersatu padu dan ketepikan ideologi serta kepentingan peribadi untuk terus mewujudkan satu gabungan yang kuat.

"Benar kita ada perbezaan dan pandangan tapi saya mengajak semua pihak yang berada didalam parti mahupun diluar parti kalau mahukan perubahan kita perlu pertahankan perpaduan sebagai penggerak reformasi negara.

"Kalau perpaduan ini dapat dipertahankan percayalah rakyat di luar sana sedang menanti-nanti dan meletakan harapan yang besar terhadap kita untuk membawa perubahan kepada negara pada pilihan raya akan datang," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini, hari ini.

Azmin berkata, walaupun sejak kebelakangan ini beliau menjadi sasaran daripada pelbagai pihak namum beliau ketepikan semua serangan itu kerana menyedari tanggungjawabnya untuk menyelamatkan negara dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, dalam mana-mana permuafakatan sudah pasti mempunyai pandangan yang berbeza namun menurutnya itu bukannya alasan untuk meruntuhkan kepercayaan yang telah dibina oleh rakyat selama ini.

"Mana-mana pertalian mahupun suami isteri sekalipun ada pandangan yang berbeza.

"Ayuh kita selesaikan masalah ini dengan baik,berhemah,beradap dan bersopan kerana itulah yang dituntut oleh rakyat," katanya.

Mohamed Azmin berkata, PKR bersyukur kerana selama ini parti itu tidak kesorangan dan sentiasa mendapat dokongan yang kuat daripada DAP dan kini permuafakatan yang terjalin lebih teguh apabila menerima rakan baru daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

SEMUA MANGSA RIBUT SELAMAT

Pas Kedah zahir simpati kepada mangsa ribut
Pas Kedah zahir simpati kepada mangsa ribut
 
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan dan pemeriksaan di kawasan khemah yang ranap akibat kejadian ribut di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut malam tadi. - Foto Bernama
 
ALOR SETAR - Pihak Panitia Muktamar Tahunan Pas ke-63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki Pas yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian.
"Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

"Pihak Panitia Muktamar serta Pas Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ribut landa Muktamar Pas]

Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa khemah jualan rosak selepas diterbangkan angin beberapa meter.

Sementara itu tambah Ahmad Fakruddin, semua aturcara program Muktamar Tahunan Pas ke-63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa.

"Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera," katanya.

RIBUT MELANDA KEDAH DN MUKTAMAR

Ribut landa Muktamar Pas
Ribut landa Muktamar Pas
 
Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, di sini, gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam tadi. - Foto Sinar Harian
 
ALOR SETAR - Muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, di sini, gempar apabila dilanda kejadian ribut kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian itu turut mengakibatkan beberapa khemah jualan rosak selepas diterbangkan angin beberapa meter.

Difahamkan, terdapat 18 orang awam tercedera termasuk seorang kanak-kanak buat masa ini.

Add caption
Lokasi kejadian ribut buat masa ini tidak dibenarkan untuk dilawati oleh sesiapa kerana sedang diperiksa tahap keselamatan oleh pihak bomba.

Semua aktiviti pada malam ini juga dibatalkan dan bersambung pada esok hari, namun jamuan kepada mereka yang menempah tetap berjalan seperti biasa tanpa kehadiran tokoh penting.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Nurul Amin Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

AKIBAT PUTUS MEMANG MENGECEWAKAN PKR TAPI ........

PKR masih mengharapkan Pas?
PKR masih mengharapkan Pas?
Konvensyen PKR Pulau Pinang - Foto Sinar Harian
 
SEBERANG JAYA - PKR yakin Pas akan memuktamadkan keputusan mengenai isu tahaluf siyasi dengan semangat untuk mengukuhkan gabungan pakatan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau yakin keputusan itu akan dibuat dengan sebaiknya kerana keputusan Majlis Syura Pas berbeza dengan parti politik lain.  

Menurutnya, setakat ini PKR masih lagi menunggu keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

"Kita tak boleh buat spekulasi..tunggu lah majlis syura buat keputusan rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan isu berkenaan.

"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di sini, hari ini.

Hadir merasmikan konvensyen berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasib barisan Exco dari Pas di Selangor, Azmin berkata, sebarang keputusan mengenai kedudukan mereka hanya akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan  rasmi mengenai usul tersebut.

Pada 27 April lalu, Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul supaya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR ditamatkan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagaimanapun berkata, keputusan usul itu tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak​ menurut peruntukan perlembagaan Pas.

MUKTAMAT PAS DAN BERSATU TIADA HUBUNGAN


Pas tegaskan tiada hubungan politik dengan Bersatu
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi 
 
ALOR SETAR - Pas menegaskan parti itu tidak mempunyai hubungan politik dengan Bersatu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan kepada penilaian yang dibuat, Bersatu didapati tidak ketentuan arah.

“Pas sudah buat keputusan, tiada hubungan dengan Bersatu. Pemimpinnya pun tidak tahu siapa, siapa imam siapa makmum pun tak pasti,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas, hari ini.

Mengulas mengenai tahaluf siyasi bersama PKR, Abdul Hadi berkata, perkara itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

“Jika ada yang bercanggah dengan syarat, sebab kita ada rukun dan syaratnya, ia turut bercanggah dengan moral dan kerjasama. Pas akan buat keputusan berhubung isu ini,” katanya.

Secara sinis, Abdul Hadi berkata, Pas adalah sebuah parti yang sabar dalam membuat sebarang keputusan penting.

“Pas sabar, kita tidak boleh layan parti yang tidak sabar,” katanya.

Mengulas kerjasama Pas bersama parti-parti lain, Abdul Hadi berkata, Pas tetap menghormati parti lain walaupun berbeza perjuangan.

“Kedudukan Pas dibandingkan parti lain adalah seimbang dan saksama, kita juga saling menghormati. Jangan berbeza tetapi tidak hormati,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, isu RUU355 yang dibentangkan di Parlimen menunjukkan wujud perbezaan kalangan parti politik.

“Walaupun ketika itu dalam semangat setiakawan, namun sejak awal pihak terbabit buat kenyataan,   bersetuju untuk tidak bersetuju malah melakukan kempen gerakan menentang apa yang Pas mahukan,” katanya.

Tambahnya, situasi itu bercanggah dengan konsep kerjasama.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.