Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR SUDAH TIDAK SESUAI, JADI PEMIMPIN

  Mohd Saiful Bukhari Azlan

ANUAR  DAN MAHADHIR DAH TAK SESUAI JADI PEMIMPIN.

PKR BILA ADAKAN PEMILIHAN SELALU BAGI KERUSI MELAYANG, INIPUN ANUAR TAK BOLEH SETEL AMCAM NAK JADI PEMIMPIN, NANTI SATU NEGARA JADI HURU HARA.

BILA SEBUT JE ANUAR JADI PEMIMPIN MAKA RAKYAT MESTI KATA EIYYYY !!!

 Pas membidas PRK Port Dickson hanya semata-mata seorang individu yang berhajat untuk berada di Parlimen hingga terpaksa mengorbankan wang rakyat bernilai RM3.6 juta.

 Pendirian Anwar kepada Islam tidak konsisten. Isalam cara apa jenis yang Anuar bawa ? Astaghafirullahhh !!!


Abdul Hadi
Abdul Hadi - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABD RAHIM


TELUK KEMANG - Pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Islam tidak konsisten. “Pendirian Anwar tentang Islam tak konsisten. Contohnya di tempat seperti masjid, dia jadi imam. Tempat Sikh, dia pakai ikut cara mereka.

“Di tempat orang India pula, dia menari cara mereka. Kita ada budaya kita sendiri dan orang India hormat kita kalau ada pendirian sendiri, orang Cina pun tak marah. “ kita kena tunjuk konsisten kita dan jati diri kita sendiri,” 

-Pak Karamu-

Hadi ‘puji’ Tun M, ‘kritik’ Anwar

AddThis Sharing Buttons

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABD RAHIM
(Ubah saiz teks) 
TELUK KEMANG - Sebelum PRU14, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang acap kali mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad malah ia berlanjutan waima selepas PRU14.

Namun, sejak beberapa hari lepas, kelantangan Ahli Parlimen Marang itu tidak begitu ketara malah dalam Ceramah Perdana Pas di Port Dickson, malam tadi, beliau mengakui kadangkala bersetuju dengan tindakan perdana menteri.

Malah, jika diamati sebaiknya bait-bait ucapan beliau, Ahli Parlimen Marang itu seolah-olah ‘memuji’ Dr Mahathir namun dalam masa sama mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun saya tak separti dengan beliau (Dr Mahathir), tak setuju dalam banyak perkara tapi beliau mengepalai PH dalam PRU14 sehingga berjaya menukar kerajaan.

“Yang nak jadi PM (Perdana Menteri) ini (merujuk kepada Anwar), dia melompat sana-sini, memilih kawasan yang 60 peratus bukan Islam, 40 peratus orang Islam.

“Mengapa tak berani bertanding kawasan yang majoriti orang Islam,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, di sini, malam tadi.

Tidak terhenti di situ, Abdul Hadi turut ‘memuji’ keputusan Dr Mahathir yang mengambil langkah penyelesaian terbaik semasa negara menghadapi krisis kewangan dulu.

“Masa krisis kewangan dulu, calon PM ini, dia jadi Menteri Kewangan, nak selesaikan di bawah IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), nak ikut teladan negara lain tunduk kepada Barat.

“Tun Mahathir tak setuju dengan tindakan Menteri Kewangan pada waktu itu. Beliau ambil langkah penyelesaian tanpa kebergantungan kepada IMF,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berharap penduduk Port Dickson memilih sebaiknya pemimpin mereka kelak.

“Islam ada adab dalam memilih pemimpin. Ia adalah amanah yang besar.
“Tidak boleh diberikan kepada orang yang berprinsip ‘opportunis’ (ambil peluang).

ANUAR IBRAHIM BERPELUH KETIKA BERSALAMAN DENGAN SAIFUL



SAYA TIDAK DILETAKAN OLEH TUN M, EAWAH,EWAH,EWAH !
’Saya tidak diletakkan oleh Tun M’
Tan Sri Mohd Isa Samad. - Foto Bernama

PORT DICKSON - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Samad nafi diarah oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding.

Mohd Isa juga menafikan mengadakan pertemuan dengan pemimpin nombor satu negara itu.

“Saya tidak diletakkan oleh Tun Mahathir. Saya tidak berjumpa beliau dan tiada sebab untuk berjumpa dengannya.

Anwar tolak LGBT, kih, kih, kih, kih
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
PORT DICKSON – Calon PH bagi PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu supaya perkahwinan  sejenis diiktiraf di negara ini.

"Apa yang mereka buat, kita tak tahu… itu dia dengan tuhan… tetapi nak paksa kita terima kahwin sesama jenis, kita tolak," katanya yang menyifatkan tidak wajar bagi golongan yang memperjuangkan agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) memaksa pihak lain menerima pandangan mereka.


ANUAR TAK PERLU UMUM PERUNTUKAN, LAGIPUN ANUAR BELUM ADA KUASA DAN MENANG, JIKA MENANG SEKALIPUN MEMANG TAK DAPAT NAK BAGI APA-APA SEBAB FULUS DAH MELINGKUP OLEH KERAJAAN SEKULAR,  INIKAN PULAK PERUNTUKAN MEMANCING UNDI.

SEMENTARA ITU RAMAI NAK TAHU APA KEMPEN SEPOL BUHARI

Tiada kempen umum peruntukan, kata Anwar

AddThis Sharing Buttons

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto: Bernama

PORT DICKSON - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menggunakan pendekatan kempen seperti kerajaan sebelum ini yang mengumumkan peruntukan dan projek setiap kali pilihan raya bagi meraih sokongan.

“Walaupun isteri saya memegang jawatan timbalan perdana menteri dan kerajaan persekutuan serta negeri ditadbir oleh PH, saya tidak akan mengumumkan sebarang peruntukan atau projek dalam kempen saya.

MEMANG TIDAK DISANGKA RAMAI YANG HENDAK MELAWAN ANUAR IBRAHIM, SEPATUTNYA BAKAL PIEM TAK PERLULAH DISAINGI.
7 penjuru: Bukti kebencian terhadap Anuar Ibrahim




OPPP COOOOT !  KEEJUUUUT !
SAIFUL TIDAK AKAN BERCERITA LIWAT DENGAN ANUAR IBRAHIM DI P.DICKSON

LATAR BELAKANG CALON PAS PORT DICKSON

CALON PAS YANG TAK PERNAH DIDAKWA DIMANA-MANA MAHKAMAH DAN TAK PERNAH MERENGKOK DI DALAM PENJARA KERANA MAKSIAT 

KALAU TAK FAHAM LAGI TAK TAHU LAAA ! DIMANA MARUAH ?
'Ini keputusan peribadi, tiada pihak di belakang saya'
 Saiful Bukhari
Mohd Saiful Bukhari Azlan.- Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada calon Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan berkata, keputusan yang diambil itu adalah 'keputusan peribadi'.

"Saya bertanding atas keputusan peribadi ... tiada siapa di belakang saya," kata Mohd Saiful, ketika dihubungi Astro Awani malam ini.

Menurut Mohd Saiful, keputusan tersebut baharu sahaja dibuat dan beliau akan membuat pengumuman pada hari esok.

UMNO dan PAKATAN HARAPAN KASI KENCING SAMA PAS ! DULU KAT KAJANG TAK PULAK MEMBAZIR ! TAK PULA BOIKOT !

INI MUNGKIN GARA-GARA RUNDINGAN SULIT NAK SATUKAN P.HARAPAN DENGAN UMNO YANG DINAFIKAN OLEH HUHYIDDIN YASIN DENGAN WAN AZIZAH !

-Pak Karamu-

Umno tidak akan bantu kempen Pas


Ismail Sabri Yaakob
   Umno tidak akan membantu kempen Pas dalam PRK Port Dickson 13 Oktober ini.


BILA RAMAI BERTANDING MENUNJUKKAN RAMAI YANG BENCI ANUAR IBRAHIM

 PRK PD mungkin pertandingan enam penjuru

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
 Perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin menarik meskipun Umno dan BN tidak meletakkan calon, selepas ramai pihak termasuk yang individu tampil menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu.
Dalam masa semakin suntuk iaitu dengan esok adalah hari penamaan calon, setakat ini Pas dan dua individu telah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian di kerusi berkenaan, selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Pak Karamu-

PAS letak bekas tentera lawan Anwar di PD


PAS akan menletakkan seorang bekas tentera udara sebagai calon melawan Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar sebagai calon parti itu.
PRK PD : LT Kol (B) Nazari lawan Anwar

oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PORT DICKSON : PAS mengumumkan bekas anggota tentera, Lt Kol (B) Mohd  Nazari Mokhtar calon bagi PRK Parlen Port Dickson (PD) bagi menentang Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Markas Induk  PAS  PRK Port Dickson di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Naib Presiden, Dato Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung PAS, Dato Takiyudin Hassan, Pesuruhjaya Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun, dan saf pimpinan sayap pemuda, muslimat serta ulamak.

Berikut adalah latar belakang calon.

Tarikh Lahir : 30 November 1961
Umur : 57 tahun
Tempat Lahir : Parit Maimon, Batu Pahat, Johor
Nama Isteri : Hajjah Naziroh binti Haji Yusof
Ahli Keluarga : 5 orang anak dan 9 orang cucu
Pekerjaan Kini : Veteran ATM [Lt. Kol. TUDM (B)]
Peneroka FELDA Bukit Besar (2015)
Pengusaha & Usahawan Ladang Durian Musang King
Pengetua Maahad Tafiz Darul Iman, Bandar Tenggara

PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH:

Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kota Tinggi
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Kulai
Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana, 

KELULUSAN DAN KELAYAKAN PERINGKAT TINGGI:

Masters in Defence & Strategy Studies, IUT Gazipur – Dhaka
Sarjana Muda Pengurusan, INTAN Bukit Kiara
Diploma Pengurusan Sumber Manusia (HR), USM
Diploma International Training Methodology, INTAN
Diploma Aerospace & Security Management, RAAF Australia
Diploma Nation Building &Armed Conflict, UN Canada
Pegawai Kadet, INTEK 38 Kem Sebatang Karah, PORT DICKSON

PENGALAMAN KERJAYA / AKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN:

Pegawai TUDM selama 28 tahun (1980-2008)
Pengarah Perkhidmatan TUDM, Kementerian Pertahanan
Pegawai Pemerintah Markaz Operasi Udara, TUDM KL
Komandan Pusat Latihan Pentadbiran TUDM
Komander Regional Border Committee Office (RBCO) Songkhla, Thailand
Pegawai Perhubungan Awam (PR), Kementerian Pertahanan
Setiausaha Pasukan Bola Sepak TUDM
Setiausaha Pembangunan Bola Sepak Semi – Pro (FAM) 
Penasihat Koperasi Veteran Wira Mutiara, Pulau Pinang
Penasihat Koperasi Veteran KERABAT ATM Kelantan

PENGLIBATAN DALAM POLITIK:

AJK Lajnah Tanah, Peneroka Bandar & Orang Asal PAS Pusat (2010 – 2016)
AJK Lajnah NGO PAS Pusat
Pengerusi Penaja Lajnah Pertahanan & Kedaulatan Negara PAS Pusat (2016 – kini)
Presiden KERABAT Veteran Bekas Tentera Malaysia
Yang DiPertua PAS Kawasan Tenggara (2014 – kini)
Penyelia Pusat Aduan Rakyat N34 Panti
Calon PAS PRU 13 (DUN Pasir Raja, Parlimen Tenggara, Johor)
Calon PAS PRU 14 (DUN Panti, Parlimen Tenggara, Johor)

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN:

Timbalan Pengerusi, Masjid Al-Rahman (F) Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PDK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
AJK PIBG SK Bukit Besar, Kota Tinggi (2008 – 2010)
Kem Komandan Kursus Pra-Tahfiz & Kem Anak Soleh Peringkat Zon Parlimen Tenggara
Fasilitator Khas untuk Petugas PRU-13 Negeri Selangor bersama ‘SPICE’
Ikon Sek. Keb. Bukit Besar, Kota Tinggi (2011)

LAAAA !!! ANUAR TIDAK LAYAK BERTANDING ?

SEMUA RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI PERLEMBAGAAN NEGARA !

 -Pak Karamu-

Peguam Negara segera beri penjelasan status Anwar


AddThis Sharing Buttons


Nazir Hussin Akhtar Hussin
Nazir Hussin Akhtar Hussin

(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas digesa untuk memberi penjelasan sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak atau tidak bertanding pada PRK Port Dickson, 13 Oktober ini.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata,  penjelasan itu perlu dilakukan segera atau paling lewat sebelum penamaan calon.

Menurutnya, tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa sabitan keatas apa-apa hukuman adalah diketepikan oleh kerana pengampunan.

"Sekiranya pengampunan diberikan, tiada apa-apa yang menyatakan bahawa sabitan adalah diketepikan dan persoalan kini, adakah seseorang itu boleh bertanding mana-mana kerusi Parlimen atau Dun sebelum cukup tempoh lima tahun selepas pengampunan diberikan?

"Apakah ini percaturan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan langkah Port Dickson tidak menjadi kenyataan sekaligus memadamkan cita-cita besar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Nazir berkata, percaturan itu dianggap licik untuk menamatkan riwayat politik Anwar.

Katanya, pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, Azhar Azizan @ Harun yang juga seorang pengamal undang-undang secara terburu buru juga mencetuskan pelbagai spekulasi kerana tidak melalui proses akuan oleh Parlimen sebagaimana terkandung dalam manifesto PH.

"Ini barangkali merupakan satu konspirasi baharu dalam politik negara yang dicatur dengan licik oleh Dr Mahathir untuk menghalang kemaraan Anwar yang kini tidak sabar-sabar hendak kembali ke Dewan Rakyat.

"Apa yang berlaku hari ini seolah-olah 'dejavu' 1998 apabila Anwar ketika itu dilaung-laungkan sebagai bakal Perdana Menteri oleh Dr Mahathir tetapi akhirnya dipecat dari Kabinet atas tuduhan liwat," katanya.

PARTI UMNO HILANG KERAMAT

SEMANGAT KERAMAT PADA UMNO SUDAH HILANG SEBAB ITU MEREKA RAMAI TINGGALKAN PARTI,  TAK SANGGUP SUSAH, TAK SANGGUP TERIMA CABARAN.

APA YANG PATUT DILAKUKAN UMNO HARUS BERSIHKAN DARIPADA SIKAP PENAKUT DAN KEMBALIKAN APA YANG DIKATAKAN KERAMAT

 Dua pemimpin parti keramat dipujuk tinggal parti

Dua pemimpin Umno Johor dipujuk tinggal parti
(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU - Umno Johor mengesahkan terdapat beberapa pemimpin mereka khususnya yang memegang kerusi Parlimen sedang dipujuk pihak luar untuk meninggalkan parti.

Pengerusinya, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata,  sehingga kini dua pemimpin telah menyatakan diri mereka dipujuk parti luar untuk berbuat demikian selain turut dijanjikan dengan pelbagai tawaran.

GILIRAN PARTI KERAMAT KENA HAMBAT
Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
Azeez Rahim, Riza Aziz dipanggil SPRM
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kehadirannya dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Pada 23 Mei lalu, SPRM merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediamannya.

-Pak Karamu- 

Umno tak biasa susah'



AddThis Sharing Buttons


'Umno tak biasa susah'

(Ubah saiz teks) 

KOTA BHARU – Pas tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin Umno keluar parti dalam tempoh terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin-pemimpin parti itu tidak mempunyai kekuatan untuk menjadi pembangkang kerana sudah terbiasa dengan pangkat dan kedudukan sebagai pemerintah dalam kerajaan.

“Mereka ini biasa senang, menjadi kerajaan dan sebagainya, tiada pengalaman menjadi pembangkang. Jadi pembangkang ini susah, perit.

“Kita Pas sendiri pun memang penatlah, tapi sebab dah biasa, kita boleh bertahan. Tapi mereka tidak biasa, maka tidak boleh bertahan. Nak tunggu lima tahun lagi, kita tidak tahu apa yang akan terjadi,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini.

BN DAN PAS BERI KEMENANGAN MUDAH PADA ANUAR DI P.D

ANUAR IBRAHIM BOLEH TIDUR LENA KERANA BOLEH MENANG MUDAH DI P. DICKSON, KEDUA-DUA PARTI BN DAN PAS   TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN BERHADAPAN DENGAN ANUAR IBRAHIM DI P.D

SEMENTARA ITU:

ATAU

SHHHHH ! ADA MUSLIHAT BESAR ??? 
  Anwar kena menang besar di PD, kata penganalisis politik
   
PRK PD | Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memenangi pilihan raya kecil Port Dickson bagi menunjukkan bahawa rakyat menyokong beliau sebagai bakal perdana menteri Malaysia kelapan, kata penganalis politik.

Pensyarah politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata majoriti kecil atau pengurangan majoriti berbanding yang diterima PKR pada pilihan raya umum lalu tidak akan mencerminkan sentimen bahawa rakyat mahukan Anwar menjadi perdana menteri.

"Anwar Ibrahim perlu menang besar sebab kita tahu, kita bercakap dalam soal proses dia nak jadi PM. Dia kena tarik seramai mungkin pengundi di PD untuk turun mengundi," katanya kepada 

 
"Sebagai bakal PM dan juga presiden PKR, menang sekadar menang tidak memadai. Dia harus memperlihatkan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan, iaitu majoriti yang besar. Dengan itu, dia boleh meyakinkan rakyat bahawa dia diterima baik," katanya.

"Kalau menang majoriti biasa, ini beri kesan negatif kepada rakyat. Kalau majoriti amat kecil, ia akan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu, seolah-olah dia tak popular. 

Menurutnya, sekiranya Anwar tewas sekalipun, bekas anggota parlimen Permatang Pauh itu masih boleh mencari tempat lain untuk bertanding.

Pas belum buat keputusan
 Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – Pas mungkin tidak meletak calon untuk PRK Port Dickson 13 Oktober ini, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Pak Karamu-

BN boikot PRK Port Dickson

AddThis Sharing Buttons

BN boikot PRK Port Dickson
Ahmad Zahid berkata demikian ketika sidang media di PWTC, hari ini
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] BN tidak akan meletakkan calon pada PRK Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.


Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan selepas hasil mesyuarat dan perbincangan dengan rakan komponen BN.


"Maka kita telah ambil keputusan setelah Biro Politik  Umno mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama rakan komponen khususnya MIC dan MCA, maka kita megambil keputusan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dickson ertinya kita tidak letak calon daripada mana-mana calon daripada BN," katanya dalam sidang medianya di PWTC, di sini hari ini.


Jelasnya, secara tradisinya kerusi Parlimen Port Dickson merupakan kerusi MIC.


"Kerusi ini telah diperuntukkan kepada MIC dan kita juga mempunyai parti komponen lain seperti PPP.


"Saya telah mengadakan rundingan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Tan Sri  Vigneswaran Sanasee untuk menyatakan pendirian Umno dan perundingan yang dijalankan adalah untuk menghormati rakan komponen BN, " katanya.


Susulan keputusan itu, kerusi Parlimen Port Dickson sekarang ini menyaksikan hanya Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas menyatakan hasrat untuk mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam pada itu, Zahid berkata tindakan memboikot PRK Port Dickson ini bukan tindakan kali pertama BN.


"Bagi kami tindakan memboikot  dalam mana-mana PRK bukan kali pertama perkara sama kita sudah lakukan pada PRK Penanti," katanya

Sementara itu ketika ditanya sama ada Umno akan membantu Pas sekiranya parti Islam itu meletakkan calon pada PRK berkenaan , Zahid menegaskan sebarang rundingan ke arah itu masih tidak dijalankan lagi. 

"Kita tidak ada sebarang perundingan secara muktamad... seperti yang berlaku di PRK sungai Kandis, Seri Setia malah di Balakong maka persetujuan itu berdasarkan tuntutan semasa dan keperluan ketika itu," katanya.


Pas sebelum ini menyatakan parti itu tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk memenangi kerusi berkenaan.


Kerusi Port Dickson dikosongkan susulan  tindakan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan kelak.

KU LI BESAR KEPALA, PERNAH MERANGKAK CARI PAS

KU LI PERNAH CARI PAS DAN MELUTUT SEMASA SEMANGAT 46.

HARI INI BILA DIA DAH TUA SERTA UMNO TOLAK JADI PRESIDEN
SEPATUTNYA DIA INSAF DAN TIDAK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA UMNO.

KU LI KENA CERMIN MUKA DULU SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA PUCUK PIMPINAN SEKARANG.

KU LI TAK PAYAH NAK LAGA-LAGAKAN SEMANGAT AHLI UMNO YANG HENDAK MENYATUKAN ISLAM/MELAYU
 
KU LI JANGAN JADI MANUSIA BODOH SOMBONG !!!
 
-Pak Karamu- 
 

Ku Li pun pernah cari Pas

AddThis Sharing Buttons

Ku Li pun pernah cari Pas
Razak (kanan) menunjukkan kenyataan Razaleigh dalam Sinar Harian, semalam.
(Ubah saiz teks) 
 
RANTAU PANJANG - Pemimpin Umno dinasihatkan untuk men­dalami sejarah politik tanah air sebelum me­nge­­luarkan kenyataan.

Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas berkata, nasihat sama dituju kepada Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau ‘merangkak’ cari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.

Menurutnya, kerjasama Tengku Razaleigh dan Pas Kelantan bagi menubuhkan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan Umno hilang Kelantan.

“Namun Tengku Razaleigh memutuskan silaturahim dengan Pas menyebabkan penyokong menanggap beliau selaku Presiden Semangat 46 ketika itu sebagai tidak pernah ikhlas.

“Selepas pembubaran Semangat 46, penyokong Umno mula berpecah dan memilih Pas, sejarah kembali berulang apabila penyokong dan pemimpin Umno berlari mencari Pas selepas PRU14,” katanya.

Ujar beliau lagi, meskipun menyedari hakikat itu, kepimpinan dan ahli Pas tidak pernah menjemput Umno untuk bekerjasama tetapi sekadar menguatkan barisan pembangkang di Parlimen.

Razak katanya, beliau tidak bersetuju jika gabungan politik dilakukan kerana Umno ialah parti yang membawa penyakit.

Beliau yang juga  bekas Jawatankuasa Badan Perhubungan Semangat 46, menasihati Tengku Razaleigh supaya beliau mengundurkan diri daripada arena politik kerana kepimpinan Umno mungkin tidak menyebelahi beliau, sebagaimana kekalahannya dalam pemilihan Presiden Umno baru-baru ini.

Semalam Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan Umno tidak sewajarnya merangkak mencari Pas untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam PRU14, 9 Mei lalu.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jalinan hubungan antara Umno dan Pas tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan menyeluruh.

Nasihat sama dituju kepada Tengku Razaleigh kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau mencari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.

TEKANAN UNTUK TAMBAH KUATKAN PARTI

Adalah suatu yang mustahil bagi ahli UMNO meningalkan parti mereka jka tidak menerima tekanan.

Yang menekan tidak boleh mengaku menekan,nanti malu apabila diketahui umum, namun umum memakluminya.

Yang kena tekan tentunya  ada kes yang sukar untuk dilepaskan, namun boleh lepas jika menyertai puak yang menekan.

Yang menekan wajib berkata "Kami tak paksa, Kami tak perlu mereka, mereka jahat, mereka perosak dan sebagainya wal hal mereka sangat diperlukan !"

Sebab itulah rakyat sudah maklum, apabila ada yang tinggalkan parti maka mereka di ajar macam mana nak jawab supaya tidak merosakkan maruah diri dan maruah golngan yang menekan.

Inilah suatu cara yang terpaksa diambil oleh golongan yang menekan dan kena tekan.

-Pak Kaamu- 

Pemimpin keluar Umno kerana terima tekanan

AddThis Sharing Buttons

Shamsul Amri Baharuddin
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan Umno mungkin disebabkan tekanan yang diterima oleh mereka.

Bagaimanapun, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut adalah strategi politik supaya parti tidak dikaitkan dengan kes yang mungkin sedang disiasat ke atas pemimpin tersebut.

“Kena fikir juga berapa ratus orang akaun di tahan (dibekukan), dia ada suasana dia. Takkan kerana semua aman, dia keluar? Tidak.

“Mesti ada sesuatu yang dia rasa tidak aman. Bila rasa tidak aman, sebelum dimasukkan dalam penjara atau sebelum saya dipanggil oleh SPRM, baik keluar dulu.

“Mungkin dari segi itu dia keluar Umno supaya dia tidak menjejaskan Umno,” katanya  ketika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh Tengku Hamzah di Jalan Langgak Golf, di sini.

PELIK, PENGURUSI PAN TRENGGANU TETIBA JADI BANGANG !

KESIAN PENGURUSI PAN TRENGGANU KETINGGALAN ZAMAN, DIA TAK TAHU MELAYU SUDAH PECAH LIMA.

OTAK DIA SAMA SEPERTI PENGURUSI PAKATAN HARAPAN. HUJAHNYA SANGAT LOW STANDARD.

TELAH DITERANGKAN BAHAWA ORANG MELAYU SUDAH MENJADI KERBAU CUCUK HIDUP OLEH KUASA BUKAN ISLAM.

APABILA MAHADHIR DAGOH DENGAN KU LI SEMANGAT 46 UJUD, MAKA BERPECAHLAH ORANG MELAYU, MU FAHAM TAK ?

 APABILA MAHADHIR GADUH DENGAN ANUAR BIN IBRAHIM, MAKA PKR DI TUBUHKAN MAKA BERPECAH LAGI MELAYU, MU FAHAM TAK ?

APABILA MAHADHIR GADUH DENGAN NAJIB MAKA BERSATU DI TUBUHKAN, MAKA BERPECAH LAGI MELAYU, MU FAHAM TAK ?

BILA PAS  BERPECAH  SESAMANYA KERANA TERPENGARUH DENGAN PUTRA JAYA DAN DIPENGARUHI OLEH ORANG KAFIR JUGA MAKA LAHIRLAH PAN, MU FAHAM TAK ?

ATAS KESEDARAN KU LI MAKA SEMANGAT 46 KEMBALI KEPADA UMNO TAPI TIDAK SEMUANYA INSAF SEBAB FULUS, MU FAHAM TAK ?

HARI INI APABILA UMNO DAN PAS PAKAI AKAL, MAKA MEREKA BERSATU KEMBALI, SALAHKAH ? MUNG PAKA OTOK BODOH MUNG KO ? BIADAB MUNG !!!

MUNGLAH PEROSAK BANGSA DAN AGAMA,

SEMENTARA ITU:

SETELAH KALAH JAWATAN PRESIDEN KU LI TERTIDUR LENAAAAA ! MEMANG BELUM ADA RUNDINGAN ANTARA UMNO&PAS, APA YANG BERLAKU BARU JEMPUT-JEMPUT, (DAH NAMPAK MESRA, TU JE !) RASMI MEMANG BELUM ADA, AIIK ? KU LI DAH JADI WAKIL LIDAH SUARA SIAPA NIH ?

 SIAPA KU LI SETELAH KALAH PRESIDEN UMNO ?

PATAH SAYAP TERUS TIDUR ? BUKANKAH PATAH SAYAP TERBANG JUA ?

Umno tak perlu cabar Anwar di PD


Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
(Ubah saiz teks
  Tidak ada keperluan untuk Umno menempatkan calonnya dalam perebutan kerusi PRK Port Dickson menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persepsi negatif rakyat terhadap Umno masih belum pulih.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkata,  bukan sahaja rakyat dan pengundi di Port Dickson, malah jentera parti juga masih belum bersemangat untuk bekerja bersungguh-sungguh selepas kekalahan teruk dalam PRU14, 9 Mei lalu.

Umno tak sepatutnya merangkak cari Pas


Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
Umno tidak sewajarnya merangkak mencari Pas untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam PRU14, 9 Mei lalu.

Menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, jalinan hubungan antara Umno dan Pas tidak pernah dibincang secara rasmi dan menyeluruh.

 -Pak Karamu- 

Pelik kerjasama Umno - Pas



AddThis Sharing Buttons


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah

(Ubah saiz teks) 

KUALA TERENGGANU - PH Terengganu hairan dengan sikap Pas yang mahu bekerjasama dengan Umno sedangkan dua pemimpin Umno sendiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman bertindak meninggalkan parti itu.


Pengerusinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, semua pihak termasuk pengikut dan ahli Pas tertanya-tanya apakah faktor menjadikan Pas begitu tertarik dengan Umno sehingga presiden dan pemimpin Umno dijemput ke muktamar Pas baru-baru ini.


“Kalau dulu Pas pernah mengunakan istilah mendukung biawak hidup pada sesiapa yang mendampingi Umno, hari ini siapakah yang sebenarnya mendukung dan memeluk biawak hidup  yang kini amat parah keadaannya?,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Raja Kamarul Bahrin yang merupakan Pengerusi Amanah Terengganu juga mempertikaikan alasan Pas bahawa mereka perlu bekerjasama dengan Umno demi menjaga agama dan bangsa sedangkan Umno bukanlah sebuah parti yang menjaga kepentingan Islam serta Melayu.


Umno yang didampingi oleh Pas sekarang kononnya untuk menyelamatkan Melayu dan Islam telah meninggalkan hanya 12 peratus tanah rezab Melayu selepas 60 tahun memerintah dan merosakkan kewangan Felda, Mara dan Tabung Haji dengan teruk.


Beliau turut membangkitkan persoalan bukankah Umno telah ‘menggadai’ sebahagian besar ekonomi Malaysia-Melayu kepada negara China melalui projek kereta api, pelabuhan-pelabuhan laut, projek hartanah dan berbagai lagi dengan harga yang merugikan negara.


“Ini adalah penjajahan ekonomi moden hari ini. Kerajaan China juga menindas, membunuh dan menzalimi kaum Muslim Uighur di Xinxiang. Umno pula menghantar delegasinya meraikan konvensyen Parti Komunis China. Dimana semangat solidariti sesama Muslim yang dizalimi?


“Sekarang, Pas mendampingi Umno untuk berkerjasama. Pas tidak bersuara tentang kepincangan dalam isu-isu ekonomi dan kezaliman itu sebaliknya kelihatan menerima sepenuhnya pendirian tersebut. Apakah hasrat pimpinan Pas sebenarnya?


“Masalah ekonomi dalaman dari wang yang hilang lebih besar sebenarnya dari isu perkauman yang digembar gemburkan hari ini oleh Umno dan Pas,” katanya.


Raja Kamarul Bahrin turut menyifatkan keputusan Mustapa dan Anifah meninggalkan Umno  sebagai tindakan bijak kerana Umno kini terpalit dengan skandal rasuah begitu banyak termasuk isu 1MDB dan kehilangan wang cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai pendapatan.


Atas situasi itu katanya, tindakan pemimpin Umno keluar parti bukanlah perkara pelik sebaliknya yang menghairankan adalah keputusan Pas menjalinkan kerjasama dengan Umno.


“Bukankah rakyat telah memecat parti yang telah memerintah lebih 60 tahun kerana rasuah dan kezaliman yang Pas juga menentang suatu ketika dahulu ?

“Dengan mendakap dan mendukung Umno yang ditolak rakyat menunjukan Pas tidak ambil berat isu rasuah dan kezaliman yang diamalkan oleh mereka,” soalnya.

JANGAN UNDANG BALA KERANA LIWAT

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN LUAR NEGARA TAHU BAHAWA ANUAR IBRAHIM TELAH MELAKUKAN LIWAT SEHINGGA DIPENJARAKAN.

WALAUPUN TELAH DIBICARAKAN KERANA MELIWAT AKAN TETAPI ANUAR TETAP MENAFIKANNYA, ERTINYA DIA MERASAKAN TAK BUAT SALAH.

KEMUDIAN DARIPADA ITU PEMERINTAH TERTINGGI DI NEGARA INI TELAH MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADANYA.

KEAMPUNAN DIBERIKAN KERANA IA BERSALAH KERANA MELIWAT ATAU KERANA IA TERINAYA  OLEH KERAKUSAN POLITIK ?

NAMUN PERBICARAAN ANUAR TETAP ATAS KES MELIWAT, BUKAN KERANA PENGINAYAAN POLITIK.

SEHINGGA KESA'AT INI RAKYAT TAHU ANUAR DIPERJARAKAN KERANA MELIWAT.

SEBAIKNYA ANUAR PERLU BUKA KEMBALI KESNYA DAN SAMAN BALIK PEMERINTAH YANG MENUDUHNYA MELIWAT SUPAYA ADA YANG TIDAK LENA TIDUR MALAM

-Pak Karamu-


 “Saya tidak bermaksud untuk ambil tindakan terhadap hakim yang lalu, mereka boleh tidur lena sekarang.
.

Undang-undang anti liwat tak adil, kata Anwar
AddThis Sharing Buttons

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Foto - Bernama
(Ubah saiz teks) 
PETALING JAYA - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik undang-undang menghukum seks hubungan sejenis, mengatakan ia saki-baki era penjajahan British.

Menurutnya, kritikan itu bukan hanya kuno, ia undang-undang penjajah British yang diperkenalkan di India dan diulang sama di Malaysia.

"Ia benar-benar tidak adil kerana seseorang boleh dituduh, dan tanpa bukti yang betul, seperti kes saya.

"Undang-undang itu mesti dipinda untuk memastikan keadilan, dan menambah orientasi seks seseorang tidak boleh dipersoal jika tidak dipaparkan di khalayak ramai," katanya dalam sesi temubual bersama Al Jazeera.

Calon PRK Parlimen Port Dickson itu berkata, undang-undang mesti dipinda untuk memastikan ada keadilan dalam prosesnya dan ini bukan soal orientasi seks.

Katanya, ia mengenai apa yang dilakukan atau paparkan secara terbuka yang bertentangan dengan norma majoriti rakyat, bukan hanya orang Islam tetapi juga Kristian, Hindu, pengikut Buddha di negara ini.

Dalam pada itu, Anwar turut ditanya mengenai hukuman rotan ke atas dua wanita yang disabit kesalahan cuba melakukan hubungan sejenis oleh Mahkamah Syariah Terengganu.

“Saya fikir ini jelas tak adil. Walaupun mereka menggunakan syariah sebagai asas, kita tidak boleh pertahan tindakan itu.

"Hukuman dera undang-undang Islam yang dicadangkan Pas itu berdasarkan tafsiran parti itu dan harus ditolak. Itu bukan hudud syariah, itu tafsiran mereka, atau beberapa aspek,” katanya.

Sebelum ini, beliau pernah dipenjarakan atas tuduhan liwat yang disifatkan bermotif politik.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bersalah, mahkamah tangguh sejam ]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi' ]

Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei  susulan satu pengampunan diraja selepas kemenangan PH selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Liwat adalah jenayah di Malaysia, dan dihukum mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksanaan yang melarang “persetubuhan luar tabii”. Seseorang yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan penjara sehingga 20 tahun.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.