Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERIKSA DAHULU KEBURUKAN MAHADHIR 22 MEMERINTAH


PAKATAN HARAPAN MEMANG KETANDUSAN 
PEMIMPIN UNTUK MEMIMPIN. LALU MEREKA LANTIK MAHDHIR UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERTINGGI. INI MENUNJUKKAN PH LEMAH DAN TIADA
YANG MEREKA HARAPKAN.
 
TIDAK SALAH JIKA KITA MELANTIK SESIAPA SAHAJA MEMIMPIN TAPI PERIKSA DAHULU LATAR BELAKANG
PEMIMPIN TERSEBUT, ADAKAH DIA BEBAS DARI SEBARANG JENAYAH ? ATAU KELUARGANYA ?
 
KALAU BOLEH BIARLAH DIA DARI ANAK NEGERI/NEGARA YANG ORI DAN IKHLAS
TERHADAP NEGARA DAN RAKYATNYA
 
CER PERIKSA APA JENAYAH YANG TELAH DILAKUKANNYA SELAMA 22 TAHUN MEMERINTAH ?
DAN KESAN DARI PEMERINTAHANNYA ADAKAH RAKYAT TELAH TERBEBAN ?


-Pak Karamu-
 
 
 
Tindakan Zahid mengecewakan
?
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
 
SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghina Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata kerana keturunan bapanya amat mengecewakan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan itu amat mengecewakan apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin nombor dua negara.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, Ahmad Zahid seharusnya menunjukkan tauladan yang baik dan Islamik dari segi tindakan mahupun percakapannya.

“Sebagai umat Islam, Ahmad Zahid tidak wajar bermain dengan politik perkauman. Apatah lagi, melibatkan keturunan dan individu yang bapanya sudah meninggal dunia.

“Saya bimbang, tindakan Ahmad Zahid ini akan menyebabkan musuh menyiasat pula asal usul keturunan beliau. Tindakan sebegini sudah pasti tidak membantu, malahan tidak memajukan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya mendedahkan mempunyai bukti nama sebenar Mahathir ialah Mahathir anak lelaki  Iskandar Kutty.

“Ini kad pengenalan biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor kad pengenalan biru dia. Ini yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” dakwa Ahmad Zahid.

Tambahnya lagi, bekas perdana menteri keempat itu hanya menggunakan orang Melayu sepanjang berkuasa selama 22 tahun.

Tambah Izzah, rakyat sudah muak dengan politik perkauman sebaliknya kebajikan dan kehidupan mereka perlu dibela.

“Perkauman tidak akan menyelesaikan masalah rakyat, malah menanam kebencian,” katanya.

Sementara itu, anak bekas perdana menteri keempat, Datin Paduka Marina tidak mahu mengendahkan kata-kata Ahmad Zahid itu.

“Saya tiada masalah walaupun gelaran itu salah sebab saya bukan rasis. Sesiapa sahaja datuk nenek kita, kita mesti hormat kerana tanpa mereka, kita tidak akan wujud hari ini,” katanya.

JIKA SEKIRANYA-JIKA SEKIRANYA !

Tun M bakal terjerat jika Pakatan menang besar
0
Mahathir
Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil akan terjerat dan jadi orang buangan sekiranya gabungan itu gagal menang besar dalam PRU14.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas perdana menteri itu yang diharap menjadi tunjang menarik pengundi, terutama golongan veteran, pastinya bakal menjadi antara orang yang akan dipersalahkan jika pakatan itu gagal.

Jelas beliau, Bersatu yang menjadi ahli paling muda dalam Pakatan Harapan cukup mudah untuk diperkotak-katikkan oleh rakan parti yang lebih senior seperti DAP dan PKR.

“Mahathir akan dijadikan kambing hitam dalam Pakatan Harapan oleh tiga rakan parti atas kegagalan rampas kuasa daripada BN pada PRU nanti.

“Ini kerana, parti yang lebih dominan dan senior seperti DAP atau PKR tidak mahu pikul beban kekalahan sehingga mereka mencari orang lain (Mahathir) untuk dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan. semalam.

Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, dendam PKR terhadap Mahathir berikutan pemecatan dan episod memenjarakan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pastinya tak pernah terpadam.

Menurutnya, keikhlasan DAP untuk berkawan dengan Mahathir yang pernah menjadi musuh tradisi, tidak pernah wujud, selain sandiwara politik sahaja.

“Begitu juga dengan Amanah. Ramai pemimpin mereka pernah mempunyai sejarah hitam, terutama (Presidennya) Mohamad Sabu, yang dua kali disumbat ke (penjara di) Kamunting berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

“Pakatan Harapan sendiri sudah menampakkan belang apabila mahu siasat Mahathir jika menang PRU14,” katanya.

Kata Nur Jazlan, situasi itu membuktikan benar dakwaannya bahawa parti itu adalah tonto politik semata-mata.

Menurutnya, Bersatu pula terlalu muda dan lemah untuk dijadikan benteng mempertahankan Mahathir.

“Jika semua situasi itu berlaku, sejarah gemilang Mahathir selama 22 tahun pasti akan tercalar dan diperlekehkan bila menjadi kambing hitam dalam Pakatan Harapan," katanya.

PAS TIDAK BERSENDIRIAN

Tiga pihak mahu sertai Gagasan Sejahtera: Pas
0
Tiga pihak mahu sertai Gagasan Sejahtera: Pas
Tuan Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam Dana PRU14 anjuran Pas Tambun.
 
IPOH - Pas mengesahkan ada beberapa pihak bersetuju menyertai Gagasan Sejahtera untuk menghadapi PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia melibatkan tiga segmen iaitu parti komponen, NGO serta tokoh.

"Dalam masa terdekat ini ada parti yang sedang berunding sertai Gagasan Sejahtera.
"Insya-ALLAH, kita akan umum bila nak dekat PRU nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Dana PRU14 anjuran Pas Tambun, di Dewan Bulan Sabit Merah, di sini hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria serta barisan kepimpinan Pas Tambun.

PAS MUNGKIN BERTANDING DISEMUA KERUSI

PRU14: Pas Pahang tanding tiga kerusi panas
0
PRU14: Pas Pahang tanding tiga kerusi panas
Pas Pahang menunjukkan manifesto yang disediakan sebagai bukti kesediaan bertanding di tiga kerusi panas pada PRU14.

KUANTAN - Pas Pahang mengesahkan akan bertanding di tiga kerusi panas pada PRU14 nanti.
Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata, ia membabitkan kawasan Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Bentong termasuk kesemua kerusi Dun iaitu Pelangai, Bilut, Sabai serta Ketari.

"Dalam pada itu kita tidak menafikan berkemungkinan Pas akan bertanding di semua kerusi yang ada di negeri ini.

"Namun bagi kerusi panas ini, kita sahkan calon daripada Pas akan ada, manakala di Bentong bukan setakat Parlimen malah kesemua Dun kita bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Ramah Mesra Pas Pahang bersama Media, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu

JANGAN PANDAI MINTA MA'AF SAHAJA, BAIKI KELEMAHAN

Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai
0
Visa: TH mohon maaf, kelewatan bakal selesai
Gambar hiasan - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang giat diijalankan yang mana TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau perkara itu termasuk pada cuti hujung minggu.

"TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Mereka akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh," menurut kenyataan itu.

Menurut TH, kelewatan pengeluaran visa berlaku akibat permohonan yang sangat tinggi dalam sistem berkenaan yang mengendalikan jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TH berkata kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut TH, jemaah haji yang lewat mendapat visa  akan disediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya dengan kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya. - Bernama

DAP PENIPU ?


Berhenti jadi mangsa penipuan DAP: Ahmad Zahid
0
Berhenti jadi mangsa penipuan DAP: Ahmad Zahid
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) memotong pulut kuning sempena dua tahun beliau dilantik Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka hari ini. - Bernama
 
MELAKA - "Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu berkata, pada PRU12 dan PRU13, DAP mencanangkan bahawa mereka mampu membela rakyat namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

"Sudah dua kali (PRU) mereka (DAP) buat demikian, mereka boleh berkokok tetapi bila (rakyat) beri kuasa di Pulau Pinang mereka tidak boleh jadi baik daripada kerajaan (BN) yang terdahulu.

"Saya seru kepada pengundi Cina, cukup-cukuplah ditipu DAP, PRU14 nanti patah baliklah kepada BN," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; Ketua Umno Bahagian Kota Melaka Datuk Latiff Tamby Chik dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.

Ahmad Zahid berkata, bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi Cina pada PRU14, BN terutama parti komponen MCA dan Gerakan perlu bekerja keras bagi membuktikan bahawa BN mampu membela nasib pengundi masyarakat itu.

Beliau berkata, segala cabaran dan tentangan daripada pembangkang perlu dipatahkan, malah BN perlu terus bekerja keras daripada sekarang bagi menghadapi PRU14 bagi mengelakkan parti itu 'dijadikan sejarah' oleh rakyat.

"Saya yakin dengan usaha keras ini kita mampu merampas semula kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang sejak 2013.

"Pada PRU lepas, pihak pembangkang telah memberi cabaran besar kepada kita lebih-lebih lagi dalam menarik sokongan pengundi namun ia tidak seharusnya melemahkan semangat anggota BN untuk bangun meneruskan perjuangan parti," katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya ahli Umno tidak menyerah kalah sekiranya tidak mengecapi kejayaan dan terus berjuang bagi menarik sokongan pengundi.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan, gerak kerja dalam menghadapi PRU14 perlu menjadi keutamaan bagi setiap ahli Umno berbanding niat untuk bertanding pada pemilihan parti.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu menjadi fokus adalah kemenangan parti pada PRU14 dan beliau tiada sebarang halangan bagi mereka yang berminat bertanding pemilihan parti akan datang.

"Tidak salah untuk memasang niat kerana sesiapa sahaja layak bertanding namun mereka perlu memberi penekanan penuh dalam mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRU akan datang.

"Semua anggota Umno jadikan persiapan jentera dan menawan pengundi lebih utama daripada menyiapkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti akan datang," katanya. -Bernama

CARI PUNCA KONFLIK ARAB SAUDI YAMAN


Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
0
Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
Kelompok militan Houthi di Yaman. - Foto Reuters
 
KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

 "Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah," kata kenyataan itu.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai 'Burkan-1',  yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Wisma Putra berkata, Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu. - Bernama

MAHADHIR JADI SINGA PULAK DAH .... DIA DAH SAMBAQ BERAPA EKOQ KAT KEDAH ?

LA NI MUSIM ANGKAT MAHADHIR !
JANGAN ANGKAT TINGGI SANGAT NO !


-Pak Karamu-

 



Mahathir ‘singa’ negara ketiga, bukannya boneka
0
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah 
KUALA TERENGGANU – Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad terus dikecam pemimpin pembangkang berikutan kenyataannya yang menggambarkan Tun Mahathir Mohamad sebagai boneka Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempertahankan Mahathir dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai terdesak dan melucukan serta tidak menolak pihak terlibat cemburukan penubuhan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Menurutnya, Mahathir sebagaimana dikenali umum bukanlah individu yang mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak termasuk di peringkat antarabangsa, jauh sekali menjadi boneka dalam negara sendiri.

“Suara dan kuasa besar Amerika, Britain dan Australia pernah beliau tentang secara terbuka dan tegas sehingga dikagumi dunia umum,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan Tengku Sarifuddin bahawa Mahathir boneka kepada Lim Kit Siang sebagaimana disiarkan akhbar arus perdana sebelum ini.

Menyifatkan pendirian Mahathir sebagai suara ‘singa’ bagi negara ketiga dan membangun, Raja Bahrin turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘suara kucing berbisik di balik tabir’.

Beliau yang merupakan Pengerusi Amanah Terengganu berkata, perbezaan yang jauh boleh dilihat antara kedua-duanya apabila Najib dilihat lebih banyak membisu di pentas antarabangsa.

“Sebenarnya memang wujud boneka di Putrajaya tetapi ia bukan di Pejabat Yayasan Perdana, Pejabat Tun Mahathir. Definisi boneka adalah seseorang yang mengikut telunjuk dan arahan pihak luar. Contohnya adalah apabila suara dan kepentingan negara luar diberi keutamaan mengatasi kepentingan negara sendiri,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu boleh dilihat berdasarkan beberapa isu termasuklah penyertaan Malaysia yang menyertai sekutu Arab Saudi bersama Amerika, Britain dan Perancis bersekongkol menyerang Yaman, menyertai latihan perang North Thunder, projek Landasan Keretapi Pantai Timur juga merupakan projek mega yang akan diserahkan kepada China dengan pinjaman kewangan yang amat besar dan penjualan tanah sebagai pegangan bebas kepada rakyat China di Johor Baru.

Selain itu katanya, penyerahan infrastruktur pelabuhan strategik negara kepada China juga boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.

“Kalau rakyat Amerika, negara kuasa besar merasa bimbang dominasi oleh Rusia ke atas Presiden Trump dan negara mereka, negara kerdil Malaysia patut lebih bimbang dan lagi banyak berwaspada pengaruh dominasi negara kaya serta ancaman dari kuasa besar negara China-Komunis,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan Tengku Sarifuddin bahawa Mahathir bukanlah boneka yang berbahaya yang perlu diberi perhatian kerana beliau tidak mentadbir negara.

“Tengku Sarifuddin harus sedar bahawa boneka yang mengetuai negara serta berkuasa jauh lebih berbahaya daripada seorang bekas pemimpin yang sudah pun bersara dan berusia 92 tahun,” katanya.
 

ELOK JUGA NAMA ANUAR TIADA DALAM SEBAB DIA DAH ADA DIDALAM


Nama Anwar tiada dalam struktur Pakatan Harapan
0
Mahathir
Mahathir. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan di dalam perlembagaan Pakatan Harapan yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan diletakkan tanpa nama penyandangnya.

"Soal personaliti tidak timbul. Apabila kami hantar perlembagaan, kami tidak bagi nama siapa yang pegang jawatan kita cuma namakan jawatan sahaja,” katanya kepada pemberita pada  sidang media selepas menyerahkan logo di pejabat ROS, di sini hari ini.

Ditanya  jawatan Ketua Umum ada dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Mahathir mengakui perkara tersebut.

"Jawatan Ketua Umum ada diletakkan di dalam perlembagaan tetapi siapa yang mengisi jawatan tidak perlu disebut.

“ROS pun terima perlembagaan kami. Tidak ada masalah," katanya.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Mahathir sebagai Pengerusi dan Presiden adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan yang berlangsung lebih 4 jam pada 14 Julai lalu.

KENYATAAN SALAHUDDIN MENCEPATKAN MAHADHIR MASOK DALAM PENJARA


KENYATAAN SALAHUDDIN MENUNJUKKAN  DIA BUTA POLITIK DALAM PAKATAN HARAPAN
 
KENYATAANNYA BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI BATU API PADA MAHADIR YANG  SUDAH TUA.
 
KENYATAAN SALAHUDDIN BOLEH MEMBUATKAN MAHADHIR TERUJA DENGAN PERANSANG YANG SALAHUDDIN BERIKAN.
 
ANDAINYA MAHADHIR BENAR-BENAR DAPAT HANCURKAN UMNO. APAKAH MAHADHIR TIDAK AKAN IKUT HANCUR ?
 
APA TUJUAN SALAHUDDIN BERI PERANSANG KAT MAHADHIR ?
 
BILA MAHADHIR KEDALAM ? SENANGLAH PAN MEMILIH JAWATAN DALAM P.HARAPAN !
 
MENGHANCURKAN SESEORANG CARA BERMUSLIHAT ADALAH BANGANG BERPOLITIK NAMANYA !
 
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
 
 Hanya Mahathir boleh hancurkan Umno
0
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Hanya jauhari yang mengenal manikam, ia selari dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu menghancurkan kekebalan Umno.

Demikian menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kehebatan Mahathir selari juga dengan pepatah Inggeris yang bermaksud hanya permata boleh memotong permata.

"Beliau mampu melakukannya walaupun Umno berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah.
"Amanah bersedia memberikan kepercayaan kepada Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara kita pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, perkara sama turut dipersetujui parti PKR dan juga DAP.

"Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan.
"Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara, ujarnya.

Jelasnya, Pakatan Harapan berusaha untuk memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih Pakatan Harapan atau BN.

"Ramai yang bertanya adakah Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan kerana beliau memiliki rekod berdekad terhadap musuh politik beliau sepanjang 22 tahun di singgahsana kuasa?

"Amanah bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia.

"Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung Rahmatallillalamin," katanya.

Tambahnya, menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya.

"Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik sepertimana yang lain. Beliau ada sejarah masa silam yang panjang yang sebahagian menyebutnya sebagai "baggage".

"Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara," katanya.

Salahuddin berkata, tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa.

"Kita bersama menentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana kesalahan yang beliau lakukan sekarang kepada rakyat dan negara.

"Permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.