Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pas, Salafiyyah, Ikhwan al Muslimun
Posted on Sunday, January 15 @ 20:39:17 PST by tokdalang

 
Oleh Tan Sri Abdullah Ahmad
 
Bukan lagi Pas atau parti Islam lain boleh memerintah, soalnya bila, 2035? Orang Islam berbahttp://www.bharian.com.my/bharian/Gallery/PilihanRayaSarawak/107gai bentuk dan rupa: Islam baka, warak, mualaf, serius, bersemangat; ada mengamalkan agama sambil lewa sahaja, sebaik-baiknya ialah mengimbangkan dunia dan akhirat, jasmani dan rohani.
 
Akhir-akhir ini ramai pemimpin Melayu cuba bersifat Islamis, bercakap tentang Islamiah; sebahagian besarnya mereka politikus oportunis.



Oleh kerana kepentingan siasah sedapat-dapatnya mereka mencuba menggambarkan diri sebagai tahu selok-belok Islamisme.

Inilah baiknya demokrasi, sebab undi yang dikejar yang dulu buta agama pun jadi celik. Kebangkitan PAS menjadikan mereka demikian. Seperti ditegaskan oleh Speaking mereka jadi, ‘cause celebrate – yakni menarik perhatian’. Bagai seorang pelajar pondok dari Pasir Mas atau seorang pengakap dari Pasir Tumbuh jadi cause celebrate politik berfahaman kiri atau sosialis!

Di Mesir sekarang, hasil revolusi Medan Tahrir dan Pilihan raya Parlimen, dua parti Islam muncul sebagai pemenang terbesar: Ikhwan al Muslimun (Muslim Brotherhood) sebuah parti Islam yang konservatif dan sebuah parti yang lebih puritanical lagi iaitu Parti Salafiyyah al Nour yakni sebuah parti yang tersangat ketat mengamalkan agama, sosial dan akhlak. Pengikutnya cenderung menganggap hiburan sebagai dosa. Mereka puritans. Apa pun kedua-dua parti itu disokong oleh majoriti rakyat Mesir. Kedua-dua parti terkejut dan gembira dengan keputusan pilihan raya itu – 60 peratus dari kerusi parlimen dimenangi oleh mereka. Kenapa begitu?

Sebabnya senang sahaja. Rakyat Mesir terlalu bosan dengan pemerintahan diktatorship tentera semenjak Mesir menjadi republik 60 tahun lalu. Tentera masih berkuasa walaupun agak longgar sedikit - membenarkan pilihan raya diadakan. Kuasa mutlak masih di tangan mereka bukan di parlimen. Apa pun sedikit kemajuan ke arah demokrasi tulen telah bermula.
 
Kedua-dua parti mahu parlimentary demokrasi diamalkan di Mesir seperti di negara kita atau di EU (Kesatuan Eropah). Mesir negara Arab terbesar dengan penduduknya berjumlah 83 juta orang, 85 peratus Islam Sunni (Sunnah Wal Jamaah), satu peratus Syiah, 15 peratus Kristian majoritinya dari mazhab Protestant. 10 peratus pendapatan kasar negara itu datang dari industri pelancongan.
 
Tidak seperti negara-negara Arab lain – Saudi, Kuwait, Qatar, Libya, Bahrain dan negara-negara Emirates atau Teluk yang kaya dengan minyak dan gas. Iran (bukan Arab) juga kaya dengan petroleum dan menjadi saingan terbesar kepada Arab Saudi dan juga ‘Makkah’ pengikut Syiah.
 
Apa pun kekayaan ‘emas hitam’ di negara-negara tersebut pada umumnya telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat mereka lantas tuntutan mahu pilihan raya, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak dan berhimpun, menegakkan hak asasi manusia tidak begitu ketara. Kalau pun ada gerakan demikian dipatahkan segera secara kekerasan. Mesir sebuah negara miskin tetapi kaya dengan tamadun, sejarah juga pusat ilmuwan dan cendekiawan dunia Arab – tumpuan kebudayaan dan kesusasteraan, politik, perfileman dan hiburan Arab.

Ada perasaan takut dalam kalangan industri tourisme Mesir Parti Salafiyyah al Nour akan mendesak pengharaman arak di pusat-pusat touris yakni di hotel dan bars. Jurucakap parti itu cepat menegaskan ‘boleh jadi 20 ribu orang dari 80 juta (sebenarnya 83 juta) minum arak. Tetapi 40 juta rakyat Mesir tidak ada paip air.
 
Dalam Parlimen saya akan sibuk mendesak paip air disediakan bagi rakyat bukan berbicara tentang 20,000 orang yang minum arak.’ Praktikal dan realis reaksi Parti Salafiyyah. Lebih kurang seperti dasar kerajaan Pas Kedah. Tanpa arak industri pelancongan di Langkawi sudah tentu lembab, tidak kancah. Tourisme tanpa bars, dan hiburan tidak akan menarik pelancong antarabangsa. Kalau Mesir sebuah negara Islam yang tua dan penduduknya 86 peratus Islam dan terletak Universiti Al Azhar yang berusia lebih 1000 tahun itu tidak mengharamkan alkohol kan pelik, agak sukar dan tidak adil kalau arak dicegah di Malaysia, sebuah negara majmuk dan undang-undang asasnya non-syariah? Ikhwan al Muslimun juga sebuah parti yang realis, mereka tidak kalut nampaknya dengan pengharaman itu dan ini. 
 
Mereka sebuah parti yang mengikut peredaran masa dan perkembangan globalisasi. Jurucakapnya menegaskan dalam bahasa asal: It is no longer a matter of choice whether one can be with or against globalisation. It is a reality. From our perspective, we favour the widest possible engagement with globalisation through win-win situations – yakni mereka tidak menentang globalisasi asalkan kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.’

Dalam seminar di Singapura saya menegaskan dalam bahasa asal, ‘Nevertheless, whatever is the outcome (of the polls), political Islam is on the rise. Pas hasn’t reneged its pledge to establish an Islamic state, negara Islam...the party has only changed its tactic.’ Yakni politik Islam akan terus meningkat apa pun keputusan PRU 13.

Pas kekal dengan tekadnya mendirikan sebuah negara Islam, apa yang berubah hanya taktik sahaja. Umno menang pun political Islam bergerak ke atas apa lagilah kalau Pakatan Rakyat menang maka niat Pas tercapai dan terlaksana.

Mengikut adat evolusi satu hari kelak Umno akan diganti oleh Pas atau parti Islam/Melayu lain. Soalnya bukan lagi ini akan berlangsung tetapi bilakah itu akan menjadi kenyataan. Menjawab satu soalan demikian saya berkata tidak selepas PRU 13, juga tidak selepas PRU 14.

Besar berkemungkinan jika Umno tidak pintar, kalau tidak fleksibel, tidak menyesuaikan diri dengan tuntutan zaman peralihan mungkin berlaku seawal-awal selepas PRU 15.

Amat besar ia beralih pada tahun 2035 atau sekitarnya apabila waktu itu penduduk Melayu Islam sudah mencapai 75 peratus seperti jumlah penduduk Cina di Singapura kini. Kalau PAS atau parti Islam lain realis, fleksibel, tidak dogmatik jangan terperanjat satu hari kita bangun tidur melihat Ayatollah Melayu sebagai perdana menteri!

Saya mungkin tidak ada lagi lainlah saya hidup hingga 97 tahun. Tidak mustahil tetapi mungkin tidak sampai sebegitu lewat. Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kalau saya hidup dan sihat hingga 90 tahun pun. Apa pun di Jepun, di Kesatuan Eropah terutama di Eropah Barat juga di Singapura sudah ada ratusan ribu manusia hidup silat walafiat walaupun berumur lebih seratus tahun disebabkan kemudahan kesihatan canggih yang wujud selain daripada disiplin cara hidup mereka yang berkenaan dan juga diperkenankan oleh ALLAH SWT. Saya berdoa saya hidup lama, sihat dan tidak menjadi beban kepada keluarga, anak, cucu dan cicit.

Ulama muda Pas kalau evolusi ini berlaku seperti lazimnya berpeluang menjadi perdana menteri dalam masa 23 tahun atau kalau bijak bermain politik lebih awal lagi. Ada peluanglah Husam Musa dan Salehuddin Ayub (kalau mereka umur panjang) menjadi ahli jemaah menteri. Kalau politik keturunan atau politik pedigree berlaku maka anak atau cucu Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Haji Hadi akan menjadi perdana menteri.

Apa pula ukuran sendiri tentang anda? Islam keturunan, Islam serius, seorang maksum atau seorang Islam songsang? Sepanjang hidup, saya memilih kesederhanaan. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali seboleh-bolehnya! Seelok-eloknya jalankan tugas, kewajipan dan memberi perkhidmatan sebaik-baiknya.S/H

1 orang berkata:

Anonymous said...

inrahim ali tak berani kalau ngan org susah....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.