Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
  PKR Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan
Posted on Friday, January 06 @ 22:01:29 PST by tokdalang


Oleh SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
SUBANG JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan penuh perbicaraan kes liwat keduanya diketahui pada 9 Januari ini.
Menurut beliau, mereka sudah mendapat bayangan skrip keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin depan.


"Sepatutnya kes ini tidak perlu dibicarakan di mahkamah kerana tak cukup bukti. Sebenarnya ini bukan soal liwat tapi perbicaraan politik," katanya pada ceramah Rapat Rakyat di Kompleks 3K di sini, malam Jumaat.

Tegas Nik Nazmi, kes tersebut sengaja diheret ke mahkamah sebagai usaha untuk memusnahkan karier politik Anwar dengan apa jua sekalipun.

"Skrip keputusan kita dah tahu. Kita bukan nak membuat keputusan lebih awal dari mahkamah tapi hakikatnya kes ini tidak perlu dibicarakan," katanya.

Sehubungan itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia menyeru orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menegakkan keadilan terhadap rakyat yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

"Kita perlu buktikan rakyat tidak gentar. Tiada alasan polis kata tak boleh sertai perhimpunan kerana mereka sudah bagi permit.

"Datanglah beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini sebagai tanda menolak kezaliman kerajaan memerintah," katanya.

Walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjangkakan kira-kira 100,000 rakyat akan menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901', Nik Nazmi yakin jumlah tersebut akan meningkat kepada 150,000 orang selepas polis bersetuju membenarkan perhimpunan itu diadakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.