Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Warganegara Vietnam suap polis

17/01/2012 4:27pm

IPOH — Seorang peniaga warganegara Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memberi suapan RM3,200 kepada seorang anggota polis di KM9 Jalan Raya Timur-Barat dari Jeli menghala ke Gerik pada 6 Januari lepas.

Nguyan Van Xuan, 32, memberi suapan itu kepada Sarjan Mejar Abdul Razak Ahmad yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik pada pukul 9 pagi, sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas tertuduh (Nguyan) kerana membawa kayu gaharu tanpa permit.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pada mulanya, tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu namun kemudiannya mempertikaikan fakta kes yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Hakim menetapkan 1 Februari ini untuk sebutan semula bagi melantik jurubahasa Vietnam dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. — BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.