Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Bekas penolong gabenor Bank Negara akan didakwa

Jul 1, 11 9:54am
 
Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

azlanIa berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Adalah difahamkan pihak berkuasa Australia juga akan mendakwa beberapa individu berhubung skandal itu hari ini.

Lelaki itu ditahan semalam dan dibawa ke ibupejabat SPRM.

Manakala orang tengah tersebut pula akan menghadapi pertuduhan berasingan kerana menawarkan rasuah kepadanya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Bekas penolong gabenor itu dipercayai akan didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tahun lalu, berikutan laporan bahawa Securency International, yang berpejabat di Melbourne, menawarkan rasuah kepada pegawai-pegawai di Malaysia, SPRM menahan tiga individu berhubung skandal nota polimer RM5 itu.

Mengikut laporan media itu, ketiga-tiga yang ditahan itu termasuk seorang ahli perniagaan didakwa dibayar RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan agar kerajaan Malaysia menggunakan mata wang polimer.

PAS AKAN RAMPAS PERAK PADA PRU 13

PRU 13 : Pas Perak yakin Perak akan kembali kapada pakatan rakyat.



29 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH,: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan Pilihanraya Umum 13 bakal memberi cabaran besar kepada Barisan Nasional di perak Darul Ridzuan. Ini kerana, PRU 13 bakal menjadi medan dimana rakyat Perak akan menilai prestasi Barisan Nasional yang telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak sah.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaan pada PRU 13 akan menjadi bukti bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Tambahan beliau, walaupun PR dilihat sebagai menang tipis pada PRU 12, namun ianya adalah satu kemenangan yang sah daripada rakyat.

Mengulas tentang kepimpinan BN di Perak, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir dilihat sedikit goyah dan banyak dibayangi dengan aura oleh Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang lebih disenangi oleh rakyat Perak berbilang kaum. Ini bukti yang jelas bahawa rakyat Perak tahu menilai siapa pemimpin yang lebih telus dan berjiwa rakyat.

Memetik ucapan beliau, “ PAS bersama Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk menggempur Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang kerana kami percaya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat di samping usaha gigih semua ahli.”

Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT dan terus berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada pakatan Rakyat menjelang PRU 13.
Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Julai 2011

BETUL ADA AHLI TIGA JUTA?


NAJIB KATA: UMNO PUNYA AHLI 3 JUTA KALAU TURUN KL HABIS ! .... TAPI ITU BUKAN CARA KITA ...


9 JULAI TARIKHNYA





TIDAK TUNDUK DESAKAN BERSIH – meloya

Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Dia berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.
“Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.

“Kalau diikutkan UMNO mempunyai tiga juta ahli, tidak ditambah dengan ahli parti-parti komponen BN lain.

“Mereka ini hanya menunggu isyarat sahaja untuk turut turun membanjiri Kuala Lumpur. Tetapi ini bukan cara kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita mempunyai saluran terbaik lain,” katanya.

NILAH PADAHNYA BILA DAH KALAH PILIHANRAYA DIANGKAT JUGA JADI MENTERI

Parah Bila Menteri Jaga Agama Bercakap Bohong

Dr. Mashitah Berbohong Di Dewan Rakyat?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa Speaker Dewan Rakyat merujuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen kerana mengelirukan dewan. Izzah mendakwa jawapan diberikan Mashitah bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berhubung penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) .

Polis beraja di hati bersultan di mata, buat apa suka



Polis Ketagih Salah Guna Kuasa Ke Atas Penyokong Bersih

Posted on Thursday, June 30 @ 17:20:24 PDT by paktam

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRiP5KHVUwtLN-03iCTMnJ_7berFTkTCNTfDHk4BAQTLx1BkcaDJDqoK7G0kSVkANPiEtMkn63Oz7JUlZUWFoBwcQlVdu4j9pUmJazNMzrfWmgxRPR6AzaerxpcNX8-km-a3ZH5mb2t0w/s1600/bersih.jpgn oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.

Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan.


 Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.

Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?

Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?

Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.


Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .

Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?

Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.

Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.


Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?

Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.

Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .

Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYJWlIRiyQpyq97LD2OBTpbGdmwEVQq6DbDTfm9ZyQdp-uebl9-YwSBNmp3o56uVIFPVhMoIXKtANinlmeOBCmVmGm6ep5seBHMH8-723UPB1BcEw1hlNEl_k32MVwWOOmcwym4ma-TG89/s1600/Kartun+Harakah+jangan+lupa+bersih.jpghan

Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.

Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?

Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.

Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin.

PENIPUAN TETAP BERLAKU, JANGAN KEMUKA HUJAH YANG DANGKAL

Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat


Hampir mustahil'

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.

Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya.

Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.

Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.

Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk

Ulasan GB

Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu?

Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu.

Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu.

Ok, itu alasan dulu.

Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk.

Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini:
Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0 : Timbalan Pengerusi SPR sewajarnya meletak jawatan..

SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.


"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.

"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.

Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.

Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.

Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.

Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.

Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".

"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.


Kisah jernih, keruh dan bersih…

Ooi Heng | Jun 30, 2011 11:44:35 am

 
"Tuhan mengajarkan Adam nama-nama seluruhnya, yang apabila diminta malaikat menyebut nama-nama itu malaikat gagal menyebutnya, tetapi Adam menyebutnya dengan sempurna.  Itulah kelebihan makhluk bernama manusia - ilmunya.  Manusia adalah makhluk berilmu.  Kerana berilmunya itulah maka para malaikat sujud hormat kepada manusia.  Tetapi pada ketika itu juga iblis mengisytiharkan permusuhannya yang berterusan terhadap manusia."

Cukup bersemangat ucapan Che Shamsudin Othman yang lebih dikenali dengan nama Dinsman semasa beliau dijemput membicarakan peranan penulis sempena Hari Ilmu oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Maka bermulalah zaman pancaroba di negara ini, yang merosakkan satu demi satu nilai-nilai murni dan institusi-institusi penting dalam masyarakat, hingga hari ini keadaannya sudah menjadi begitu parah sekali."

Merujuk kepada detik-detik hitam pada ketika bumi bersih ini dikeruhkan, Dinsman berbicara secara terus terang, bahawa "keengganan para penulis, budayawan dan ilmuan, termasuk ulama kita memainkan peranan"; bahawa "kebanyakannya membisu, manakala yang bertugas di media mereka seperti berpakat membuat pembohongan demi pembohongan, membantu pihak berkuasa mempertahankan kuasa, walaupun pihak berkuasa itu jahat, zalim dan dimarahi rakyat", maka saya teringatkan hari kesepuluh bulan kesebelas empat tahun yang lepas, pada ketika bumi yang keruh lagi mengeruhkan dibersihkan, rakyat seramai 40,000 membanjiri kota dipaparkan keesokan harinya oleh media aurs perdana sebagai 4,000 atau 400.

Tahun 2007 tahun bersejarah.  Kini sejarah berulang dengan sedikit perbezaan.  Tindakan penangkapan rejim pemerintah sedang berlangsung.  Dunia menyaksikan bagaimana bacaan puisi seorang "penulis, budayawan dan ilmuan" diberhentikan dan dikeruhkan suasananya susulan ancaman dan tindakan penangkapan supaya "kebanyakannya membisu", supaya "Unggun Bersih" menjauhi lanskap minda kota, supaya "Shit" tidak kembali menguningkan kota.

Apabila sesebuah parti pemerintah terdesak untuk mempertahankan lanskap kuasa, maka lanskap minda dikorbankan.  Biarkan sahaja kekeruhan institusi sedia ada.  Asalkan lanskap kuasa dapat bertahan.

Wahai konco-konco parti pemerintah, jangan salah faham!  Saya bukan berbicara mengenai kekuningan kota dan kaitannya dengan kecacatan sistem pilihan raya.  Yang saya nak bicarakan ialah kecacatan pemerintah merangka sebuah belanjawan.  Apabila lanskap minda dikorbankan dan lanskap kuasa sahaja dipertahankan, maka rejim kewangan yang kurang bijaksana dipakai selama-lamanya.

Rupa-rupanya kecacatan rejim kewangan berkait rapat dengan kecacatan rejim pemerintah.

 Semasa Belanjawan 2011 dibentangkan bulan Oktober tahun lepas, Menteri berperut buncit cuba melakar gambaran bahawa kerajaan bijak menguruskan kewangan negara malahan ditonjolkan betapa kerajaan berazam mengawal defisit fiskal negara dalam lingkungan 5.4%.

Apabila Dewan Rakyat kembali bersidang Jun ini, tiba-tiba Kementerian Pelajaran menuntut pertambahan peruntukan sebanyak RM1.314 bilion untuk menampung pembayaran emolumen kakitangan awam sementara Kementerian Kesihatan pula menuntut pertambahan peruntukan sebanyak RM1.009 bilion untuk menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim.

Kebijaksanaan kerajaan BN?

Apakah demi "menjernihkan" defisit fiskal negara supaya terkawal dalam lingkungan 5.4%, pemerintah "mengeruhkan" peruntukan kementerian dengan mengurangkan peruntukan emolumen semasa pembentangan Belanjawan 2011 dan kini kembali menuntutnya?  Inikah yang bergelar kebijaksanaan pemerintah merangka sebuah belanjawan yang kononnya menyakinkan dari segi tata kelola peruntukan dan perbelanjaan?

Apabila diimbas kembali sejarah kewangan negara dan dihalusi bagaimana sebuah belanjawan bersih dikeruhkan, rakyat yang mengutamakan lanskap minda pasti dapat membezakan hakikat sebenar daripada angka-angka yang menjadi paparan propaganda dalam dunia yang didominasi oleh mereka yang ghairah dengan kekeruhan lanskap kuasa.

Misalnya, Belanjawan 2009 mencadangkan defisit fiskal sebanyak 3.6% daripada Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) namun angka sebenar 2009 menunjukkan defisit adalah sebanyak 7.0%.

Satu lagi misalan, Belanjawan 2008 mencadangkan defisit fiskal sebanyak 3.1% daripada KDNK namun angka sebenar 2008 menunjukkan defisit sebanyak 4.8%.  Maka apakah angka sebenar defisit fiskal 2011 apabila Belanjawan 2011 secara sengaja atau tidak sengaja tidak memasukkan peruntukan emolumen yang sepenuhnya?  Seolah-olah pegawai kerajaan yang ditugaskan untuk membuat perancangan peruntukan kementerian tidak memahami keperluan kementerian.  Ataupun, pegawai kerajaan terpaksa mengikut selera Menteri berperut buncit semasa merangka sebuah belanjawan dan terpaksa mengetepikan kebijaksanaan diri?

Negara Greek yang pada satu ketika dahulu terkenal dengan idea-idea ahli falsafah Socrates, Plato dan Aristotle kini berhadapan dengan krisis hutang negara yang cukup serius sehingga pelbagai pihak menjangkakan krisis kewangan sedunia 2008 mungkin kembali menghantui dunia kewangan.

Apa yang berlaku di Greek...

Apabila diteliti angka-angka berkaitan termasuk defisit fiskal negara Greek yang melambung tinggi sehingga mencecah 15.4% pada tahun 2009, mungkin tidak munasabah jika dibandingkan Malaysia dengan Greek.  Namun, penelitian hala tuju rejim kewangan adalah mustahak kerana lanskap minda pihak yang menguruskan perihal kewangan negara bakal mencorakkan lanskap kewangan dan ekonomi negara.

Misalnya, defisit fiskal negara Greek pada tahun 2004 sekadar 5.8%.  Namun hala tuju rejim kewangan membawa malapetaka kepada lanskap kewangan dan ekonomi negara Greek.  Lima tahun kemudian, defisit fiskal negara Greek mencecah 15.4%.  Unjuran defisit fiskal negara kita pada tahun 2011 ialah 5.4%.  Namun, peninjauan pembekalan tambahan dan kemusyikilan terhadap mentaliti pemerintah semasa merangka sebuah belanjawan menimbulkan rasa kebimbangan pelbagai pihak yang prihatin dengan hala tuju rejim kewangan.

Apa yang akan berlaku dalam masa lima tahun akan datang?  Jika sekiranya trajektori Greek mencorakkan lanskap kewangan dan ekonomi negara kita pada masa depan, saya bimbang, lonjakan angka sebenar hutang dan defisit fiskal negara bakal memeranjatkan menteri-menteri berperut buncit yang juga bermuka kekuning-kuningan.

Rejim pemerintah Greek didapati memanipulasi angka sebenar defisit fiskal negara.  Defisit fiskal negara Greek pada tahun 2010 yang dikatakan berkisar sekitar 6-8%, kemudian didapati telah melonjak kepada 9.1%.  Pendedahan seterusnya bukan sahaja menyangkal angka rasmi yang diumumkan oleh pemerintah malahan memeranjatkan dunia kewangan dengan angka 12.7%. 
      
Sementara itu, angka hutang dan defisit fiskal negara kita yang diumumkan oleh pemerintah semacam berpatutan.  Namun, bukan semua pihak merasa yakin dengan angka rasmi yang diumumkan oleh pemerintah.  Umpamanya, Angka yang dibekalkan oleh Thompson Reuters jauh berbeza dengan angka rasmi Kerajaan Malaysia.

Sementara nisbah hutang negara kepada KDNK dikatakan telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, angka Thompson Reuters pula mengatakan bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepai paras 80%.  Sebagai perbandingan, nisbah hutang negara Greek kepada KDNKnya telah melepasi paras 120%.

Menurut senarai bond yang dikeluarkan untuk Malaysia oleh Thompson Reuters Eikon, setakat Jan 2011, jumlah bond adalah lebih daripada RM500 billion tetapi angka yang diumumkan oleh Menteri berperut buncit menyatakan angka berkaitan hanyalah lebih kurang RM200 billion.

Setelah memahami asas-asas kepada kebimbangan pelbagai pihak terhadap kemampuan rejim pemerintah menguruskan kewangan negara, nampaknya banyak lagi institusi yang perlu dibersihkan namanya supaya yang keruh itu dijernihkan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

NGUCAP WAK ! MALAN KELIWON TERBAYANG BENDA TUH ! WIIIIH !!!


Muka pantat buat-buat terkejut pulak ! Macam sial jer !!


Aku sempat tonton berita 1.30 ptg tadi di tv 3 suku. Gemuruh sungguh puak Umno dengan muka langsung tak boleh nak percaya tu bilang, kesalnya depa pasal kejadian yang menimpa pejabat depa di simbah cat dan dibaling ayam busuk. 

Kepala hotak lu laa...! Kalo nak bikin drama, bikin ler nampak real bro ! Nampak sangat, sendiri baling cat, sendiri buat-buat muka macam pantat terkejut..!



Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan supaya ahli akar umbi tidak melatah kerana perbuatan tersebut bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara. - malaysiakini

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT ‘KUNING’ KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH. - blog umno cheras

Perhatikan betul betul ayat Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur. mana dia tau tujuan si bangang yang nak baling ayam dan simbah cat tu? dia ada deria ke enam macam gua ke? ke..sendiri baling sendiri lepas tu baru cipta tujuan? kah kah kah!

Apa kaitan ayam sembelih dengan kemarahan melayu? setahu gua melayu paling alergik dengan babi. patutnya umno bersyukur kerana ayam tu dah disembelih. tinggal nak buang bulu, cuci dan potong secukup rasa.boleh juga buat makan makan. dengarnya umno cheras dapat empat ekor. peh!

notasemut kata - jangan ingat orang lain bodoh macam umno la. ini semua taktik bangang semulajadi yang diwarisi umno sejak turun temurun lagi. dulu dekat pejabat dap sg. chua pun ada kes gantung ayam mati juga. yang tu tujuan apa pulak? gantung ayam mati dekat pejabat dap untuk bangkitkan kemarahan melayu? bangang! - sumber asal

NI WIRA NEGERI PERAK, NAK NAK HALAU ZAMBRI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhW0oTbCIQb_xF892FfGRqHgBnWPk-pSAvBrraBdJcNZbRrNsGpEAkuvHZj2pBJvUJJJZVI7pt1uJqJCi4zvVQ_UiN39ANrQGr1bxVl_5zrTeK5q2U5qTG_LLZfVXDdNMj-IhtU56DNmhCW/s1600/nizar.jpg 
MENDADE JE YOP KITE NIH, NI YANG BUAT ZAMBRI TAK TIDO MALAM !

JIKA DILAYAN PERMINTAAN BERSIH UNTUK BERSIH BN LINGKUP !!!

Nasrudin Hassan: Provokasi keterlaluan terhadap BERSIH 2.0 | Jun 30, 2011 12:11:35 pm

 
1. Saya ingin merujuk kepada laporan berita bertajuk, "Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' – Omardin" yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.  Sejak pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti.

2. Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia.

  Terbaru, sepertimana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.

Memetik daripada laporan berita tersebut ;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja.  Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut. 

3. Ugutan sedemikian sebenarnya turut mencemarkan Institusi Budaya dan Seni Silat tanahair kita yang selama ini, secara tradisi dan warisannya sangat dikenali sebagai satu Institusi yang sangat tinggi wibawa dan disiplinnya.  Malah begitulah layaknya jiwa dan karektor pendekar - pendekar tanahair yang tinggi budi dan halus pekerti di sebalik kehebatan dan keperkasaan ilmu mempertahankan diri.  Selayaknya pula pendekar dan satria tanahair digunakan untuk mempertahankan negara dan menegakkan keadilan, bukannya mem-"belasah" rakyat sendiri yang mahu menuntut keadilan secara aman.  Apakah himpunan untuk menunjuk perasaan rakyat secara aman agar beberapa tuntutan mereka diberi perhatian dan ditunai oleh kerajaan telah menjadi satu kesalahan dalam negara kita?  Apakah negara kita telah menukar sistem demokrasinya kepada sistem autokrasi?

4. Jika pihak BERSIH 2.0 boleh dan mampu memberi jaminan bahawa pesertanya berdisiplin dan hadir berhimpun dengan aman dan ia adalah satu komitmen yang konsisten dan dipertegaskan berulang kali, kenapa pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara mengeluarkan kenyataan tidak dapat mengawal emosi anak didiknya sehingga boleh mendorong tercetusnya pertembungan.

5. Jika pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara tidak berupaya mengawal emosi anak didiknya, maka usahlah dikerahkan anak didik Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara turun pada hari yang sama untuk bertembung dengan pihak BERSIH 2.0 kerana kami bagi pihak BERSIH 2.0 sekali lagi mempertegaskan bahawa kami tidak turun dengan membawa semangat mahu bertembung dengan sesiapa sebaliknya hanya sekadar mahu mengadakan "Berjalan untuk Demokrasi " sambil membawa lapan tuntutan sebagaimana yang telah dimaklumi oleh semua pihak.

6. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini.  DPPM ingin tegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran BERSIH 2.0.  Ini adalah satu perkara yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan.

7. Amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.  Ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan sebagaimana yang telah dimomokkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Lebih mengecewakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.  DPPM yakin semua pihak mahukan negara yang aman.  Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan.

8. Demikian juga dengan beberapa siri himpunan bantahan yang dilakukan oleh pihak pemuda UMNO dan juga PERKASA dengan mengeluarkan kenyataan berupa ugutan dan ancaman sedang pihak BERSIH telah berkali - kali membuat komitmen untuk memastikan Himpunan BERSIH 2.0 kelak akan berlangsung dalam keadaan aman.

Malangnya pihak berkuasa tidak pula mengambil tindakan kepada pihak yang mencetus provokasi dan beria - ia mahu berperang, bertembung dan sebagainya.  Lebih malang apabila yang menjadi sasaran pihak berkuasa hanyalah BERSIH 2.0 yang bertegas mahu menganjurkan himpunan secara aman.

9. Apakah pihak kerajaan turut bersubahat dengan `pihak yang mencetus provokasi hanya semata - mata tidak mahu melihat himpunan BERSIH 2.0 ini berjaya dilakukan. Situasi ini jelas menunjukkan seawal - awalnya pihak kerajaan telah TIDAK berlaku adil dalam menangani isu ini.

10. Penegasan yang sekali lagi saya mahu utarakan kepada semua khasnya kepada pihak kerajaan bahawa kami terutamanya anak-anak muda yang akan turun pada 9 Julai 2011 kelak adalah mewakili rakyat yang mahukan keadilan, keamanan dan kesejahteraan.  Kami tidak turun dengan membawa senjata demikian juga kami tidak sekali-kali akan mencetus provokasi yang mengundang kepada ancaman keselamatan kepada pihak lain.  Sebaliknya ikrar kami, hanya turun membawa hati dan perasaan yang mahukan keadilan dan hak diberikan kepada kami secara saksama setelah sekian lama hak kami dinafikan seperti yang tersenarai dalam lapan tuntutan kami.

1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan "pengundi hantu" seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.  Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari.  Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi.  Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan (gambar kanan) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Nuffnang Ads

Khamis, 30 Jun 2011

AYAH BIAWAK DENGAN ANAK BIAWAK




INI BUKAN KUCING




RAIS KECEWA TAHAP KESOPANAN DAN NILAI BUDAYA GENERASI MUDA - meloya

Rais Yatim hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesopanan dan nilai budaya yang semakin menurun dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, tahap kesopanan itu boleh diukur daripada sikap anak-anak muda masa kini yang sukar mengucapkan terima kasih setelah diberi bantuan.

"Kita agihkan beribu-ribu netbook satu Malaysia kepada anak-anak kita di sekolah, mereka ambil (tapi) tengok pun tidak muka orang yang bagi, jauh lagi berkata terima kasih,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) 2010 di Istana Budaya di sini, hari ini. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… PERTAMA AJAR ANAK SENDIRI DULU …kah kah kah..

kah kah kah..JANGAN ENTOT ENTOT LARI…. kah kah kah..

kah kah kah…KEMUDIAN AJAR PUNAI SENDIRI DULU…. kah kah kah..

kah kah kah…JANGAN ROGOL ROGOL KAN PADA AMAH INDON…. kah kah kah..

kah kah kah… BAGI HADIAH TAK TENGOK MUKA?.... kah kah kah..

woit…NAK TENGOK MUKA BUAT APA?....kah kah kah…

kah kah kah…KALAU TENGOK MUKA … MATI SELERA MAKAN…. kah kah kah..

kahkah kah..TENGOK MUKA BIK MAMA… DEMAM SEBULAN…. kah kah jkah..

kah kah kah…TENGOK MUKA MALIKUL SEMBAB… KENA SAKIT JANTUNG… kah kah kah..

kah kah kah…TENGOK MUKA MAT MONGOL… KENA SEMBELIT…. kah kah kah..

kah kah kah…TENGOK MUKA RAIS YATIM…. PUTUS REZEKI SETAHUN…kah kah kah..

woit… NOTE BOOK ITU BUKAN HARTA GEROMBOLAN…. kah kah kah…

kah kah kah….NAK TERIMA KASEH BUAT APA…. INI DUIT ORANG RAMAI…. kah kah kah..

woit…BUKAN DUIT MENTERI YANG BELI… LAKNAT PUNYA MUNKEEE… kah kah kah

nota:rais yatim beri ceramah tentang budi dan bahasa
samalah seperti biawak nasehatkan anaknya
jangan makan bangkai kah kah kah

KAKI KELENTOOOOOONG !

Khamis, 30 Jun 2011

Fuhhh..TerKAYUnya Seorang KPN Dengan Pengerusi "Bersih"..??

Terkantoi lagi KPN...terlalu extream mengampu kerajaan BN dalam usaha menghalang himpunan Bersih dan memberi amaran akan menghalang dengan apa cara apa sekali pun agar himpunan itu dibatalkan,dan menempelak PR tidak mengikut saluran yang betul.

Tiba-tiba pengerusi bersih Datuk S. Ambiga datang sendiri berjumpa KPN hari ini dan berbincang selama setengah jam,iaitu mengikut saluran yang betul meminta laluan alternatif baru,yang dipilih sendiri oleh Pihak Polis agar perarakan itu berjalan lancar dan aman.

Maka tak terkata dan kelu lidah sang KPN,apabila pengerusi Bersih sendiri datang berjumpa beliau.KPN minta diberi masa,mungkin ingin berbincang dengan memanda Perdana Menteri yang menjadi Tuan yang memberi rezeki untuk hidup kepadanya.

Maka pulanglah Pengerusi bersih dengan senyuman dan seribu harapan..sekiranya tiada jawapan beliau akan berjumpa lagi minggu hadapan bagi memenuhi permintaan sang menteri Umno untuk mengikut saluran yang betul,sekiranya tidak juga berjaya..maka bolehlah kita melakukan apa yang patut,iaitu mengadakan himpunan bersih pada 9 Julai ini,seperti yang disarankan oleh majlis fatwa kebangsaan dalam posting di bawah...Mampuihhh uMnooo..!!

PUTAR BELIT MACAM SYAITAN



Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian.
 
Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu juga telah menghubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi perkara yang melibatkan RTM.

Namun kementerian itu berpandangan bahawa RTM hanya perlu menjadi saluran untuk menguar-uarkan dasar kerajaan, katanya.

"Siapa saja yang menjadi kerajaan, saya pasti, mereka akan buat perkara sama juga," kata Wan Ahmad kepada wartawan selepas menyertai satu program dialog berhubung tuntutan oleh BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya, Wan Ahmad berkata Malaysia juga tidak boleh dibandingkan dengan negara lain dalam isu berhubung liputan media yang adil ke atas pilihan raya, termasuk media yang dimiliki kerajaan.

Pemberita: Ianya tidak sama di negara lain, Datuk.

Wan Ahmad: Jangan bandingkan dengan negara lain.

Pemberita: Kenapa tidak?

Wan Ahmad: Jika anda bandingkan dengan negara lain, susahlah.

Pemberita: Singapura juga benarkan pembangkang...

Wan Ahmad: Tetapi...

Pemberita: ... Thailand, Indonesia, dan Filipina...

Wan Ahmad: Tidak... Biar saya kata...

Pemberita: Mereka dianggap sebagai negara yang lebih ke belakang, tapi mereka lebih terbuka dalam perkara ini.

Wan Ahmad: Kita sedang berbincang dengan kerajaan. Inilah yang SPR boleh buat. Kita berbincang dengan kerajaan tentang kebimbangan NGO dan masyarakat sivil berhubung perkara ini.

KALO CAM TU BUATLAH LAPORAN

Bersih 2.0 : Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari Ditulis oleh Hadri Yaziz



SHAH ALAM 30 JUN: Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan  tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri,"  kata beliau kepada TvSelangor.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

"Fatwa" Hishamuddin Tercabar, Ahli Parlimen PR Berpakaian Kuning


Sebagai tanda sokongan padunya terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini hadir dengan mengenakan pakaian berwarna kuning sempena warna rasmi Bersih 2.0.

Tindakan mengenakan pakaian kuning itu juga dibuat sebagai membantah segala usaha polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

Malah dalam merealisasikan sokongan mereka, hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai tali leher kuning manakala ahli parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan rakan sejawatnya dari Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut memakai baju T Bersih 2.0, yang mana pakaian terbabit merupakan penyumbang kepada peningkatan jumlah tahanan baju kuning itu sejak sabtu lalu kepada 108 tahanan.

Malah hari ini, Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye ditahan kerana memakai baju berwarna Kuning.

Sementara ADUN Pakatan Rakyat, Chan Ming Kai ditahan kerana memakai baju T Bersih di Gunung Rapat, Perak dengan dua lagi ahli parti itu pagi tadi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan bahawa tindakan polis itu merupakan intimidasi jelas dari pihak Kerajaan.

"Kami di sini untuk tunjukkan ketidakpuasan hati kami dan menyokong Himpunan Bersih yang aman. Tak dapat dibayangkan pemuda UMNO yang memakai baju Patriot kelmarin dan mereka yang mengeluarkan kenyataan 13 Mei tidak diambil tindakan.

“Bagaimanapun, penangkapan ini tidak mengurangkan bilangan kami, malah makin bertambah,” kata Tian merujuk pada himpunan 9 Julai ini.

Beliau mengulas 'kebebasan' Himpunan Patriot yang memprovokasi Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya kelmarin.

Manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, menyatakan ugutan dan provokasi Kumpulan Pendesak Melayu seperti Perkasa dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia hanyalah memalingkan sokongan daripada pihak Kerajaan.

"Rakyat tidak buta dengan tindakan Polis terhadap Bersih dan kenyataan bersifat menghasut dari kumpulan seperti Perkasa dan PSSLM. Kenyataan ancaman kumpulan itu untuk melancarkan Perang terhadap penyokong bersih dan dengan Perkasa bangkitkan seolah-olah 13 Mei 1969 akan berulang langsung tidak diambil tindakan dan hanya menambah sokongan terhadap Bersih, kata beliau.

Turut mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Kuala Krai Hata Ramli, dimana beliau mengutuk tindakan Polis yang memanggil personaliti seperti Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar yang berhadapan dengan Polis kerana menyokong Bersih.

"(Mereka turut) memanggil Sasterawan Negara Pak Samad Said ke Balai Polis. Apakah setiap penerima anugerah Sasterawan Negara hanya boleh mengeluarkan sajak yang membodek kerajaan? Kalau begitu malulah kita. Sepatutnya kita analisis sajak itu, bukan bawak ke balai untuk menakutkan.

"Untuk penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Jayakumar, saya cuba bawak usul 18 (1) kerana beliau terhalang tugas sebagai Ahli Parlimen," kata beliau. -tvsnews

Ambiga kepada IGP: Tentukan laluan, kami jamin himpun dengan aman

TERKINI @ 06:35:06 PM 30-06-2011
June 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Jun — Bersih telah meminta pihak polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun — perkembangan terbaru selepas pasukan keselamatan menahan lebih 100 orang setakat ini.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) berkata pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan PDRM akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.

“Kami telah memberitahu mereka, pihak polis, sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya, atau ke mana-mana,” kata beliau di pekarangan ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.“Anda pilih laluan, kami akan ikut. Dan, kami akan jalankan dengan aman,” katanya lagi.

Kata Ambiga, berdasarkan peruntukan undang-undang polis dikehendaki memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan dan pada masa yang sama boleh menahan mereka yang enggan berhimpunan secara aman.

Ambiga berkata Ismail tidak memberikan sebarang respons ke atas permintaannya itu ketika pertemuan yang “sangat mesra” tetapi menekankan, beliau masih yakin Bersih akan mendapat jawapan positif daripada beliau minggu depan.

“Ini akan diadakan dengan bantuan polis. Ini yang dikatakan sebagai positif... dan, saya mahu kekal positif sebab itulah yang terbaik bagi semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun bekas pengerusi Majlis Peguam ini enggan mengatakan tindakan susulan jika polis tetap enggan membenarkan perarakan diadakan.

Katanya beliau akan memberikan komen apabila tiba masa yang sepatutnya.
Himpunan Bersih 2.0 dijadual untuk diadakan pada 9 Julai ini.
Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh

Jimadie Shah Othman
Jun 29, 11
11:03pm
 
Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat

NO BERSIH !!! UNDERSTAND ! AND, AND NO YELLOW HAIR !!!

LAGI DITEKAN LAGI BAGI DUIT, SENYAP LE RAKYAT TUH



UMNO perlu ingat- Lagi menekan lagi rakyat jauhinya

Posted on Wednesday, June 29 @ 07:04:28 PDT by paktam

Oleh Aspan Alias
Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emphttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjirRYaM33wbURsqV1aSo2AEJcIiYcO9f3rlXp7Dfyn4-uVGLgOn5pn3Xd-XiakzruYakboJ0SA6bDifX4xkiZJF2Czf2cotDpkEpNsCzT6iMuf8eiW3AMUu6Fs3XcwIQgeM16VNA47Cko/s400/najib-pakai+kuning.jpgtive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih. Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.


Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap UMNO. UMNO sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan ‘heroic’ untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai ‘consequence’ yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini. Rakyat sudah pandai membaca dan membelek ‘air di dalam tunggak’; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang UMNO dan BN sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang. Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika UMNO masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat ‘magnanimous’ yang tinggi….ada ‘class’ kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek. Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya ‘disposition diri’ bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang ‘rigid’ untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah ‘attitude’ dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan ‘door gift’ yang mahal seperti jam yang ‘diamond studded’ kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu. Jika pemimpin yang duduk dalam ‘public office’ yang tinggi orang ramai akan bertanya. ‘dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?’

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini…bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.