Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH ! OOOOP ? CHONG WEI ! APA PASAL LU PAKAI BAJU KENING ?

Badminton: Chong Wei juara Terbuka Indonesia

TERKINI @ 09:34:42 PM 26-06-2011
June 26, 2011
Aksi Lee Chong Wei selepas menjuarai kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan hari ini. — Foto Reuters
 
JAKARTA, 26 Jun — Pemain negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan di sini, hari ini. 
 
Beliau menewaskan bintang Denmark Peter Gade 21-11 dan 21-7.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online berkata, pencapaian hari ini menjadikan Lee menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

Bagi Lee, pemain nombor satu dunia, kejuaraan itu agak mudah selepas cabaran Gade luntur di sebalik permainan pantas dan serangan yang dilakukan oleh pemain negara itu.

Lee mengambil masa hanya 15 minit untuk memenangi set pertama 2-11 dengan corak permainan pantas membuat Gade berhempas pulas untuk menyelamatkan setiap serangan.

Lee mengekalkan rentaknya dengan mendahului 11-4 pada set kedua sebelum menamatkan perlawanan dengan 21-7.

“Jarang sekali anda lihat Gade menyerah kalah begitu sahaja dalam gelanggang tetapi hari ini dia memang melakukannya. Saya banyak menghormati dia sebagai pemain yang enggan mengaku kalah,” kata Lee lagi.

Dalam pada itu, Gade berkata beliau tidak dapat menandingi ketangkasan Lee yang melakukan pelbagai corak serangan

“Chong Wei telalu kuat bagi saya,” kata Gade, pemain berusia 34 tahun itu yang membawa pulang wang tunai AS$22,800 (RM69,323).Lee pula menerima hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822)

Kejohanan super siri akan berhenti rehat untuk memberi peluang kepada pemain sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di London, Ogos ini.China pulang dengan dua gelaran iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan perseorangan wanita.

Bekas juara dunia Cai Yun dan Fu Haifeng merangkul gelaran beregu lelaki apabila menumpaskan beregu senegara Chan Biao dan Guo Zhengdong 21-13, 21-12 manakala beregu wanita Wang Xiaoli/Yu Yang mengatasi beregu tuan rumah Vita Marissa/Nadya Melati 21-12, 21-10.

Dalam pada itu, juara bertahan Saina Nehwal gagal merangkul gelaran buat kali ketiga dalam acara perseorangan wanita apabila tunduk 21-12, 21-23, 14-21 kepada pemain China, Wang Yihan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.