Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASING-MASING BINGKAS PASAL BERSIH

APABILA API MULA DINYALAKAN MAKA ANGIN PULA DITIUPKAN MAKA TERBAKARLAH SEMANGAT MELAYU !!!

Yang hendak dibersihkan adalah SPR, Yang melenting kerana nak dibersihkan tersebut pahlawan-pahlawan melayu, sementara SPR menikus seribu bahasa kecuali yang disebut adalah sentimen pengundi, iaitu suatu yang tidak disentuh langsung oleh BERSIH

Apa yang anihnya ialah mengapa silat lincah tetiba melenting ? Mengapa Pemuda UMNO melenting  sehinggakan nak bakar bangunan PKR ? Mengapa ayahanda-ayahanda turut dikaitkan dengan BERSIH ? Apa kena mengena PAKEDA dengan BERSIH ? Apa kena mengena PERKASA dengan BERSIH ? Apa kena mengena Perpaduan Melayu dengan BERSIH ? Apa yang dihajatkan oleh BERSIH ialah dengan SPR yang lain  jangan masuk campur, andainya mereka yang tidak berkait masuk campur atau dilibatkan tentunya ada aginda yang tidak kena dalam masalah BERSIH dengan SPR

Sekarang negara sedang gawat dengan BERSIH, sementara SPR yang sepatutnya menjawab semua persoalan yang di minta oleh BERSIH supaya kejujurannya sebagai badan bebas dibersihkan tetap membisu kerana ia akan merugikan pehak yang mengharapkan sentiasa menang dalam pilihanraya secara tipu dan kotor namun SPR enggan melaksanakan kebersihannya sebagai badan bebas, Apakah ini SPR masih beranggap dia satu badan yang bebas ?

Ramai diantara rakyat Malaysia berpandangan bahawa jika dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya tentu tidak timbul persoalan undi POS mengundi dua kali atau pengundi hantu yang mana memang ujud bagi menampung kekurangan bagi kemenangan calon-calon BN diseluruh negara kerana itulah kotak undi pengundi POS lambat sampai sekalipun para pengundi Pos terlebih awal membuang undi ini kerana jumlah kekalahan undi BN akan di tokok tambah oleh pengundi Pos disa'at akhir sehingga BN menang

Sepekara yang sangat penting ialah buku daftar pengundi yang tidak lengkap dan tidak sama yang diperolehi oleh BN dan PR, ini menyebabkan berlaku ciri-ciri penipuan kandungan pengundi kerana orang yang ada didalam daftar pengundi BN dan PR pasti berlainan dan ini telah berlaku dibeberapa pilihanraya dan orang tertentu diarahkan untuk menyemak undi kepada bukudaftar BN sahaja kerana dalam buku daftar PR nama orang tertentu tidak ada, bila ditanya pada pegawai SPR ditempat buang undi jawapan mereka sangat menghampakan

Rakyat di negara ini khususnya PR sudah faham benar tentang pengundi Pos yang terdiri  dari Polis dan Tentera demikian juga dengan Tentera dan Polis sudah faham benar keadaan ini dan BN serta SPR juga sangat faham keadaan ini, Andainya jika tidak kerana undi POS maka sudah lama BN terkubur dan hilang kuasa, dan sekarang adalah masanya PR terpaksa terus mendesak kebersihan ini, semuanya adalah kerana SPR bukan kerana PERPADUAN MELAYU, PERKASA, PAKEDA SILAT dan sebagainya

MELIBATKAN ORANG YANG TIDAK KENA MENGENA DENGAN HASRAT BERSIH DENGAN SPR TENTUNYA ADA AGINDA YANG TERSEMBUNYI YANG DIMAINKAN OLEH UMNO MENUNJUKKAN MEREKA DALAM KEADAAN CEMAS DAN UNTUK MENEGAKKAN BENANG BASAH DENGAN BERBAGAI ALASAN BODOH

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.