Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUPANYA PEMIKIRAN AHLI PKR LEBIH MATANG BERPOLITIK



AMK: Politik samseng UMNO-BN beri kelebihan kepada PR

| Jun 28, 2011 11:49:07 am

 
Permainan politik UMNO-Barisan Nasional yang semakin kotor memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13.  Rakyat yang semakin sedar dan celik maklumat tidak mudah ditipu dan diporak-perandakan oleh politik usang serta jijik UMNO-Barisan Nasional.

Perkembangan terbaru dengan ugutan demonstrasi balas Pemuda UMNO dan PERKASA terhadap perhimpunan aman BERSIH menjadi contoh.  Selain daripada itu juga, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

Pelbagai pesanan ringkas SMS ugutan bunuh diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan.  Pada malam ini juga, sekumpulan samseng yang dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan rakyat.

Contoh-contoh yang diberikan ini jelas membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri.  Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansor dalam masa tiga tahun mencecah RM 17 juta.  Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat.

Dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Selangor optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk pemerintahan persekutuan dan memenangi 11 kerajaan negeri akibat politik samseng UMNO Barisan Nasional yang memakan diri.

*Kenyataan media oleh Saifullah Mohd Zulkifli (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.