Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
TAK YAH GERTAK DAN TAKUTKAN ORANG ! TURUN JEW !!!

Jaga-Jaga 9 Julai ni..Hang Jebat Pon Nak Turun Pukui

Hangpa semua jaga-jaga noo 9 julai ni.. Panglima Jebat dah bagi amaran tu. Dia dengan geng-geng dia nak turun gak penaboh hangpa 9 julai ni. Ni sorang lagi panglima yang kuat selepas Panglima Jihad Berahim Geli. Memang geng ni la akan buat kacau nanti. Geng dia ramai ooooooooo...Berpuluh juta gak la.. Dah la geng PERKASAM 10 juta. Campur pulak dengan geng Jebat 10 juta, Pastu geng Khairy pulak 10 juta. Takot ooooo...Ni amaran yang dibuat oleh pahlawan Jebat Derhaka Zaman Moden.

Perhimpunan bersih yang bakal diadakan oleh Pihak Pembangkang sehingga kini mendapat kecaman hebat, bantahan perhimpunan sudah melebihi 1000 laporan polis yang telah dibuat oleh seluroh rakyat Malaysia yang menginginkan keaman berkekalan.

Bukan setakat itu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) turut memberi amaran keras kepada penganjur perhimpunan haram "Bersih" supaya membatalkan hasrat mereka itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.
Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

PSSLM adalah sebuah pertubuhan seni silat pertahankan diri yang mempunyai ratusan ribu ahli, mendesak akan turun pada 9 Julai sekiranya Presiden "Bersih" Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut.

Kami, PSSLM tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara. Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau memberi amaran dan menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.
"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," kata Tan Sri Omardin Mauju.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.