Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLIS MUNGKIN TIDAK KELUARKAN PERMIT

Himpunan 9 Julai: Pemuda Umno mohon permit

June 27, 2011

Rizalman Mokhtar bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat polis hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pergerakan Pemuda Umno secara rasmi telah membuat permohonan untuk mendapatkan permit bagi mengadakan perhimpunan balas 9 Julai terhadap Himpunan Bersih 2.0, meskipun Kementerian Dalam Negeri telah menegaskan bahawa tiada kelulusan akan diberikan.
“(Ini) kerana kami tidak mahu dikatakan Umno mengadakan perhimpunan haram,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Selain wakil Pergerakan Pemuda Umno, polis juga mengambil keterangan daripada Perkasa dan Bersih 2.0.
Bagaimanapun Rizalman mengetepikan soalan sama ada Pemuda Umno akan terus mengadakan demonstrasi jika permohonan mendapatkan permit ditolak.

“Kesemuanya bergantung pada Bersih... jika Bersih teruskan, kami di Umno juga akan teruskan,” katanya lagi.
  Beliau menganggarkan lebih 10,000 orang akan menyertai perarakan Pemuda Umno itu.

Katanya, perarakan Pergerakan Pemuda Umno akan berjalan dengan aman, menggambarkan kehendak majoriti senyap yang menentang demonstrasi jalanan.

Rizalman memberitahu pemberita bahawa beliau berharap polis akan bertindak adil apabila ditanya sama ada Pergerakan Pemuda sedia untuk ditahan atas tindakan mereka.

“Jika hendak tahan, maka mengapa tidak penganjur perarakan Bersih ditahan juga?” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.