Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADAKAH BERSIH AKAN DIBERSIHKAN DENGAN ISA ?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)...sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti diekploitasi pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor hari ini.

Hishammuddin berkata polis sedang memantau situasi dan perkembangan berkaitan perhimpunan haram tersebut termasuk reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah perhimpunan haram itu.

Beliau turut menafikan polis berat sebelah dalam menangani isu ini."Saya nafi tumpu pada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), kita tumpu kepada semua pihak sama ada Perkasa, Pemuda (Umno) atau lain-lain kumpulan.

"Apa yang penting, mereka (polis) tidak pilih bulu dan ikut undang-undang dan matlamat untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

Mengenai kemampuan polis dalam menangani perhimpunan pada hari itu nanti, beliau berkata polis dan pasukan keselamatan bersedia menghadapi kemungkinan pada hari tersebut.

Berhubung 31 orang termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang semalam, Hishammuddin berkata siasatan awal mendapati mereka ditahan kerana mempunyai agenda tertentu.
 
"Polis sedang mengenalpasti undang-undang dan seksyen yang bersesuaian terhadap mereka," katanya.

Di Pulau Pinang, perintah reman bagi kesemua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan. Bagaimanapun hanya 30 yang ditahan reman berikutan seorang daripada mereka dibebaskan polis kerana masih di bawah umur.
- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.