Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU ANAK JANTANG BUBARKAN PARLIMEN DAN DUN SEKARANG

Najib: Kalau anak jantan tanding PRU, bukan buat demo 9 Julai

June 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa  dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk  di sini.

Najib menegaskan bahawa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat.

“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat... tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan,” katanya.

Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.