• Pasangan pelancong dari Perancis, Serge,41 (dua,kanan) dan isterinya Mathilde,37 (kanan) berbincang sesuatu dengan pasangan pelancong dari Belanda Wilbert,32 (kiri) dan isterinya Lowise,28 setelah berjaya dibawa keluar dari Mutiara Taman Negara Resort ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Tahan, di Jerantut hari ini. Mereka antara 102 pelancong asing dan tempatan yang terperangkap di resort tersebut sejak semalam setelah Sungai Tembeling di Kuala Tahan melepasi paras bahaya 76.56 meter. - Foto Bernama Pasangan pelancong dari Perancis, Serge,41 (dua,kanan) dan isterinya Mathilde,37 (kanan) berbincang sesuatu dengan pasangan pelancong dari Belanda Wilbert,32 (kiri) dan isterinya Lowise,28 setelah berjaya dibawa keluar dari Mutiara Taman Negara Resort ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Tahan, di Jerantut hari ini. Mereka antara 102 pelancong asing dan tempatan yang terperangkap di resort tersebut sejak semalam setelah Sungai Tembeling di Kuala Tahan melepasi paras bahaya 76.56 meter. - Foto Bernama
1 / 1
JERANTUT - Operasi membawa keluar 102 pelancong asing dan tempatan serta pekerja Mutiara Taman Negara Resort dari pusat pemindahan banjir Sekolah Menengah Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Tahan petang ini terpaksa ditangguhkan pada pagi esok berikutan faktor cuaca.

Pegawai Daerah Jerantut, Ali Syahbana Shahabuddin berkata, sebelum itu 'advance team' yang terdiri daripada 12 anggota dengan empat bot bomba mengeluarkan kesemua yang terlibat dari resort berkenaan menaiki bot ke pusat pemindahan tersebut.

"Tiga helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan milik persendirian telah bersedia di pusat pemindahan berkenaan untuk membawa keluar kesemua pelancong berkenaan petang ini.

"Bagaimanapun disebabkan hujan dan kabus tebal, kita terpaksa membatalkan penerbangan tersebut atas faktor keselamatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Malah, katanya mereka yang menjalankan operasi menyelamat itu dengan menggunakan helikopter juga terpaksa bergadai nyawa apabila berhadapan hujan lebat dan angin kuat semasa ingin mendarat di pusat pemindahan itu.

Menurut Ali Syahbana, sebaik pasukan bomba tiba untuk operasi menyelamat pagi tadi, kesemua pelancong yang terlibat merasa sangat gembira dan kembali bersemangat.

"Mereka semua dalam keadaan selamat dan kita tempatkan mereka di sekolah berkenaan dengan segala kebajikan mereka dijaga oleh pegawai penguasa Taman Negara.

Katanya dari segi pecahan sebenar pelancong asing yang terlibat ialah 60 orang yang terdiri daripada 35 dewasa dan 25 kanak-kanak.

Mereka merupakan pelancong warga Denmark, Perancis, Sweden, Australia, Emiriyah Arab Bersatu, Kanada, Romania, Belgium, Jerman, Norway dan Republik
Czech.

Selebihnya merupakan pelancong tempatan serta pekerja resort berkenaan. - Bernama