Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mangsa banjir di Pahang, Johor meningkat malam ini


30/12/2014 10:24pm
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor meningkat malam ini manakala di Kelantan, Terengganu dan Perak dilaporkan terus menurun.

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 51,484 orang malam ini berbanding 51,434 orang di 264 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 153 orang melibatkan 43 keluarga malam ini berbanding 148 orang daripada 41 keluarga, petang tadi. - bernama

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.