QZ8501: Fokus utama keluarkan mangsa
SURABAYA - Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, fokus utama pasukan
mencari ketika ini adalah mengeluarkan mayat penumpang dan kru dari
kawasan pencarian pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501.
Beliau berkata, usaha mencari secara besar-besaran melibat aset laut dan udara akan ditumpukan ke lokasi pencarian esok, kira-kira 110 batu nautika dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
"Saya telah berada di sana sejam tadi dan telah mengarahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia melakukan operasi mencari bersama-sama agensi dan aset lain termasuk dari negara jiran seperti Singapura, Malaysia dan Australia.
"Fokusnya pada evakuasi penumpang dan awak-awak kapal terlebih dahulu dan ini perlu dilakukan secepat mungkin kerana lokasinya berkabus dengan ombak besar setinggi tiga meter," katanya.
Pemimpin tertinggi Indonesia itu dengan panggilan mesra Jokowi bercakap dalam sidang akhbar selepas melawat waris dan anggota keluarga penumpang pesawat itu di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan, Selasa.
Jokowi menzahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral kepada waris dan anggota keluarga itu.

Beliau sebelum itu melawat Pangkalan Bun dan meninjau operasi mencari mayat, serpihan dan objek berkaitan pesawat.
Kesemua hasil penemuan itu dilapor akan ditempatkan sementara di Pulau Belitung sebelum mayat dibawa ke beberapa hospital di Surabaya untuk bedah siasat dan proses pengecaman identiti.
Jokowi di akhir sidang akhbar itu antara lain berkata, "Di kala musibah ini, saya doakan semuanya tabah dan terus kuat".
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak keselamatan dan pertahanan negara republik itu serta kerjasama negara-negara jiran.
Menurut media Indonesia dan antarabangsa, BASARNAS sudah mengesan enam jenazah pesawat malang itu di kawasan sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun pada petang Selasa.
Ketua Operasi BASARNAS, Andriandi berkata, pasukannya sudah melihat banyak serpihan pesawat terapung di laut dan ia ditemui dalam lingkungan lima kilometer.
Media tempatan dan antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 10 objek serpihan seperti pintu kecemasan, rakit dan jaket keselamatan ditemui di lokasi pencarian.
Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.
Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, 3 Korea Selatan, 1 Singapura, 1 Malaysia dan 1 United Kingdom.
Kru terdiri daripada 6 Indonesia dan 1 Perancis. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment