Terkini!!! MB Kelantan Mohon Maaf, Kediaman Sendiri Naik Air Manakala Sidang Khas DUN Kelantan Tangguh.. Jom Terjah!!!
Menteri
Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat membantu
mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri
terperangkap di kediamannya.
Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam.
"Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.
"Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Kawasan kediaman MB di Pasir Pekan itu terletak hanya kira-kira 500 meter dari tebing Sungai Kelantan. Kawasan di sekitar sungai yang membawa arus dari hulu itu antara terjejas teruk dalam banjir kali ini.
Arus deras itu turut menyebabkan Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Pasir Pekan ke Kota Bharu, ditutup kepada semua lalu lintas sejak kelmarin ekoran paras air meningkat melepasi jambatan.

Besar Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan penangguhan sidang khas DUN untuk
membentang pindaan rang undang-undang hudud yang sepatutnya berlangsung
Isnin.
Laporan Berita Harian Online menyebut, Ahmad mengumumkan
perkara itu dalam sidang medianya hari ini di Kelantan yang terjejas
teruk akibat banjir.
Usul pindaan itu melibatkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (Ii) 1993 pindaan 2004.
0 orang berkata:
Post a Comment