Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang? Kapal Terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung Timur?
Berita terkini Pesawat AirAsia QZ8501
Hilang. Kapal terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung
Timur. Ya….Allah besar ujian kepada Malaysia tahun ini. Selepas tragedi
kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines pada 8 MAC 2014 (KLIK SINI SUMBERNYA) diikuti dengan kapal terbang MAS MH17 terhempas di sempadan Ukraine dan Russia pada 17 Julai (DI SINI SUMBER BERITA).
- Pesawat MH370 – 8 Mac 2014
- Kapal terbang MH17 – 17 Julai 2014
- Kapal terbang QZ8501 – 28 Disember 2014
Dalam pada rakyat Malaysia dikebanyakan
di negeri di Malaysia terus ditimpa gelombang bencana alam yang cukup
luar biasa pada ketika ini terutamanya melibatkan negeri-negeri di
Pantai Timur Malaysia, secara tiba-tiba negara dikejutkan syarikat
AirAsia Indonesia dengan berita pesawat AirAsia QZ8501 hilang sehingga
ke hari sejak awal pagi semalam.
Apatah
lagi syarikat Air Asia merupakan “buah tangan” kejayaan syarikat
penerbangan dari Malaysia yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia yang
begitu cintakan penerbangan “bajet” bagi melihat seberapa banyak
keindahan ciptaan Tuhan di muka bumi ini.
- Dahulu melibatkan syarikat pesawat US
- Sekarang ini syarikat pesawat Eropah
- Berita Semasa difahamkan Saham Syarikat Indonesia AirAsia terdiri daripada 51% syarikat Indonesia dan 49% syarikat Malaysia (Airasia Berhad)
Kronologi Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang Surabaya Indonesia – Singapura?
- Menggunapakan kapal terbangjenis Airbus A320-200 Keluaran tahun 2008 yang mana kali terakhir diselenggara pada November 2014
- Didaftarkan dengan PK-AXC
- Penerbangan bagi laluan Surabaya Indonesia ke Singapore
- Pesawat bernombor QZ8501
- Kapal Terbang AirAsia QZ8501 hilang ini melibatkan 155 jumlah penumpang
- Senarai penumbang kapal terbang AirAsia QZ8501 hilang meibatkan 149 warga Indonesia, 3 warga Korea, 1 warga Britain dan maisng-masing 1 dari Malaysia dan Singapore.
- Bertolak pada 5:20 pagi pada ketinggian 32,000 kaki dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi Singapore pada 8:30 pagi
- Pilot juruterbang pesawat Air Asia Qz8501 telah meminta kebenaran untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.
- Mula terputus hubungan pada 6:24 pagi (7:24 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di teluk Kumai, Kalimantan Tengah
- Dengan bekalan minyak yang ada Pesawat Airasia QZ8501, ia hanya mampu bertahan 4 jam sahaja
Punca Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang?
Semakan Berita Semasa pada portal
Accuweather menunjukkan cuaca agak tidak menentu di sekitar kedudukan
pesawat QZ8501 yang dilaporkan mula hilang.
Semakan juga Berita Semasa pada laporan
Berita New Straits Times (NST) dan Kompas Indonesia mengatakan pesawat
AirAsia QZ8501 jatuh terhempas di Laut Belitung Timur, Bangka Belitung,
Indonesia. Wallahualam.
Paling menyedihkan apabila 16 anak-anak
kecil dan 1 bayi turut terlibat. Berita Semasa mendoakan semoganya
selamat dan dipermudahkan segala urusan bagi tragedi berita pesawat
AirAsia QZ8501 hilang kali ini. Insyaallah. Amin
0 orang berkata:
Post a Comment