Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANJIR, KELANTAN KEKAL TERUK

Banjir di N. Sembilan, Kedah pulih, Kelantan teruk

  • Banjir
1 / 1
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan Kedah telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Kelantan, Terengganu dan Pahang masih serius.
  
Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan lebih 80,000 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.
  
Angka terkini mangsa banjir di negeri itu malam ini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini berikutan sesetengah kawasan gagal dihubungi.
  
Setakat tengah hari tadi, sebanyak 81,925 mangsa banjir direkodkan di negeri itu.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meninjau situasi banjir di negeri itu hari ini.

Di TERENGGANU, keadaan banjir menunjukkan penurunan mangsa kepada 34,709 daripada 8,596 keluarga berbanding 35,085 orang petang tadi.
  
Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 31,774 orang malam ini berbanding 33,973 orang petang tadi.
  
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 10,174 orang di 34 pusat pemindahan yang beroperasi.
  
Lapan lagi daerah yang terjejas ialah Jerantut menempatkan 6,427 orang diikuti Temerloh (4,617 orang), Maran (3,455 orang), Pekan (3,324 orang), Lipis (2,647 orang), Bera (855 orang), Raub (262 orang) dan Rompin (13 orang), katanya.
  
Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di keempat-empat kawasan iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini meningkat 57 orang kepada 7,010 orang berbanding 6,953 mangsa petang tadi.
      
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, kesemua mereka ditempatkan di 55 pusat pemindahan banjir dengan 3,479 mangsa direkodkan di Perak Tengah, Kuala Kangsar (2,683) Hulu Perak (657) dan Kerian (191).
  
Di SELANGOR, jumlah mangsa meningkat kepada 115 orang malam ini berbanding 85 mangsa tengah hari tadi yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu SK Binjai dan SK Abdul Samad.
  
Di PERLIS, turut menunjukkan penurunan jumlah mangsa kepada 77 orang PADA malam ini berbanding 100 mangsa, petang tadi.
  
Johor pula mencatatkan 425 mangsa dari Kluang, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Segamat pada malam ini berbanding 439 mangsa petang tadi. -

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.