Air mendadak naik, LPT ditutup
- Seorang pemandu hanya menggunakan laluan di sebelah kiri jalan raya di kawasan LPT menghala ke Pantai Timur. Keadaan jalan semakin sesak ekoran keadaan jalan raya yang licin dan air yang semakin tinggi. - Foto pembaca Sinar Harian
KUANTAN - Kenaikan mendadak air di Sungai Pahang dan banjir yang
semakin buruk di daerah Temerloh menyebabkan Lebuhraya Pantai Timur
(LPT) di KM126.3 ditutup kepada semua kenderaan.
Langkah itu Konsesi Anih Berhad sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha memastikan pengguna lebuhraya selamat.
Ketua Bahagian Komunikasi Anih Berhad, Fazlyaton Hussein bagaimanapun berkata, sehingga jam 4.30 petang, KM126.3 di kedua-dua hala ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan atas nasihat polis.
Menurutnya, trafik dari hala Kuala Lumpur dilencongkan di Karak bagi mengelakkan kesesakan di Tol Plaza Lanchang.
“Keadaan ini boleh berubah secara drastik kerana keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Difahamkan air mula naik di lebuhraya itu kira- kira dua meter dan melintasi jalan sejak jam 8 pagi tadi.
Anggota keselamatan kini sedang berjaga-jaga bagi memastikan pergerakan kenderaan lancar sepanjang perjalanan walaupun dalam keadaan banjir.
Ada beberapa kenderaan dilihat menggunakan lori pengangkut untuk mengangkut kenderaan yang terperangkap melintasi jalan di kawasan itu.

0 orang berkata:
Post a Comment