Banjir: Jumlah mangsa di Pahang meningkat kepada 35,793 orang
26/12/2014 10:19am
KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 35,793 orang daripada 9,188 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, Kuantan mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 20,246 orang daripada 5, 439 keluarga. - KOSMO!
0 orang berkata:
Post a Comment