Setelah Dikritik Hebat Di FBnya Sendiri, Najib Tamatkan Percutian & Menuju Terus Ke Kelantan.
Apa
maksudnya neh? Lihat dari sisi positif. Jika rakyat Malaysia bersatu
ahti, akhirnya pemimpin negara yang berjawatan sebagai perdana menteri
sekalipun akan akur dengan pendapat kita.
Selepas lebih ramai yang mengkritik tindakan Najib berbanding pujian dan sokongan, menerusi laman sosial, Najib akhirnya tamatkan percutiannya dan akan menuju terus ke Kelantan selepas tiba di Malaysia.
Lihat ;
Selepas lebih ramai yang mengkritik tindakan Najib berbanding pujian dan sokongan, menerusi laman sosial, Najib akhirnya tamatkan percutiannya dan akan menuju terus ke Kelantan selepas tiba di Malaysia.
Lihat ;
Najib.
Dia membaca semua kritikan di laman sosial. Walaupun dia taknak sebut atau mengaku. Takpe. Takde masalah bab tue. Yang penting bila kita analisa tindakan dia, kita tahu dia baca respon2 kita terhadap tindakannya.
Dalam isu banjir yang mengkritik Najib lebih ramai daripada menyokong dan memujinya. Itu sebab akhirnya Najib tunduk atas tekanan.
Selepas tersebarnya gambar Najib bermain golf, ini yang berlaku ;
Media luar negara melaporkan Najib dikritik rakyat.
Gambar Hishammuddin yang bercuti di luar negara yang disebarkan menerusi twitter rasminya dipadamkan agar ianya tidak menjadi kontroversi disebabkan musibah banjir di beberapa negeri seperti yang dihadapi oleh sepupunya Najib Razak (Maaf, Hishammudin, kami pembangkang bab2 save, screenshot, copy paste agak pakar dan laju tau).
Link berita mengenai perdana menteri Britian turun padang dan membatalkan percutiannya bagi menguruskan situasi banjir di negara tersebut. Ini dicopypaste berkali2 di laman rasmi twitter dan facebook Najib Razak bagi menunjukkan yang rakyat Malaysia mahu dia pulang dan bukan sekadar share gambar bercakap di telefon menerusi media sosial dengan menayangkan wajah sedih (la sangat).
Rujukan berita : http://www.theguardian.com/environment/2014/feb/11/david-cameron-cancels-middle-east-visit-flooding-military
Najib menjadi bahan troll di laman sosial dengan beberapa gambar seperti di atas disebarkan oleh pengguna media sosial di laman sosial samada menerusi ruangan komen page ataupun di wall peribadi masing2.
Okay. Apa pun pada aku. Bila Najib tunduk atas kritikan samada kerana rakyat ataupun kerana bimbang kedudukannya bakal disambar oleh Muhyiddin Yassin, itu membuktikan kita sebenarnya ada POWER untuk mengacau-bilaukan kerusi Najib sebagai PM.
Syaratnya mudah. Kita sesama rakyat perlu satu ahti tanpa perlu tengok label partisan atau individu. Just focus pada isu. Isu yang betul, point yang betul, matlamat yang betul akan mendatangkan impak yang sepatutnya.
Tapi kan. Bila Najib di Kelantan. Percayalah. Dia tak begitu apa sangat pun. Kehadiran dia secara batang tubuh hanya buat orang meluat dengan sebaran gambar2 yang kononnya dia turun padang dan buat kerja. Dia hanya perlu tamatkan percutian (tah sapa taja) dan laju2 pulang ke Malaysia dan bersama2 pemimpin lain bagi menyelesaikan masalah banjir di beberapa negeri yang kini mula merebak ke Johor dan N9.
Kelantan.
Terengganu.
Pahang.
Perak.
Perlis.
Kedah.
N9.
Johor.
8 negeri neh sedang berhadapan risiko banjir dengan Melaka dalam pemerhatian. So, jika dia masih berada di luar negara, memang sangat 'pelik' dan tak kena gaya.
Bai.
0 orang berkata:
Post a Comment