ORANG MELAYU LUPA DARATAN ? KITA HANTAR MEREKA KE LAUT BIAR DIA JADI LUMBA-LUMBA
-Pak Karamu-
Orang Melayu semakin lupa daratan: Sultan Perak
IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap
segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil
berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.
Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan
pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam
perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan
kuasa.
"Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin
berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih
tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej
sosial...berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang
lebih besar bagi jangka masa panjang," titah baginda ketika merasmikan
Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.
Turut berangkat pada muzakarah bertemakan 'Mengakar Kuat Umat Melayu,
Menjunjung Tinggi Islam' adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam
perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah
menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri.
"Dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil
ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya, laksana
anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa," titah baginda.
Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal
untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku
ketirisan secara besar-besaran.
"Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah
amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada
dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga," titah
baginda.
Selain itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang terus bercakaran tidak
akan menjadi bangsa yang kuat; umat Islam yang terus berkonflik tidak
akan berupaya menjunjung ketinggian Islam.
"Semoga ALLAH mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal
melakukan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan
jalan yang mendapat keredaan-NYA," titah Sultan Nazrin. - Bernama
2 orang berkata:
Org melayu dpt 90juta, iman dan agama pun sanggup digadaikan.
Salah guna kuasa byk berlaku skang. Tapi susah nak kekang yg jerung2 tu. Mcm labah2 nak perangkap helang, perangkap lelabah yg rosak. Yg dpt cuma serangga kecil jer
Post a Comment