Undang-undang Islam tak perlukan ‘survey’
SHAH ALAM – Bagi melaksanakan undang-undang Islam, tidak memerlukan
sebarang ‘survey’ atau kaji selidik terutama kepada masyarakat
sebaliknya bentang sahaja di dalam dewan yang sudah diwakili wakil
rakyat.
Demikian pandangan penganalisis undang-undang, Prof Madya Dr Khairil
Azmin Mokhtar yang kurang bersetuju dengan pendapat beberapa ahli
akademik berkaitan pelaksanaan undang-undang Islam yang perlu meminta
pandangan masyarakat secara mutlak terlebih dahulu.
Beliau berkata, Rang Undang-Undang 355 (RUU355) bukanlah undang-undang
baharu sebaliknya ia sudah sedia ada dan hanya memerlukan pindaan.
“RUU355 bukan hudud. Ia hanya mahu memperkasakan kuasa mahkamah
syariah. Walaupun negara ini mengamalkan konsep demokrasi dengan
membenarkan sesiapa sahaja memberi hujah, namun saya berpendapat, isu
sebegini tidak perlu disanggah.
“Kenyataan sebeginilah boleh memberi impak bukan sahaja dari kalangan
umat Islam malah kepada yang bukan Islam juga,” katanya kepada Sinar
Online.
Beliau berkata, seharusnya tidak berlaku penentangan dan paling penting ia tidak bersifat peribadi mahupun politik.
“Jika orang Islam diberi pilihan untuk dihukum, bagaimana pula presepsi masyarakat bukan Islam?
“Dalam bahasa mudah, pelaksanaan ini adalah secara mutlak dan perlu
disokong. RUU355 dipinda bertujuan mendidik umat Islam untuk tidak
melakukan kesalahan jenayah atau apa juga bentuk kesalahan,” katanya.
Katanya lagi, pada pembentangan yang dijangka Mac depan, ia perlu disokong semua ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa orang Islam tidak diberi pilihan?]
Terdahulu, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad
Fauzi Abd Hamid mempersoalkan mengapa orang Melayu/ Islam tidak diberi
pilihan berkaitan soal undang-undang Islam.
Menurutnya, mekanisme sebeginilah yang menimbulkan masalah di kemudian hari.
"Masalah berlaku apabila terdapat penguatkuasaan, saya tekankan ayat 'force' (paksa).
"Kenapa kita harus paksa undang-undang ini pada mereka yang
menolaknya?" katanya ketika forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' di
Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya.
9 orang berkata:
Mula2 buat Amanat Hadi, dah dapat rm90juta Amanat Hadi tu terpakai lagi ke?
undang 2 kafir pakai. telang terusnya sebab ada manusia spesis. PANngan yg sanggub gadai Islam kerana sayangkan si kafir.
90juta fitnah...300juta terowong pn tarak...iu sohih...100bil hilang...itu pun sohih...kampung melayu dah makin pupus kt png...itu sohih...gongxi gongxi ayam pun siap ada video...tapi...fitnah juga makanan aku
Undang2 amanat hadi masih aku pakai. Aku masih gantung kat rumah
Yang dimaksudkan dengan 'pindaan' itu apa sebenarnya?
Itu yang kami mahu tahu!
Teruja juga disebabkan 'pindaan' ini sampai boleh memartabatkan syariah. Ia mesti sesuatu yang hebat. Tapi apa dia?
Kabur....
Yang kami mahu "PENJELASAN" siapa kata "SURVEY" !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
al keldai, aku tak hairan, org kata amanat, dia kata amanat, org suruh gantung , dia gantung. dah memang spesis al keldai PANnngan
spesis al keldai, tak payah fahamlah, gadailah agama kau pada si kafir kerana gila kuasa
Himpunan al keldai lebai2 penunggang agama.
Ada unta beri gelaran tuan guru kat lks.
Adakah unta ini bermaksud tuan guru lks setaraf dgn tghh?
Post a Comment