H355 siasat dakwaan wujud unsur provokasi
SHAH ALAM – Pengerusi Himpunan 355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sangat
berpuas hati dengan himpunan itu yang dikatakan berlangsung aman dan
berakhir tanpa sebarang provokasi.
Beliau berkata, meskipun himpunan mendapat sambutan dan kehadiran yang memberansangkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kekerasan atau salah laku sepanjang tempoh himpunan diadakan.
“Cuma buat masa kini pihak kami masih menjalankan siasatan terhadap dakwaan beberapa individu yang didakwa peserta Himpunan 355 yang didakwa membakar bendera DAP tanda provokasi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Peserta H355 langgar syarat]
“Setakat maklumat yang kita dapat, mereka bukan peserta Himpunan 355,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Mengulas mengenai himpunan yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur, kelmarin, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya mula menjalankan kerja pembersihan sehingga jam 4 pagi.
“Petugas unit Amal kita menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kerja mengutip sampah sehingga awal pagi.
“Kita sudah pastikan sampah bebas daripada kawasan Padang Merbok," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan denda kerosakan padang yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pihaknya.
“Kita belum adakah mesyuarat post-mortem (bedah siasat) berkenaan himpunan, jadi kita tidak dapat tahu sama ada benar atau tidak pegawai DBKL hadir memeriksa padang dan mengenakan denda ke atas kita,” jawabnya.

13 orang berkata:
Syaitan sanggup jual agama dgn harga 90juta.
Bila saya kata pas amik 90juta? Kata husam ganda 10...kah kah kah
Ada malaikat sanggup lupakan 100bil dan penubuhan rci demi kasih dan sayang tidak terperi terhdp madey yg dah insaf dan menyesal
Pasai anai2 quote arwah fadhil noor
Pasai madey xnak quote ke
Pelik pelik barua ni
Ada yg sanggup jual fatwa dgn harga yg lbh murah
Ada yg sanggup gongxi2 ayam dgn harga yg lagi murahhh
Ada yg sanggup bakar bendera dap hanya kerana nak tunjuk bendera di leher
Tahniah ruu hadi telah dibentang di padang merbok pada jam 10 mlm
Apsal org yg beri 90 jota senyap je?
Pakkaramu. Jangan benarkan penyebar fitnah disini. Gunakan blog ini sebagai
Tempat bertukar2 pandangan yang sihat bukan fitnah.kalau tak mampu tutup aje blog ini.
Aku sokong kera
Ada jugak lebai setan yg cakap berdegar2 ajak org berdebat..bila husam pegi semua menikus..kah kah kah
Org yg terima 90jota pun senyap gak..
Post a Comment