Hubungan diplomatik Malaysia, Korea Utara tegang?
PEMBUNUHAN berprofil tinggi, Kim Jong-nam yang dibunuh
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) secara tidak
langsung telah mencetuskan ketegangan diplomatik antara dua negara iaitu
Malaysia dan Korea Utara.
Krisis ini timbul apabila Pyongyang meluahkan rasa tidak yakin ke atas
siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia berhubung kematian
Jong-nam.
Duta Korea Utara, Kang-chol berkata, polis Malaysia mengambil masa yang
lama untuk menjalankan siasatan tetapi sehingga kini masih tiada
bukti jelas mengenai punca kematian Jong-nam membuatkan mereka meragui
siasatan berkenaan, meskipun tahu akan memperoleh laporan itu.
“Ini hanya menimbulkan keraguan bahawa mungkin ada tangan lain di sebalik siasatan itu,” kata duta Korea Utara Kang-chol.
Beliau juga mendakwa siasatan pihak polis negara ini adalah untuk mencapai matlamat politik tertentu.
“Kami menghormati polis Malaysia dan menunggu dengan sabar untuk
keputusan siasatan yang adil dan tepat. Sebaliknya, mereka menuduh kami.
“DPRK (Korea Utara), adalah sebuah negara yang berdaulat di mana
rakyatnya adalah mangsa. Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang
propaganda atau kritikan terhadapnya,” katanya.
Oleh itu, beliau menuntut satu siasatan bersama antara Malaysia dan Korea Utara dijalankan bagi menyiasat kematian Jong-nam.
Jika Malaysia bersetuju dengan permintaan ini, duta itu berkata, Pyongyang akan menghantar perwakilan sah mereka ke negara ini.
Kang-chol juga menuntut supaya dibenarkan berjumpa dengan suspek wanita yang ditangkap berhubung kes itu.
“Kami juga ingin mengadakan pertemuan dengan dua suspek wanita yang didakwa membunuh Kim-chol,” katanya.
Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa negara ini dan Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan
yang bercanggah berhubung perkara itu.
Duta itu merujuk tindakan Zahid yang mengesahkan identiti si mati
sebagai Jong-nam sedangkan kedutaan Korea Utara belum mengeluarkan
apa-apa kenyataan.
“Bagaimana timbalan perdana menteri boleh membuat kenyataan palsu sehari sebelum (kenyataan kami)?” soalnya.
Kang juga menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk
membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang sedang
menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.
Susulan itu, ketika ketegangan diplomatik semakin memuncak berikutan
pembunuhan Jong-nam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar
Duta Korea Utara kerana kenyataannya.
Najib menegaskan kenyataan duta itu tidak wajar sama sekali, jika
dinilai dari sudut diplomatik ia adalah biadap dan Malaysia akan berdiri
teguh.
Perdana Menteri mempertahankan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada mana-mana negara.
Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri.
“Kita takkan tertekan dalam membuat keputusan ke atas kes pembunuhan Jong-nam.
“Kita juga tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.
4 orang berkata:
Hubungan najib dan hadi terus akrab. Kabarnya najib nak topup lagi rm90juta. Syok laa puak walaunta, big boss kaya raya.
Bang lebai...
Kalu nak makan dedak pun janganlah buat skim cepat kaya. Kesian ko tipu orang miskin cilok duit dia org.
Camner la penipu cam ni bole buat undang2 pasal syariah. Kartun betul laaa
Terkejut berouk aku kat uganda sana timbalan menteri besar dia rasmikan skim cepat kaya yg tipu org miskin. Apa punya jubah daaaaaaa.....
Sorang jual harta negara.
Sorang skim cepat kaya.
Dua2 kaya!!
Post a Comment