Perogol bersiri tiba di KLIA
07/02/2017 10:55am
SEPANG - Rakyat Malaysia yang menjadi perogol bersiri paling berbahaya di Kanada, Selva Kumar Subbiah, 56, tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi tadi dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR844.
Difahamkan, sepasukan pegawai penyiasat dari Bahagian Jenayah Seksual (D11) Bukit Aman merekod keterangan Selva Kumar di Pusat Operasi Imigresen KLIA sejurus dia tiba di KLIA.
Menurut polis bantuan KLIA, Selva Kumar keluar dengan menggunakan laluan balai ketibaan domestik pada pukul 9.50 pagi.
Dipercayai, dia menggunakan laluan tersebut kerana ingin mengelak daripada bertemu dengan para pemberita yang menunggu sejak pukul 7 pagi tadi.
Selva Kumar menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada kerana disabitkan dengan 19 kes serangan seksual pada tahun 1992.
Bekas penjenayah seksual itu dipercayai menaiki pesawat tersebut dengan diiringi oleh dua pengawal Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada. - K! ONLINE
1 orang berkata:
Ada 4 saksi?
Heeeee
Post a Comment