Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI MENYEBUK NEGARA

YANG HANG DOK MENYEBUK HAL
ORANG LAIN TU APA PASAI ?
AWAT HANG TAK JAGA PUNGKOQ SENDIRI ?
LUQ LAQ PUNYA PAN.
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Amanah Kedah alukan kerjasama Pas, Umno
Ismail Salleh
Ismail Salleh

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mengalukan cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mengadakan kerjasama Umno dan Pas peringkat Kedah.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk​ Dr Ismail Salleh berkata, telah sampai masanya rakyat ​m​enilai dan membuat keputusan untuk menyokong siapa setelah sekian lama kerjasama yang tidak rasmi diadakan.

"Antara kerjasama tidak rasmi itu termasuk demonstrasi bantahan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap orang-orang Islam Rohingya walaupun sebagai sebuah kerajaan sepatutnya bantahan G to G adalah lebih bertepatan.

"Yang terbaru, kerjasama 'sekapal' Food Flotilla for Myanmar yang dikhabarkan kapal hanya akan berlabuh di Ranggon dan segala bentuk bantuan akan diserahkan kepada Kerajaan Myanmar," katanya dalam kenyataan, semalam.

U​mno ​Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan P​as di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata​ Ahmad Bashah yang juga​ Pengerusi U​mno​ Kedah.

Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

​Dalam pada itu, kata Ismail lagi, kekeliruan kepada rakyat bentuk kerjasama antara Pas dan Umno harus dirungkai segera.

"Dan ini bersesuaian dengan konsep keadilan yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan.

"Dari segi peruntukan budget  kepada wakil rakyat pula,Amanah Kedah mengesyorkan supaya semua wakil rakyat yang di pilih akan diberi peruntukan yang sama, sama ada wakil rakyat pembangkang atau kerajaan kerana peruntukan itu sebenarnya akan dibelanjakan kepada rakyat yang memilih mereka di konstituensi masing-masing," katanya lagi.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Saya pun sokong kerjasama pas dgn umno sbb itu untuk kesejahteraan umah juga. Siapa yg menentang tu dia tidak belajar agama. Diharap orang pas semua bersetuju dengan cadangan baik ini.

Anonymous said...

Hubungan baik pas-umno yg sudah lama dirintis ini perlu diteruskan menjadi kerjasama dalam semua bidang termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial. Jangan sia2kan usaha ke arah kebaikan bersama itu. Kita percaya bangsa melayu akan bertambah kuat hasil perpaduan pas-umno. Amin.

Anonymous said...

Banyak persamaan yang ada pada pas dan umno walaupun tidak dinafikan ada sedikit sahaja perbezaan yg boleh dibaiki. Kedua2 parti perlu saling memaafi dan melupakan peristiwa lama yg sudah berlalu dan menjadi sejarah. Penyatuan pas dengan umno akan dapat mengurangkan perpecahan orang melayu akibat dasar parti yg berbeza.

Penyatuan ini juga mampu memenangkan kedua2 parti dalam pru14 akan datang dan akan mendapat sokongan padu drp pengundi atas pagar. Umno sudah dapat menerima sedikit sebanyak dasar pas seperti ruu355 dan perhimpunan untuk Rohingya. Insyaallah kerjasama yg baik dapat dihasilkan sekiranya kedua2 parti berpadu dan bertolak ansur.

Tiada masalah yg tidak dpt diatasi. Bersatu teguh bercerai roboh. Demi agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Kerjasama perlu dimulai dari peringkat bawahan dulu. Lepas tu dibawa ke peringkat pusat. Ikutlah konsep dari bawah ke atas, jangan dari atas ke bawah.

Dasar yg selalu kita buat dari pusat ke negeri atau ke bawah selalu saja gagal. Kena tukar dari negeri dulu baru ke pusat.

Cthnya, mulakan kerjasama pas-umno di kedah dulu, diikuti selangor, kelantan, terengganu, perak dan seterusnya.

Anonymous said...

Macamana dengan amanat tahun 80 an dulu bang....dah tarik balik ke...berat tu...

Anonymous said...

Amanat tahun 80an tu bungkus baik2 jgn bagi keluar la.

Anonymous said...

BILA TN HJ HADI NAK PECAT DATUK SALEH MAN? Keh3

Tar Snake The Cagu said...

Kah kah kah
Fikah tomey ni buat kelakar la

Anonymous said...

Nak dedak sikit bole tak bang?

Anonymous said...

Hampas
Tarak harga

Anonymous said...

Alangkah bestnya kalu pas dgn umno betol2 bekerjasama.
MERDEKAAAAAA!!

Anonymous said...

Yahooooooo mendekaaaaaaaa

Anonymous said...

Yahoooooooo mendekaaaaaa

Anonymous said...

Kalau betul Alhamdulillah

Anonymous said...

Kenapa pakkaramu meroyan ni?

Anonymous said...

kita harap Bapak Karmu pun bersama dengan bolger Umno.lagi hebat Pakakarmu.teruskan Pakakrmu.jangan peduli orang lain.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.