Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASAL TAK PERDULI AGAMA LA PECAH AMANAH

Pecah Amanah: Bekas orang kanan Felda didakwa
Mahkamah
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas timbalannya, Muhammad Sufi Mahbub didakwa pecah amanah dan bersubahat di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini melibatkan wang berjumlah kira-kira RM47.6  juta tiga tahun lalu.

Faizoull didakwa atas dua pertuduhan bersubahat manakala Muhammad Sufi pula menghadapi dua pertuduhan pecah amanah.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Terdahulu, kedua-dua mereka telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama terhadap Muhammad Sufi, tertuduh sebagai Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dan meluluskan pembayaran berjumlah RM25,999,000 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 13 Januari hingga 23 Januari 2014 di Bangunan Wisma Lembaga Tanah Persekutuan, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh sebagai Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dan meluluskan pembayaran berjumlah RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 31 Mac hingga 23 Julai 2014 di Bangunan Wisma Lembaga Tanah Persekutuan, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Faizoull pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Sufi atas kedua-dua pertuduhan sama.

Dakwaan ke atas Faizoull dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenar Faizoull dan Muhammad Sufi diikat jamin sebanyak RM 1 juta dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh juga dibenarkan membayar wang jaminan sebanyak RM500,000 pada hari ini dan selebihnya sebelum 22 Mac 2017.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Gharib.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Kerajaan Pas Kelantan disaman?
Orang agama dari sebuah Parti Agama kena saman?

Dalam tuntutan saman itu Dea Hanguru telah menuntut ganti rugi sebanyak RM225 juta dan RM5 juta sebagai ganti rugi khas kerana pengingkaran kontrak yang diberikan kepadanya. Mahkamah masih belum mentafsirkan berapa jumlah tuntutan yang perlu dibayar oleh kerajaan Kelantan kepada Dea Hanguru. Kemungkinan pihak kerajaan Kelantan akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi. Bayangkan sekiranya cadangan dan pengsyoran dibuat Husam diambil kira mungkin wang kerajaan negeri boleh diselamatkan daripada membayar saman berkenaan dan wang itu boleh digunakan untuk keperluan lain lagi.

Ini Parti Agama ke Parti Penunggang Agama?

Anonymous said...

Apa hal pulak ni kena saman??
Hadoiiii makin jatuh la saham lebai dol

Anonymous said...

ya ke???? abg mat sabu bukan setakat saman, kena bayar saman lagi, kah 4. minta sedekah weh nak bayar saman. haddoi al keldai dipimpin oleh org yg suka buat fitnah, rupanya. kah2

Anonymous said...

Porshe.Audi.Semalaysia 90juta

PA$

AMANAT dah jd LAHANAT HADI.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.