Pas harap RUU355 dibentang dalam sesi ini
KUALA LUMPUR - Pas berharap agar RUU355 dapat dibentangkan dalam sesi
Parlimen kali ini dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, pihaknya berharap
agar kerajaan mempunyai inisiatif untuk membenarkan RUU355 dibentangkan
pada kali ini sejajar dengan titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V.
"Dalam titahnya, baginda berkenan untuk memperkasakan mahkamah syariah
yang saya rasakan merupakan satu perkara pernah dititahkan oleh Yang
di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.
"Saya harap agar perkara ini dapat difahami oleh ahli Parlimen Islam
dan bukan Islam kerana ini merupakan hal-hal membabitkan orang Islam
semata-mata," katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut mengenai titah baginda, Idris memaklumkan bahawa ia
menyentuh segala hal berkaitan ekonomi dan turut menekankan tentang
aspek bagi meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat negara ini.
Beliau berkata, baginda amat memberi perhatian terhadap golongan B40
yang agak tertekan dengan suasana ekonomi negara pada masa kini.
"Dan kita harapkan supaya kerajaan dapat mengambil berat bagi mengatasi
perkara ini supaya golongan terlibat dapat berdepan dengan situasi
semasa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Idris yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan
bahawa isu rasuah juga turut mendapat perhatian daripada baginda yang
memandang berat mengenai permasalahan ini.
Tambah Idris, selain kakitangan awam, isu rasuah juga perlu diberi penekanan kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa kini.
"Kita pun rasa bimbang kerana apa yang berlaku ini kadang-kadang
menyebabkan kakitangan awam yang menjadi mangsa selepas dijadikan
kambing hitam oleh pihak terbabit," katanya.
Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke 13 kali ini,
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak hadir sama
berikutan mengalami masalah kesihatan.
Namun begitu, Abdul Hadi difahamkan akan menghadiri sesi persidangan pada esok.
7 orang berkata:
Cepat la sembuh. Jgn tangguh 3 kali plak
Puhak yg mulut celupar kafirkan dan khinzirkan org pun pelampau agama jugak.
Sapa tak sokong aku sekeh kepala dia...
Testing testing
Setiapkali bermula sidang parlimen tuang presideng PA$ kaki ponteng mulalah beralasan tak sihat. Kalo gi Bangkok, Jepun, Iran, London bagai..ligat sokmo ketua lebai munafik ni.
Kalo tuang presideng kaki ponteng tangguhkan lg ruuHadi kali ni..jgn keldaikan walaun2 lg buat himpunan DUNGU kedua pulak.
Hahaha mmg dah bagi ruang utk bentang 2 kali, tapi hadi penakut nak bentang. Kali ke 3 ni pun aku tak yakin hadi akan bentangkan ruu355, ntah2 nanti dia ponteng atau ambik MC.
Post a Comment