Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENTANG RUU PADA SIDANG INI

Pas harap RUU355 dibentang dalam sesi ini
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Pas berharap agar RUU355 dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen kali ini dalam usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, pihaknya berharap agar kerajaan mempunyai inisiatif untuk membenarkan RUU355 dibentangkan pada kali ini sejajar dengan titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

"Dalam titahnya, baginda berkenan untuk memperkasakan mahkamah syariah yang saya rasakan merupakan satu perkara pernah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.

"Saya harap agar perkara ini dapat difahami oleh ahli Parlimen Islam dan bukan Islam kerana ini merupakan hal-hal membabitkan orang Islam semata-mata," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut mengenai titah baginda, Idris memaklumkan bahawa ia menyentuh segala hal berkaitan ekonomi dan turut menekankan tentang aspek bagi meningkatkan kualiti taraf hidup rakyat negara ini.

Beliau berkata, baginda amat memberi perhatian terhadap golongan B40 yang agak tertekan dengan suasana ekonomi negara pada masa kini.

"Dan kita harapkan supaya kerajaan dapat mengambil berat bagi mengatasi perkara ini supaya golongan terlibat dapat berdepan dengan situasi semasa yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Idris yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan bahawa isu rasuah juga turut mendapat perhatian daripada baginda yang memandang berat mengenai permasalahan ini.

Tambah Idris, selain kakitangan awam, isu rasuah juga perlu diberi penekanan kepada pemimpin-pemimpin negara pada masa kini.

"Kita pun rasa bimbang kerana apa yang berlaku ini kadang-kadang menyebabkan kakitangan awam yang menjadi mangsa selepas dijadikan kambing hitam oleh pihak terbabit," katanya.

Dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke 13 kali ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak hadir sama berikutan mengalami masalah kesihatan.

Namun begitu, Abdul Hadi difahamkan akan menghadiri sesi persidangan pada esok.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Cepat la sembuh. Jgn tangguh 3 kali plak

Anonymous said...

Puhak yg mulut celupar kafirkan dan khinzirkan org pun pelampau agama jugak.

Anonymous said...

Sapa tak sokong aku sekeh kepala dia...

Ustart Audi al-Sekehi said...

Testing testing

Anonymous said...

Setiapkali bermula sidang parlimen tuang presideng PA$ kaki ponteng mulalah beralasan tak sihat. Kalo gi Bangkok, Jepun, Iran, London bagai..ligat sokmo ketua lebai munafik ni.

Anonymous said...

Kalo tuang presideng kaki ponteng tangguhkan lg ruuHadi kali ni..jgn keldaikan walaun2 lg buat himpunan DUNGU kedua pulak.

Anonymous said...

Hahaha mmg dah bagi ruang utk bentang 2 kali, tapi hadi penakut nak bentang. Kali ke 3 ni pun aku tak yakin hadi akan bentangkan ruu355, ntah2 nanti dia ponteng atau ambik MC.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.