‘Saya faham, tapi saya tak bunuh’
SEPANG - “I understand the charge, but I no killing (saya faham
pertuduhan, tetapi saya tidak bunuh)." kata wanita warga Vietnam, Doan
Thi Huong selepas pertuduhan yang menyatakan dia membunuh lelaki warga
Korea Utara yang memegang pasport atas nama Kim Chol, dua minggu lalu.
Pertuduhan itu diterjemahkan oleh jurubahasa kepadanya dalam bahasa Vietnam.
Kenyataannya itu, bagaimanapun, tidak direkodkan mahkamah kerana
pengakuan bersalah atau tidak hanya direkodkan apabila kes disebut di
Mahkamah Tinggi.
Kenyataan Thi Huong, boleh didengar jelas dalam suasana mahkamah yang
sunyi sepi ketika semua yang hadir memberi tumpuan sepanjang prosiding.
Thi Huong kemudian diminta menjawab sama ada dia memahami pertuduhan
tanpa sebarang penjelasan sebelum dia mengangguk dan menyatakan dia
memahaminya.
Prosiding di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Harith
Sham Mohamad Yasin di Mahkamah Majistret Sepang bermula jam 10 pagi itu
hanya dihadiri wakil-wakil media, peguam, pegawai dan anggota polis,
selain beberapa wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam.
Thi Huong, 29, yang berambut perang paras bahu, memakai baju-T kuning
dan berseluar jeans biru lembut dibawa ke mahkamah secara berasingan
dengan seorang lagi tertuduh, iaitu warga Indonesia, Siti Aisyah, 25,
jam 9.34 pagi dengan kawalan ketat.
Thi Huong dan Siti Aisyah bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa
membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 9 pagi, 13 Februari 2017.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam prosiding setengah jam itu, pertuduhan ke atas Siti Aisyah
dibacakan terlebih dahulu selepas dia dibawa masuk ke bilik prosiding
melalui tangga yang menghubungkan lokap aras bawah ke kandang tertuduh
dengan tangan bergari.
Siti Aisyah yang berbaju merah dengan seluar jeans biru gelap kelihatan
tenang dan mengangguk faham pertuduhan yang diterjemahkan ke bahasa
Indonesia.
Selepas itu, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar
Ahmad yang mengetuai pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan tempoh
sebulan setengah untuk sebutan semula kes itu.
Bagaimanapun, sebelum tarikh sebutan ditetapkan, peguam Gooi Soon Seng
yang mengetuai barisan lima peguam bela Siti Aisyah memohon mahkamah
mengeluarkan perintah lara-ngan bagi menghalang polis dan orang awam
daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media sehingga boleh
menjejaskan anak guamnya mendapat perbicaraan adil.
Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas pendakwaan tidak membantah
dan menyerahkan permintaan tersebut atas budi bicara mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes tersebut
sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan
bersama.
Setelah prosiding selesai kedua-dua tertuduh diiringi ketat anggota
polis dilihat memakai jaket kalis peluru memasuki kenderaan polis
meninggalkan mahkamah ke Penjara Kajang.
Sementara itu, seawal jam 5 pagi beratus petugas media dari agensi
tempatan dan luar negara memenuhi ruang masuk utama Kompleks Mahkamah
Sepang yang dikawal ketat polis sejak awal pagi.
Hanya kira-kira 20 petugas media dibenarkan memasuki bilik prosiding
selepas kaunter pendaftaran media dibuka jam 8 pagi tanpa dibenarkan
membawa sebarang peralatan elektronik, termasuklah telefon bimbit.
Pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan pembawa pasport yang tertera
dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin
tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Mangsa memasuki negara ini untuk penerbangan ke Macau. Ketika itu dua
wanita dipercayai menyapu muka mangsa dengan tangan mereka.
Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Analisis Jabatan Kimia mendapati agen saraf VX digunakan untuk membunuh mangsa.
7 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
I dont eat dedak but I cannot summon because I am afraid because I have no EGG.
geng PANngan al keldai gila saman. macam 2 org gila dlm dunia ni tapi yg al keldai ni gila saman. kah 3. beginilah jadinya kalau mabuk asmara dengan si khinzir
Hahaha....sian dah abis modal nak jawab...
Pakkara...perbanyakan lagi iklan no.togel dan no.ekor...ahli2 nak cuba nasib...nak berhujah dah takde modal.
dengan geng Al keldai PANngan tak payah jawab, sebab namanya pun al keldai. lagi pun al keldai tengah mabuk asmara dgn al khinzir.
Kalau gitu blog ni banyakkan lah iklan2 no.togel dan no.ekor.kalau tak nak jawab.
Post a Comment