Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

But I no killing


 


 
‘Saya faham, tapi saya tak bunuh’
 ‘Saya faham, tapi saya tak bunuh’

SEPANG - “I understand the charge, but I no killing (saya faham pertuduhan, tetapi saya tidak bunuh)." kata wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong selepas  pertuduhan yang menyatakan dia membunuh lelaki warga Korea Utara yang memegang pasport atas nama Kim Chol, dua minggu lalu.

Pertuduhan itu diterjemahkan oleh jurubahasa kepadanya dalam bahasa Vietnam.

Kenyataannya itu,  bagaimanapun, tidak direkodkan mahkamah kerana pengakuan bersalah atau tidak  hanya direkodkan apabila kes disebut di Mahkamah Tinggi.

Kenyataan Thi Huong, boleh didengar jelas dalam suasana mahkamah yang sunyi sepi ketika semua yang hadir memberi tumpuan sepanjang prosiding.

Thi Huong kemudian diminta menjawab sama ada dia memahami pertuduhan tanpa sebarang penjelasan sebelum dia mengangguk dan menyatakan dia memahaminya.

Prosiding di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Harith Sham Mohamad Yasin di  Mahkamah Majistret Sepang bermula jam 10 pagi itu hanya dihadiri wakil-wakil media, peguam, pegawai dan anggota polis, selain beberapa wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam.

Thi Huong, 29, yang berambut perang paras bahu,  memakai baju-T kuning dan berseluar jeans biru lembut dibawa ke mahkamah secara berasingan dengan seorang lagi tertuduh, iaitu  warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, jam 9.34 pagi dengan kawalan ketat.

Thi Huong dan Siti Aisyah bersama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam prosiding setengah jam itu, pertuduhan ke atas Siti Aisyah dibacakan terlebih dahulu selepas dia dibawa masuk ke bilik prosiding melalui tangga yang menghubungkan lokap aras bawah ke kandang tertuduh dengan tangan bergari.

Siti Aisyah yang berbaju merah dengan seluar jeans biru gelap kelihatan tenang dan mengangguk faham pertuduhan yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia.

 Selepas itu, Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad yang mengetuai pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan tempoh sebulan setengah untuk sebutan semula kes itu.

Bagaimanapun, sebelum tarikh sebutan ditetapkan, peguam Gooi Soon Seng yang mengetuai barisan lima peguam bela  Siti Aisyah memohon mahkamah mengeluarkan perintah lara-ngan bagi menghalang  polis dan orang awam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media sehingga boleh menjejaskan anak guamnya mendapat perbicaraan adil.

Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas pendakwaan tidak membantah dan menyerahkan permintaan tersebut atas budi bicara mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes tersebut sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.

Setelah prosiding selesai kedua-dua tertuduh diiringi ketat anggota polis dilihat memakai jaket kalis peluru memasuki kenderaan polis meninggalkan mahkamah ke Penjara Kajang.

Sementara itu, seawal jam 5 pagi beratus petugas media dari agensi tempatan dan luar negara memenuhi ruang masuk utama Kompleks Mahkamah Sepang yang dikawal ketat polis sejak awal pagi.

Hanya kira-kira 20 petugas media dibenarkan memasuki bilik prosiding selepas kaunter pendaftaran media dibuka jam 8 pagi tanpa dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik, termasuklah telefon bimbit.

Pihak berkuasa sebelum ini mengesahkan pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Mangsa memasuki negara ini untuk penerbangan ke Macau. Ketika itu dua wanita dipercayai menyapu muka mangsa dengan tangan mereka.

Kim Chol  meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Analisis Jabatan Kimia mendapati agen saraf VX digunakan untuk membunuh mangsa.

7 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

I dont eat dedak but I cannot summon because I am afraid because I have no EGG.

Anonymous said...

geng PANngan al keldai gila saman. macam 2 org gila dlm dunia ni tapi yg al keldai ni gila saman. kah 3. beginilah jadinya kalau mabuk asmara dengan si khinzir

Anonymous said...

Hahaha....sian dah abis modal nak jawab...

Anonymous said...

Pakkara...perbanyakan lagi iklan no.togel dan no.ekor...ahli2 nak cuba nasib...nak berhujah dah takde modal.

Anonymous said...

dengan geng Al keldai PANngan tak payah jawab, sebab namanya pun al keldai. lagi pun al keldai tengah mabuk asmara dgn al khinzir.

Anonymous said...

Kalau gitu blog ni banyakkan lah iklan2 no.togel dan no.ekor.kalau tak nak jawab.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.