Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGANALISIS POLITIK PRO PEMBANGKANG, TERSERLAH SUDAH

BIASANYA BILA PAN HENTAM PAS
MAKA PAS BUAT DEK SAHAJA, HANYA
SESEKALI BUAT LIBASAN,

BILA PIMPINAN PAN SENYAP MAKA GILIRAN 
PENGANALISA POLITIK DAN MUFTI PULA
MEMAINKAN PERANAN MEREKA UNUTK
HANTAM SAMA PAS, SEMUA INI KITA
SEDANG PERHATIKAN

PAS SEPATUTNYA SENARAIKAN NAMA-NAMA
MEREKA INI.

-Pak karamu-



Kemungkinan besar Pas ditimpa masalah
Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Pas perlu mencari tonik penyelamat untuk mengubati segala penyakit mahupun kelemahan yang sering kali dibangkitkan parti lawan kebelakangan ini sebelum betul-betul terlambat.

Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar berkata, jika pimpinan yang ada masih dibuai aura Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa menyusun gerak langkah, kemungkinan besar parti itu ditimpa masalah pada PRU14 nanti.

Menurutnya, bukan mustahil sekiranya Pas tidak berbuat sesuatu dan terus dengan keegoannya, justeru memungkinkan parti itu bakal berputih mata pada pilihan raya umum yang dijangka hangat kali ini.

“Pimpinan Pas terutama di Kelantan mestilah berfikiran waras dan matang dalam apa jua tindakan termasuk ucapan mereka.

“Jangan kita bongkak, sombong dan angkuh dalam setiap tindakan. Nanti masyarakat akan gelak kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas tindakan Pas yang sejak akhir-akhir ini dilihat semakin mendabik dada ketika mana hubungan akrab dengan Umno semakin menyerlah biarpun dinafikan.

Terbaharu, Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan yakinnya mengeluarkan kenyataan parti itu bersedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14 nanti.

Rusdi berkata, hasrat  untuk kekal mentadbir Kelantan dan tidak mustahil untuk menawan Putrajaya yang dilaung-laungkan Pas juga ibarat bermimpi di siang hari.

“Persoalannya, kajian mana yang menjadi rujukan beliau. Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di mana-mana negeri agak sukar dan mungkin mustahil untuk Pas memenangi pilihanraya tersebut.

“Tidak keterlaluan juga, kemungkinan besar negeri Kelantan akan jatuh ke tangan BN, sekiranya Pas ingin bertanding secara bersendirian,” katanya.

Kata Rusdi, pemimpin-pemimpin Pas terutama seperti Mohd amar dan Nasrudin Hassan dilihat seolah-olah bermain dengan pemikiran psikologi dengan mengatakan bahawa  DAP dan Amanah  tidak kuat bahkan mudah untuk ditumbangkan.

“Tetapi realitinya mereka betul-betul rasa tergugat dengan adanya Amanah dan DAP di dalam Pakatan Harapan di samping sokongan dari PKR dan Bersatu.

“Kalau tak ada apa-apa ketakutan terhadap parti DAP dan Amanah mengapa mereka masih menghentam kedua-duanya sekiranya parti  ini tidak ada sokongan. Bukankah pelik nampak cara itu. Sepatutnya mereka tak perlu kedua-dua parti ini,” katanya.

Tidak menafikan sejarah Pas pernah bersendirian namun Rusdi berkata, sejauh mana kehebatan parti itu bila tidak berteman juga perlu direnung-renungkan oleh mereka.

27 orang berkata:

Anonymous said...

Byk sgt tukang ramal skarang ni....

Anonymous said...

KENAPA TAKUT BERDEBAT? Matanglah wahai PAS. Jangan suka melabel

Apabila Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ingin berdebat dengan Hadi Awang berhubung Akta 355, ia sebenarnya adalah penghormatan buat Presiden Pas.

Ia adalah ruang yang sangat baik untuk Hadi memperjelas dan menghuraikan sendiri segala kekeliruan, salah faham atau kekaburan mengenai Akta 355 yang diusulkannya di Parlimen.

Seluruh pimpinan Pas, baik di peringpat pusat, negeri dan kawasan di seluruh negara, seharusnya memberi galakan dan rangsangan kepada Hadi agar menerima pelawaan Dr Asri itu.

Lagi pun, jika sudah mengadakan perhimpunan di Padang Merbok dan ada pemimpin Pas pula sampai "berteh tarik" ke London untuk mendendangkan Akta 355, apa perlu ditakuti lagi dengan berdebat?

Bukankah Akta 355 seperti maruah Pas sekarang ini, selepas tidak banyak lagi bercakap mengenai hudud?

Maka, di pentas mana pun, Pas seharusnya tidak gentar untuk berhujah dan mempertahankan apa yang mereka sedang perjuangkan.

Jadi, di mana wajarnya meminta Hadi agar jangan menyahur cabaran Dr. Asri itu?

Anonymous said...

Suruh Asri tu masuk politik..

Anonymous said...

ANON March 2, 2017 at 8:31 PM

Baru aku tau rupanya RUU 355 yang dibawa PAS ada unsur politik?

Kenapa tak cakap dari dahulu

Anonymous said...

Inilah jawapan walaunta

Anonymous said...

Τοlong bgtau hj hadi dan nik amar, jangan mimpi di siang hari yer

Anonymous said...

Dia penakut. Telo dia dah kecut

Anonymous said...

Suruh hadi berenti politik dan jadilah tok siak marang

Anonymous said...

Ajak debat pun penakut. Mcm pondan

Anonymous said...

Cakap depan penyokong berapi2. Bila tak ada penyokong cam ayam berak kapor

Anonymous said...

Kalah pru besok boleh jual botol

Anonymous said...

Dia sebok dgn keling botol

Anonymous said...

Pondan tarakk tulurr

Anonymous said...

Kita tengok siapa sebenarnya yg "lari kerana takut berdebat". Boleh jadi bahan sejarah anak cucu kita nanti

Anonymous said...

Mulut gatal ajak org berdebat. Bila org sambut dia menikus takut

Anonymous said...

Klu ruu355 tu lengkap, tak perlu la nak takut utk diperdebatkan.

Anonymous said...

Entahlah apa nak jadi dgn pemimpin pas ni. Ajak debat ruu yg kita buat pun takut. Buat malu kita sebagai penyokong....

Anonymous said...

Orang yg sokong debat asri dgn hadi akan difitnah sebagai penyokong dap atau skular. Begitulah perangai penyokong unta

Anonymous said...

Pemimpin pas ni perangai lain macam la. Ada yg nak sekeh kepala orang. Ada yg nak tanam orang kat jirat cina....

Anonymous said...

Ohstat Sekeh Al-Audi.

Anonymous said...

Dah tak ada benda nak buat, rasmikan skim cepat kaya pun okey jugak

Anonymous said...

Ikan kalu kepala dah busuk, badan dan ekor pun busuk jugak. Buang kat jamban je

Anonymous said...

Kat dunia ni, tak ada pemimpin yg buat koje rasmikan skim cepat kaya kecuali di zimbabwe

Anonymous said...

GI JUMPA ASRI SANA. MINTAK MAAF. LAEN KALI MULUT JAGA SIKIT YER. JGN KURANG AJAR SANGAT

Anonymous said...

Jadi tak debat dr rozaimi vs audi dan asri vs hadi?

Cam pondan jer

Anonymous said...

Tonik utk pulihkan PA$ senang saja, kasi tukar presiden yg baham dedak rm90juta.

raybanoutlet001 said...

polo ralph lauren
ray ban sunglasses outlet
nike outlet
oklahoma city thunder jerseys
fitflops sale clearance
christian louboutin shoes
cheap ray bans
steelers jerseys
new york giants jerseys
christian louboutin sale

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.